Assalamualaikum…ok,aku nk cerita kisah pengalaman aku sesat di hutan yang aneh. Kisah ini berlaku kat damai, sarawak. Time tu, aku tengah balik bercuti hujung tahun kat rumah nenek (sebelah mak).
Waktu tu aku umur 13 tahun (2004).Ok, dipendekkan cerita.3 orang Pakcik Aku (adik mak, 5 orang kawan pakcik aku, dan aku (9 orang smuanya), telah membuat keputusan untuk pergi memancing kat area sebuah tanjung di damai. Kami lalu pergi sana guna jalan pantai. 2 orang kawan pakcik aku ni, diaorang taknak ikutt,nak rilek2 tepi pantai je.
So, kami 7 orang pun teruskan la niat kami untuk ke tanjung. Sampai saja ditanjung, kami pun mulakan aktiviti memancing. Kami dapat banyak hasil tangkapan haritu, even aku yang selalu nasib malang ni pun, dapat 5-6 ekor ikan,( 2 ekor ikan pari sederhana).Time tu cuaca memang bagus, tiba2 pakcik aku yang sorang ni tegur, dia cakap sudah2laa, kita balik terus lepas ni.
Tapi pakcik aku yang sorang lagi cakap, “Rilek dolok, alang2” (rilek dulu,alang2). So, kami pun meneruskan aktiviti kami.Tiba2 dalam sepuluh minit lepas pakcik aku ajak balik tu, langit tiba2 gelap. Angin agak kuat, dan ombak mula tinggi. (kami di area tanjung, kemungkinan untuk air naik adalah sangat tinggi). kami pun mengemas barang untuk balik. Alangkah terkejutnya kami, apabila hendak turun, kami melihat, laluan naik kami tadi, telah di tenggelami air, kami lihat dua orang kawan pak cik kami yang tinggal tadi, melambai-lambai kami dari jaoh.
So, sorang kawan pakcik aku ni cadangkan kami balik guna jalan masuk hutan. Actually, hutan tu x la besar mana, boleh dianggap laluan belukar tapi berpokok tinggi.Kawasan tu dibawah penyeliaan kem permai. So, kami pun ikut la cadangan kawan pak cik aku tu, memandangkan hujan lebat. Kami pun berjalan sambil bersembang dan bergurau senda. (Alang2 dh basah, malas nk kelam kabut berjalan). Then kami berjalan dan berjalan, tapi x sampai2. Kalau ikutkan, 5 minit dah sampai.
Ni, dah masuk 15 minit, laluan still panjang, hujan still lebat, tapi x rasa sangat sebab ada pokok. Kami dh rasa lain macam. Tapi still teruskan perjalanan. Then, kami perasan keadaan hutan tu dah lain. First hutan tu macam hutan biasa kat pantai, tapi sekarang hutan tu dah lain, daun warna oren kekuningan, dan pokok tu pun pelik. (sebijik macam pokok kat tempat omputeh time musim luruh). Kami dah cuak. then yang paling buat kami speechless, air hujan menitik tapi sangant2 slow, smpai kami boleh nampak pergerakan air hujan tu, jatuh satu2. Sumpah, aku dah cuak giler2. Terlampau aneh aku tengok.
Tak da bunyi langsung kat situ, sunyi giler.Kami pun langsung x bersuara, hanya berpandangan satu sama lain jer. Muka masing2 cuak. Kami tawakal je dan teruskan perjalanan. Sampai la kami terhidu bau kambing. Makin lama makin kuat. Sorang pakcik aku ni, soh kami diam, buat x tahu jer dan teruskan perjalanan. Then kami ternampak ada sungai, jernih sangat air. Tapi yang pelik nya, xda bunyi sungai tu. Kami langsung x nak berenti kat situ, even dh penat, haus lapar smua laa. Tapi, nak dijadikan cerita, adik kawan pakcik aku (sebaya dengan aku) yang ikut. dia marah2, dia cakap dia haus, nak berenti dulu.
Dia dah macam nk mengamuk dah, dia cakap lantakla bunian ke apa, dia dh letih giler. Kami pun dengan rasa cuak, ikut je cakap dia. Sebab xmau dia membebel ntah apa2, sebelum terjadi sesuatu yang x diingini. Then, dalam sepuluh minit berehat, kami teruskan perjalanan. Waktu ni bau hanyir kambing tu x payah cakap laa, memang kuat giler, macam daging kambing disumbat dalam hidung. (kalau bau steak ok jugak…hehe)Tiba2 kami terdengar bunyi dengusan. KAmi terkejut sangat, sebab langsung xda bunyi kan, tiba2 pulak dengar bunyi merengus. Kami dah gelabah, kami buat bulatan sambil melilau tengok sekeliling semua dah cuak nak m**i time tu.
Tiba2 kami ternampak seekor b**i hutan yang besar gilerrrr. Agak2 dua ekor size lembu dewasa. Aku time tu memang rasa nak nangis, nak balik sangat2. dia pandang kami jerr. masing2 dah pikir mcm mana nak lari. Then sorang pakcik aku ni, tiba2 dia pergi depan sikit, then dia cakap apa ntah, yang pasti dia cakap jangan kacau, sebab kitaorang tengah sesat, mintak tolong lepaskan kitaorang. Then b**i besar tu tunduk skit kepala dia macam faham ngan cakap pak cik aku tu,then dia angkat kepala terus berjalan mengundur.
Memang x logik sangat, tapi tu la yang berlaku. Kami pun teruskan perjalanan, tiba2 adik kawan pakcik aku (yang marah2 tadi) terjatuh. kaki dia terperosok dalam lubang. (tanah yang merekah). x tau mana lubang tu datang, sebab kami semua lalu dulu dari dia, xda pulak lubang. Kaki dia terperosok sampai pangkal paha. sebelah kaki je. Kami dah cuak nak mampus. Tarik2 x boleh.dia dah nangis dah. So, abang dia ambik keputusan untuk azan. Lepas azan, dia soh adik dia mintak maaf. Adik dia sempat lagi tanya. minta maaf untuk apa. Abang dia dah marah, cakap minta maaf je la.
Adik dia ni nangis2 sambil tahan sakit, dia mintak maaf. X lama lepastu abang dia tarik dia. dengan kuasa Allah, dia dapat lepaskan kaki dari lubang tu. Kami masing2 xnak cakap apa2. semua dh faham. Aku zikir dalam hati je mampu. Then, tiba2 hp pak cik aku berbunyi. Kami semua tekejut, sebab kami dah cuba kol sebelum ni, xda line. dia cepat2 angkat. rupanya, kakak aku yang kol. dia cakap dia dh tunggu depan kem permai dengan pak cik aku yang sorang lagi. Dia ingat baru nak join kami lepak kat pantai. Kami pun mula bercakap serentak sampai kakak aku xfaham. punyala hepi sebab dapat mintak bantuan.
Kami cakap yang kami sesat. Kakak aku ngan pakcik aku sorang tu siap gelak2. macam mana la boleh sesat. belukar je kot. Lepas habis kol tu, kami terdengar suara orang ramai2. Kami ikut mana datang suara tu, then kami perasan hutan tu dah mcam biasa balik. Lepastu, kami ternampak orang rami baru balik dari aktiviti apa ntah. (berkhemah kot). Baru kami perasan, kami dah dekat depan kem permai (laluan yang sepatutnya kami pergi) Aku nampak kakak aku lambai dar jauh. Punyala aku excited, terus aku lari peluk dia. Kakak aku blur sekejap, then dia gelak2. Dia perli aku. “rindu sangat ke sampai pelok2?’. Terus aku lepaskan peluk dia. Kalau x sebab peristiwa tu, jangan harap aku peluk dia. hahahaSekian. tu la kenangan aku yang aku akan ingat sampai sekarang.
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita ni best..
owhh.. btul ke nih.. sbb ctu sye prnah pgi.. demam seminggu.. baru lalu.. blum masuk htn lgi..
kalau masok hutan demam sebulan la gamaknye..hahha
Rse nye tu kampung bunian kot..org2 tua kt kg aku slalu bgtau kt mne kwsn yg ade kg2 diorg,bkn pe utk kite berhati2 bkn utk mnakut2kn kite..
⭐️⭐️⭐️⭐️
ok la best..at least de la juga pengalaman sesat dlm hutan..hehe
kalau sesat dlm hutan gunung santubong lagi seram..kamek kerja di damai resort lapan tahun, mcm2 hal mistik dah dilalui..ngutik (angker) area santubong ya (santubong/buntal/rampangi) .. dlm kem permai lagi lah..satu2 chalet agak jauh jarak & hutan sekeliling. Tapi memang best tempat tu for team building / camping …
Entah kenape, dengar name Santubong tu pun dah naik seriau… mesti adventure gilerr tempat ni
nie nasib sesat ramai2 kalo sesorng nie nasib badan lah..
TERUS RASA SERAM…HEHEH