kisah seram asrama A4

Aku H…asrama A4 terdiri daripada 4 orang senior dan 6 orang junior. Asrama A4 ni dorm perempuan. The only one dorm perempuan sebab kami ni form6 dalam sekolah lelaki. Dorm kami belah atas.
Sejak kami masuk gangguan per gangguan kami terima..hahaha
Sebelum masuk ramai senior duduk bilik bawah *bilik tetamu* sebab dorm atas sangat besar dan setahun ditinggalkan

*seawal junior masuk which is aku dan 5 lagi kawan senior mintak adik2 lower form azan memandangkan dorm tu lama dah tinggal even pernah dipagarkan oleh kakak senior 2 tahu lepas. Lepas je azan 6 orang adik tu keluar pening2 muka pucat. Mereka kata sewaktu azan mereka bagaikan dilanggar oleh sesuatu yg tengah kelam kabut lari
Maka cuak laki kami 10 orang ni

*kami selalu pulang kerumah waktu hujung minggu dan yang selalu pulang awal aku dan A Kawan baik aku..kami cuba bukak pintu tapi stuck kami cek kunci luar dan dalam x terkunci pun. Oh ye sebelah pintu ada tingkap dan kami boleh masuk tangan untuk bukak kunci dari dalam. Kami check luar dan dalam memang tak berkunci. Jadi aku dengan lafaz bismillah..tolak pakai jari..tiba2 pintu terbukak. Jadi kami baca ayatul qursi sebelum masuk..lagi tak best kawan2 lain sampai lambat…haa cuak berdua la kami dalam dorm

*kawan aku lagi sorang si L ni suka on the phone dengan pakwe dia sampai pagi..elok duk tepon tu dia nampak bende bertinggung dekat katil kosong smbil main rambut..benda tu hitam rambut panjang gelap…mahu nangis kawan aku tu..kami bangun pagi muka dia pucat ja

*satu hari tu kami ad bacaan yaasin dan solat hajat dekat masjid luar. Sedang bersiap tu ada la senior terletak air atas katil aku lalu tumpah. Nak tak nak aku kena tukar jugak la katil tu sebab dah lencun gila
Malam tu balik dah ready nak tidur..*aku tidur atas katil baru* dan malam tu aku dihempap sesuatu..jenuh aku jerit sprang pun tak sedar..baca ayatul qursi 3 kali x lepas malah kuat lagi benda tu belit aku dan hempap aku aku cuba tengok kepala katil ada asap dekat situ..aku cuba sedaya upaya nyawa rasa dah sampai tekak dah gerak la A..aku nmpak A bangun tarik selimut aku 2 kali dia tolong aku..bangun esok ucap terima kasih A tercengang..aku cerita la apa yang jadi malam tadi A cakap dia tak tolong pun aku semalam..then aku cuak lagi

*kami ni jenis suka study kat anjung bawah tu..malam tu pulak aku demam aku mintak L teman aku makan ubat elok aku nak makan ubat N dengan A terjah masuk dorm dengan muka pucat nak mati. Tiba2 N naik suara ‘wei aku nampak hangpa dua nak pi dorm lelaki’ aku cakap la aku dengan L kat atas ni ja mana turun lagi. N beria yakinkan aku dia nampak kami turun tangga menunduk jalan ke dorm lelaki. Main kasar dah benda tu main menyerupai aku yang comel ni..kami cepat2 turun bawah kemas barang study kat dorm je

Duduk asrama ni kena kental sikit la..kadang benda tu gurau kasar terlebih…location tepon pun dia boleh manipulate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *