Kisah seram di pejabat

Assalamualaikum wbt. Aku Sha. Aku merupakan pembaca setia FS macam korang juga. Terima kasih pada pihak FS jika kisah aku ni disiarkan. Disini aku juga nak berkongsi kisah seram yang aku alami selama aku bekerja di ibu kota Kuala Lumpur ni dan aku berasal dari Negeri Sembilan. Aku mula bekerja pada berumur 20 tahun. Pada ketika itu tak silap aku kejadian ni berlaku sekitar tahun 2013 atau 2014. Pejabat aku ni boleh dikatakan agak keras juga pada waktu malam sebab banyak je cerita dari officemate aku ni. Pada masa tu aku macam skeptikal jugaklah pasal makhluk halus ni sebab aku hanya fikir diorang hanya saja nak takutkan aku. Tapi segalanya berubah sampai aku alami benda tu sendiri. Cerita ini adalah 100% benar dan bukan rekaan. Terpulang pada anda mahu percaya atau tidak.

Kisah pertama :
Pada suatu hari aku kena OT, jadi masa aku OT tu tinggal aku, Kak Aja dan Ajiz. Memang takde orang lainlah selain kami bertiga. Jadi, tempat Kak Aja ngan Ajiz ni sebelah sahaja dan hanya dipisahkan dengan partition besi, manakala tempat aku dengan mereka jarak 8 ke 9 meja jugaklah. Jadi kira agak jauh tempat aku dengan mereka berdua ni.

Nak dijadikan cerita pada ketika itu pukul 9.30 malam, letih buat kerja aku decide nak lelapkan mata kejap, dan kebetulan masa tu aku tengah pakai earphone sambil dengar lagu. Tengah syok lelap mata tu, kira tido tido ayam lah takde la lena sangat, aku rasa macam ada orang tolak tolak kerusi aku. Tapi tolak slow la. Macam orang tolak nak kejutkan kau dari tidur macam tu lah. Aku ignore je sebab aku rasa maybe tu Kak Aja or Ajiz sebab diorang suka mengusik aku. Jadi lepas tu senyap takde pape. Aku terjaga dari lelap, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi seperti lelaki berbisik dengan nada yang kasar pada telinga aku, tapi aku tak faham apa yang dibisikan.

Aku terus bangun toleh kiri dan kanan tempat aku. Sunyi. Tiada sesiapa pun. Masa tu aku dah start cuak. Aku pergi ke tempat Kak Aja dan Ajiz. Aku bertanyakan mereka berdua adakah mereka ada datang tempat aku sebentar tadi. Jawapan mereka berdua tiada kerana masing masing tengah sibuk buat kerja. Mereka bertanyakan aku kenapa aku tanya soalan sebegitu. Aku hanya mendiamkan diri. Aku terfikir siapa pulak yang tolak tolak kerusi aku pada masa tu. Pada keesokan harinya aku ceritakan apa yang aku alami semalam. Mereka berdua hanya terdiam.

Kisah kedua :
Aku ni memang ada habit tak suka keluar pada waktu lunch. Kecuali kalau ada urusan luar pada waktu tengah hari barulah aku akan keluar. Sebab aku jenis lagi suka time lunch tu makan dekat office, tidur ataupun melayan movie. Waktu lunch adalah dari pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 1.30 tengah hari.

Pada suatu hari tu, selepas makan. Jam menunjukkan 1 tengah hari. Jadi aku decide nak tido kejap. Kat office aku ni ada stor tempat simpan fail atau dokumen projek yang dah lama. Kadang kadang situ tempat port tido atau solat. Jadi aku pergilah tidur dekat stor. Tengah aku syok tidur, aku rasa diri aku seperti ditindih, aku nak bergerak ke kiri ke kanan pun tak boleh. Dalam separuh sedar tu, aku terpandang seperti sosok seorang lelaki tapi dia gelap dan tak berwajah. Rupa dia seperti kosong camtu. Entahlah tapi macam tulah aku boleh gambarkan rupa dia. Dia berdiri betul betul dekat depan kaki aku. Aku cuba baca ayat suci Al-Quran pada ketika itu, tapi lidah ku kelu. Sampailah pada azan Zohor barulah makhluk tu hilang dan aku boleh bergerak semula. Aku bangun dan terus aku ambil wuduk dan solat Zohor.

Itu sahaja dari aku, maaf seandainya jalan penceritaan aku agak tak memuaskan. Jika ada kelapangan. Aku akan kongsi lagi kisah seram aku pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.