Kolej Matrikulasi X Tahun 2008

Kisah ini terjadi pada saya ketika saya sedang menuntut di kolej mtrikulasi x. Tahun 2008. Bilik saya di tingkat 4. Dan belakang bangunan asrama adalah ladang kelapa sawit. Dan di depan bilik saya adalah tandas. Kami tinggal 4 orang sebilik.

Saya seorang yang penakut. Dalam bilik tu, saya ada rapat dengan seorang kawan yang dipanggil kak m. Kak m tahu saya jenis penakut, memang kak m yang selalu temani saya ke toilet di tengah2 malam.

Pada suatu malam, masa tu dalam pukul 8 mlm, kak m ada study group di blok lain. Kak m telah berpesan pada roomate yang lain agar jangan tinggalkan saya sorang2 di bilik sebab saya takut. Namun, pada pukul 9 malam, tiba2 roomate saya yang lain ada hal yang penting dan mereka terpaksa tinggalkan saya sorg2. Masa tu Allah je yang tahu perasaan saya. Walaupun bilik2 sebelah berpenghuni, tapi bilik kami tetap sunyi. Sy terpaksa lawan ketakutan ni. Masa tu memang saya takut abadi. Untuk hilangkan ketakutan ni, saya pun membuat panggilan video kepada ibu saya. Tapi bateri telefon tak banyak, nak tak nak saya terpaksa buat panggilan video sambil caj hp. Saya duduk di meja study, sy caj hp kat situ. Meja study saya betul2 sbelah tingkap. Dan permandangan dari tingkap tu adalah ladang kelapa sawit. Meja study saya mengadap dinding. Belakang meja study sy ada sedikit ruang yang memisahkan dengan meja lain. Jadi belakng meja study sy ade meja study lain, tp membelakangkan saya la. Adoii susah nak explain. Jangan kecam saya hehe..

Saya bercakap dgn ibu saya dalam keadaan takut2. Sy buat panggilan video sebab tak nak rasa sunyi. Sy bagitau ibu saya , saya sendirian dalam bilik. Ketika kami sedang berbual2, tiba2 saya nampak mak saya intai2 belakang saya dan kemudiannya berkata, “tadi kata duk sorang dalam bilik, dah tu siapa kat belakang?”

Allahuakbar.. memang saya tak terbayang perasaan masa tu. Ni pun saya taip meremang bulu roma saya. Sebab terlalu takut masa tu, sy terus lepaskan hp dan berlari ke pintu. Memang xcukup kaki masa tu. Sy pergi ke bilik sebelah. Sy tunggu rommate saya balik. Bila kak m dh balik, saya cerita semua yang berlaku. Sy telefon balik ibu saya, ibu saya cakap td masa tengah buat panggilan video, mak saya nampak kelibat orang lalu belakang saya. Dua kali dah lalu, tu mak saya tegur. Orang tu pakai baju putih, tudung hitam (rambut kot). Allahuakbar. Nak luruh jantung saya. Memang lepas tu kak m dah xtinggal saya dalam bilik sorang2 lg..

Ada satu lg.. masa tu study week nk final exam for last sem.. bulan puasa.. orang heboh pasal ada student nampak pocong, memang saya xpercaya, sebab dh lali dgr cerita stiap tempat belajar ada pocong, mak cik karipap semua. Hinggalah suatu malam, awal lagi pkul 10 mlm,, saya rasa nk minum air panas, tapi kena ambil tingkat 3.. sy xtakut sangat sebab masa tu ramai lagi tengah bising, cuma koridor saya je agak sunyi. Saya keluar bilik, ketika sy mengadap di hujung koridor, (jarak 2 meter), background hujubg koridor langit hitam malam, hujung koridor ada penghadang, lps penghadang tu ada atap yang rendah dari penghadang koridor.. sorry kalau komplikated sangat.. ok ketika sy pandang hujung koridor tu, saya nampak mcm bgkusan sampah dalam plastik putih yang diikat (ikat macam kepala pocong).. pende tu atas pengadang hujung koridor.. sy tenung lama sebab nampak pelik. Sy pun berpaling muka panggil rommate sy sebab nk tunjuk sampah tu, bila sy pusing sekali lagi, dah xde. Xthu la apa.. sy andaikan pocong tu berdiri atas atap sb tu sy nmpk kepala dia je di pengadang koridor.

Saya juga pernah dengar sesuatu yang amat berat melompat2 atas bumbung asrama, masa tu dalam pukul 2 pagi.. saya dan kak m baru je nak tidur.. dengar la pende tu lompat dari bumbung hujung, sampai ke bumbung kami, tiba2 dh xde. Sy pegang tangan kak m, kak m pun genggam kuat. Rupa2nya kak m pun dengar.

Sorry kalau panjang sangat. Mgkin dh xseram sebab meleret sangat explanation. Sorry guys. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *