KISAHKU & IRLY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Namaku Adel (bukan nama sebenar) dan semua nama-nama dalam kisahku ini juga bukan nama sebenar. Aku merupakan salah seorang follower FS. Sudah lama aku berhasrat untuk bercerita kisah yang pernah aku alami ini, baru sekarang aku berkesempatan mencoretkannya.

Kisahku ini berlaku kira-kira 19 tahun yang lalu ketika aku berusia 19 tahun. Ketika itu, aku di semester kedua dalam pengajian diplomaku di Melaka. Aku dan 7 orang kawanku dari pelbagai negeri, tinggal di hostel berhampiran dengan kilang elektronik dan juga bersebelahan dengan hostel pekerja kilang elektronik. Hostel kami itu adalah apartment baru, 4 tingkat dan mempunyai 3 bilik serta 2 bilik air. Kami tinggal di tingkat bawah sekali. Aku tinggal bersama 3 orang lagi kawanku di bilik utama yang mempunyai bilik air.

Kisahnya bermula apabila Lily pulang daripada dating dengan teman lelakinya, Johan yang juga pelajar di kolej kami belajar nie. Johan memaklumkan pada kami semua yang Lily kurang sihat. Kami semua menyambut Lily dan membaringkan dia di tilam di ruang tamu hostel kami. Keadaan Lily amat lemah sekali sehinggakan tidak larat bercakap. Kami semua bersepakat untuk tidur beramai-ramai di ruang tamu. Setelah 10 minit Lily berbaring ditemani kawan-kawan serumahku dan aku sekali, tiba-tiba, Lily membulatkan matanya. Katanya, dia seronok berada di samping kami semua. Kami semua memandang sesama sendiri. Lily mula bercakap sorang-sorang dan mula melalut sehingga kami semua syak yang bukan Lily yang bercakap walaupun suara Lily tidak bertukar suara lain.

Memandangkan keadaan Lily semakin teruk, kami pun memanggil ketua wakil pelajar kami untuk melihatkan keadaan Lily. Ketua pelajar kami itu, Ali, membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Lily semakin meracau-racau. Untuk pengetahuan semua, aku dan Mimin merupakan orang yang paling penakut dalam rumah tu. Sewaktu Lily dirawat dengan bacaan Al-Quran, tiba-tiba, mata Lily memandang tajam ke arahku yang berada betul-betul di sliding door hostel kami. Aku mula menangis takut. Ali menyuruh kawanku, Azie, bawak aku ke luar rumah kerana bimbang aku terjadi apa-apa yang buruk sebab aku ketakutan sangat-sangat dan pada masa yang sama, ketika itu waktu Isyak menjelma. Aku kuatkan semangat aku supaya aku tidak takut dan cuba memberanikan diri berdepan dengan Lily. Aku memang tak boleh lari ke mana-mana pun memandangkan aku memang tiada saudara-mara di Melaka dan waktu ketika itu sudah semakin gelap. Kalau siang, dah lama aku balik KL, rumah keluargaku.

Setelah lebih kurang 40 minit Lily dirawat, Ali pulang. Kami semua tengok keadaan Lily yang terbaring lesu. Kami semua kesian melihat keadaannya dan berharap Lily cepat sembuh. Lebih kurang sejam kemudian, Lily terjaga. Dia berkata, “Malam nie, saya nak tidur dengan Kak Adel dan Mimin”. Dalam hatiku, “Ya Allah…apa aku nak buat nie? Dia nak tido dengan aku dan Mimin la pulak…camana nie???” Aku mula menangis. Kawan baikku, Hana menenteramkan aku dan nasihatkan aku supaya jangan takut sangat. Aku menangis semahu-mahunya dalam bilik aku dan tak nak keluar bilik sebab Lily ada kat luar. Aku betul-betul takut. Dalam jam 12.00 malam. Semua kawan-kawanku dah mula berbaring di ruang tamu dan tidur menemani Lily. Aku kuatkan semangat aku untuk tidur bersebelahan Lily. Aku tidur sebelah kanan Lily. Aku betul-betul buang semua ketakutan aku dan cuba berdepan dengan Lily yang dah ‘bukan’ Lily tu…Aku nekad untuk tidak mahu tidur malam itu dan cuba berbual-bual dengan Lily.

Aku mula bertanya Lily, ‘dia’ berasal dari mana dan bagaimana ‘dia’ jumpa Lily. Ketika aku bertanya, semua kawan-kawan lain telah lena diulit intan. ‘Lily’ mula bercerita :
“Nama saya, Irly. Islam. Saya kacukan Inggeris-Melayu Indonesia. Saya bosan tinggal di tempat saya sebab semuanya tua-tua belaka. Tiada kawan-kawan sebaya saya. (sebab kawasan perkuburan arwah Irly nie, semuanya meninggal usia tua ). Saya meninggal dunia sewaktu berusia 16 tahun disebabkan telah lama menderita penyakit kanser d***h. Saya tak sempat ambil PMR. Saya jumpa Lily waktu dia dating dengan Johan. Saya tengok dia baik sangat-sangat. Itu yang saya masuk “dalam” dia.”

Aku pun cakapla, kenapa buat macam nie, tak baik tau, macam mana dengan Lily nanti kalau Irly “pinjam” jasad dia lama-lama? Tak kesian ke kat dia?” Irly pun jawab. Dia nak kawan dengan aku dan semua kawan-kawan aku kat sini. Aku cakapla, “ Dunia Irly dengan kami tak sama, mana boleh macam nie…” Pada masa yang sama, aku sebenarnya masih takut-takut gak dengan Irly nie. Takut dia bengang dengan aku sebab tak bagi dia dok dalam badan Lily lama-lama. Takutla jugak kalau tetiba dia berupa muka buruk ke…hysteria aku lak nanti, huhu. Dalam hatiku berkata, “Nie kerja gila nie, bercakap dengan orang dah m**i…” Tapi pengalaman baru la bagi aku sebab aku belum pernah kena situasi macam nie…Irly diam je bila aku cakap macam tu. Aku cakap lagi, “Nanti kami pun akan sama-sama jumpa Irly nanti, tunggu jer kami nanti tau…” Irly masih diam. Aku dah mula risau sebab takut dia apa-apakan aku lak. Dahla semua kawan-kawan aku tidur m**i siap ada yang dengkur lak. Geram lak aku…

Entah macam mana, aku tertidur. Sedar-sedar dah siang dah pun. Aku tengok, Irly/Lily tengah lena tidur. Kawan-kawan yang lain ada yang study, ada yang dah keluar berjalan. Sebab hari Sabtu kan, masing-masing ada jela aktiviti sendiri. Aku mengambil keputusan untuk berehat-rehat je di hostel. Lagipun Irly/Lily sedang tidur. Sehinggalah Maghrib menjelma, barulah Irly nie terjaga. Aku tanya la dia, “Tak lapar ke? Tidur seharian…” Korang tahu tak Irly jawab apa…huhu. Walaupun aku dah jangka jawapan dia, naik bulu roma aku tau…dia cakap… “Mana ada lapar…hihi, macam tak tahu lak dia…” Gila takut aku masa tu dengar jawapan yang aku dah agak akan keluar dari mulut dia. Menyesal lak aku tanya, baik takyah tanya tadi. Huhu. Tengah malam menjelma, semua kawan-kawanku yang lain dah tidur. Aku berbual-bual lagi dengan Irly. Aku tanya, “Rupa Irly macam mana yer, mesti cantik kan sebab kacukan Inggeris-Melayu Indonesia” Irly cakap rupa dia macam Lily. Alamak, tiba-tiba aku takut tak semena-mena. Yela, pandai lak Irly pilih masuk dalam jasad orang yang hampir seiras rupa dia. Lily nie memang kacukan gak. Tapi bukanlah kacuk Inggeris. Tapi Melayu-Riau tak silap aku.

Lily memang cantik, putih sangat-sangat kulit dia. Ada lesung pipit dan dia muda setahun dari aku. Aku cakaplah dengan Irly. Teringin nak tengok rupa dia yang sebenar walaupun dalam mimpi. Irly cakapla, dia taknak tunjuk sebab aku bukanlah berani sangat. Dia takut aku pengsan lak, hihi. Memang aku takut tapi aku teringin nak tengok rupa dia yang sebenar. Dia cakap, “Takpela, dah bagitahu yang rupa dia ada iras-iras Lily. Kak Adel tak kuat klau tengok saya nanti…” Sebenarnya, Irly nak bagitahu yang keadaan jasad dia dah bertukar, tu sebab tak boleh tunjuk rupa dia pada aku. Jadi, aku pun cakap kat Irly, “Okla, takyah tunjuk, takutla…hihi”. Pastu Irly ajak aku tidur sebab dia taknak aku tak cukup tidur. Irly memang takkan tidur malam sebab dia tidur siang je.

Malam ketiga, seperti dua malam yang pertama, aku berbual-bual lagi dengan Irly. Aku semakin berani berbual-bual dengan Irly. Apa sahaja yang aku cakap dalam hati, Irly tahu. Jadi, aku tak berani la nak berkata-kata dalam hati. Korang tahu tak, waktu aku type kisah aku nie, asyik meremang je bulu roma aku tau. Tapi, sebab nak kongsi cerita dengan korang, aku teruskan menaip. Ok, berbalik kepada perbualan aku dengan Irly. Irly bagitahu aku yang itu merupakan malam terakhir dia berbual-bual dengan aku. Aku mula sedih tapi aku kesian gak dengan Lily sebab yela, dah hampir 3 hari Lily tak sedarkan diri. Lily mesti kena bangun, kalau tak, tak tahu lah apa akan jadi pada dia sebab dah 3 hari Lily tak makan sebab Irly berada “dalam” dia. Irly cakap, Johan ‘berkomunikasi’ dengan dia dengan cara membaca surah Yaasiin 3 malam berturut-turut. Irly keberatan nak meninggalkan aku dan kawan-kawanku yang lain tapi dia terpaksalah pergi jua. Kami tidur berpelukan malam itu. Aku merelakan “permergian” Irly.

Siang keesokkan harinya. Lily tersedar dari lena yang panjang. Keadaan dia sangat lemah. Kami berikan dia air kosong. Johan sedia menanti di luar rumah dan membawa Lily keluar makan. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik. Beberapa bulan kemudian, Irly muncul lagi “dalam” badan Lily. Aku terdiam tak terkata. Tetapi masa tu sekejap sahaj dia “singgah” dalam badan Lily. Lily pun sekarang dah ada anak 3 dah, dah kahwin dah pun tapi bukanlah dengan Johan, mereka tiada jodoh. Johan pun aku tak tahu dia ke mana sekarang. Tapi masa Lily dah kahwin, Johan masih bujang.
Sekian, sebahagian kisah hidupku. Nanti aku cerita kisah aku yang lain pulak ok. Terima kasih kerana membaca “KISAHKU & IRLY.”

 

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]
Adel ( bukan nama sebenar )

12 thoughts on “KISAHKU & IRLY”

    • boleh jadi tu mungkin qarin si m**i, selalunya qarin si m**i hanya akan menjelma di alam nyata klau waris si m**i trlalu rindu kn arwah shja, dlm kes ni semua perkara yg trjadi mainan jin atau syaitan. (syaitan suka menipu jd jgn mudah terpedaya)

      Reply
  1. emm..masa irly duduk dlm bdn lily takkan tak bawa berubat lagi? yela dia tak sedar,tak makan semua sampai 3 hari. tak bagitahu mak bapak lily ke? macam semua relax..yela irly tak kacau
    nak kata tak logik mcm susah…sebab tak dduk dlm situasi tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.