Kolej Seri Gading 2 Tingkat 4

Assalamualaikum FS, first of all terima kasih in advance dekat admin FS sbb terima cerita aku ni. Maaf kalau cerita aku ni tak seram mana pun tapi aku memang tak lupa benda ni.

Nama aku Ezah (bukan nama sebenar) aku nak ceritakan satu kisah ni, masa ni aku baru masuk sem1(2013) dekat UiTM Kampus Samarahan, Sarawak. Bilik berapa aku rahsiakan, tapi tingkat 4, Kolej seri gading blok 2, seperti biasa dalam satu bilik ada 4 orang. Aku, Anna, Vero, dan Didi. Bilik ni banyak kisah dia yang dah kami alami.

Yang aku ingat, masa tu kiteorang dah nak final, so masing masing study la. Aku duduk baca nota dekat katil, vero dia study dekat meja belajar. Anna dah nak masuk tidur masa tu. Didi pun still duduk dekat lantai layan phone dia. So masa tu Anna nak tidur so dia tutup lampu bahagian pintu (bilik kiteorang ada 2 lampu) so si Didi ni on kan balik lampu tu dan cakap “tunggula, lepas ni aku tutup la” .

Lepas tu Anna pun cakap “Aku nak tido ni, tutupla satu” then secara tiba-tiba lampu bilik kiteorg mcm kena main, siap ada bunyi lagi macam orang on off on off. Semua pandang sesama sendiri. Semua diam je lah sebab tau mmg benda tu yang main haaa kau. So kiteorang biarkan je la lampu tu on je sampai pagi haha.

Kisah satu lagi, masa tu dekat bilik tu jugak. Masa tu aku dah nak masuk tidur. Kiteorang jenis yang buka tingkap sampai malam sebab bilik panas sangat dan malam tu hujan renyai renyai, so Si Vero ni study dekat meja. Anna and Didi jugak study dekat meja dia. Si Vero ni jenis yg suka tegur benda pelik pelik. Dia ni berdiri la jenguk kat belakang blok.(Belakang blok ni mcm hutan sikit tapi ada blok kos lain belah sana.

So, ada nampak jalan) masa tu hujan renyai renyai kan, Si vero ni pi la termenung dkt benda yang dia tengok kat belakang blok, dia tanya dekat Didi “apa benda tu wei, didi?” Si Vero ni pun tengok lama2, dah lama tu dia pi lari la dekat katil aku, aku punya terkejut ha melatah aku. Si Didi ni pulak dia hairanla then sempat dia jenguk benda tu dekat bawah tu then Didi terus duduk dekat lantai dengan muka takut dia. Vero ni dah dok diam tutup mata tepi aku ni. Aku tanya la “Wei kau kenapa Vero? Kau nampak apa?” Si Anna ni dia tak tau apa2 sebab dia duduk dkt meja dia belah kanan. Tingkap kiteorg tengah2.

So Anna just tengok kami je lah. “Korg dah kenapa ni wei?” Aku lagi la blur dan takut tengok si vero ni tunduk diam je. Vero dah nak nangis ni, then dia cakap“ tolong tutup tingkap tu” aku memang tak ah aku ni penakut lemah semangat benda mcm ni. Lepas tu semua tak bergerak dekat tempat masing2. Aku mintak tolong la kat kawan bilik sebelah, aku whatsapp dia, suruh dia pergi sini bilik kiteorg. Dia pergi la, masuk bilik kiteorang.

Tingkap kiteorang ni masih terbukak besar kau, Aku cakap la kt kawan aku ni Mida (kwn bilik sebelah) “Mida, tolong tutup tingkap, nanti aku cerita.” then ah sudah semua takut, semua tak nak tutup. So bila semua tak nak buat, Si Didi ni terus bangun tutup kan terus. Lega! Fuhh. Aku tanya la dekat vero “Wei kau nampak apa?” Vero terus la jawab “Aku nampak benda tu pakai baju putih, rambut panjang berdiri tengah tengah jalan tu, rambut dia elok je kena angin sepoi sepoi je.” Didi pun cakap dia nampak jugak. Semua diam. Semua pandang muka sesama sendiri hahaha masing masing semua tidur kat lantai. Bawak tilam letak kat lantai hahaaha

Ni je cerita aku hari ni, ada lagi cerita lain sebenarnya. InshaAllah nanti aku share lagi .thankyou!

5 comments

  1. Sept/oct 2015 Pernah menginap dkt kolej d uitm smarahan..tp x ingat blok ape..cme ingat tgkt 3 n blok tu berbentuk L..toilet dkt tgh2 antara 2 line blok tu.. n 1blik ade 2ktil shj..time tu cuti sem diploma if im not mistaken cause smua kolej kosong..yg ade kitorg je student SA yg x smpai 30 org..luckily x nmpk or kena ape2 gangguan.. hehe..

    1. Itu rasanya blok 1… Dari sem 2-6 duduk gading xpernah kena apa2… alhamdulillah…just be careful sebab the way u write u boleh buat student yg still study and stay gading sekarang takut…. nanti mlm2 nk pegi toilet mesti nk berteman… ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *