#KopiCeroi – Kisah Angah

Assalamualaikum semua warga FS. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada admin sebab siarkan cerita aku #KopiCeroi – Budak Tepi Rak. Terima kasih juga pada mereka yang sudi berbalas-balas pantun yang berkerat-k***t tu. Sebelum tu aku nak jawab dulu soalan yang ditujukan. Pasal “bulan puasa ada hantu ke??”. Okey, benda tu muncul memang waktu bulan puasa. Aku pun tak tahu macam mana boleh ada. Kalau aku seorang yang nampak, mungkin hanya imaginasi aku. Tapi kalau dah family aku pun nampak sekali?? Hmmm. Entah la. Mungkin korang boleh tanya yang lebih arif. Lepas family aku disihir, sejak dari tu aku sensitif dengan benda-benda ni. Kadang terasa kewujudan dia, dengar, tak pun ternampak. Tapi bukan hijab aku yang terbuka.

Kali ni aku nak cerita pasal adik aku, Angah. Sebelum aku mulakan story ni, kenalkan aku A dan aku boleh rasa kewujudan benda ni sejak family aku disihir 15 tahun yang lalu. Kisah yang aku akan ceritakan ni merupakan kisah yang betul-betul terjadi dalam family aku. Sebelum tu aku minta maaf la kalau cerita ni tak seram or tak menarik pada korang. So, let’s begin.

3 minggu lepas, Angah datang ke rumah tok. Sejak dia pindah ke rumah sewa, 2 minggu sekali, dia akan balik sini. Mula-mula tok sedih la juga masa dia decide nak pindah ke rumah sewa. Yelah, dia tinggal dengan tok sejak praktikal lagi. Tapi disebabkan rumah sewa dia sekarang dengan tempat kerja hanya 5minit, tok pun relakan je la. Dia ulang alik dari rumah tok ke tempat kerja pun makan masa 30minit. Aku macam biasa, tinggal dengan tok la. Walaupun nak ulang alik Kedah Penang tu, punyalah jauh.

Tengah sembang-sembang sambil layan segala media sosial, terlintas di fikiran ni nak tanya pasal kejadian misteri yang Angah alami sejak zaman universiti sampai la hari ni.

“Weii Angah. Cuba kau cerita sikit pasal kaki kau lebam-lebam tu.” aku berhimpit tepi Angah kat atas katil.

“Kenapa??” balas Angah malas.

“Ada la. Aku nak tau.” sambil jeling Angah.

“Sibuk je kau ni.”

“Cepat la. Aku nak tau.”

Untuk cerita ni, aku tu ialah Angah supaya korang semua faham cerita ni. Tak faham, aku minta maaf okey.

CERITA 1 – DISUKAI “KAWAN” GHAIB

Masa aku (Angah) belajar kat Sabah tu, aku selalu tidur lewat malam. Bila dah tidur lewat tu, kadang-kadang rasa ada benda perhati je kat aku. Tapi aku buat tak tahu je la. Lepas tu, tiap kali nak datang period, mesti kaki aku lebam-lebam. Pernah sekali tu, lebam besar gila kat betis aku. Besar sangat-sangat la. Aku pun call la ibu. Dah cerita kat ibu semua, ibu pun suruh la aku mengaji, baca yasin, baca doa sebelum nak tidur tu. Macam yang biasa ibu suruh kita buat.

Lepas tu, aku dapat praktikal kat hotel dekat dengan rumah tok ni. Bila aku dah tinggal sini (Rumah tok), benda yang sama jadi lagi. Lebam-lebam tiap kali nak datang bulan. Mimpi bukan-bukan macam main dengan budak, mimpi ular la, macam-macam la. Pernah satu malam tu, pukul 3 pagi kot, aku terjaga. Tiba-tiba aku terpandang tangan aku, ada kesan cakar. Kesan baru lagi. Alaaa macam kau main dengan Baim tu (Baim tu kucing aku), kan bila dia gigit ke cakar ke, ada kesan macam timbul tu kan, haaa macam tu la (Angah ada tunjuk gambar ni kat aku. Memang betul ada 4 kesan cakaran).

Masa raya hari tu kan Rokiah (Bukan nama sebenar. Dia ni housemate Angah sekarang) ada datang sini. Dia ajak aku jumpa maksu dia sebab maksu dia boleh cakap dengan benda-benda ni. Dah jumpa tu, maksu dia cakap, ada benda ni suka kat aku. Puncanya sebab aku selalu tidur lewat malam masa study kat Sabah dulu. Kalau tak buang, susah la. Sebab benda tu akan jadi punca aku susah dapat kerja nanti, aku cepat marah, hubungan dengan orang pun tak okey. Macam tu la (Memang pun dia cepat naik angin. Kadang-kadang benda kecil je, tu pun nak marah.)

Kau ingat tak masa aku ajak kau pergi rumah Ustazah Latifah (Bukan nama sebenar). Ustazah pun cakap benda yang sama. Ustazah bagi aku mandi. Lepas tu ustazah bagi bijih besi yang dah baca ayat Al-Quran tu, suruh tabur depan dan belakang rumah setiap kali Maghrib. Ustazah bagi beras suruh tabur dalam rumah. Suruh minum air yang dia dah baca ayat Al-Quran tu. Lepas tu baru okey sampai hari ni.

Macam tu la ceritanya. Aku pun pernah juga dapatkan rawatan kat ustazah tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkesan. Ustazah ni okey juga la sebab ramai orang dari merata tempat datang berubat dengan dia. Tapi sekarang, aku dengar cerita, ustazah tu tak sihat. Biasalah sakit tua. Mohon semua doakan ustazah.

Cerita next ni pengalaman aku dengan Angah masa sekolah dulu. Masa kejadian, Angah seorang je yang nampak. Kira pengalaman aku juga ke tak?? Untuk cerita next ni, aku tu aku la, bukan Angah lagi.

CERITA 2 – WANITA KEBAYA BIRU

Lepas keluarga aku kena buatan orang, abah pun dapat tukar ke daerah Gerik. Tapi aku, ibu dan adik-adik masih tinggal di daerah yang sama. Cuma rumah je kat tempat lain sebabnya ibu masih bekerja di daerah situ. Jadi tiap hujung minggu, abah akan balik tengok kami. Sejak abah duduk jauh, kami pun kena la pergi sekolah naik bas. Kalau tak sebelum ni, abah yang hantar dan jemput.

Pagi-pagi pukul 6 dah tunggu bas sebab 6.15 pagi, bas yang depan rumah aku ni dah gerak. Jiran depan rumah ni bawa bas, so aku naik dengan dia. Senang sikit walaupun kena bangun awal. Sampai sekolah dalam 6.45pagi. Memang sunyi gila kot. Satu manusia je yang ada, pak cik guard. Aku manusia kedua, Angah ketiga. Kadang-kadang Angah kedua, aku ketiga. Nasib la siapa langkah kaki kat pintu pagar sekolah tu dulu.

Masuk kawasan sekolah, belah kiri ada pondok pak cik guard. Jalan 5 minit, sampai blok kelas aku. Blok kelas aku ni bangunan baru. Angah duduk bangunan lama yang jauh ke dalam sana, yang sunyi dan gelap. Kelas Angah berada kat blok yang macam huruf H. Korang tengok huruf H tu, Blok A belah kiri, blok B belah kanan dan tengah-tengah ada tangga yang hubungkan dua-dua blok ni. Satu blok ada 2 tingkat. Kelas Angah tingkat atas kat blok B, dan belah bawah bilik Pengetua, PK HEM, PK KO dan seangkatan dengannya.

Nak dijadikan cerita, pagi tu,

“Along, teman aku pergi kelas aku kejap.”

“Kau kenapa pula. Selalunya kau pergi sendiri relaks jek.”

“Eeee. Teman la aku kejap.”

Aku pelik la selalunya Angah boleh pergi sendiri ke kelas dia yang sunyi sepi dan seram lagi tu. Sebabkan aku ni kakak yang baik. Aku letak beg dalam kelas dan teman dia pergi sana.

“Wehh Angah. Kau berani ehh lalu sini sorang-sorang. Dengan gelapnya. Sunyi macam ni. Kalau aku tak adanya nak tunggu sini sorang-sorang.”

“Entah. Aku dah biasa kot.”

“Kau ni, kalau takut, tinggal jek la kat kelas aku. Nanti dah ramai orang, baru la pergi. Karang jadi apa-apa, aku tak tahu ehh.”

Setibanya kat kawasan blok tu, kami guna tangga yang tengah-tengah tu untuk ke kelas Angah. Angah jalan belah kiri dan kat situ boleh nampak la bilik pengetua and the geng kat bahagian bawah. Tengah naik, tiba-tiba Angah menangis sambil pegang lengan aku.

“Alongggg..” bisik sambil menangis.

“Wooii. Kau kenapa menangis tiba-tiba.”

“Shhhhh. Kau ni diam la.” sambil tarik tangan aku pergi atas.

Dah sampai kelas, buka lampu semua, Angah pun tenangkan fikiran.

“Wehh. Kau kenapa menangis tadi??”

“Along, aku nampak perempuan pakai kebaya biru, tak pakai tudung dalam bilik PK HEM tu. Tapi dia macam kabus. Samar-samar macam tu. Lagipun, bukan ke bilik tu kunci dari luar?”

“Wehh. Kau biar betul?”

“Betul. Aku nampak. Cuma dia tak pandang aku je.” sambung menangis lagi.

Tanpa buang masa, aku terus heret adik aku pergi kelas aku. Masa turun tu, aku jenguk juga bilik tu, memang kunci, dan perempuan tu tak ada. Ada hikmah la aku follow adik aku pergi kelas dia pagi tu. Kalau tak, tak tahu la. Sejak hari tu, aku tak bagi dia pergi sana sorang-sorang. So, siapa perempuan kebaya biru tu?? Sampai hari ni aku tak tahu.

Macam tu la ceritanya. Lagi satu kisah berkenaan dengan Angah juga dan perkara ni masih baru dan masih dalam proses berubat.

CERITA 3 – SIHIR

Macam biasa, group whatsapp family aku selalu kecoh walaupun ahlinya 5 orang – abah, ibu, aku, angah dan ayi. Tengah berbalas-balas chat, aku whatsapp personal dengan Angah sebab ada hal. Then, Angah pun suruh la aku call dia sekejap.

Dipendekkan cerita perbualan antara aku dengan Angah, Angah ada kenal dengan sorang laki ni melalui media sosial. Aku namakan Amin. Budak ni tinggal jauh, tak pernah berjumpa. Beberapa hari lepas tu, Angah delete akaun tu sebab serabut kot. Dia buat akaun baru dengan block semua contact. Maknanya tak ada siapa pun tahu Angah ada akaun baru dan tak ada siapa pun boleh add dia.

Tapi Amin ni boleh add dia. Angah pun pelik la sebab dia block semua contact. Siap check lagi dengan housemate dan officemate dia sama ada dorang boleh detect Angah or tak. Semua orang tak boleh detect akaun Angah, tapi Amin sorang je boleh. Angah pun biar jek la.

Tengahari tu masa kat office, ada orang marah kat Angah. Then ada satu chat masuk dari Amin

“Awak okey ke??”

Angah balas jek la okey. Kemudian Amin tanya

“Awak sihat ke??”

Angah pelik. Kenapa la mamat ni duduk tanya benda-benda ni. Angah dah la stress kena marah, mamat ni tanya macam-macam. Angah balas

“Saya sihat la. Awak ni kenapa tanya saya macam tu??”

Budak Amin ni reply,

“Awak tak sihat ni. Saya tengok gambar awak tu, awak tak sihat ni.”

Lagilah Angah rasa pelik. Macam doktor je tahu orang sihat ke tak. Padahal Angah sihat walafiat kot.

“Kenapa awak kata saya tak sihat??”

“Awak ada kenal mana-mana lelaki ke dekat area tempat awak?”

“Tak ada.”

“Ada lelaki dari tempat awak ni sihir awak ni. Guna sihir orang asli dari Langkawi.”

“Mana awak tahu??”

“Saya ada belajar sikit-sikit ilmu Kiai. Dalam gambar awak tu, awak memang tak sihat?”

“Apa awak nampak dalam gambar saya??”

“Awak jangan takut ye. Saya dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar ilmu ni nampak ada tanduk di depan bahu kiri awak. Maknanya ada benda yang menguasai diri awak. Awak kena buang benda ni. Carilah Kiai yang boleh buang benda ni. Kalau tak, awak tak bahagia. Hubungan awak dengan family dan hubungan awak dengan orang yang awak sayang, akan musnah. Lagi satu saya nak pesan, solat Subuh jangan tinggal. Jangan beri apa-apa kepercayaan pada orang yang awak kenal sekarang means pakwe awak, kalau ada.”

Macam tu la ceritanya. Sekarang Amin ni tengah tolong Angah. Angah pun masih ikhtiar untuk buang benda ni. Sama ada betul ke tak, Allah jek yang tahu. Cuma kita ni cuba la sedaya upaya untuk pulih. Mohon doakan adik aku sihat. Sekarang Angah masih mengalami mimpi bukan-bukan. Perkara pelik aku tak tahu, sebab dia bukan tinggal kat rumah tok. Tak seram mana pun cerita aku. Cuma ni pengalaman kami. Wassalam.

Rambut baru ada kutu,
Kebaya biru tunggu tepi pintu tu.
#KopiCeroi

Cik Kopi Ceroi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

22 thoughts on “#KopiCeroi – Kisah Angah”

    • Kak yulie.. Terharunya kita kak yulie komen crita kita.. Ingatkan kak yulie xsudi baca crita kita… Hahahha.. Btw pilih jek pintu mana2, mesti ada.. Heheheh..

      Reply
  1. hi penulis! ehem ehem tumpang lalu jap..
    hehe, just nak share sikit apa yang saya tahu..
    sebelum ni pun, saya selalu fikir bulan puasa je setan iblis semua kena ikat/rantai (hantu tu semua lah)..
    tapi tempoh hari, ada seorang ustaz datang rumah berubat mak sedara saya, ada beberapa soalan yang kami tanya termasuklah soalan pasal bulan puasa tu betul ke takde hantu..
    jawab ustaz, syaitan iblis tu ada je masa bulan puasa.. takdenye kena ikat rantai bagai.. katanya lagi, banyak je beliau nampak masa bulan puasa tu.. huhu, banyak lagi sebenarnya yang ustaz tu share dengan kami sebagai peringatan tapi panjang sangat nak taip.. benar atau tidak, wallahualam..

    saya pengawas baju biru,
    haii akak kebaya biru!

    Reply
  2. Best laa kopi ceroi cayaq cerinn ni. Sejam sengah Kedah nak ulang alik Penang (rumah aku lah). Kipidap

    Kebaya biru tepi pintu,
    Tunggu PK hem lerrr tu.

    Reply
    • Trima kasih.. Kami ulang alik keje 40minit naik motor.. Klu hujan lmbt skit smpai.. Hehheee..
      .
      Nmpknya kebaya biru ada link dgn pk hem nohh.

      Reply
  3. Pagi-pagi pukul 6 dah tunggu bas sebab 6.15 pagi, bas yang depan rumah aku ni dah gerak. Jiran depan rumah ni bawa bas, so aku naik dengan dia. Senang sikit walaupun kena bangun awal. Sampai sekolah dalam 6.45pagi. Memang sunyi gila kot. Satu manusia je yang ada, pak cik guard. Aku manusia kedua, Angah ketiga. Kadang-kadang Angah kedua, aku ketiga. Nasib la siapa langkah kaki kat pintu pagar sekolah tu dulu. (part ni paling best, tergelak aku baca…ha..ha..ha..nasibla siapa langkah kaki kat pintu pagar sekolah tu dulu)

    Reply
  4. 2,3 kucing berlari
    Mana nak sama si kucing belang
    Malam nnti jangan tengok atas almari
    Mana tau ada benda tengah pandang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.