Kisah Seram Duit Kerap Hilang

Assalamualaikum.Macam orang lain yg conffes kat sini..Ayat klise t.kasih admin kalau cerita ni disiarkan.Ok aku nak kongsi cerita ni…antara banyak2 pengalaman mistik aku,harapan aku orang yang membacanya nanti akan doakan aku dengan doa yang baik2..dan semoga kita dapat manafaat dari cerita ni.Dan hal yang terpenting “YA Allah betulkan niat aku.”

Ceritanya,rumah aku ni ada banyak gangguan.tapi aku ni gamaknya kategori blurr kot..Aku tak pernah amik kisah pon walau pon kadang2 aku terasa lain macam seram.Start aku panas hati bila duit aku asyik hilang.

Mula rm 10 lepas tu semakin meningkat jumlahnya, dan dlm seminggu 4 /5 kali hilang.weii aku memang sakit hati la..aku selalu ceta hal2 ni kat kawan aku piah secara detail.Aku rapat dengan dia, lepas tu aku ada jugak kawan2 lain ada ke yang kena macam aku(,tapi xda lah detail macam kat piah ni.)Tapi aku sorang ja asyik sgt hilang duit orang lain ada kena sekali je.Aku memang syak adik hijau punya angkara.TAPi sapa tuannya.

Mulut aku boleh tahan jahat,aku selalu marah2 menatang yang dok copek duit aku.Aku pernah cakap kat Piah”isk..rasa nak tengok menatang tu,macam mana rupanya.Asyik rembat duit aku ja”lebih kurang macam tu ayat dia.Haha!!malam tu niat aku makbul weii.

Menatang tu masuk umah aku,aku nampak real dalam gelap tu,budak kecik berjalan lalu kat aku,aku dengar bunyi bising2 benda kena selongkar,tapi badan aku jadi keras tak boleh gerak.Aku niat nak bangun buka lampu tapi aku langsung tak boleh bergerak,masa menatang tu nak blahh dia lalu kat tepi aku terus tembus pintu.

Esok aku cerita lagi kat kawan aku tu,dia bantai gelak kat aku.Ya aku ni,ada penyakit tak reti seram..bongokkan aku leh buat lawak dalam kena kacau tu.

Sebenarnya,bukan lah bongok sangat(korang jgn nak join bash aku..aku kata kat aku xpala):p
Lepas tu segala episod seram2 bermula dlam hidup aku hari2.Yela,selain dari hantu,short duit hari2 kira seram la weii.

Aku rasa menatang tu ingat aku ni ceti kot,asyik dok pow aku,kalau aku ceti aku memang suh dia byar dengan bunga2.Tapi aku pon xtau menatang tu sapa punya.
Aku pernah pergi berikhtiar nak pagar rumah,tapi 3 hari senyap lepas jadi balik.Perawat tu cakap,orang dekat rumah aku punya kerja dan orang tu aku memang kenal.Blurr aku sekejap aku tak tau nak agak sapa punya kerja.

Biasa la aku mesti cerita hal2 ni dengan kawan2 aku.Sejak makin menjadi2 aku selalu cerita jg kat kawan2 aku yang lain,Atun dengan ayun.

Start tengah tahun ni,duit aku bukan hilang malam ja,siang2 hari pon hilang.Apa petua yang aku tak buat,stapler,lada hitam semua aku cuba.Tak jalan.Aku yang hampir Jalan sebab stress sangat.

Gangguan tu makin kuat,sampai aku yg selalu tido dlm gelap kena tido dlm cerah.Aku nak cerita satu persatu gangguan tu,tapi aku punya tangan gigil naik taip pon asyik salah.Mungkin dia marah aku gosip pasal dia kat korang semua.

Aku try skip cerita ni bagi habis cepat,kalau tidak aku mungkin kena padam apa yg aku taip panjg berjela ni sbb aku dah rasa lain macam ni.So bila aku dah fed up sebab smua ikhtiar tak jadi,entah macam mana Allah datangkan seseorang yang ikhlas nak tolong aku sebab kesian kat aku.

Kemuncak sebelum aku jumpa Perawat ni,aku alami kisah seram lagi.Pagi tu,aku terkejut tengok tingkap dapur aku tetiba terbuka luas beb,tingkap tu aku tak pernah buka.Aku siap siassat sapa punya kerja.Tapi tak dak yang mengaku,so senyaap jap.

Petang tu,yang ku sangka damai berlaku lg hal misteri,aku kena sergah hah! Kat telinga aku waktu aku nak mandi dalam bilik air.Mulut aku outomatik kuar ayat2 cinta $%×@##…aku tekejut beb.

Subhanallah aku time tu nak kejung dah, tapi aku teruskan mandi sampai selesai.
Hari tu aku ingat lagi,aku pergi berikhtiar secara diam2,bukan aku tak nak cerita kat kawan2 aku tu,tapi aku lupa sebab aku nak cepat.Yela aku rasa menatang tu dasat betuii smpai aku nak mandi pon dia sergah..skodeng aku ka hapa..

Masa ni la terjawab segala persoalan dan misteri yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni.Perawat tu buat air utk pagar rumah aku,dia ada kelebihan yang jarang2 orang ada, dia bagitau aku yang dok copek duit aku bukan adik hijau tapi hantu raya.Aduii selama ni aku dok fitnah adik hijau rupanya keja menatang lain,tapi timbul kepelikan kat sini kan.

Orang cakap hantu raya ni jaga harta benda je,aku tanya la perawat tu..dia cakap tu zaman dulu sekarang dah multipurpose job dah.Ikut perjanjian dengan tuan dia lah.Aku tak tau fakta ni sahih ke tidak.

Patutlah bila aku cerita dengan kawan2 dorang tak percaya aku sebab duit aku hilang dalam kuantiti yang besar.Dari angka puluh mencecah angka ratus.

Ok klimaks dari cerita aku ni.Part ni penting,korang tolong berlapang dada,aku minta hint sapa punya kerja,perawat tu sebut satu2 hint orang yang berkenaan.”orang yang buat ni kawan rapat engko sendiri,dia ni bdan tut…n..tut..n bla..bal…”senarai2 hint yang orang tu bagi aku tu memang padan dengan piah.

Aku terkejut beb.Serius aku kelu kat situ,nak percaya ke tak percaya ke…Bingung aku masa tu.Aku tak cerita secara detail hal2 berkenaan sebb aku nak elak dari kawan2 aku tahu aku yang cerita kat sini.

Aku minta maaf jalan cerita aku hambar,sebab bnyak bahgian penting aku xboleh cerita.Tapi aku pon amalkan bacaan yang perawat tu bagi lepas setiap solat sambil doa dan niat Utk nampak kebenaran hal ni.

Ya..lepas aku berikhtiar ni aku nampak sangat perubahan ketara piah ni,dia tak boleh pandang muka aku,dia pon lama tak contact aku.Dan status2 dia kat facebook macam perli aku kawan yang tak berguna.Walhal aku cuba layan dia macam biasa walau aku dah tahu hal sebenar.Aku nampak dia semakin lain.Korang,aku lupa nak cakap orang yang rawat aku tu bukan bomoh,dia mengamalkan ayat2 quran dan dia ada kelebihan dia.

Aku mungkin nakal,aku suka membahan dan tak kisah dibahan dengan kawan2 sebab aku menghargai persahabatan kami.Tapi aku tak boleh terima hal macam ni.Aku minta korang doakan aku dapat memaafkan dia dunia akhirat.Mungkin hikmah dr semua ni aku tahu tak semua yang kita anggap kawan tu ialah kawan yang sama ikhlas macam kita.

Berhati2 lah dalam berkongsi suka duka.Dan manisnya dari semua ni aku semakin menjaga solat ku..mungkin ini yang terbaik dari semua kejadian pahit manis yg aku alami.terima kasih pd yang sudi baca.Dan maaf xseram dan xbest!!baii _AKU_

One comment

  1. heh.. , peah…peahhh….
    bnyak btol kesalahan yg ter detected from ur innocent sender..
    antaranya ialah ;
    1. terfitnahnya adik2 yg tidak sebangsa
    2. memberikan hantu duit raya pada hari biasa then siap pakai duit orang lain sioot…
    3. langsung xde bank in kat aku walaupun singgit

    kepada mangsa yg bercerita, xkn lh nk tarik kes ni sampai kt akhirat….dunia punya hal settle dunia laa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *