Kubur Di Hujung Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS, perkongsian cerita kali ini mungkin tak berapa seram namun bagi yang melalui mesti dapat merasakannya. Sebelum itu nak bagitahu yang aku kurang pandai bercerita dalam bab penulisan ni, tapi kalau depan-depan boleh jugalah, okay jom kita mula harap korang paham..

Malam sabtu tu, dah tak ingat tarikh bila dalam bulan yang lalu, aku dan 4 lagi rakan tengah melepak sebab tak tahu nak buat apa, main game mobile legend pun asik kalah ja al-maklum lah tak dipelajari sangat..jangan pula kata noob sebab asik kalah.

Okay berbalik pada cerita, malam tu kawan lagi seorang ni cuba nak bagi idea bahawa malam tu nak buat satu kerja yang jarang orang buat dengan kampung.

Zaid = “Apa kata kita buat paranormal tapi kita buat biasa-biasa saja, alaaaa kita buat level satu ja dulu”

Min = “Buat apa tu, kalau yang lain setuju aku okay saja. – kata Min dengan beraninya.

Aku yang terdiam memikirkan apa sebenarnya Zai nak buat ni, buat paranormal ni hati kena kering dan kuat.

Zaid = ” Apa kata malam ni kita pergi melawat kuburan yang ada di hujung kampung sambil kita bawa d***h ayam dalam mangkuk.”

Aku dab kawan yang lain memang agak terkejut dengan kerja gila Zaid nak buat.

Aku = “Kau gila ka apa Zaid bahaya sangat tu kalau dah tahap sampai bawa d***h ke kuburan, tak pernah-pernah orang buat. waktu pagi pun orang tak bawa d***h la pergi kuburan, bawa air ada lah.

Zaid = ” Kalau begitu kita jalan-jalan sambil buat rakaman. mana la tahu ada sesuatu yang terakam.

Zaid terus ketawa tanpa memikirkan bahaya. Seakan apa yang aku katakan tadi hanya gurauan. Kawan yang lain pula mula setuju dengan apa yang Zaid cadangkan. Tahu lah waktu tu tak tahu nak buat apa, tanda mereka setuju semua tu seakan membuat aku pula tidak berani dengan cadangan tersebut.

Tanpa membuang masa aku dengan yang lain terus bersiap. Jangan kata tak takut, memang dah mula takut dah dengan cadangan Zaid tadi, cuma perasaan seakaan di cabar tu mula menguasai ketika itu jadi perasaan takut tu diketepikan.

Perjalanan tidaklah begitu lama untuk sampai ke kuburan tersebut hanya mengambil masa 6-8 minit. Sampai saja di kawasan perkuburan semua mula diam tanpa bicara. Keadaan yang gelap gelita dan suasana yang sunyi di tambah pula dengan bunyi-bunyi haiwan menambahkan lagi keseraman ketika itu. Zaid terus turun dari kenderaan untuk melihat lihat keadaan sekeliling. Dan kami pun turun dengan berbekalkan perasaan takut masa tu. Dalam hati “ni kerja gila ni, hasil pun tak dah, dapat susah ada lah”.

Belum lagi sampai 5 minit di situ, Kami berlima dikejutkan dengan satu bayangan hitam yang melintas. Semua terkejut dan terkaku sekejap dengan apa yang baru saja berlaku didepan semua. Pura-pura tak takut tapi semua berpegang tangan pula, Cuma zahid yang masih ada keberanian masa tu, semua dah mula berpegang tangan berhimpit bahu dan dada.

Baru saja beberapa langkah kedepan berdekatan di satu pokok yang selalu ada di perkuburan. Sekali lagi semua terkaku dengan apa yang didengar, satu tangisan budak kecil tersedu-sedu seakaan tangisan kehilangan seseorang. Apa lagi kami semua terus berpelukan ketakutan, Zaid yang berani tadi pun terus kejut dengan apa yang kami semua dengar masa tu.

Apa lagi semua terus lari ketakutan menuju ke kereta. Zikir surah entah apa, semua terus di baca tanpa henti. Masa lampu kereta dihidupkan sekali lagi bayangan hitam tadi kelihatan, makin kiuat lah semua membaca surah.

Semua terus balik dan tidur di rumah Zaid, tiada lagi nak di hantar ke rumah masing-masing. Esoknya barulah semua bercerita dengan apa yang terjadi. Rupanya Amin kami panggil Amin, awal-awal lagi masa dekat kuburan tu dia ada nampak satu budak perempuan berlari menuju kedalam kawasan perkuburan. Dia ingat apa yang dia lihat itu adalah kerana perasaan takutnya ketika itu, sebab tu dia terus pegang tangan dan bahu kitaorang.

Sumpah memang takkan pernah nak buat lagi kerja gila tu. Rasanya cukup sampai disini saja, Assalamulaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 29 Average: 2.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.