Assalamualaikum semua pembaca FS. Memandangkan ada yang cakap saya bercerita terlampau laju dan berterabur, saya ingin memohon maaf pada kiriman saya yang lalu. Saya bersyukur kalau kiriman saya kali ni Admin post kan lagi hehe. Tak kisah kan kalau saya bahasa kan diri saya sebagai “aku”.
Taknak merepek meraban lagi berbalik pada cerita, aku ni dianugerahkan oleh Allah sedikit kelebihan boleh nampak benda yang ghaib sikit-sikit. Kadang-kadang aku bersyukur kekadang ku rasa takot jugak sebenarnya. Ok kejadian ni berlaku kat sekolah yang sama, dan rasanya kalau kawan-kawan aku baca cerita ni dorang pon dah boleh tau siapa yang berkarya bukan?
Masa tu aku tingkatan 3, masa tu aku memang dah tak duduk asrama dah tengok asrama pon aku dah takot. Sekolah aku ni memang terpinggir sikit dekat dengan sawah padi dan ladang getah, tapi tak la terlalu jauh dengan kawasan perumahan dan rumah-rumah kampung. Kembali pada cerita, budak tingkatan tiga memang takkan terlepas dengan kerja khusus kemahiran hidup, alaa yang kena buat blok-blok kayu untuk isi pensil tu. Budak yang amik PMR mesti tau punya, kite orang attend kelas kemahiran hidup tu da banyak kali, dah hampir siap pon blok yang kami buat tu. Tapi pada hari kejadian tu aku tengah datang bulan, memang senggugut teruk lah, kata orang senggugut tu cakaran syaitan pada rahim kita aku pon taktau lah betol ke tak.
Masa tengah sibuk dok gergaji kayu nak buat blok, tiba2 perut aku sakit sangat-sangat. Aku duduk kat kerusi tekan-tekan perut aku, lepas tu aku bangun cari cikgu nak minta izin pergi tandas. Tiba-tiba aku terpandang kat pintu bilik tersebut, aku nampak samar-samar perempuan berbaju putih lusuh ada kesan d***h kat bahagian perut dia mungkin sampai ke peha dia. Lepas tu aku perasan dia gendong bayi, dengan rambut dia yang kusut masai. Aku tersentak hampir terjerit, yang membuat aku terkejut dia tengah makan uri bayi tu!!!! Allah!!! Aku terus jerit bila mana lembangan tu makin hampir dengan aku. Bukan berjalan bukan terbang, tapi terus dekat, dekat, Dan DEKAT!!! Aku terus pengsan.
Bila aku dah sedar aku dikelilingi kawan-kawan dan cikgu aku, dorang letakkan aku kat bilik guru kemahiran hidup. Cikgu hulurkan air, aku teguk air tu laju-laju. Cikgu tanya apa yang jadi, belum sempat aku jawab, aku toleh kat kawan aku nampak benda tu bertenggek kat bahu dia. Pandangan aku kabur, lepas tu aku tak sedar apa dah. Sedar-sedar aku kat bilik rawatan ada ustaz dan ustazah. Aku tersedar lepas tu aku minum air. Ustazah suruh aku selawat zikir baca ayat qursi. Sekejap lepas tu ayah aku datang amek aku. Ayah tanya apa yang terjadi. Ustaz cakap aku diganggu “benda”. Ayah aku melenguh panjang, sekali lagi ayah aku tanya apa yang jadi.
Benda tu rasuk aku, sampaikan aku tendang semua orang yang ada kat situ. Kawan-kawan aku yang bawak aku ke bilik rawatan habis kotor tudung kena cop tapak kasut aku, sampaikan aku lari nak keluar sekolah sebab kepanasan bila ustaz bacakan ayat-ayat suci al-quran. Katanya jin yang kacau aku tu, gadis yang pernah b***h diri akibat mengandung, tapi benda tu dah lama bukan benda kat sekolah. Benda tu memang asal dari situ, aku pulak tengah datang bulan memang la dia suka. Badan tengah kotor jin kan suka benda kotor. Ayah aku tanya, “habis benda tu dah buang??”. Ustaz kata dia nak buang benda tu dia tak terlalu hebat. Dia suruh bawak pergi berubat. Ayah aku mintak bawak balik aku.
Malam tu jugak ayah bawak aku pergi berubat sebab tak tahan tengok aku tak nak makan, meracau cari anak aku bagai. Sia kata aku bukan selalu jadi, time sebelom azan jadi laa. Aku mengamok sampaikan vase mak pecah. Malamnya ayah bawak aku berubat jumpa ustaz yang sama macam kejadian dulu. Ustaz tu kata badan aku terlalu lemah, sangat-sangat lemah. Aku tak dindingkan diri aku dengan zikir dan selawat nabi, sebab tu benda suka kacau aku. Masa tengah berubat, ayah kata aku menangis. Mohon kat mak kata sakit pedih panas perit. Sampaikan mak menangis. Ustaz kata jangan terpedaya satu huluran tangan manusia boleh merosakkan segalanya, sebab yang menangis merayu bukan aku tetapi jin tersebut.
Ada perbualan antara ustaz dengan benda tu, antaranya:
Ustaz: “siapa kau? Dari mana kau datang??”.
‘Benda’: “Aku asal tanah di situ, namaku M**ar”.
Ustaz: “Mengapa kau ganggu tubuh ini??”.
‘Benda’: “Aku suka padanya, aku mau berkawan dengannya, dia sahabatku dia bisa membantuku”.
Ustaz: “Bantuan apa yang kau perlukan??”.
‘Benda’: “Aku mau mencari tubuh yang telah merosakkan ku, aku tak mau anak ini (sambil menjerit menarik-narik baju di perut)”.
Ustaz bacakan ayat qursi, aku kembali menangis.
Ustaz: “Tubuh ini tidak bersalah langsung dalam hal, dia ke sana menuntut ilmu bukan bergaul denganmu syaitan laknatullahhh!! Keluar kau dari tubuh ini!!!!”.
Aku terus menjerit mengilai ketawa sambil mencangkung. Ustaz bacakan ayat suci al quran kemudian menyuruh ayah memegangku lalu memegang ibu jari kaki aku, menyuruh jin tersebut keluar. Tiga kali disuruh akhirnya benda tersebut keluar. Alhamdulilah segalanya selesai, tapi d***h h**d yang keluar padaku terlalu banyak. Ustaz kata jangan risau itu d***h “kotor” benda tersebut. Ustaz berikan aku air suruh aku minum. Badan aku memang dah lesu tak bermaya terus tertidur.
Ustaz kata benda tu dah lama kat situ dia m**i sebab b***h diri mengandungkan anak luar nikah. Dia nak cari orang cari lelaki yang mengandungkan dia tapi benda dah lama lelaki tu pon dah m**i berabad dah. Alhamdulilah ustaz suruh aku banyakkan bermunajat berzikir berselawat hidangkan roh dengan mendekatkan diri kepada Allah kerana aku jauh dengan Allah sebab tu benda suka bergaul dengan aku. Pengajarannya, dekatkanlah diri kepada Allah, insha Allah kita akan dijauhkan dari perkara buruk dan perkara syirik. Terima kasih assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kalau sudah meninggal roh si m**i tak kan kembali dari alam barzakh. ustaz mana yang cakap macam tu. Macam kurang ilmu je
roh org b***h diri dan berhutang akan tergantung
ye kan
Betul tu saya juga percaya tiada roh si m**i di bumi ini. Yang ada hanyalah jin yang menyerupai manusia yang sudah m**i semata-mata mahu mengganggu dan menyesatkan manusia.
melenguh ke mengeluh ?
aik betul ka sengugut tuh cakaran syaitan? mcm salah jaa. hem hem