Kisah Seramkah?

Assalammualaikum buat semua pembaca FS.

Ini adalah kali keduanya aku menghantar cerita yang acah seram. Terima kasih kepada admin jika menyiarkan cerita kedua aku ini. Sejujurnya, hidup aku tak macam mereka yang dihantui dengan keseraman dan sebagainya. Aku bersyukur juga kerana sehingga hari ini, aku tak pernah lagi melihat ‘benda’ tu. Dan kiriman kali ini, aku nak cerita la serba sikit himpunan kisah tak berapa nak seram, yang terjadi pada aku.

Rumah Baharu
Kisah ini terjadi Terengganu, rumah sepupu aku. Baru-baru ni, paksu aku baru beli rumah disitu. Kami sudah dua hari bermalam di rumah lamanya. Dan hari ketiga, dia bawa family aku melawat rumah baru mereka dan tidur sekali di sana. Untuk pengetahuan korang, anak-anak paksu aku ni, nakal nak mampus. Nak dijadikan cerita, mak bapak aku dan mak bapak Nani (sepupu) keluar beli makanan. Tinggal aku, adik aku, Nani dan adik-adik Nani. Kami bertiga (aku, angah, Nani) duduk dalam bilik hujung sekali yang dekat dengan dapur. Sebenarnya, taman tu tak didiami lagi dengan orang ramai. So, tinggal kami anak beranak ja yang duduk di taman perumahan tersebut. Tengah leka kami dengar lagu, tiba-tiba ada orang ketuk kuat tingkap bilik. Kuat dia macam nak pecah tingkap tu pun ada. Nani ni pun marahlah Akil (adik bongsu Nani). Kenapa dia tuduh Akil? Sebab Akil memang terkenal dengan prank. Pernah sekali, dia letak inai dekat dahi aku masa aku tidur. Dan dia pernah letak cacing hidup atas kepala angah sampai terjerit-jerit adik aku. Natang punya Akil. Haha
“Woi, Akil, mu jange nok ketuk-ketuk tingkap tu. Pecoh nanti wei!”
Tingkap tu diketuk lagi. Nani dah marah sangat, dia bukak pintu dapur, keluar dan cari Akil. Malangnya Akil tak ada. Mungkin Akil berjaya melepaskan diri.
“Eei, bakpo la wei, dapat adik supo setang (setan)!” Nani merungut sambil tutup pintu dapur.
Lepas tu, kami pun pergi ke ruang tamu, nak minta Najmi (adik kedua Nani) belikan jajan. Jengah bilik tu, tengok Najmi tengah main handphone.
“Eh, angoh, mu gi kedai betar, beli jajan. Ajak Akil sekali deh.”
Tiba-tiba nenek aku mencelah, “Akil? Akil mana ada. Dia ikut sekali tadi keluar beli makanan.”

Kami, apa lagi? Terkejut beruk bila dengar nenek cakap macam tu. Habis tu, siapa yang ketuk tingkap macam nak gila tadi ? Entah-entah si Najmi tak. Lepas tu nenek aku cakap, Najmi tak keluar bilik pun daripada tadi. Fuhh! Silap kami sekeluarga juga, sebelum masuk rumah baru, tak buat bacaan Yaasin dan pendinding. Main tidur je. Huhu.

Blok C Dahlia 3, UiTM Perlis
Nama bilik ni terpaksa aku rahsiakan, takut budak-budak tu takut nak tidur pulak. Ceritanya bermula apabila satu malam ni, aku dan roommate aku, semua tidur awal. Tak tahulah pasal apa mengantuknya bukan main. Mengalahkan mengantuk malam lailatulqadar. Aku yang tidur nyenyak ni, terbangun sebab ada ketukan dari pintu bilik yang sangat kuat. Tak cukup diketuk, dia siap pulas lagi tombol tu. Aku bangun dengan mamai, tengok jam dah pukul dua pagi. Tengok roommate semua dah lena. Aku pun bergegas ke pintu untuk melihat gerangan siapakah itu. Sekali bila aku buka, tak ada orang. Aku pun sambung tidur balik. Esok pagi, roommate aku, DJ, tiba-tiba tanya, “Nur, ada buka pintu ke semalam?” Aku angguk laju. Lepas tu DJ cerita, sebelum aku buka pintu, depa tiga orang dah buka pintu. Tapi tak ada seorang pun dekat luar. Situasi yang sama, ketukan tu kuat nak mampus! Aku tak tahulah, benda tu nak apa. Well, dia nak kejutkan kami bertahajjud kot. Hehe.
Relax, relax. Aku tahu, cerita aku tak berapa seram. Jangan serius-serius benar. Okay, last story…

Misteri Sudip Plastik
Merujuk kepada cerita yang first sekali, hah, aku nak cerita kisah semasa aku, angah dan Nani berada di rumah lama Nani. Aku bukan tak nak cerita awal-awal, tapi tak nak bagi klise sikit. Hehe. Rumah lama Nani ni, belakang tu ada kubur Islam. Di mana dari dalam rumah, dah boleh nampak batu nisan tersebut. Cuma hantu je tak pernah nampak lagi. Satu malam ni, semua orang dewasa tiada dekat rumah termasuk adik-adik Nani yang troublemaker tu. Aku, Nani dan angah sibuk dekat dapur tengah goreng kentang, nugget dan sebagainya. Yang in-charge untuk menggoreng tu, angah. So yang in-charge untuk makan, kami dua orang. Kami dua orang duduk dekat ruang tamu sambil layan drama Korea. Si angah pulak tengah leka bernyanyi sambil menggoreng. Tiba-tiba angah berlari ke ruang tamu mendapatkan kami berdua. Aku masa tu cuak gila, sebab tengok muka si angah yang cuak.

“Eh, along, along! Kau teman aku pergi dapur kejap,” pinta angah.
“Eh, kau dah kenapa?” Soal aku, harian.
“Alah, cepatlah!” Desak angah.

Aku pun ikut sajalah minah ni pergi dapur. Lepas tu angah cerita, tadi masa mula-mula dia nak goreng benda alah tu, dia guna sudip plastic. Bila dia datang jengah dapur balik, sudip plastic dah bertukar jadi sudip besi. Manalah tak gelabah minah tu. Tengah payah dok memikir kejadian misteri tu, sekali aku terpandang tingkap yang tak tutup. Elok je tingkap tu terbuka, elok je mata aku terpandang ke arah kubur tu. Damn betul. Memang sumpah seranah aku masa tu, time ni la tingkap tak tutup! Aish. Aku dengan gelabah, tiba-tiba pandang Nani. Eh Nani, kau yang tukar eh? Nani ni seboleh-boleh menggeleng. Lepas tu dak angah pulak dah gelabah.
“Eh Nani, kau yang tukar, kan?” Tanya angah.
Nani macam biasa, geleng-geleng.
Lepas tu angah beranikan diri pergi dekat sudip plastic yang tertanggung di tempat asalnya tadi. Dan sentuh sudip tu.

Basah?

Tiba-tiba Nani tergelak kuat. Bapaklah! Aku punya terkejut masa tu, ingatkan dia histeria, rupa-rupanya, si minah hawau tu yang tukar. Shit!

Dia kata, dia nampak angah pakai sudip plastic, takut cair sudip, tu yang dia tukar. Harey betul. Dia bagitahu yang dia pernah prank adik dia yang si Najmi tu, sama macam si angah kena. Sampai hari ini, Najmi takut masuk dapur, dan misteri sudip plastik itu menjadi rahsia antara kami sahaja. Kesian Najmi. Kahkahkah!

Itu sahaja dari aku. Maaflah, kalau korang annoyed. Tiba-tiba pulak kan, kisah seram terus jadi prank. Kepada yang sudi baca, thank you so much bebeh. Jumpa lagi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Azifatilah
Writing is not my passion. Tulis untuk suka suki jewww.
rate (3.85 / 13)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

37 Comments on "Kisah Seramkah?"

avatar
Kak Yulie

Haaa…
Jangan salahkan antu suke kaco org…
Sbbnye antu tu just follow perangai korg yg suke ngenakan org…
Antu betoolll…!!!

Tukang Baca
rate :
     

Well, dah terlintas kalau goreng pape mane boleh pakai benda plastic.tak pepasal je cair… Ingat hantu tu yang tolong tukar kan… haha kelako2… Good stories…

wpDiscuz