#KopiCeroi – “Roomate” Baru

Assalamualaikum warga FS. Sebelum aku mulakan cerita aku kali ni, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat korang yang sudi baca cerita aku. Disebabkan kita dah berpuasa berbelas hari ni, jadi belum terlambat lagi aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA pada korang semua. Semoga Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan yang bermakna buat kita semua dan segala kebaikan yang kita lakukan sentiasa diberkati-Nya.

Ada orang tanya aku, “Kau tak tulis cerita dah ke??”. Aku ada jek cerita yang nak disampaikan tapi sebab kekangan masa serta kerja yang kian bertambah, plus kena pergi site untuk supervise worker under aku lagi-lagi bulan puasa ni, aku terpaksa hold dulu. Ni pun aku curi-curi masa untuk menulis.

Kali ni aku malas nak intro macam biasa. Sebab aku sendiri pun dah jemu baca benda yang sama. So aku teruskan cerita aku okey.

Baru-baru ni ibu, abah dan ayi balik Kedah sebab nak sambut puasa sama-sama. Dan kali ni aku dapat tengok muka Ayi sebabnya dia baru habis matrik. Perubahan pada ayi ialah dia makin kurus. Hmmm. Alang-alang ibu dah balik ni, apa lagi request macam-macam la. Nak makan itu nak makan ini. Hahaha. Terima kasih ibu sebab masak sedap. Hohoho.

Disebabkan dah lama kami tak berkumpul, malam tu aku, ibu, angah dengan ayi berhimpun beramai-ramai untuk sesi midnight story. Macam-macam cerita keluar. Tiba-tiba ibu boleh bawak keluar cerita pasal hantu-hantu ni la. Dialognya berbunyi begini,

“Ni aku nak cerita ni. Si ayi kena kacau dengan benda tu. Ayi lekaih cerita, ni wartawan ada. Sat gi dia boleh tulis kat kopi ceroi dia.”

Aku tak tahu nak happy ke tak bila ibu labelkan aku macam tu. Hahaha. Tapi aku tak kisah, cerita tu yang penting.


KISAH AYI:

Sejak banjir teruk tahun 2014 kat Kelantan, rumah aku tu memang rosak teruk la. Memang dah tak ada rupa rumah. Masa kejadian banjir tu ibu, abah dengan ayi ada kat rumah tok. Bila balik jek kat sana, ibu cakap suasana masa tu teruk giler. Ada rumah duduk kat tengah jalan, sampah sana sini, macam-macam la. Bila bantuan sampai, ada yang berebut makanan, segala macam la. Yang tamak pun ada.

Orang-orang kat situ pun buat hal masing-masing. Tak peduli each other. Masa kejadian ni, aku dengan angah ada kat universiti. Dah la tengah final exam, memang mostly kawan-kawan aku yang dari Kelantan, ramai yang tak boleh fokus masa tu. Risau kot kat family masing-masing. Dengan terputus hubungan lagi.

Disebabkan banjir yang teruk ni, almost semua barang dalam rumah dibuang. Sejak tu juga kedudukan barang dalam bilik aku ni berubah. Aku cerita pasal banjir tu sebab nak bagitahu kedudukan bilik aku dah berubah. Hehehe. Jangan marah haaa.

Kali ni abah beli katil single untuk aku dan ayi. Katil queen besi tu dah buang sebab patah. Jom aku bawak korang imagine kedudukan bilik aku. Bila masuk jek pintu bilik, belah kiri korang ada almari . Sebelah almari ada rak buku. Depan rak buku, ada katil aku betul-betul tepi dinding dan bahagian kepala katil kat bucu bilik. Dekat bucu bilik kan bentuk L. sekarang L tu korang sengetkan 90 darjah clockwise means kaki L belah yang panjang tu berada kat atas.

Kaki L yang panjang tu kedudukan katil ayi, manakala aku punya katil berada di bahagian kaki L yang pendek. Kaki ayi pula mengadap tingkap bilik yang aku pernah kata ada “something” tu. Harap korang faham la. Tak faham buat-buat faham okey. Aku pun tak dapat nak tolong korang imagine. Kalau boleh lukis, aku lukis dah.

Sejak kami adik-beradik duduk jauh dengan ibu abah ni, bilik ni kira tak ada orang la. Yang ada pun kucing oren aku nama wawa. Bilik aku ni ada kipas angin yang duduk kat atas rak buku. Jadi angin hanya kuat kat bahagian katil aku dengan ayi sahaja. Kalau kena langsir pun berayun sikit-sikit jek. Ingat eh kalau angin kena bahagian langsir, dia akan bergoyang sikit jek.

Kat bahagian tingkap yang ada something ni, abah ada pasang satu besi untuk gantung baju. Jadi kitorang kalau basuh baju waktu malam, ambil baju letak kat hanger, then gantung kat situ. Memang berayun la baju ni kena angin dari kipas. Berayun SIKIT jek eh.

Nak dijadikan cerita, ayi ada gantung baju kat besi tu. Malam tu nak tidur, dia tutup la lampu bilik tu then buka lampu tidur. So, bilik tu hanya diterangi lampu tidur jek. Samar-samar romantik gitu. Aku tak sure masa kejadian ayi baring kat katil aku ke kat katil dia. Masa dia tengah golek-golek tu, dia cakap baju yang gantung kat besi tu, bergoyang teruk. Dari yang ibu cerita, macam digoncang-goncang baju tu. Macam ada something nak keluar atau masuk melalui tingkap tu. Kiranya baju yang gantung tu jadi penghalang “benda” tu nak lalu.

Nasib baik adik aku ni kuat semangat. Dia tak ada nak jerit ke apa ke. Maybe terkejut sikit kot. Aku pun tak tahu perasaan dia waktu tu. Benda apa tu, aku tak tahu la. Yang aku tahu, bahagian situ agak seram sikit. Kalau ikut cerita aku yang lepas, abah pun pernah nampak ada benda kat situ.

Ada satu malam tu ayi duduk kat katil aku. Yelah, katil aku ni kan betul-betul mengadap kipas angin. So memang best la. Bilik ni macam biasa la, cuma lampu tidur jek yang buka. Tengah duduk saja tu, tiba-tiba bahagian belakang leher ayi ni gatal-gatal. Ayi pun malas nak bangun buka lampu, dia ambil fon, then tangkap gambar belakang dia. Nak tengok la apa benda yang duduk kat leher dia. Bilik bercahaya sekejap macam ala-ala petir sebab dia guna flash. Kebetulan atas katil ayi ada plastik apa entah. Bila ayi belek gambar tu, dia kata ada rambut kat atas plastik tu. Sedangkan ayi duduk kat katil aku kot. So, yang pasti bukan rambut ayi. Tak tahu la rambut siapa. Rambut kak ponti ke kak lang ke.

Agaknya sebab tu kot si wawa tu selalu nak keluar dari bilik tu. Tak pun tidur kat bawah katil. Kalau tak dia selalu jek tidur kat katil ayi. Maybe dia takut kat “kakak angkat baru”. Wawa ni jenis penakut sikit. Macam mana tahu wawa penakut?? Walaupun wawa hanya seekor kucing, dan tak mampu berkata-kata, tapi sebagai tuan yang membela sejak dia lahir, tahu la perangai kucing kita bela tu.

Ibu cerita lagi, si wawa tu selalu pandang bahagian atas pintu masuk bilik aku tu. Entah la ada apa kat situ. Binatang ni kan boleh nampak benda-benda ni. Pernah sekali aku tidur dengan dia, mata dia duduk melilau pandang sekitar bilik seolah-olah macam something tengah terbang. Tapi sebab aku dah biasa dengan keadaan rumah aku tu, aku buat tak tahu jek la.


KISAH ANGAH:

Baru-baru ni aku tengok kaki angah ada kesan lebam lagi. Dia cakap tapak rumah sewa dia sekarang ni tak elok. Masa berubat hari tu, kami hanya pagar rumah tok jek sebab dia tinggal situ. Lepas dia pindah rumah lain, tak ada la pagar-pagar dah.

Menurut pengalaman aku sendiri masa menumpang seketika di rumah angah, bilik belakang sekali tu macam ada something. Rasa macam ada orang tengok. Kalau buka pintu tu, aura dia rasa macam mana entah. Pernah juga angah cerita, rumah dia tu bunyi macam orang tengah memasak. Tung tang tung tang bunyi kuali berlaga dengan sudip. Lepas tu hempas masuk dalam singki. Lepas tu bunyi lagi. Tengah-tengah malam ada. Tak kira waktu. Tak tahu la jiran tetangga dia ke yang tengah uji skill memasak seperti ala-ala chef professional. Ke ada penghuni lain yang sama-sama turut menumpang ke.

Yang pasti kita ni sama-sama menumpang kat bumi ni. Yang nampak yang tak nampak semua ada. Macam abah aku kata, kita ni jangan berani sangat dan jangan takut sangat. Dan aku minta korang doakan angah lekas sembuh.

Mungkin takat ni cerita aku. Sepuluh jari aku hulur tanda maaf jika cerita aku ni tak seram. Btw, thanks pada family dan kawan-kawan aku yang sudi support aku sepanjang aku menulis kat sini. Ada rezeki jumpa lagi. Sebelum tu aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA pada korang semua. Mai la jalan Kedah. Hahaha. Wassalam.

Pergi Kajang naik vespa,
“Kakak” rambut panjang baring tepi hampa.
#KopiCeroi

Cik Kopi Ceroi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.