Kisah Seram Sekolah Teknik Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih sebab sudi siarkan cerita yang seram bagi aku tapi maybe tak seram bagi korang hahaha.

Cerita dia bermula masa aku first daftar masuk dekat sekolah teknik shah alam, masa tu tahun 2006. Masa daftar tu aku dapat blok asrama yang paling hujung dan tingkat yang paling atas. First jejak je kaki dekat asrama tu aku dah rasa tak sedap hati dah, yela dengan blok asrama punya buruk, tingkap dalam dorm banyak yang takde, nasib baik katil tilam dengan almari semua baru.

Masa siang tak seram sangat blok asrama tu tapi bila malam memang scary abes, aku pulak dapat katil atas menghadap tingkap yang tak sempurna tuh (takde cermin) memang bila malam boleh direct terkena panahan sinaran bulan gitu…hahaha, dalam bilik tu ada 4 orang roomate. So masa malam first aku duduk hostel tu aku dah rase tak sedap badan, kawan- kawan semua dah tido tapi aku tak boleh lelap.

Aku awal-awal dah letak Al-Quran kecik sebelah bantal aku. Punyalah aku guling kanan guling kiri still tak boleh lelap. Aku tengok jam dah dekat pukul 1 pagi, aku pon tarik selimut paksa diri aku tido. Tiba-tiba aku dengar ade benda berlari atas almari besi, habis semua baldi budak2 bilik benda tu langgar, masa ni aku dah berpeluh habis tapi still berselubung dalam selimut tak berani nak tengok. Lepas tu benda tu diam dalam beberapa minit.

Aku ingat habis sampai situ je, rupanya tu baru acah-acah je. Selang beberapa minit tu aku dengar ade bunyi benda melompat dari atas almari ke lantai, benda tu pelan2 jalan dari satu katil ke satu katil, time ni memang aku dah lencun berpeluh sebab takut sangat. Aku baca ape semua surah yang aku ingat. Sekali benda tu jalan sampai tepi katil aku dan berdiri tegak menghadap kepala aku. Kan aku ada cakap yang tingkap dorm aku takda cermin, so sinaran bulan memang terangla dalam bilik aku tu, bayang-bayang benda tu memang betul-betul atas dada aku tak bergerak statik je camtu.

Lama weh benda tu berdiri kat sebelah aku, aku memang pejam mata tak berani nk bukak, nasib baik benda tu tak cakap macamni “belum tido lagi ke…heheheh” mau kejung terus aku agaknye kalau benda tu cakap macamtu.

Sedar-sedar je dah pagi aku tak perasan bila aku tertidur, maybe sebab aku takot sangat sampai tak perasan terlelap. So aku pon tanyala budak bilik aku yang lain malam tadi ada dengar bunyi almari kene goncang tak? Dioorang suma cakap takde dengar pape pon, aku tengok baldi sume cantik je tersusun atas almari tu.

Dalam hati aku sah memang aku sorang je kena kacau ni, tapi aku bernasib baik sebab benda tu kacau masa hari pertama je, lepas dari tuh aku tak amik port pon, asal baring je terus lelap. Aku sekolah dekat situ pon tak lama setengah tahun je, lepas tu aku pindah sekolah lain taknak duduk asrama dah. Hahaha sekian cerita tak seram dari aku.

4 comments

  1. Ko same la mcm hakak dek. Masa memula dok hostel kena kacau kaw2. Tp lps tu ok dah. Dah xdak gangguan. Keadaan seram tu hanya kita je phm

  2. saye memang tak pernah nampak kelibat jin atau syaitan yang menampakkan diri mereka dalam bentuk yang bertujuan menakutkan kita. saya selalu berdoa agar mata tidak akan melihat kelibat2 sebegitu tetapi selalu fikirkan, kalau jin dan syaitan itu menampakkan rupa2 menakutkan, apakah agaknya rupa kite kalau di seksa kubur dan azab neraka ye..nauzubillah..bila teringat sebegitu, insya-Allah ketakutan kita akan dosa2 kita lagi tinggi dari nak takutkan kelibat2 yang nak tolong kita ingatkan diri kita nanti akan hancur sehancur2 nya kalau di azab kubur and neraka. Muka pecah ke, robek sana sini ke, Ya Allah jauhkan lah aku dari azab seksa-Mu. Allahuakbar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *