KISAHKU SI PERANTAU
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca. Aku cakap awal2, kisah aku nie, kalau aku rate dari 1 hingga 10, kadar keseraman cuma pada skala 5 je. Namaku Khaleeda, 29 tahun. Aku menetap di Sarawak (daerah mana, biarlah rahsia) semenjak tahun 2013 sehingga sekarang kerana faktor pekerjaanku. Aku menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat dan tinggal bersama 2 orang rakan seperjuanganku iaitu Aisyah dan Syura. Di kiri dan kanan rumah kami, boleh dikatakan jiran kat situ baik-baik dan ramah tak kira bangsa dan agama. Almaklumlah, Sarawak nie ada berbilang kaum. Tambahan pula, kami nie orang luar, kenalah saling mengenali jiran-jiran, kalau ada hal mustahak nanti nak minta tolong tu, taklah janggal sangat dengan jiran-jiran. Rumah teres yang kami diami mempunyai 4 buah bilik di tingkat atas manakala dapur dan ruang tamu di tin-barang seperti buku-buku dan fail-fail kerja. Pertama kali jejak kaki ke rumah sewa tu, aku dah rasa semacam. Tak tahulah tu perasaan aku je atau memang ada sesuatu yang menumpang di rumah sewa tu.
Biasanya selepas solat isyak, kami akan menonton televisyen sambil borak-borak tentang karenah para pelajar. Menjadi rutin setiap malam, lebih kurang pukul 10 malam, kami akan berkurung di dalam bilik masing untuk melepaskan lelah badan. Yang menjadi luar biasanya, tingkat bawah akan kedengaran bermacam2 bunyi. Ianya berlaku tepat pukul 11 malam. Bunyi guli, orang menyeret kerusi, memasak, mengemas dan mandi. Belum lagi kalau terjaga jam 2 atau 3 pagi, bunyi orang berjalan turun naik tangga dan bunyi seolah2 ada kapal terbang terhempas di atas bumbung rumah sewa kami. Kami tetap bertahan dengan gangguan tersebut asalkan benda tu tak mengganas. Lagi pula kerana akur keadaan merantau dan sukar untuk mencari rumah sewa yang berpatutan. Kalau korang pernah hidup merantau, fahamlah keadaan susah jauh dari keluarga.
Tipulah nak cakap tak takut masa malam pertama duduk rumah tu. Cuma kami bertiga acah2 berani je. Jiran2 ada lah yang tegur kami mula2 pindah situ. Siap depa tu pesan lagi.” Baik2 duduk rumah tu. Kalau ada ape2, panggil je depa minta tolong”. Kami sekadar angguk dan senyum tak ikhlas je bila dengar macam tu. Kalau dah pesan macam tu, sah2 lah ada sesuatu. Tuan rumah memang takkan ceritalah, sewa tu kan side income dia. Nampak sangat tuan rumah lepas tangan. Hampeh. Bertahun-tahun kami bertahan dengan gangguan tersebut kerana gangguan tu tak teruk sangat. Sebelum tidur, kami bertiga memainkan ayat2 suci al-quran di handphone masing2 sampai tertidur.
Aku kalau tidur memang berselubung selimut satu badan. Seolah2 aku terselamat dari diganggu benda tersebut. Aisyah seorang yang kental & hati kering berbanding aku dan Syura.
Aku pernah menceritakan kepada ibuku mengenai gangguan di rumah sewaku. Tapi jawapan sempoi ibuku, benda tersebut ada dimana2, jangan tinggal solat dan rajin2 lah mengaji. Aku dan Syura memang akan berteman untuk ke tandas pada waktu malam.Berbanding Aisyah yang lebih berani untuk sendirian ke tandas.
Gangguan menjadi ekstrem apabila Aisyah terpaksa pulang ke Semenanjung kerana ibunya sakit. Ah, sudah. Tinggal berdua je, memang aku rasa terlebih seram. Aku dan Syura mengambil keputusan untuk tidur di bilikku sahaja.
Mula2 tu tinggal berdua, semuanya baik2 sahaja. Gangguan yang usik2 manja tu memang ada tapi sudah biasa. Tipulah kalau aku nak cakap tak takut. Kalau benda tu tunjuk wajah, maunya aku lari tak cukup tanah.
Ada satu malam tu, aku sakit perut. Aku gerak Syura untuk temankan aku ke tingkat bawah. Tapi Syura tidur nyenyak sangat. Agak2 kalau aku bakar mercun sebelah dia pun tak sedar gamaknya. Dalam keadaan terpaksa dan hampir menangis aku melangkah ke bawah. Lampu tandas memang kami tak pernah tutup waktu malam. Aku masuk tandas dalam keadaan mata melilau ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah. Adohai rasa hati. Kalaulah ada pertandingan jantung paling laju berdegup, maka akulah yang layak dapat anugerah ketika itu.
Beberapa minit lepas aku duduk di atas mangkuk tandas untuk melepaskan hajat, kenapalah waktu tu jugak benda tu rajin nak mandi. Memang sengaja nak buat aku menangis tak berlagu. Dahlah tandas dengan bilik mandi nie terpisah antara dinding je. Aku dah pucat. Kalau ditoreh muka aku waktu nie, memang sahlah tak berdarah. Aku nak jerit panggil Syura tapi suara aku tak terkeluar. Aku macam kelu pulak. Aku tak tunggu dah. Aku terus bangun dan bersihkan apa yang patut dengan kadar segera. Aku nak lari keluar tandas.
Elok je aku buka pintu tandas, tu dia. Benda tu merangkak kat atas lantai dapur. Aku nampak perempuan tua dengan rambut serabai sampai muka pun tak nampak dah. Molek jugak muka perempuan tua tu tak nampak, karang jadi bertambah tak bestlah kalau aku dan dia bertentang mata. Aku nak baca ape2 ayat pun, otak tak jalan dah. Tengok perempuan tua tu merangkak perlahan2 ke arah aku. Perempuan tua tu macam nak terkam aku. Sungguh aku lebih rela waktu nie, Allah ambik nyawa aku dari aku ketar lutut berhadapan dengan perempuan tua yang sedia nak terkam aku. Aku jerit sekuat hati dan terus rebah. Sedar2 je waktu azan subuh, aku tengok rumah aku ada beberapa jiran yang aku kenal. Salah seorang tu imam kat surau perumahan aku sewa tu. Imam tu bagi aku minum air untuk pulihkan semangat aku. Imam cakap benda tu tak masuk badan aku, cuma aku terlalu lembik. Lepas tu, bila tengok keadaan aku agak pulih sikit, jiran2 aku balik rumah masing2. Tak tahu apa yang jadi masa perempuan tua tu terkam aku.
Pagi tu aku dan Syura, memang apply emergency leave. Aku cuba ingat balik ape yang jadi. Bulu roma aku, jangan cakaplah kalau ingat tragedi tu balik. Kalah duri landak yang terpacak tu. Aku tanya Syura ape yang jadi sebenarnya. Syura cakap, dia terbangun sebab dengar suara aku menjerit sampai sekalian alam dengar. Bila Syura turun ke tingkat bawah, tengok2 aku dah terbaring kat atas lantai dapur. Dia tanye aku, ape yang jadi. Aku tak nak cerita. Kalau aku cerita kang, maunya Syura ajak aku angkat kaki time tu gak. Mane nak cari rumah sewa dalam masa yang terdekat nie.
Aku mesej Aisyah. Aku tanye ibu dia dah ok ke tak dan yang paling penting, bila dia nak datang balik Sarawak. Aisyah cakap lagi 2 hari dia balik Sarawak. Aku ajak Syura bersiap cepat sebab lebih baik jalan2 kat mall dari serabut duduk rumah tu. Aku siap pesan kat Syura, bawalah beberapa helai pakaian. Syura buntang mata tengok aku cakap macam tu. Masa tu jugaklah Syura desak cerita apa yang aku nampak. Aku dan Syura pakat nak tidur hotel. Aku tak sanggup dah nak tidur rumah sewa malam tu. Aku tak cerita kat family aku pasal hal nie. Tak nak ibu risau sangat. Nasiblah hari nie, hari Jumaat. Taklah aku risau sangat sebab cuti mengajar 1 hari nie je.
Aku cakap nanti cerita bila sampai kat hotel. Kami tempah hotel 2 malam terus sebab memang aku tak bersedia nak tidur rumah sewa. Selepas 2 hari, aku dan Syura jemput Aisyah kat airport. Terus pulang rumah sewa. Lagipun dah masuk waktu Maghrib. Aisyah adalah tanya bagaimana keadaan kami berdua kat rumah sewa tu sepanjang ketiadaan dia. Aku dan Syura lebih memilih untuk diam. Tapi tengok gaya muka Aisyah, macam dia tahu sesuate je.
Melangkah masuk ke rumah, sewa aku baca ayat kursi dalam hati. Tengok keadaan rumah sewa, jantung kami bertiga bagaikan nak tercabut. Engkau bayangkan 2 hari je tinggal rumah sewa tu, alih2 balik hari ke-3 tu, rumah sewa kami tiada tolak bandingnya dengan kapal tongkang pecah. Macam ada orang mengamuk je gayanya. Aku dan Syura rasa nak nangis dah. Aku rasa nak call ibu cakap nak balik Pahang time tu gak.
Tapi Aisyah nie, boleh pulak dia bertenang. Aku pulak seriau menengok dia. Aisyah cakap, kemas rumah dulu. Dah siap mandi nanti, kita solat & baca yassin sama-sama. Aku dan Syura ikut cakap Aisyah. Tapi kalau nak mandi seorang, memang tak lah jawabnya. Aku lebih rela bersesak dengan Syura dalam bilik air tu.
Selesai je solat dan bacaan yassin tu, kami bertiga menonton tv. Aku dan Syura cuba buat-buat biasa tapi kalau engkau dapat menengok hati aku, baru engkau faham ape yang aku rasa. Masa tu lah Aisyah cerita semua. Rupa-rupanya sebelum ni, Aisyah dah banyak kali terkena. Salah satu cerita Aisyah pula, pernah dia terjaga pada pukul 2 pagi. Aisyah nie nak buat solat Tahajjud. Time nak turun tangga tu, Aisyah rasa macam ada orang sebelah dia. Macam ada bunyi orang merengus. Aisyah nie tetap buat tak tahu je. Ambik wuduk tu, banyak kali kena cuit-cuit. Pastu Aisyah dengar suara orang mengilai kat belakang rumah. Abes je ambik air wuduk tu, toleh kat meja makan, elok je benda tu tersenyum menengok dia. Aisyah cakap mata benda tu merah macam biji saga. Aisyah nie dah zikir dalam hati. Aisyah buat tak tahu je, jalan terus nak naik atas. Sebelum naik tangga tu, memang akan lalu lah ruang tamu. Masa tulah, ternampak ada kanak-kanak dalam 4 orang, ada orang tua duduk sikat rambut, ada perempuan duduk kat kerusi goyang. Aisyah tak tunggu dah. Terus lari naik atas. Siap Aisyah cakap, aku tak kacau korang, aku tumpang tempat nie je, janggan ganggu aku. Sewaktu Aisyah solat Tahajjud tu, ada macam-macam bunyi kat luar bilik. Bunyi macam orang mengamuk. Agaknya aku dan Syura memang seronok sangat buat tahi mata sampai tak sedar ape-ape. Disebabkan Aisyah nie berani sikit, dia diamkan je pekara tu. Cuma Aisyah selalu pesan kalau nak ke tandas selepas pukul 11 malam tu, bertemanlah.
Lepas tragedi aku kena tu, kami bertiga tidur di bilik Aisyah. Gangguan yang manja-manja tu tetap ada sampailah lepas hampir sebulan aku kena tu, Syura pula histeria. Kisahnya, aku terjaga pada pukul 3:30 pagi. Aku pelik malam tu, kenapa Syura duduk mencangkung dekat tepi tilam. Dia tunduk je. Bila aku panggil nama dia, dia mengerang. Angkat muka pun tidak. Aku dah start rasa takut. Aku gerak Aisyah. Aisyah bangun. Terkejut gak Aisyah tengok Syura. Aisyah nie ada air yasin dalam bilik. Aisyah nak ambik air yasin nak renjis-renjis kat Syura.
Tapi belum sempat Aisyah nak buat macam tu, Syura pulak dah berjalan keluar dari bilik. Syura turun ke bawah dan duduk kat kerusi goyang. Aku dah ketar lutut. Aku cakap kat Aisyah, minta tolong dengan Iman kat perumahan tu. Aku ada simpan nombor telefon Imam lepas kejadian yang menimpa aku tu. Aku call nak dekat kali ke-3 tu, baru Imam tu angkat. Imam cakap kejap lagi datang.
Sementara tunggu Imam datang, aku dan Aisyah pasang ayat-ayat suci al-quran dalam handphone. Tetiba pulak Syura tu hempas-hempas barang. Habislah pasu bunga tu pecah, kusyen pulak dah terbang entah ke mana. Syura jerit2 dan jeling kami bagaikan tunggu masa nak terkam kami je. Aku dah menangis. Aisyah tenangkan aku.
Bunyi ketukan pintu waktu tu dan Assalamualaikum dari Imam, membuat aku rasa tenang kejap. Imam datang bersama 6 orang pemuda. Jiran2 sebelah rumah yang tersedar waktu tu, turut sama bertandang ke rumah sewa kami. Waktu tu, keluarlah suara garau Syura. Syura cakap pergilah, nie tempat aku, diaorang yang menumpang tempat aku selalu buat aku rasa panas, aku tak suka diaorang nie. Lepas tu Syura bertenggek atas almari televisyen. 6 orang pemuda yang datang bersama Imam tadi, terus berusaha menangkap Syura. Syura meronta2. Tenaga 6 orang pemuda tadi hampir tak mampu mengalahkan tenaga Syura.
Imam picit jari kaki Syura. Imam cakap liat sangat benda nie nak keluar dari badan Syura. Imam bacakan beberapa ayat rukyah, Syura dah macam lembik sikit. Waktu nie lah Imam bertindak. Imam cakap kat benda yang di dalam badan Syura, kalau engkau Islam, keluarlah dari badan gadis ini, jangan ganggu anak cucu Nabi Adam. Benda tu jawab, boleh keluar tapi syaratnya jangan ganggu tempatnya. Imam tu cakap kami orang hanya menumpang tempat.Imam tu minta benda tu pindah. Malangnya, benda tu cakap, dia dah serasi dengan tempat tu. Imam cakap kami ni menumpang kejap je. Jangan ganggu lebih-lebih sangat. Kalau kacau lebih teruk lagi, lepas nie, Imam cakap nak sembelih semua syaitan laknat yang ada kat rumah nie. Akhirnya, benda tu keluar dari badan Syura. Syura pengsan. Adalah beberapa orang jiran yang perempuan tu, temankan kami sampai pagi. Bangun pagi tu, Syura nangis-nangis cakap badan dia sakit dan banyak lebam. Syura tak ingat sangat apa yang berlaku.
Cerita Syura, sewaktu dia terjaga tu, ada suara bisik-bisik kat telinga dia. Bila dia melilau ke kiri dan ke kanan tu tak nampak ape-ape2. Tapi toleh je ke atas siling, Syura nampak ada benda bertenggek atas siling. Benda tu ketawa mengilai. Syura dah berpeluh-peluh sebab takut sangat. Benda tu terkam Syura tetiba. Lepas tu Syura tak ingat ape-ape yang jadi dah. Aku agak lah, lepas benda tu terkam Syura yang si Syura nie duduk mencangkung tu.
Lepas kejadian tu, kami masih tinggal di rumah sewa tu. Sambil-sambil tu iktihar cari rumah sewa yang lain. Kami bertiga mencuba nasib memohon pertukaran guru ke Semenanjung. Aku solat hajat selalu memohon Allah permudahkan jalan hidupku. Ibu pulak kerap menelefon bertanya keadaan aku dan kawan-kawan serumahku. Setakat hari nie, keadaan baik-baik sahaja dan kami bertiga lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Risau tragedi lama berulang.
Setelah beberapa bulan, akhirnya ada berita gembira untukku dan Syura. Permohonan kami untuk mengajar kat Semenanjung balik telah diluluskan. Aisyah pula tetap terus mengajar di Sarawak cuma berpindah ke daerah lain. Aku akan mengajar kat Semenanjung balik dah tahun depan.
Dan untuk cuti akhir tahun persekolahan yang akan datang nanti, aku akan pulang ke Semenanjung dengan seronoknya. Kami bercadang untuk berjumpa dengan tuan rumah dan serahkan kunci pada hari terakhir nanti. Kami bertiga tidak bercadang nak tanya macam-macam dengan tuan rumah. Biarlah misteri rumah sewa kami tu, berlalu tanpa jawapan. Yang pasti segala pengalaman ini aku jadikan peringatan dan pengajaran untuk sentiasa beringat. Tinggal lebih kurang sebulan lebih je lagi aku akan kembali ke Semenanjung. Untuk perancangan terakhir, lambaian penuh kasih sayang kali terakhir untuk negeri Sarawak dan segala kenangan pahit manis di Sarawak akan aku simpan rapi di kotak fikiranku. Doakan kami bertiga hidup bahagia dengan senyuman yang ikhlas selalu.
-Tamat-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
bolehlahh. ok ok je.
pernah gak masa zaman sekolah dulu kena kacau mcam nie sbb aku tido dekat ruang tamu depan tb sorang,asal dah lebih 12 malam jer mesti tersedar dan tk boleh tidur,macam benda tu tak bagi tidur ,takut punya pasal cuba pejam mata selubung dgn selimut berpeluh2 panas plus takut,lepastu aku dengar macam ada orang gelak2 kt telinga suara lelaki “HAHAHAHA PADAN MUKA TAK BOLEH TIDUR”,saiton spesies apa tu kacau orang nak tido? ehh kau tahu tak esok aku nak sekolah.
Saiton taknak pegi sek namo eiiii…
Hahahahaha….
Ok jap…
Akk baru nk bace…
kak yulie retis FS dah masuk dah ?.
Yer kak ,dlu tak dapat tido dalam bilik sbb bilik dah full kalau kekakak kekabang balik,aku jadik mangsa tido kt ruang tamu. Dahlar belakang umah tu paya plus ada pokok kekabu lagi
btw best cerita writer 8/10
Kekakak kekabang kekabu???
Ok…
Diorg sume mmg menakotkan…
Hahahahhaha…
kekakak kekabang short utk kakak2 abang2 ??.
Pokok kekabu nie yg paling aku tk suka sbb arwah mak aku selalu momokkan aku dgn cik lang lar cik ponti lar suka bertenggek kt pokok tu kak . Haaaa skang rumah tu pun dh jadik kenangan ,arwah mak & arwah ayah pun dah takder . Alfatihah
Hahahahaha…
Lurus dan nerd ko ni dik…
Bersungguh terangkan kekakak kekabang tu…
Akk fahamlah dik…
Mksd akk menakutkan tu sbb ble diorg sume blk ko kena ngalah tdo kat hall…
Heheheheheh…
yer kak aku nie kekadang lurus gak macam batang pokok pinang tu,beriya menerangkan bahahahahaha
kakkkk, tolonglah tukar gambar tu. Skeri, skeri.
Lebih skeri dari cerita kat FS ni.
Uiikkk???
Gmbr akk ke???
oh muda lagi kak yulie ni..comei orgnya..
Idokler mude sgt…
Tapi tang comei tu akk kenalah terima nnt kecik ati plak yg memberi pujian…
Hahahahahaha…
Tahniah sis dapat e-Gtukar. Kalau bujang dpt pindah, kire dh beruntung sgt tu ?
kan.. dulu kak mami before kawen susah nau mintak tukar.. mcm2 alasan ku buat masa pemohonan tu di rijek belake.. last2 kawen dpt tuka tu pon lepas 7bulan kawen..
Seramya
Besor umah tu tgkt atas jer ade 4bilik…
Tapi apsal toilet satu je kt bawah???
Mmg menduga perasaan betollah…
Kot xde gangguan pon, utk manusia yg suke ngulang toilet mcm akk ni, itu mmg menakotkan dan meletihkan wooo…
Alhamdulillah dh dapat tukor memasing…
Tu ganjaran utk org yg sabar mcm korg dan x ngarok ngamokkan tuan umah…
8/10 kipidap writer
8/10 jugakk
serammmm
Tak tau nak sedih sebab kena kacau, atau sedih kena kerja dekat perantauan Huhu
kalau maira sedih sebab kena kerja dekat perantauan.
Sedih sebab kena kerja dekat perantauan?
Aq tabib la.. Sbb bleh duduk sampai bebulan2 dekat rumah sewa..?
Baca part last tu, tetiba rasa sayu plk sbb aisyah x dpt pindah sekali ke semenanjung sama² korg.. tp part rumah sewa tu mmg patut kena pindah la.. dah la besar, yg tinggal dlmnya pun 3org je.. msti rumah dh lama kosong br di sewakn… emmm
Nice..seram..simple tp senang paham..nasib baik x tsangkut kat skala 6..haha
9/10.1
Seram.best citer cikgu.
nice cikgu..tahniah dapat transfer ke semenanjung.^_^
mmg bertabah sgtttt ni x pindah rumah…
Duduk merantau la baru tahu erti kehidupan sebenarnya..