Kisah Seram di kedai Dobi self service

Assalamualaikum dan salam Sejahtera…
Admin tolong rahsiakan nama saya dan details FB saya ye.TQ..
Masa aku kecik aku memang selalu nampak benda2 alam ghaib ni tapi semakin aku dewasa aku dah tak nampak dah.Syukur..
Hari ni nak cerita kisah di kedai dobi.dobi yang masuk kan duit tu.Self service laundry tu..
Selalu nya cadar2 aku akan hantar ke dobi jer.tapi kalau rajin aku basuh lah sendiri.tapi sangat jarang berlaku.satu hari tu aku saja lah nak try hantar cadar2 ni ke kedai dobi self service ni.

Sampai di kedai tu,laki aku dan anak2 tunggu dalam kereta sebab lepas masuk kan cadar dalam washing machine kami cadang nak pergi makan dulu sementara washing machine tu memproses cadar2 aku.jadi aku pun turun lah sorang.
Bila sampai depan kedai tu sunyi jer.aku pun heret lah plastick hitam sampah yg penuh dengan cadar2 aku..
Dalam kedai tu kosong dan sunyi sangat cuma ada seorang lelaki duduk di satu kerusi panjang.tapi laki ni pelik.dia pakai baju kemeja lusuh dan seluar slack yang sangat lusuh pudar warna.dari gaya dia berpakaian macam ni aku rasa dia macam orang indon atau bangla.dia tunduk kan kepala ke bawah.tunduk yang sangat2 tunduk macam kepala putus.muka dia memang tak boleh nampak langsung.dekat baju dia bahagian dada macam ada tompokan warna yang kurang jelas sebab dilindungi oleh kepala dia.kepala dia pulak macam penuh dengan kesan tanah yang dah kering.

memang seram sangatttt bagi aku yang melihat.bila nampak dia,jantung aku berdegup kencang sangat dan mengeletar badan.aku tertanya tanya dalam hati siapa orang ni..?orang gila ke atau bukan orang.hidup lagi ke dia ni..?pelik sangat gaya dia tu.
Aku abaikan dia dan terus pergi ke mesin paling hujung.
Aku jelaskan kedudukan lelaki tu ye.bayangkan huruf L. Huruf L tu adalah kedudukan mesin2 semua.susunan mesin memanjang membentuk huruf L.dan kerusi panjang tempat lelaki tu duduk adalah di dot tu.jadi bila aku jalan terus kedepan aku dah tak nampak lelaki tu.dah dilindungi dengan mesin2.faham kan..?
Bila sampai ke mesin paling hujung aku pun nak masuk kan cadar2 aku.tapi aku perasan selang dua mesin dari mesin yang aku nak pakai tu ada kain berteraburan di lantai.

setengah di lantai dan setengah ada masuk bakul dan ada juga yang masih dalam mesin.aku pelik..!!dalam hati cakap kenapa dengan org empunya baju2 ni dia kena kacau ke sebab gaya kain yang ditinggalkan ni macam takut betul dia sampai tinggalkan macam tu jer.andaian aku jer ni..!!
Tiba2 aku jadi takut balik bila teringat lelaki kat depan tu tadi.aku terus lari tinggalkan cadar2 aku tadi.aku lari masuk kereta.anak2 aku dan laki aku boleh bantai ketawakan aku sebab aku lari.laki aku tanya kenapa ni..??aku tak jawap dia dan suruh dia amik cadar2 tu.

masa laki aku pergi amik cadar2 tu aku tengok dari dalam kereta orang lelaki tadi.tapi dia dah takde duduk di kerusi tu.kerusi tu dah kosong..!!pelik lah..!!sekembali nya laki aku dari amik cadar2 tadi.kami pun terus jalan.owhh lupa nak cakap,tadi tu laki aku parking betul2 depan kedai dobi tu ye.
Dalam kereta laki aku sibuk tanya2 aku.aku diam jer tenang kan diri dulu dan minum air dulu.lepas tu aku tanya laki aku tadi masa aku masuk kedai tu ada nampak orang tak..?laki aku cakap takde nampak sapa2.aku sorang jer.aku tanya lagi,dekat kerusi hujung tu ada orang duduk ke..?laki aku cakap,takde sapa2..kosong jer..semua kerusi kosong..
Lalu aku pun ceritakan lah kat laki aku apa yang aku nampak tadi.aku cakap aku rasa orang tu macam bukan orang.aku tak sedap hati.sebab tu aku lari.
Laki aku pulak menambah entah2 laki tu m**i kena b***h masa buat bangunan ni dulu dan kesan warna dekat baju dia yang aku nampak tu adalah warna d***h lama..oiiiii dia ni nak menakutkan aku pulak.
Semenjak kejadian tu aku memang dah tak berani nak lalu dekat kawasan tu lagi.kawasan tu adalah kawasan kedai yang baru dibuka masa tu..
Sekian..Terima Kasih kerana sudi membaca.kalau rajin aku akan ceritakan lagi kisah seram aku ye….

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zzz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.1]

11 thoughts on “Kisah Seram di kedai Dobi self service”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.