Kisah Seram di IPG

Assalamualaikum semua aku ingin memperkenalkan nama aku, milah (nama panggilan kawan-kawan). Aku ingin menceritakan kisah seram yang aku lalui bersama dengan kawan-kawan aku. Benda ni dah lama berlaku, tak silap aku waktu umur aku 11 tahun (tahun 5) dan sekarang umur aku dah 18 tahun. Agak lame jugakla tapi Alhamdulillah aku masih lagi ingat peristiwa ni walaupun agak samar-samar.

Kisah ini berlaku waktu sekolah aku mengadakan program bina insan. Tak silap akula, program tu didadakan di IPG, di mana daerah tempat tu aku terpaksa rahsiakan dan kini tempat tu bukan lagi IPG. Aku tak tahula dia tukar tempat tu jadi apa sekarang ni. Okey berbalik pada cerita ini, aku pun pergila ke sana dan daftarkan diri. Kat situ dia punya bangunan bentuk macam kuarters guru sebab sebelum IPG ni ditubuhkan bangunan tu ialah kuarters guru. Waktu aku kecik memang selalu dengar kisah seram kat kuarters guru tu. Nak dipendekkan cerita aku, izzah, pikah dengan akak senior aku (kak auni, kak fatin), kita orang dapat bilik kuarters paling bawah sekali.

Aku panggil bilik kuarters la sebab aku tidak tahu nak gelar apa. Waktu tu dalam fikiran aku seronokla sebab tak payah nak naik tangga, macam orang lain. Waktu kak auni ni bukak pintu bilik kuarters tu,kite orang nampak bilik tu suram sangat dan gelap macam tiada berpenghuni. Waktu tu aku malasla nak fikir apa-apa sebab waktu tu perasaan aku excited sangat yela dapat tidur dengan kawan-kawan. Aku dengan dua org kawan aku ni pilih satu bilik ni, bilik tu ada tandas sekali di dalamnya. Akak auni dan akak fatin ni pilih bilik yang menghadap kantin IPG tu. Okey, aku rasa baikla aku teruskan kisah seram yang berlaku kat aku ngan kawan-kawan.

KISAH PERTAMA
Waktu malam tu, selepas selesai mandi, aku nampak banyak rambut panjang yang bertaburan atas lantai yang peliknya aku rasa itu bukan rambut aku atau kawan-kawan aku sebab dia punya panjang tu lain macam. Aku pun dengan perasaan tanpa syak apa-apa, ambikla penyapu yang mmg ada dalam bilik tu untuk sapu semua rambut yang gugur. Pada keesokan paginya, aku bangun aku nampak ada lagi rambut tu padahal aku dah sapu dah. Aku pun waktu tu dah rasa lain, aku pun tanyala kawan-kawan aku, siapa yang ada bangun tengah malam. Dia orang cakap tiada pun. Wktu tu aku memang dah rasa lain sangat,tapi aku lawan kan perasaan takut aku tu.Kita pergi kisah seterusnya..

KISAH KEDUA
Benda ini berlaku dekat akak senior aku(kak auni). Waktu tu tengah malam, dia terjaga dari tidurnya sebab nak buang air kecil. Jadi dia bangunla ajak akak senior aku yang lagi seorang (akak fatin) untuk pergi tandas kat luar bilik. Masa dia nak masuk tandas tu dia nampak ada d***h kat dinding tandas, waktu dia rasa terkejut sangat, sebab yela dah nak terkencing tiba-tiba nampak d***h pulak.

Dengan perasaan takut bercampur seram, dia pun masuk balik dalam bilik dia orang. Pagi esoknya dia panggil ustazah untuk datang bilik tu, mula-mula aku dengan kawan-kawan aku terkejut yela sebab kenapa sampai ustazah datang. Kita orang ada buat salah ke? Persoalan tu tak abis-abis bermain di dalam fikiran aku waktu tu. Nak diikutkan sebenarnya akak senior aku tu tak nak cerita perisitiwa yang jadi semalam dekat aku dengan kawan-kawan aku sebab nanti kite orang tak tidur malam. Ustazah pun ada cakap suruh kita orang selalu baca yassin dan jaga perlakuan bila ada kat tempat orang.

Ustazah pun ada cakap yang tempat tu sudah dipagar, tu yang dia musykil sebab apa benda tu terjadi. Malam tu, kita orang pun duduk ruang tamu baca yassin ramai-ramai. Tiba waktu tengah malam, selepas selesai segala aktiviti di luar, kami semua pun masuk tidur. Malam tu, akak-akak senior aku tu cakap dia nak tidur sama-sama dalam bilik kita orang sebab dye orang berdua masih lagi dalam dilema ketakutan. So,kite orang pun tidurla ramai-ramai.

Kisah seram pun bermula lagi, dalam kul 3 pagi gitu. Kawan aku izzah ni dia terjaga dari tidur sebab dia terdengar ada penutup botol jatuh atas lantai kat dapur. Untuk pengetahuan semua, dalam bilik kuarters tu ada dapur kecik, kat situ ada peti ais ja, memang sebelum tidur kami ada menjengah peti ais tu sebab saje nak tengok.

Okey balik pada cerita, lepas kawan aku ni izzah terdengar bunyi tu cepat-cepat dia pejam mata tidur. Pada keesokan paginya dia cerita kat aku pasal benda yang berlaku tengah malam semalam, aku waktu tu memang rasa takut tapi disebabkan nak tenangkan hati dia aku cakapla kat dia maybe ada ustazah masuk nak check bilik kita. Padahal bilik tu aku dengan akak auni yang kunci.heh. Aku terpaksa tipu dia ..

KISAH 3
Kisah ni pendek je. Aku ngan kawan-kawan aku yang gatal bontot pergi naik ke atas sebab nak pergi bilik kawan punya pasal. Kat sana memang riuh gila, seolah-olah macam tiada kisah seram yang berlaku dekat dia orang ni semua, berlaka galak je tengoknye. Waktu ni pun aku pasang la telinga dengar kisah seram kawan aku yang berlaku kat kuarters tu. Kawan aku ni cakap kisah ni berlaku dekat abang dia yang menginap kuarters belah lelaki. Abang dia duduk bilik kuarters atas sekali paling tinggi,dia cakap dia pernah dengar kat atas bumbung kuarters tu ada suara orang mengilai, serius seram aku dengar. Abang dia dengar jelas sangat. Aku ni pun dengan takutnya ajak kwan aku ni izzah ngan pikah turun balik bilik. Okey kisah seterusnya.

KISAH 4
Waktu ni sehari sebelum kite orang balik. So, kite orang kenela kemas bilik tu. Kite orang pun apa lagi kemasla dengan menyapu, bersihkan tandas dan macam-macam lagi. Akak tu siap tarik-tarik langsir nak kasi betulkan. Waktu tu kita orang rasa happy sngat sebab tak payah lagi menghadap dengan kisah seram yang sentiasa membelenggu kami semua.

Nak dipendekkan cerita, pada keesokan harinya kita orang ni mengemas la lagi, disebabkan banyak gila rambut yang bertaburan atas lantai. Dua orang akak senior ni pun kemasla lagi bilik dia orang. Waktu kak auni ni tarik langsir yang sama dia tarik semalam, kisah seram pun berlaku pabila dia ternampak ada kesan calit d***h di dinding langsir tu, padahal semalam dia tengok tiada pun, dia punye calit d***h tu banyak sangat kat seluruh tepi dinding langsir tu, menjerit-jerit akak tu. Sebab semalam d***h itu tiada. Kalau ada mesti akak tu akan cerita kat kami semua.  Kita orang pun beristighfar tak berhenti-henti, mulut kita orang kumat-kamit membaca ayat suci al-quran.

Kami pun hanya membiarkan hanya calitan d***h begitu sahaja sebab nak hadiri majlis penutupan seterusnya. Di hadapan cikgu, kami semua diam tanpa seribu bahasa disebabkan rasa takut tu masih lagi tak hilang, tak tahula kenapa mulut kami semua macam dikunci sebab tak mengadu pasai peristiwa tu. Lepas habis aktiviti penutupan tu, mak ayah aku ni datang awal nak amik aku. Semua beg pakaian aku masih lagi ada kat dalam bilik tu. Akak auni dia tak kunci bilik tu sebab dia kata senang nanti kalau sesiapa nak amik beg.

Ayah aku ni pun masukla dalam bilik amik semua beg aku, waktu tu ayah aku dapat rasakan yang bilik tu ada sesuatu tetapi dia tak cakap kat aku. Aku pun balik la,masa kat umah, ayah aku nampak perwatakan aku ni lain sangat tak seperti selalu. Yela aku ni selalu memang seorang yang jenis tak duduk diam asyik nak bercakap je tanpa henti sampai ada masa dia orang malas nak layan aku.

Waktu tu aku jadi senyap je, jujur aku cakap waktu tu aku rase macam khayalan je. Fikiran aku asyik terfikir tentang bilik kuarters tu, entah mengapa aku jadi begitu, sedangkan sebelum ni aku punya excited nak tinggalkan tempat tu. Ayah aku ni pun bwak la aku jumpa mak angkat aku.Untuk pengetahuan semua mak angkat aku ni dia memang pandai dalam bidang perubatan ni,memang dikatakan setiap hari orang jumpa dia sebab nak berubat. Mak angakt aku cakap bende tu ada kat aku,dia ikut aku tu pasal aku jadi mcam tu. Akhirnya, Alhamdulillah aku sembuh. Aku rasa badan aku lain sangat sebab benda sudah tiada.

Okey, itu sahaja kisah yang aku nak ceritakan,serius waktu aku taip ni pun dah rasa seram sebaik waktu siang,kalau malam memang tak nak aku tulis. Kisah ni memang dah lama sangat waktu aku sekolah rendah lagi, namun peristiwa ni memang aku tak dapat nak lupakan. Apa pun kita ni perlu jaga segala kelakuan dan tutur kata kita bile kat tempat orang, jangan main redah je nak cakap. Ingat jangan cakap besar. Maaf kalau aku masih ada banyak kekurangan dalam bidang penulisan ini yela first time mengarang cerita. Kalau ada perkataan yang pelik-pelik tu maaf yea. Insyaallah saya akan cuba perbaiki lagi. Assalamualaikum.

mieylah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.