Kisah Seram Semasa Aku Menduduki Final Exam

Salam admin. Nama aq Tia(bukan nama sebenar). Aq nak share tentang pengalaman aq kat satu IPTS(dirahsiakan). Ni pengalaman pertama yang aq rasa betul2 real. Sorry kalau korang rasa tak seram. Tapi benda ni seram bagi aq. Thank you admin publish kan cerita ni.

Cerita ni jadi masa ktorang tengah final exam. So biasa lah student kan. Mostly suka study last2 minute, study sampai 3,4 pagi. Yang tak tidur pun ada kan? Tapi aq ni jenis kena tidur jugak. Habis cover ke,tak habis cover ke, aq kena tidur jugak. Okaylah sambung balik cerita tadi.

1 rumah ade 6 orang. Tapi mostly housemate aq and roommate aq dah habis paper awal. So dyorang balik dulu. Aq ajaklah kawan2 aq yang habis paper sama dengan aq tidur rumah aq. Nasib baiklah ada jugak yang sudi. Kalau tak,aq tak dapat imagine camne lah aq sorang2 nak harung.

Ceritanye bermula masa ktorang tengah study beramai-ramai kat ruang tamu. Ruang tamu aq ni ada laluan terus ke  bilik mandi dan toilet. So, kiranye ktorang study menghadap ke laluan tu lah. Ada yg study kat atas meja, ada yg meniarap je kat lantai(aq lah salah sorang). Tapi masa tu, ada sorang kawan ktorang dah tidur dulu dah. Mengantuk sangat katanya. Aq namakam dye B. So,aq suruh lah dye tidur dalam bilik aq. Dalam study2 tu mestilah kite ade berborak tak ingat dunia, tak sedar esok paper, pakai borak je. Pastu siap bergelak tawa bagai. Yelah, nak lah rest dulu kan. Nak hadap buku 24jam pun tak sanggup.

Lepas dah borak2 tu, ktorang sambunglah study balik. Baru je aq nak start catat notes, kawan aq sorang tegur aq. Aq namakan dye A. A ni cakap “weh Tia, aq nampak ade orang masuk bilik kau lah.” Aq terus pandang A. Terkedu. Kawan2 yg lain pun tiba2 terdiam. Suasana pun tiba2 bertukar jadi lain macam. Meremang bulu roma. Sape pulak masuk? Cuma ade ktorang je. Kalau kawan aq yg tidur tu, mesti dye cakap terus kan yang dye nampak tu B. Aq pun tanyalah A ni “kau biar betul, jangan main2.” Aq dah risau sebenarnya.

Sebab rumah ktorang rumah paling hujung. Rumah sebelah pun dah kosong sebab semua dah habis paper. Pastu A cakap “ye, aq tak tipu. Aq nampak betul ada orang masuk.” Pastu A cakap lagi yg dye nampak tu bayang hitam, laju je masuk bilik aq. Aq dah tak sedap hati. Tapi kena lah berani kan diri jugak kan sebab tu rumah aq. Aq risau jugak dengan B yg tengah tidur dalam bilik aq tu. Dahlah B tidur bergelap, tak bukak lampu.

Dibuatnya jadi pape, tak ke teruk? Aq terus bangun pergi bilik aq. Yang lain semua bangun follow aq. Yelah dah seriau lah si A tu duk tegur. Sampai je bilik, aq on kan suis lampu. Si B ni tidur mati, dye tak sedar ktorang datang. Aq bukak lah almari, check bawah katil,kot2 lah menyorok ke ape kan. Tapi nasib baik takde ape. Pastu tiba2 baru aq perasan yg tingkap bilik aq terbukak. Aq cepat2 tutup. Aq memang jenis suka bukak tingkap bilik even pagi2 buta pun. Tiba2 aq takut pulak kot2 lah ada benda tumpang lalu ke kan.For your information, tingkap bilik aq hadap ke 1 pokok besar.

Dah selesai sesi spotcheck dalam bilik, ktorang terus pergi ruang tamu balik. Konon nak sambung study, tapi sebab dah jadi camtu, korang rasa ada mood lagi ke nak study,. Sorang bagi alasan nak balik dah mengantuk, sorang cakap nak pergi rumah kawan yg lain. So tinggal lah aq dengan sorang lagi kawan aq ni. Kite panggil dye C.

Aq dengan C pun sambunglah study untuk beberapa minit, pastu ktorang decide nak tidur. Sebab betul2 dah rasa lain macam. Seram sejuk, meremang bulu roma. So, aq dengan C ni pun masuklah bilik aq. Disebabkan B dah tidur katil aq,so aq dengan C tidur jelah lantai. Bilik aq sempit masa tu. Cukup2 je ruang untuk aq dengan C.

Aq tidur dekat dengan pintu bilik aq. Tu pun aq dah dekat dengan pintu. Okay, masa nak tidur ni pun ktorang kena lagi. Sebelum tidur, biasalah kite duk chit-chat. Masa ktorang tengah rancak berbual, tiba2 ade orang ketuk pintu bilik. Ktorang terdiam terus, kaku. Aq pulak macam dah terkena heart attack kecil. Mana tak nya,

aq betul2 sebelah pintu. Pastu aq perasan lubang kecil bawah pintu tu terbukak. Aq ape lagi, capai bantal cepat2 tutup lubang pintu tu. Dibuat nya tiba2 ada muka mengintai ke, rambut tiba2 masuk ke, boleh mati terkejut aq. Yelah, for sure masa tu just aq, B dengan C je kat rumah tu. Aq pandang C. C pandang aq.

Bunyi ketuk pintu tu pulak bukan sekali dua. Nasib baik dye tak bersuara. Kalau bersuara, aq pengsan dulu lah. Pastu aq bisik kat C, “C dengar tak?” Aq bisik perlahan sangat, sebab dah takut tapi acah2 rilek. Yelah kite tak boleh tunjuk kite takut sangat dan berani sangat. C pun bisik balik kat aq, “dengar.” Satu patah tu je dye balas. Maksudnya dye betul2 dah takut lah tu. Pastu apa lagi, ktorang dua2 selubung masuk selimut, sampai lah dua2 tertidur.

Esoknya pulak, lepas habis paper ktorang terbukak balik cerita malam tadi. Even siang cerita pun still rasa meremang bulu roma. Pastu tiba2 si C ni cakap kat aq, “Tia, sebenarnya C pun nampak ada orang masuk bilik Tia. Bukan A sorang je nampak.” Aq kaku jap. Macam2 bermain kat fikiran aq ni. Aq cuba fikir positif yang A tu kepenatan kot, sampai berhalusinasi benda bukan2. Tapi bila C pun dah cakap macamtu, maksudnya benda tu memang ada lah malam tadi. Yang ketuk pintu tu pun bukan mainan lah.

Motif aq cerita ni untuk share pengalaman aq. Sebagai pengajaran jugak untuk aq. Lepasni, jangan bukak tingkap malam2. Tidur pun kena tutup tingkap. Memanglah sedap angin malam masuk bilik, tapi kena lah fikir jauh jugak kan. Kalau lah benda lain pun ikut masuk camne? Jangan kata benda tu je, orang pun boleh masuk. So, guys ingat okay. Bukan kite je kat dunia ni, ada jugak makhluk Allah yang lain. Aq ade lagi cerita yg seram, tapi nanti lah aq share. Korang nak tahu ke cerita tu? Hehe. Okaylah, Assalamualaikum.

10 comments

  1. Dorang nak share story je kot.. bukan nak reka karangan Bahasa Melayu.. Up to them laa bentuk citer, style bhasa and singkatan perkataan yg dingunakan.. yg pnting citer tu clear and sampai apa yg ingin dsampaikn.. ampun maaf dipinta andai ada hati yang terasa..
    #watlekkwatpiss ♥

  2. takde, yg si A tu apa pasal beng sgt pergi tegur? dah tegur pastu blah camtu je. nasib C tu ada, dia nampak tapi tak tegur. pastu sanggup stay tidur rumah tu teman kawannya.

  3. Berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangan nya penuh bunga di hati, penuh cinta says:

    dehek? orang tu bukannya buat karangan bahasa melayu kau nak tegur bengang apa semua bagai, tak nak baca blah, nak baca baca senyap senyap, sakai betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *