Kolej Vokasional

Assalamualaikum , tolong rahsiakan nama saya ni merupakan pengalaman anak buah saya sendiri .

Saya – (anak buah)

Pada 3tahun lepas saya pernah memasuki sebuah kolej vokasional, saya ditempatkan disebuah asrama yang agak sunyi. 1blok tu ada 3tingkat tapi cuma 1tingkat je yang digunakan iaitu tingkat 2 . Sebaris mempunyai 4dorm . Saya ditempatkan di dorm 1 bersebelahan dengan tangga dan dapur .

Pada malam pertama di asrama, kami berkumpul ramai2 untuk sesi suai kenal di balkoni sambil2 senior kami buat kerja , masa tu ada 3org senior n 8org junior . Habis sesi suai kenal , senior2 mula bercerita tentang pengalaman mereka di kolej . Kebanyakan tentang hantu . Pada mulanya saya tak percaya sebab saya tak nampak apa2 sejak daftar masuk ke kolej , sememangnya sejak kecil saya boleh nampak benda yang orang lain tak nampak , mungkin itu kelebihan yang Allah bagi kat saya . Saya anggap tu hanya cerita rekaan dari mereka untuk menakut2kan junior.

Sorang senior cerita tentang sebuah blok asrama yang dah lama tidak digunakan sejak 9tahun yang lalu . Blok tu btol2 berhadapan dgn blok kami . Semua pagar dan pintu dorm pn dikunci dengan mangga besar . Ramai yang tertanya2 , katanya pernah ada kes pelajar bunuh diri sebab mengandung . Tapi tak pasti cerita tu sahih atau tidak .

Tengah syok bercerita , ada sorang senior dari dorm lain dtg ke dorm kami , dia bertanya ahli dorm kemudian ketua dorm saya beritahu ada 11 orang ahli tetapi senior tadi cakap ada 12 termasuk yang tgah tidur dkt katil . Kami cuak dan terkejut , kami hanya mampu diam . Setelah itu senior td pun pulang dan salah satu junior disebelah saya menangis ketakutan . Saya tanya secara perlahan , kenapa menangis , rupa2nya dia lihat salah sorg junior yang berdiri disebelah kami berdiri dalam keadaan kaki yang tidak jejak . Saya cuba tenangkan dia dan ajak masuk ke dalam , lepastu junior yang berdiri tadi pegang tangan saya dan berkata ” kau dah tahu ye” .. Saya mampu diam . Bila nampak kami berdua masuk , semua pn ikut masuk dengan keadaan berkejam mata sebab tak nak tengok siapa dikatil , padahal hantu sebenar ada diluar , bukan dikatil ..

Dengan suasana yang suram dan ketakutan , tiba2 terdengar 1 ketukkan kuat dipintu balkoni kami , masa tu tepat jam 1pagi . Masing2 tersedar dan tambah takut . Dengan selamba saya bangun dan buka pintu tersebut , kelihatan seorang senior dari dorm lain bagi sebuah beg plastik berisi buah . Saya ambil dan ucapkan terima kasih , terus senior tu pulang . Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila dapati balkoni kami tiada laluan untk kesitu kecuali melalui pintu yang saya buka .

Ahli dorm yang lain semua terkejut ketakutan , ada yang menangis , saya terdiam dan melihat ditangan hanya sebuah beg berisi batu . Saya terus membaca ayat2 suci yang saya tahu , lantas saya lontar batu tu ke bawah dan terus pengsan . Keesokkan harinya , saya dikerumuni dengan ramai orang dan dikejutkan dengan pelbagai cerita dari mereka di kelas , lebih mengejutkan lagi apabila mereka berkata warden dan senior2 menjumpai saya terlantar di sebuah dorm kosong dengan beg plastik kosong ditangan pada jam 5 pagi apabila mendapati saya tiada di dorm sejak pergi ke tandas seorang diri .

Mereka mengangkat saya ke dorm dan saya tersedar dari tidur apabila azan subuh berkumandang. Terlintas satu soalan difikiran saya . Siapa orang2 yang saya jumpa malam tadi..? Semenjak kejadian tu saya sering sakit dan dipindahkan ke sekolah biasa kerana ramai yang melihat saya dimerata2 tempat tapi sebenarnya bukan saya .

Sekian terima kasih

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *