Kolej Lama

Hi pembaca FS. Aku ni salah seorang penggemar kisah kat FS ni jugak, jarang lah aku missed baca. Tu yang membuatkan aku sendiri nak kongsi kisah aku yang tak berapa seram ni. Aku harap admin publish lah cerita ni ya.

Cerita aku ni pasal tempat aku belajar dulu, okay kolej aku ni masa aku masuk belajar kira-kira dah bertapak berbelas tahun juga tapi tak sure exact time since bila. Yang aku dapat bagi gambaran kat korang kolej ni memang buruk dan agak seram. Yang aku heran kolej tengah bandar pon ada penghuni lain juga selain manusia. Kolej ni ada 5 tingkat, tapi pihak kolej guna sampai tingkat 4 je. Dalam dekat 2 tahun aku study kat situ belum pernah sekali aku jejak tingkat 5 tu. Yela sebab macam takda urusan pun. Dan senior kata kat atas tu tempat diorang simpan barang tak guna je.

Kalau nak tahu sebelum kolej aku sewa bangunan tu, sebenarnya tingkat 5 yang katanya tempat simpan barang tu adalah hospital bersalin. Nak tahu apa lagi best ? Sebenarnya masa aku lahir, Mak aku operate dekat hospital bersalin tu lah which means tempat aku study tu. Unreal kan ? Tapi aku tak tipu, memang kisah benar dari Mak aku. Okay aku rasa habis lah aku introduce kolej tu. Haha

Peristiwa yang aku dengan kawan aku lalui ni masa ni dekat 3. Tingkat 3 ni ada studio, bilik lukisan, discussion room, and ada bilik student grafik buat markas lah. Basically tingkat 3 ni macam port budak grafik. Kejadian masa tu petang, memang dah tak ramai student ramai dah habis class, tapi aku dengan member aku ni stay masa tu sampai petang sebab alang-alangkan. Masa ni kami lepak dengan junior tengok movie semua kat DR (discussion room), then entah macam mana tepu keluar lah kejap dari DR melilau sepanjang koridor. Ke hulu dan ke hilir, sampai lah kat depan bilik yang aku panggil markas budak grafik tu, aku lupa apa nama bilik tu.

Okay aku bagi gambaran bilik markas dulu, bilik markas ni hujung sekali bersebelahan lif dan area lif tu ada cermin besar yang kira macam belah depan kolej, bayangkan bangunan yang bercermin depan dia. Haa gitu lah! Okay so ada satu bahagian dinding markas ni, dia bukan sepenuhnya batu, di tengah bahagian dinding mereka pasang “glass block wall” kalau tak tahu google. Okay so glass block wall memang akan pantulkan cahaya lah kiranya.

Lepas aku ke hulu ke hilir sampai depan markas tu, aku stop tengok gelap gelita. Tapi bukan perkara pelik sebab kekadang bebudak ni suka duduk dalam gelap main game semua. Tapi yang buatkan aku stop tu sebab aku nampak bayang orang duduk area glass block wall tu, yela sebab situ kan pantulan cahaya. So sesiapa duduk situ memang akan nampak bentuk badan. Memang aku sure aku nampak ada sillhoutte orang! Dengan bongoknya aku boleh tekapkan muka aku kat cermin pintu tu sebab nak pastikan apa yang aku nampak tu. Tapi kejap je lah then aku blah. Nasib benda tu tak tekap sekali muka dia time tu.

Tak habis lagi doh, aku nak pastikan lagi aku tanya member aku sorang ni kat DR. Semua dah balik ke dalam bilik markas tu, dengan beraninya kitorang pergi lagi bilik markas yang hanya selang 1 bilik dari DR. So memang confirm takda siapa dalam bilik tu, kosong gelap gelita pulak tu jam menunjukan jam 6 petang. Memang seram dah suasana tingkat 3 tu. Yang kawan aku ni hampeh, lepas check markas dia terus lari tinggalkan aku pastu amik beg ajak aku balik hahaha. Kecoh masa tu bercerita pasal bilik tu, tapi still ramai lepak haha.

Sebenarnya banyak kisah aku dengar pasal kolej lama aku tu, siap ada yang masuk lepas pukul 12 nak cari entiti bagai. Tapi berapa bulan lepas tu kolej aku pindah bangunan lain yang lebih selesa tapi ada juga ceritanya tu hehehe. Lain kali aku share lagi.

P/s : ex-student kolej aku yang baca ni confirm tahu aku cerita pasal kolej mana hehehe. Bye !

Cal

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *