Kisah Seram DiGanggu Cik Langsuir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Saya nak share 1 lagi kisah seram yg pernah saya alami sekitar tahun 2004..Alkisahnya sepupu perempuan saya mencuba nasib utk bekerja diIpoh..Jadi,dia tinggal dirumah saya & sebilik dgn saya..
Sepupu saya ni suka ajak saya bersiar-siar pada waktu petang dengan menaiki motor..Saya ni pulak bukan jenis yang suka nak bersiar-siar buang masa begitu..Tapi sebab mengenangkan sepupu sendiri dh banyak kali merengek-rengek merayu-rayu jugak pada hari tu utk bawa dia berjalan(buruk benor kalau orang berumur merengek-rengek macam budak-budak..hahaha)..Maka saya ikutkan sajalah..Tapi saya dah pesan yg sekejap saja..
Nak jadikan cerita..Sepupu saya ni boleh pulak dok melalak menyanyi atas motor..Kebetulan masa tu kami tengah lalu dilaluan pokok-pokok besar untuk ke taman perumahan dibelakang..Saya dah sound dia..”Beringat sikit Kak Nab eh(bukan nama sebenar)..Hari dekat-dekat nak maghrib ni..Jangan galok sangat menyanyi tu..”…Tapi nasihat tu umpama angin lalu je pada sepupu saya tu..
Last-last saya terus pusing motor balik ke rumah..Malam tu lepas solat Isyak,saya dah start rasa macam tak selesa..Dada asyik berdebar-debar bak lagu dangdut dagdigdug tu..Badan pulak rasa macam tak sihat..Jadi tak larat..Jadi saya tidur awal..
Tengah malam tu saya terjaga..Tak pasti pukul berapa..Saya pandang pada sepupu saya yang tido dibawah sebab katil saya katil bujang..Jadi dia kena tido dibawah..MasyaAllah..Terkejut saya sebab nampak dia tengah merenung saya dengan muka yang marah..Allah..Saya pejam mata sekejap sambil baca ayat Kursi didalam hati..Bila saya buka semula mata,elok je terdengar dengkuran sepupu saya tu menandakan dia sedang nyenyak tido..Fuh..Berpeluh sekejap tapi saya cuba untuk sambung semula tido..
Entak kenapa saya terjaga sekali lagi..Tak tahu pukul berapa..Tiba-tiba keadaan sekeliling senyap sunyi..Cuaca dalam bilik pula terasa sejuk..Allah..Saya dah rasa seram sejuk..Saya pejam mata & cuba untuk meneruskan tido..Tapi tak boleh..
Tiba-tiba saya rasa seolah-olah ada sesuatu yg duduk dihujung kaki saya..Allah..Berdebar-debar saya rasa..Saya cuba mengintai tanpa membuka sepenuhnya mata saya..SubhanAllah..Ada satu lembaga hitam berambut panjang,bertaring panjang yang tengah duduk sambil menghayunkan badannya dihujung kaki saya..Mula-mula perlahan..Tapi makin lama makin laju benda itu menghayunkan badannya..Lemah seluruh tubuh saya..Lidah saya kelu..

Tapi syukur alhamdulillah..Tidak lama selepas itu,azan subuh berkumandang & benda itu terus hilang..
Pagi tu saya terus beritahu kepada emak & abah saya tentang perkara itu..& selepas saya pulang dari sekolah tengahari itu,abah saya terus bawa saya berubat dengan seorang pakcik..Waktu tu emak saya bagitahu yg saya kelihatan sangat2 pucat..Pakcik tu menyuruh saya duduk berlunjur & dia membacakan ayat2 suci Al-Quran sambil melibas2 manja sejadah pada badan saya & alhmdulillah badan saya terus rasa segar & bertenaga..Kemudian pakcik itu bertanya pada saya samada saya tahu tak apakah benda yg saya lihat sebelum subuh tu tadi..Saya kata tak tahu..Pakcik itu memberitahu bahawa itulah Cik Lang****…Dia minat pada saya & hendak menumpang saya..Masalahnya dalam dia tumpang dia juga menyedut darah saya..Itu sebab saya rasa tidak larat,tidak sihat & pucat…Alhamdulillah benda tu tunjukkan diri dgn cepat..Kalau tidak..Entahlah..Pakcik tu kata lagi,nasib baik juga dia tak tunjuk sepenuhnya wajah dia..Kalau tidak,mau pengsan saya dibuatnya..
Dalam perjalanan pulang,saya cakap lagi pada sepupu saya tu..Supaya jangan ulang perbuatan dia yg tak mahu dengar cakap orang sebab yang tanggungnya saya & bukan dia..Sepupu saya tu hanya menyengihkan dirinya seperti kerang busuk & cakap sorry..Sabar jelah..
Ok..Tamat satu lagi kisah dari saya..Tima kasih kerana sudi baca kisah saya & mohon maaf andai ianya tidak menyeramkan anda..

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *