Hai semua pembaca fiksyen shasha. Selama ni saya menjadi silent reader je dalam page ni. Setelah membaca banyak kisah seram dalam page ni, terdetik pula nak kongsikan kisah saya ni. Ni kisah benar dan pengalaman saya masa sekolah rendah. Terima kasih admin kalau siarkan kisah saya ni.kisah saya taklah seram mana,tapi bagi ku seram la,sebab kisah ni terjadi masa aku budak2 dulu. Kisah ni lama dah, dalam tahun 2003 macam tu tapi masih segar dalam ingatan. Ok, kita teruskan..
Aku perkenalkan diri sebagai sandra (bukan nama sebenar) berasal dari sarawak. Kejadian ni berlaku semasa aku masih di sekolah rendah, darjah 4 kalau tak silap. Sekolah aku ni bukanlah pedalaman sangat, cuma dulu2 tiada jalan yang bagus, belum di tar lagi, sekarang dah bagus dah. Sekolah saya ni seberang sungai, tiada jalan darat, jambatan gantung pun tiada,. Sudah berkali kali minta projek buat jambatan, masih juga tiada maklum balas dari pihak atasan. Dulu naik perahu panjang untuk ke seberang sungai. Ada juga tukang ambik budak2 untuk ke seberang. Kalau tak ada, tu yang jadi masalah. Kena tunggu berjam jam di seberang sampai tukang angkut ada. Pernah juga kitaorang bawa perahu orang tanpa bagitahu tuan punya terlebih dahulu. Kayuh pun pakai selipar jepun,selipar legend zaman dulu2.
Kat sekolah aku ni cikgu sering keluar masuk, sebab banyak cikgu sandaran. Tiap2 tahun mesti ada je cikgu baru. Ada seorang cikgu perempuan ni baru berpindah ke sekolah kita. Tu pun sementara saja. Aku perkenalkan cikgu aku ni sebagai cikgu Ita. Sebab dia cikgu baru, dia tak biasa dengan persekitaran sekolah aku ni. Cikgu ita ditempatkan di sebuah kuartes bertentangan dengan asrama perempuan. Kuarters tu pun dah lama tak berpenghuni. Untuk pengetahuan korang, kuarters ni kuartes lama, kuarters kayu. Cikgu yang duduk dekat kuarters tu dulu telah berpindah ke kuarters yang baru. Selepas tamat waktu belajar malam, aku terus balik ke asrama. Sampai saja di asrama aku tengok cikgu ita ada di asrama perempuan. Rupanya dia ingin mengajak aku dengan sepupu untuk temankan dia tidur. Katanya dia takut tidur sorang. Kita berdua pun terima je ajakan cikgu.cikgu kan, mana berani nak tolak.
Dua tiga minggu tidur temankan cikgu ita memang tiada apa2 yang berlaku. Rutin harian pun macam biasa. Bangun awal pagi terus berlari ke asrama, cepat2 mandi sebab takut tinggal sarapan. Lepas habis kelas malam terus pergi rumah cikgu. Seronok juga duduk rumah cikgu, sebabnya cikgu ada banyak makanan. Budak memang suka makan gula2, keropok semualah. Bukannya tiada kantin, ada tapi jimat duit sikit, nanti tiada tambang balik kampung.
Seperti biasa,lepas habis kelas pergi rumah cikgu. Sebelum tidur tengok cikgu cek hasil kerja murid. Kira2 pukul 9 macam tu, kita orang masuk la tidur. Kuarters tu ada dua bilik. Kita orang tidur dalam satu bilik. Nampak sangat cikgu tu penakut. Aku pun apa kurangnya, lagi la penakut. Cikgu tidur tepi tingkap, aku tengah2 cikgu dengan sepupu aku. Aku kenalkan sepupuku sebagai ina (bukan nama sebenar).
Pada satu malam, kita orang tidur awal. Janakuasa pun belum dimatikan, dulu2 tiada elektrik. Sekolah kita guna janakuasa je. Pukul 10 malam kena matikan. Malam tu begitu sunyi sekali tak macam malam2 sebelumnya. Hanya ada cahaya dari luar sahaja yang menerangi bilik. Tiba2 aku terbangun dari tidur. Waktu tu ada la kira2 pukul 3 pagi. Dari jauh kedengaran anjing menyalak bersahutan, ada juga yang melolong panjang.
Tau kan macam mana anjing melolong, yang macam serigala dalam filem tu. Serentak dengan itu dengar orang macam berjalan bawah kuarters tu, sebab bunyi heretan selipar nya jelas sekali. Aku pun apa lagi terus tarik selimut sampai kepala. Peluh jangan cakaplah, dah macam mandi peluh. Dahlah tak da kipas. Aku pun tak tahu bila masa aku terlena. Dengar janakuasa dihidupkan terus automatik lampu terang benderang, aku dengan ina pun balik asrama. Aku tak cerita apa yang ku dengar malam tu pada ina.biarlah aku saja yang tahu, nanti dia pula yang takut.
Malam seterusnya aku kena lagi, aku terbangun lagi kira2 jam yang sama. Yang ni lagi lah buat aku betul2 takut. Aku terdengar suara perempuan ketawa. Memang meremang habislah time tu. Masa tu ingat tuhan saja. Aku bacalah apa yang patut dalam ajaran kristien. Aku dengar benda tu macam jauh la. Orang kata kalau benda tu bunyi nya jauh, dia dekat. Bunyinya bukan sorang, macam ramai, dua tiga orang macam tu la. Aku pun tak tahu, sebab aku tak nampak. Aku tepuk2 lengan ina supaya bangun. Boleh pula dia mengiring membelakangi aku dengan selamba, terus sambung tidur semula.
Nak kejutkan cikgu, memang tak lah, tak pasal2 aku pula kena marah dengan cikgu. Aku diam je lah dengar benda tu ketawa macam ada pesta. Apa yang saya dengar, benda tu macam dari arah kuarter tukang masak kitaorang masa tu. Sebelah kuartes tukang masak tu hutan tebal. Takkan pula tukang masak dengan maid dia nak ketawa awal pagi pukul 3 macam tu. Diaorang buat apa nak ketawa pukul 3 pagi.
Bukan satu malam tu je aku dengar benda tu ketawa mengilai semua. Banyak malam aku dengar tapi aku rahsiakan dari cikgu dan ina. Tiga bulan kemudian ada seorang cikgu pula masuk .jadi tinggal lah cikgu baru tu dengan cikgu ita. Walaupun ada cikgu baru, masih juga cikgu bawa aku dengan ina tidur dengan dia, kalau dia tak balik kampunglah. Maklumlah balik kampung dua minggu sekali. Apabila aku masuk tingkatan 1 barulah aku cerita dengan ina, pengalaman tidur dengan cikgu ita.
Dia kata dia tak dengar apa2 pun. Memanglah, dia kan selalu tidur m**i. Kalau latihan fire drill memang sah terbakar. Pada cikgu ita aku tak cerita apa2 sampai sekarang. Mungkin dia tahu dan pernah terdengar, tapi dia tak berani cerita pada kitaorang. Sampai sekarang aku masih tertanya2, apakah benda yang ketawa tu. Apakah itu yang dipanggil cik lang? Ataupun cik ponti? Aku pun tak tahu. Ok, setakat ni je kisah saya. Sorry la kalau tak seram.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Seram
Jadah kalau fire drill sah terbakar. Nama pun fire drill apa yg nk bakarnya. Hahah sengal.
cik ponti la tu kot
boleh laa