#KucingKelabu: Anip dan Alam Universiti.

Assalamualaikum buat semua pembaca pembaca tegar Fiksyen Shasha. Apa khabar anda semua. Moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat serta kasih sayang Allah SWT hendaknya. Terima kasih kepada Admin Fiksyen Shasha kerana menyiarkan kisah kisah aku yang terdahulu. Nama pena aku Kucing Kelabu dan nama panggilan aku Angah ataupun Rul. Rul apa? Ruler… hahaha… melawak skit… Mohon maaf jika kisah paling latest aku yang paling latest hari tu iaitu kisah Kesian Mak Aku tak menepati piawaian pembaca pembaca semua. Kalau nak ikutkan kisah tu panjang lagi. Tapi aku terpaksa cut short sebab aku rasa tak bersesuaian.

Kisah kali ni adalah berkisar tentang kehidupan aku lepas sekolah. Matrik dan sambung ke Universiti. Kisah kat matrik aku ceritakan kisah Anip je ye. Kalau nak ikutkan ada banyak sebab masa aku msuk matrik tu boleh dikatakan matrik tu agak baru jugak la lagi. So lets the story begin.

Sebagaimana yang korang tau la kan. Aku dengan Anip ni satu bilik. Anip ni jenis suka tidur petang nak nak lepas habis kelas. Bangun solat kejap pastu sambung tidur balik. Malam dia berjaga. Main game kat phone dia tu. Kadang dia buat tutorial. Kalau hujung minggu memang susah nak nampak di ada kat bilik. So ada la satu petang tu, aku nak gi jogging sebabnya ak rasa berat aku dah naik… Hahaha. Mula mula tu aku ajak la jgak si Anip ni. Tapi dia cakap dia malas, penat katanya.

Aku: Nip… Jom teman aku jogging.
Anip: Malas la aku. Kau kan tau aku kalau petang petang ni aku tido je. Malam nanti boleh?
Aku: Malam??? Tak agak agak kau ni. Takperlah aku gi sorang je. – ayat nak pancing kot kot dia nak ikut kan.
Anip: Orite… – tak makan pancing budak ni.

Aku pun turun la jogging pusing satu matrik ni. Penat weyh. Jauh jugak la nak boleh habis satu pusingan ni. Tapi best.hehehe. Lepas jogging aku terus masuk dalam gym. Sambung main treadmill plak. Sampai la aku dah rasa penat yang amat sangat. So aku balik bilik, bukak je pintu tengok Anip tgh tido lagi. Begitulah tiap tiap hari.

Dipendekkan cerita… ada suatu petang tu, macam biasa la aku baru je balik dari jogging pusing satu matrik. Masa aku balik tu aku tengok Anip tengah tido. Kalau tengok jam dah nak Maghrib. Aku capai tuala dan dalat mandi aku dan terus ke bilik air. Masa aku nak keluar dari bilik tu aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Tapi aku sedapkan hati aku cakap tak ada apa apa. Time aku nak tutup pint utu aku perasan tingkap sebelah katil Anip x tutup. Aku buat tak tau je. Terus sambung hajat aku nak bersihkan badan. Aku fikir nak cepat je sebab nak gi Masjid solat berjemaah. Selesai je mandi apa semua aku pun terus la ke bilik semula. Bukak je pintu nampak si Anip ni tengah duduk menghadap ke tingkap. Aku tegur la dia.

Aku: Anip… dah bangun pun kau. Ingatkan nak tidur sampai subuh esok.
Anip: Huuuuuuuuu……………..heeeeeeeee………
Aku: Dah kenapa pulak dengan kau ni Anip…
Aku gi kat Anip tepuk tepuk badan dia.
Anip: JANGAN KACAU AKU LAH!!! @#$%^&*&^&%$@ (cakap bahasa yang aku tak faham)
Aku: Ahh sudah… Dah kena dah kau ni Anip – cakap aku dalam hati.

Aku gi kat locker aku. Ambik garam halus campur lada hitam. Aku memang akan sentiasa bawak dua benda ni ke mana je aku pergi. Sebut pasal garam ada kisah lucu sikit pasal Anip ni. Ada satu hari tu dia tanya aku ada gula tak sebab dia nak bancuh milo. Aku cakap la ada kat dalam locker tu. Dalam locker tu ada dua bekas. Satu bekas gula satu bekas garam. Dua dua bekas ni sama. So dia dengan confident ambik bekas garam, dua sudu dia taruk garam dalam air milo dia.. Hahahaha… time dia minum tu tersembur keluar semua. Dia tanya aku.

Anip: Asal masin ni?
Aku: Lahh.. kau ambik gula ke garam?
Anip: Aku ambik yang dalam bekas tu la – sambil dia tunjuk bekas tu kat aku.
Aku: Yang tu garam. Gula tu ha.. kat sebelah kanan.
Anip: Rugi weyh milo aku.
Aku: Hahahaha..

Ok ok.. sambung citer. Aku ambik garam dan campurkan dengan lada hitam. Aku genggam dan aku baca Al-Fatihah lepastu Ayatul Kursi dan kemudian Ayat 137 Surah Al Baqarah. Aku pergi kat Anip dan aku letak garam dan lada hitam tadi kat atas kepala dia.

Anip: SAKIT LAA BODOH!!!!
Aku: Tak ada benda lain ke nak buat? Kawan aku jugak kau nak kacau?
Anip: AKU SUKA DIA NI!! BADAN DIA KOTOR!! AKU DAH LAMA TENGOK DIA.
Aku: Dah… aku tak nak kau kacau dia lagi. Dia tak pernah kacau kau. Pergi balik ke tempat asal kau. Kalau kau berdegil jugak, aku tarik kau keluar. Kau tau kan mcam mana rasa sakit tu?
Anip: AKU KELUAR… AKU KELUAR…
Aku letak tangan di belakang badan Anip dan tarik ke atas kepala dia. Dan aku bacakan

Aku: A’uzubikalimatiilah hittammati min sharrima khalaq.
Lepas habis aku baca tu aku terus aku tarik tangan aku dari kepala Anip. Makhluk yang sampuk Anip tu pun terbang keluar melalui tingkap yang terbuka tu dan Anip pun sedar.

Anip: Weyh Rul… Ape benda atas kepala aku ni. – Anip letak tangan dia kat atas kepala lepas dia rasa ada sesuatu kat situ.
Aku: Taka da apa. Garam dengan lada hitam je tu. Tu la kau… Aku cakap kau tak nak dengar… Badan kotor lepastu tidur time time Maghrib macam ni. Kan dah kena sampuk. Tu… tingkap tu.. tutup. Masuk lagi kali ni aku tak nak tolong dah.
Anip: Weyh Rul… Aku kene sampuk eh tadi. Patut la aku rasa lain macam. Kau ubat aku ke? Kau baca apa dowh?
Aku: Dah dah…. Gi mandi cepat. Kau punya pasal la ni..Aku dah terlepas dah nak berjemaah kat masjid. Aku nak solat dulu ni. Gi mandi cepat.. kang aku plak yang sampuk kau nnti kang..
Anip: Ok2.. terima kasih Rul.
Aku: Sama sama. Jangan citer kat orang. Habis sini je.
Anip: Ok2.

Sebenarnya ada banyak jugak la yang pernah aku nampak kat matrik ni. Yela. Bangunan ni kan masih baru lagi. Masih banyak lagi Jin yang bertendang kat sini..hahaa.
Tu je la kisah si Anip yang aku nak kongsikan kat korang. Pendek je kan.
Ok. Kisah seterusnya plak ni jadi masa aku belajar kat salah sebuah Universiti awam kat Melaka. Pandai pandai korang je lah eh teka University mana. Tapi kisah ni tak ada kene mengena pun dengan U tu. Ianya adalah kisah aku.

Masa kejadian ni jadi adalah masa aku tahun ketiga semester kedua di Universiti. Masa mula mula masuk dulu tu mak dah pesan. Tak nak lagi kejadian pelik jadi kat aku macam aku belajar kat matrik dulu. Masa aku belajar ni pun bila aku tidur Lelaki Misteri tetap datang menjenguk aku dalam mimpi. Tapi tak sekerap dulu. Dia akan datang dalam seminggu sekali. Setiap hari Khamis malam Jumaat. Dia datang dia akan tanya khabar aku dan bagi nasihat pda aku..
Back to the story, masa aku di U ni. Aku ada dua orang kawan baik. Sorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki aku namakan dia Mus (bukan nama sebenar) dan yang perempuan tu nama dia Syuhada. Tapi kitorang panggil dia Syud je. Nak ke mana2 kami bertiga selalu bersama tambah lagi satu jurusan… Segala masalah kami kongsikan bersama. Dan Syud lebih rapat dengan aku berbanding Mus. Kalau keluar gi mana mana Syud mesti nak duduk sebelah aku dan Syud ni peramah, baik dan sopan orangnya. Kadang tu ada la datang jugak perangai mengada dan gedik dia tapi tak selalu la. Mus ni pulak orangnya baik. Sebab kadang kadang dia ada la jugak bagi nasihat berguna kat aku. Lepas tu ada jugak bagi aku pinjam duit dia time aku terdesak. Tapi satu je aku tak suka dengan Mus ni. Dia jenis suka menyindir dan aku tak pernah nampak dia solat setiap kali kitorang keluar. Rokok lak dah macam makanan ruji bagi dia. Lepas makan mesti kena sedut asap dulu baru boleh buat benda lain.

Ada la satu kali tu lepas makan.. Mus ni macam biasa la cari kotak rokok dalam poket dia dan ambil sebatang lalu dia cucuh. Dan setiap kali dia lepaskan asap rokok aku perasan asap yang keluar dari mulut dia tu bukan mcam asap yang biasa mcam orang lain hisap rokok. Setiap kali dia hembus asap tu berpusing macam disedut dan hilang. Sebenarnya aku dah perasan dari awal sampai ke kedai makan lagi. Elok je dia ikut si Mus dari awal turun kereta sampai la kat meja makan. Masa kat meja makan tu aku tak tau la Mus ni rasa ke tak yang benda tu memang dah bertenggek atas bahu dia. Kadang kadang turun pastu naik balik. Paling lama dia duduk kat atas bahu Mus tu bila mana dia sedang hisap rokok. Elok je dia telan semua asap rokok si Mus tu. Aku cuba halau. Aku baca apa yang patut. Sekejap je dia pergi lepastu datang balik. Mus yang nampak aku ni lain tiba tiba bersuara.

Mus: Rul, aku tengok ko dengan Syud ni rapat semacam je.
Aku: Mana ada. Aku biasa biasa je la. Sama la dengan kau. Aku rapat jugak ape.
Syud: Entah kau ni Mus. Kan biasa je ni… mana ada apa apa.
Mus: Takde la… aku cuma perasan je macam korang ni couple. Kalau tak takpe la.

Selesai makan kami pun nak balik la ke kediaman masing masing. Kami gerak dengan kereta Syud. So Syud kena hantar kami balik ke rumah masing2 sebelum balik ke rumah dia. Rumah aku dan rumah Mus lain lain. Jauh jgak la. Tapi jalan dari kedai makan tu akan ke rumah Mus dulu. Bila nak sampai rumah Mus tu air muka dia mula berubah. Mungkin la dia sukakan Syud. Entahla aku malas nak campur tangan urusan perasaan orang. Janji kita tak kacau hak orang sudah.

Beberapa minggu berlalu dan masa ni dah nak hampir dengan final exam. Lelaki Misteri kerap muncul dalam mimpi aku. Boleh dikatakan setiap hari. Dia datang dia akan cakap

Lelaki Misteri: Assalamualaikum anak muda.
Aku: Waalaikumussalam sahabat.
Lelaki Misteri: Aku datang membawa peringatan. Jangan terlebih meletakkan kepercayaan. Ia akan mendatangkan kemudaratan. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT.
Aku: Saya faham. Insyaa Allah…
Lelaki Misteri: Assalamualaikum…
Aku: Waalaikumussalam…

Lelaki Misteri itu kemudian menghilang. Ya… aku kemudian terjaga dan menjadi rutin aku setiap kali terjaga aku akan bangun menunaikan tahajjud. Selesai tahajjud aku asyik fikirkan apa yang di beritahu oleh Lelaki Misteri td. Hati aku tak tenang seakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Aku capai al-Quran dan buka Surah Ar-Rahman dan baca. Sedikit demi sedikit hati aku mula rasa tenang. Serious aku cakap, kalau korang nakkan ketenangan disaat jiwa korang tengah serabut dan stress cuba untuk relax sekejap dan baca surah Ar-Rahman. Lagi bagus baca waktu sebelum Subuh lepas tahajjud. Tenangnya Allah sahaja yang tau dan kadang kala kita akan menangis tanpa sedar. Cuba lah.

Pagi esoknya aku call Mak tanyakan khabar Mak dan Ayah.
Aku: Assalamualaikum Mak…
Mak: Waalaikumussalam… Angah.. ada apa call ni?
Aku: Mak ni.. sibuk ke? Saja je Angah call ni nak tanya khabar Mak dengan Ayah. Macam tak boleh pulak nak call. Ke Angah kacau Mak tengah manja manja dengan Ayah ni.
Mak: Hahaha… Alhamdulillah… Mak ngan Ayah sihat jeMana ada la… Ayah kamu tu mana ada kat rumah time time macam ni.
Aku: Ayah gi mana Mak?
Mak: Mana lagi… kedai kopi lerr..
Aku: Tak apa lah… nanti Mak sampaikan salam Angah kat Ayah ye. Ingat nak talifon Paklang kejap lagi.
Mak: Insyaa Allah nanti Mak sampaikan. Elok la kamu talifon Paklang tu. Maklang kamu kata Paklang kamu tu tak sihat sekarang ni…
Aku: Baik Mak… Angah talifon Paklang kjap lagi. Assalamualaikum.
Mak: Waalaikumussalam.

Aku putuskan panggilan dan mendail no talifon Paklang. Paklang pun dan pakai handphone dah masa ni.

Truuuttt truuuttt!!! Truuuttt truuutt!!!
Pak Lang: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam…. Paklang sihat ke?
Pak Lang: Ohh… kamu ngah.. Paklang sihat je. Cuma demam demam biasa je ni.
Aku: Dah demam tu mana sihatnya.. ni Paklang dah pergi klinik ke belum ni?
Pak Lang: Dah. Doktor cakap tak ada apa apa. Demam biasa je ni.
Aku: Kalau Paklang dah cakap macam tu takpelah. Tak ada la angah risau sangat.
Pak Lang: Taka da apa lah.. kamu tu tumpukan pada pelajaran dulu. Lagi tiga hari nak peperiksaan akhir kan. Dah habis nanti cepat cepat la balik ke kampung. Kamu ada senang la sikit Paklang nak minta tolong.
Aku: Insyaa Allah Paklang.
Pak Lang: Ngah… Ingat pesan Paklang ni. Jangan sakitkan hati orang… Uhukk uhukkk
Aku: Ye Paklang… Angah ingat. Paklang tu jaga kesihatan. Jangan berubat orang lagi la buat masa ni.
Pak Lang: Yelah.. Paklang tunggu kamu balik. Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam.

Risau pun ada bila aku dengar Paklang tak sihat sangat. Tapi aku cuba lupakan semua tu. Satu petang tu masa nak gi study sama sama dekat library. Mus datang ambik aku kat rumah dan Syud gerak sendiri ke library. Masa dalam perjalanan nak ke library tu Mus memulakan perbualan bila dia melihat aku mengelamun jauh.

Mus: Rul… jauh nampak berangan… rindu Syud ke?
Aku: Kau ni Mus… asal aku mengelamun je Syud… tak ada benda lain ke? Aku teringatkan sedara mara aku kat kampung…
Mus: Alahh Rul… kau tak yah nak tipu aku la. Aku kenal kau la. Kalau kau suka kat Syud kau mengaku je.
Aku: Malas la aku nak layan kau ni. Haaa… nanti kejap lagi msuk masjid dulu ye. Dah nak Zohor ni.
Mus: Yelahh…

Sampai je kat Masjid.

Aku: Jom kita…
Mus: Kau je la pergi… aku tunggu sini.
Aku: Kau ni Mus… Solat tu ti…
Mus: Tiang agama…. Kan… aku tau la… Dah dah… kau pergi je aku tunggu sini. Kejap lagi la aku solat sendiri.
Aku: Suka kau lah Mus. Patut la ada yang suka kat kau.
Mus: Ape dia Rul?
Aku: Tak ada apalah… solat jap. Lagi 15 minit aku datang balik. Kau jangan lesap plak.
Mus: Yelahhh… aku tunggu kat luar pagar.

Dah siap solat aku gerak ke kereta Mus dan aku terkejut. Aku nampak benda yang haritu aku nampak kat kedai ada dalam kereta kat tempat duduk belakang. Aku pejamkan mata. Baca ayat 1000 dinar dan aku tarik nafas dalam dalam dan hembus ke arah kereta Mus. Benda tu hilang dan Mus tersedar seakan terkejut. Aku kemudiannya masuk ke dalam kereta dan terus gerak ke Library. Kat sana aku dah nampak Syud dahpun tunggu kami sampai. Kat library tu kami study bab bab yang jadi target dan berdasarkan hint hint soalan final exam yang kami dapat. Kami duduk kat meja yang ada 4 kerusi. Mus kat sebelah aku dan Syud kat depan aku. Abis je study kami pun nak balik la ke rumah masing2. Masa ni dalam pukul 6.30 lebih macam tu la. Masa tengah jalan nak ke kereta tu, Syud bersuara.

Syud: Rul… Awak balik dengan saya eh. Saya nak mintak tolong awak temankan saya gi pasaraya kejap… Boleh?
Aku: Tapi Mus macam mana? Sbb saya datang dengan dia tadi…
Syud: Ala… kejap je… Mus… kau ok kan kalau Rul balik dengan aku?
Mus: Ok…. Rul… kau balik dengan Syud je la. Aku nak singgah rumah member aku dulu jap lagi.
Aku: Oklah. Jomlah Syud… Nanti lambat plak balik. Nanti singgah Masjid dulu ok?
Syud: Ok. Jom…

Aku dan Syud gerak keluar dari parking kereta. Dan aku nampak Mus perhatikan kitorang dan aku perasan riak muka Mus lain macam. Seakan cemburu dan tidak puas ati. Tapi aku buang buruk sangka aku tu sebab Mus tu kawan baik aku. Hari pun berlalu dan kami semua dah pun habis exam final dan masing masing keluar dari dewan peperiksaan dan bersembang la sekejap. Aku memang nak terus balik je sebab tiket bas aku balik kampung dah beli dah pada malamnya. Syud pulak tiba tiba ajak lepak makan dulu.
Syud: Weyh korang… Jom la lepak makan minum dulu… lepas ni dah cuti dah.
Aku: Aku ok je. Tapi jangan lama sangat sebab malam karang bas aku pukul 9.30.
Syud: Takpe awk. Nanti saya hantarkan awak ke Melaka Central eh.
Aku: Boleh ke? Tak menyusahkan?
Syud: Boleh je. Apa plak menyusahkan.
Mus: Korang berdua jelah pergi. Aku ada hal sikit. Tak dapat join.
Syud: Ok.
Aku: …………………….
Syud: Jom awk. Mus…. Nanti jumpa sem depan ye.

Jadinya lepas tu aku keluar la dengan Syud. Pergi makan makan dan lepak lepak lepas tu balik sebab aku nak kemas apa yang patut untuk bawak balik kampung. Lepas Maghrib Syud datang jemput aku dan hantarkan aku ke MC. Dalam perjalanan tu….
Syud: Awak… saya ada benda nak cakap ni.
Aku: Apa dia… cakaplah…
Syud: Sebenarnya saya suka kat awak. Dah lama saya pendam rasa ni. Nak luah malu. Takut nanti awak cakap saya ni perigi cari timba.
Aku: Awak ni… ada plak cakap macam tu… saya pun suka jugak berkawan dengan awak… tapi saya tak berani untuk ada komitmen baru… takut ada hati yang terluka. Kita serah pada Allah je lah ye. Ada jodoh kita bersama… kalau tak ada jodoh mungkin Allah nak temukan dengan orang yg lebih baik.
Syud: Ok… tapi saya tetap akan tunggu awak…
Aku: Hemmm… – senyum je

Sampai kat Melaka Central aku turun dan ke platform yang tertera kat tiket bas dan Syud terus balik. Aku selitkan RM20 dalam kete dia untuk duit minyak. Tapi dia tak tau pun… hahaha

Bas sampai dan aku naik bas. Aku ambik seat single. Senang… tak kacau orang lain tidur kot kot la aku mengigau ke kan. Tak ke naya orang sebelah kalau aku ambik seat double. Hahaha… Masa dalam perjalanan tu aku tertidur dan guess what?? Yess… aku mimpikan Lelaki Misteri.

Lelaki Misteri: Assalamualaikum anak muda. Segeralah pulang. Dia perlukan pertolongan mu.
Aku: Waalaikumussalam… Siapa yang perlukan pertolongan saya?
Lelaki Misteri: Bila sampai nanti kamu akan tahu. Assalamualaikum…
Aku: Waalaikumussalam.
Dan macam biasa… aku akan terjaga dan sepanjang perjalanan lepas tu memang aku tak dapat tidur dah. Macam macam bermain dalam kepala aku. Yang aku tau aku nak cepat sampai ke rumah… tu je.

Aku sampai kat stesen bas di bandar negeri aku tinggal sebelum Subuh dan aku solat dulu kat stesen bas tu sebelum aku call Ayah minta dia datang ambik. Dalam setengah jam lepas aku call Ayah, Ayah pun sampai dan aku terus angkat beg masuk dalam kereta. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah tu Ayah bagitau aku sesuatu.

Ayah: Ngah… balik jap lagi Angah terus mandi siap siap lepastu kita gi rumah Paklang ye.
Aku: Hahh??? Kenapa? Kenapa dengan Paklang Ayah??
Ayah: Paklang sakit… terkena buatan orang… tapi Paklang tak mampu nak rawat sendiri.
Aku: Innalillahiwainnailaihirojiun… Astaghfirullahalazim… dah lama ke? Kenapa Angah tak tau?
Ayah: Lama jugak la… Mak tak bagitau ke?
Aku: Tak de pun… masa Angah call Paklang pun dia cakap demam demam biasa je.
Ayah: Dia taknak Angah risau la tu. Angah kan nak periksa akhir.
Aku: Yelah… sampai nanti kita terus pergi je…
Ayah: Mandi mandi dlu. Mak pun nak ikut sekali tu. Adik Kak Long ada tolong jaga kan.
Aku: Yelah…

Sampai je kat rumah aku masuk dan salam dengan Mak kemudian cepat cepat bersiap. Mak dah bersiap dah tinggal tunggu aku je. Siap semua kami pun terus ke rumah Paklang.

Kami: Assalamualaikum….
Mak Lang: Waalaikumussalam… Ingatkan sape la tadi. Jemput la naik… Angah pun ada? Bila sampai?
Aku: Sebelum Subuh tadi Maklang… Paklang mana Maklang? – Aku dah tak pedulikan makhluk yang pelbagai jenis ada kat sekitar rumah Paklang. Aku nak tengok keadaan Paklang je. Paklang aku dah anggap macam ayah kandung aku sendiri.

Mak Lang: Ada tu tengah baring je.

Aku gi kat Paklang. Mak ngan Ayah duduk je atas kerusi kat ruang tamu. Paklang terbaring je atas tilam kat sebelah ruang tamu. Maklang masuk ke dapur buat air.

Aku: Assalamualaikum Paklang…
Pak Lang: Waalaikumussalam… Bila kamu sampai Ngah?
Aku: Sebelum Subuh tadi… Paklang ni kenapa? Apa yang jadi sampai macam ni sekali. Badan pun dah makin susut ni.
Pak Lang: Biasalah Ngah… Manusia tak selamanya sihat. Ada masa akan datang sakit.
Aku: Iye…Angah tau… tapi siapa yang jahat sangat buat Paklang macam ni?
Pak Lang: Dah la tu Ngah… Paklang dah maafkan orang tu. Tapi ada lagi yang dia hantar. Paklang dah lawan yang mana boleh. Kudrat Paklang pun dah tak macam dulu.
Aku: Tu yang banyak banyak kat luar tu dari dia ke?
Pak Lang: Yelah tu…semua tu tak boleh masuk. Tu yang ada je kat luar. Kuat sangat. Paklang tak boleh nak buat.
Aku: Macam mana boleh kena ni Paklang?
Pak Lang: Itulah… dulu kita yang rawat orang. Sekarang ni kita pulak yang kena rawat. Allah nak tunjukkan Kekuasaan Dia Ngah… tak ada yang lebih berkuasa dari Dia… Sehebat mana pun kita akan kena jugak jika Dia izinkan. Ini ujian yang Paklang kena.

Pak Lang: Malam tu Paklang duduk kat kerusi kayu kat bawah tu. Tiba tiba Paklang ada rasa sesuatu yang tak kena dan ianya adalah untuk kamu. Paklang buat dari jauh. Paklang mampu tepis. Tapi lepas pada tu dia tuju pada Paklang. Masa tu Paklang baru je sampai rumah dari pasar. Tak sempat nak buat apa Paklang dah kena. Paklang lawan apa yang Paklang mampu.

Pak Lang: Berterusan dia hantar Ngah. Nasib baik tak boleh nak masuk rumah ni… Tiap kali Paklang turun je dari rumah memang Paklang akan rasa sakit sangat kat semua bahagian badan ni. Paklang mampu lawan sedikit je.

Aku: Astaghfirullahalazim… Siapa yang tuju kat Angah tu Paklang.
Pak Lang: Orang yang kamu kenal jugak Ngah… bukan orang jauh. Paklang dah pesan kat kamu. Jangan sakitkan hati orang.
Aku: Mana ada Angah sakitkan hati orang Paklang.
Pak Lang: Tu lah… kadang kita tak sedar… tak apa lah… kamu tengokkan sikit bahagian mana kamu boleh tolong kamu tolong. Lebih nya tak apa. Paklang redha dan berserah kepada Allah SWT.

Aku pejamkan mata dan mulakan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan di ikuti bacaan al-Fatihah dan ayatul kursi. Kemudianya aku sambung dengan ayat 102 surah al-Baqarah. Dan aku dapat rasakan yang badan Paklang dipenuhi bisa bisa sihir yang ditujukan pada Paklang. Aku berang… Marah dan geram. Paklang perasan perubahan aku lalu dia pegang tangan aku dan cakap:

Pak Lang: Sabar Ngah… Jangan terburu buru… Jangan ikutkan nafsu marah tu…
Aku: Paklang… macam mana skalipun Angah akan usahakan untuk rawat Paklang.
Pak Lang: Paklang kenal sangat anak buah Paklang. Sebab tu la Paklang tak bagitau kamu masa tu. Paklang tak nak ganggu kamu belajar.
Aku: Belajar tu belajar jugak Paklang… Tapi Keluarga lagi penting.
Pak Lang: Sabar ye Ngah… Nanti kita usahakan… Ada kamu Paklang kuat la sikit…

Aku minta izin dengan Paklang untuk turun ke bawah… Sampai kat bawah aku tenung tajam pada seekor jin ni yang badannya berbulu dan bermata merah sama seperti yang pernah aku nampak dulu. Aku mendekati ia dan kemudian aku campakkan garam yang aku dah campurkan dengan lada hitam yang ditumbuk halus dan dibacakan dengan ayat ruqyah. Aku tak tau kenapa aku masa tu cukup marah dan geram. Meraung jin tu kesakitan. Aku tak nak banyak… aku nak seekor tu je.
Aku: Katakan cepat siapa yang hantar kau kemari????
Jin: SAKITTT!!!! SAKITTT!!!!…TUAN AKU!!!!!
Aku: Kau dengar sini wahai jin laknatullah… Kali ini aku tak ada masa untuk main main dengan kau. Ni adalah pertanyaan aku yang terakhir. Kau tak jawab aku pasakkan kau ke lapisan bumi yang terdalam dan kau tidak akan dapat keluar sampai kiamat. Siapa Tuan kau!!!!
Lantas aku campakkan lagi garam dan lada hitam.
Jin: TUAN AKU KAWAN KAU!!!! DIA HANTAR AKU UNTUK HANCURKAN KAU!!! TAPI ORANG TUA TU YANG GANGGU!!! DAN AKU DISURUH HANCURKAN DIA!!!!
Aku: Siapa nama dia???????
Jin: AKU TAK NAK BAGITAU!!!! SAKITTTTT!!!!! TUAN!!!! TOLONG AKU TUAN!!!!
Aku: Tuan kau takkan mampu lagi tolong kau. Disebabkan kau tak nak bagitau siapa tuan kau yang sebenar, sekarang aku akan lepaskan kau dari ikatan tuan kau dan kau akan aku hantarkan ke tempat asal kau. Jangan kau berani lagi ke sini. Jika kau datang lagi kesini. Kau sendiri sudah tau apa akibatnya.

Ayat 102 surah al-Baqarah aku bacakan dan disusuli dengan 3 ayat terakhir surah yang sama dan kemudiannya surah al-Ikhlas 3 kali. Aku mengucap dan kemudian menarik Jin tersebut dan kemudian hempaskan ketanah disusuli dengan laungan Allahuakbar… Disaat aku berinteraksi memang ada yang lain cuba datang nak menyerang aku tapi tak mampu. Aku dah siap siap pagar diri aku terlebih dulu.

Aku kemudian naik semula ke rumah dan jumpa Paklang dan memberitahu dia yang aku dah dapat agak siapa yang buat semua ni.

Aku: Paklang… angah rasa angah tau siapa orangnya.
Pak Lang: Hemmmmm….
Pak Lang: Macam ni lah Ngah. Kamu balik sediakan barang barang untuk berubat… Daun bidara tu kamu lebihkan. Paklang akan bantu setakat yang boleh. Tapi kamu kena tolong Paklang buang bisa bisa ni. Paklang tak boleh nak keluarkan sendiri.
Aku: Iyelah Paklang… Malam nanti saya datang balik.
Pak Lang: Tak perlu cepat sangat. Kamu sediakan barang dan malam esoklah kamu datang. Kamu rehat dulu. Badan kamu tu masih penat. Bila kamu penat dalaman kamu lemah.
Aku: Iyelah Paklang. Saya minta izin balik dulu ye.
Paklang: Iyelah…

Aku ke ruang tamu dan ceritakan kepada Ayah, Mak dan Maklang tentang barang barang yang diperlukan. Petang tu jugak aku dan Ayah ke pasar dan bandar cari barang barang yang diperlukan. Sampai dirumah aku mandi. Lama aku mandi sebab nak sejukkan hati aku yang bercampur baur dengan perasaan marah sedih. Aku tertanya dalam hati betul ke dia yang buat semua ni…

Malam tu aku tak putus berdoa pada Allah SWT semoga Allah tunjukkan kebenaran disebalik semua ni sampai aku tertidur sebab kepenatan. Seperti selalunya. Lelaki Misteri akan muncul dalam mimpi aku. Tapi kali ni dia tak datang berseorangan. Ada seorang yang dibawa oleh Lelaki Misteri itu tapi kakinya dirantai dan dia diheret oleh Lelaki Misteri tu ke arah aku.

Lelaki Misteri: Assalamualaikum anak muda.
Aku: Waalaikumussalam sahabat.
Lelaki Misteri: Inilah jawapan yang kamu cari.

Lelaki Misteri tu menunjukkan muka orang yang dibawa olehnya. Kawan aku… kawan baik aku sendiri.

Lelaki Misteri: Dialah punca semua ini. Tapi kamu kene ingat… kamu kene sentiasa sabar… kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan orang yang sabar… Assalamualaikum…
Aku: Waalaikumussalam.

Aku terjaga dan automatiknya kepala otak aku flashback balik apa yang berlaku dan aku baru perasan yang makhluk Jin yang aku tanam pg tadi adalah makhluk yang sama aku nampak dekat kedai makan dan dekat dalam kereta dia. Aku sangkakan makhluk tu menumpang tapi tak. Rupanya dibela. Aku beristighfar dan mengucap panjang. Tak sangka kawan baik selama ni rupanya duri dalam daging. Sanggup buat benda n ikat aku dan keluarga aku. Tapi puncanya apa?? Aku tak tau. Aku bangun dan terus ke bilik air dan ambil wudhuk. Malam tu jugak aku sujud dan bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan. Punca semua ni aku yang kena cari sendiri.

Sahabat sekalian. Aku terpaksa stop kat sini dulu perkongsian aku untuk kali ini. Sambungan kisah ni akan aku kongsikan di kisah aku yang akan datang iaitu kisah Perawat Diwarat – Rawatan Terakhir Pak Lang. Kisah ini aku akan kongsikan sebelum Kisah Selamat Jalan Pak Lang dan Anugerah Yang Hilang… Maaf jika perkongsian aku kali ni tak menepati cita rasa korang semua… Jumpa lagi nanti… Moga korang semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT…. Assalamualaikum…

#KucingKelabu -Rul-

Next: Perawat Diwarat – Rawatan Terakhir Pak Lang
Next: Selamat Jalan Pak Lang
Next: Anugerah Yang Hilang

#KucingKelabu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

57 thoughts on “#KucingKelabu: Anip dan Alam Universiti.”

  1. Sedihnya bila baca part pak lang tu. Kenapa la manusia ni suka sgt berkawan dgn jin n syaitan. Kawan baik sendiri yg buat pulak tu. Hmmm. Cepat update please. Tak sabarrr~

    Reply
  2. Asal baca cerita hang ni mesti meremang and sebak.. Hang memang baik lah wey.. Moga Allah lindungi hang and orang2 keliling hang..

    Reply
  3. aku tak faham satu je.. macam mana manusia ni boleh senang je percaya dengan perkara2 syirik ni? maksud aku, muda2 lagi dah tau macam mana nak kenakan orang dengan cara jahat macam ni..aku tak faham macam mana dia boleh jumpa jalan untuk belajar dan amalkan benda2 syirik ni sedangkan masa kecik2 dekat sekolah sikit pun takde belajar tentang ilmu sesat ni.. pokoknya, pengaruh tu sendiri datang dari mana?

    Reply
    • Biasa la… Bila dah x pikir pasal dosa pahala… Benda syirik jadi mainan dlm kepala utk balas dendam… Aku penah kena masa bljr sem 5 2016 duduk rumah sewa.. Terpaksa aku melawan dengan setan dia hantar ke aku aku lepas jgk sbb ada pompua misteri tolong aku…. Org yg kene kan aku tu roommate aku sendiri dah la gay tajut aku

      Reply
  4. Alamak…dh start rasa sedey ni sbb PakLang start sakit ….sikit2 nk sihir hishh…dh tak de pedoman agaknyer org yg buat nih…

    Reply
  5. innalillahiwainnailaihirrojiuuunnnn..
    allahu, tiada daya kita manusia melainkan dengan kekuasaan ALLAH..
    sebak sedih marah semua ada bila baca semua ni..
    terima kasih penulis, angah..
    sebenarnya penulisan ini sedikit sebanyak memberi kekuatan buat diri saya, apatah lagi bila diri diuji dengan penyakit yang tidak pernah disangka-sangka.. allahu, redha adalah jalan terbaik.
    syabas penulis, setia menanti untuk cerita seterusnya..

    Reply
  6. Bila kucingkelabu update, pastinya citer aku baca dulu..pasti ada hikmah utk segalanya..semoga kita dilindungi oleh Allah .. rul aka angah terima kasih kerana berkongsi kisah awak

    Reply
  7. Kucing kelabu, aku sedih baca pasal cita kau,kali ni. Kesian pak ngah. Terharu aku, sbb dia skit lindungi kau. Apa pun jgn dendm,ajal maut tgn tuhan. Jd hmba yg baik,jgn hampakn mak ayah,,pakngah dn makngah kau.

    Reply
  8. cepat sambung!!terasa sedih cerita nie..hmm..kawan apa mcm tu?takkan sebab perempuan boleh dendam ngan kawan baik sendiri?bila baca cite hang terasa macam masuk skali dalam cerita tu sampai ralit..sambung lah lg..best sangat..

    Reply
  9. Jln citer si angah ni mmg best. Sincere n humble.. plg best bl dlm apa2 keadaan pn ko akn amik sikap undur diri n bsangka baik. Sejuk perut mak ko ngandungkn ko deq… berkat ajaran dr ayah ko ttg pntgnye solat dr kecik…

    Bkn seme org dpt anugerah yg hebat mcm ni n xseme org leh lulus ujian demi ujian… jln citer makin lama makin sedih kena lak ko dh siap ltak next title kt bwh citer… psl pak lang lak tu huhu xsabar nk baca tp nti sure akk nangis deq ooiii…

    Ko jgn lmbt2 sgt la smbg ye… jenuh nk tgu ni… pasni ko g geng ngn si celupar n dee fen ek heheheh

    Reply
    • dee fen wujud lagi ke??
      sampai ke sudah cerita dia tergantung.
      hahahaha, dah penat berharap pada dee fen! huhuhuhu..
      nasib baik ada #kucingkelabu ni.. hee~

      Reply
  10. Kalau cerita Kucing Kelabu ni publish, mesti aku baca dulu, skip cerita lain. Cerita hang memang superb, macam2 feeling ada! Cepat2 sambung naaa.

    Reply
  11. Assalamualaikum rul..

    Ttibe geram dgn syud tu..

    Kalau suka pon, cover2 la sket..sbb mengkome tu org perempuan.. malu laa..aduh..huhu
    N pastinya dia mesti tahu yg mus tu suka kt dia.. sbb org laki kalau dh suka, mmg obvious akan tunjukkannya..

    Apa2 pun, nk geram pon, dah jadi sejarah.. asbab utk apa yg tjadi dlm hidup rul skrg ni..

    Btw, terima kasih rul, kongsikan ayat2 yg dibaca..

    Kami doakan, semoga satu hari nanti, Allah kurniakan anugerah kebolehan mengubat org kpd rul semula.. Aamiinn..

    Reply
  12. Salam. Nak tanya ni,hrp ler berjawap. Hehe. Yg awk tulis ape yg awk buat kat anip pkai garam dgn lada hitam tu,kami2 ni blh ikhtiar pakai ayat2 tu jugak ke?

    Reply
    • Boleh je.. Sy sendiri pun ada jgk amalkan.. Pernah ubatkan kawan.. Dan taburkan garam kasar yg dibaca ayat kursi 7kali.. Baling kat setiap penjuru dalam bilik.. Alhamdulillah.. Gangguan dah makin berkurangan..

      Reply
  13. Mmg best baca citer hang ni. Rs seram juga sbb.kisah.benar.
    Cara.penulisan senang faham wp pjg.tp menarik.
    Rasa sedih bila paklang sakit buatan org. Kesian.
    X sabar nk tgu next story

    Reply
  14. Salam Sejahtera
    #kuchingKelabu – Rul
    saya telah membaca kisah Rul dari awal sehingga sekarang (#KucingKelabu: Anip dan Alam Universiti.).
    Saya juga turut besedih apa yang telah terjadi keatas Pak Lang Rul. Rul kena kuat semangat dan tabahkan hati, ya.
    Saya akan menunggu cerita sambungan kisah Rul seterusnya
    # Perawat Diwarat – Rawatan Terakhir Pak Lang
    # Selamat Jalan Pak Lang
    # Anugerah Yang Hilang

    Reply
  15. salam kucing kelabu…tulisan awk mmg trbaik & menepati cita rasa…sronok baca..saranan minta kucing kelabu buat kompilasi & tulis novel..sbb awk msti ade follower dh skrg…sronok baca..kalau wat novel nie pon msti sehari pon bleh habis…ayat trsusun…siap ade selit ayat al-quran & tips2 (garam & lada hitam) utk emergency kes…mohon share lebih byk lg tips2 ye!

    Reply
  16. Rul. Next time jaga la batas ble nk berkawan dgn perempuan. Perempuan ni, hati dy lembut sgt, so smua akn mudah jatuh hati klau lelaki treat dy baik2. Better xpayah la ada kwn rapat pompuan. Lg terjaga ikhtilat.

    Reply
  17. Salam Sejahtera
    #kuchingKelabu – Rul
    saya telah membaca kisah Rul dari awal sehingga sekarang (#KucingKelabu: Anip dan Alam Universiti.).
    Saya juga turut besedih apa yang telah terjadi keatas Pak Lang Rul. Rul kena kuat semangat dan tabahkan hati, ya.
    Tak sabar tunggu
    # Perawat Diwarat – Rawatan Terakhir Pak Lang
    # Selamat Jalan Pak Lang
    # Anugerah Yang Hilang

    Reply
  18. Hari2 bukak fs just untuk scroll setiap tajuk. Mencari nama #kucing kelabu. Tapi hampa. Sambung la rul. Sebulan dah tunggu ni. Sebulan jugak hari2 scroll cari cerita rul.

    #SetiaMenanti
    #BiggestFanRul
    #KucingKelabuDikehendaki

    Reply
    • Tahu takpe. Dok tunggu je sambungan cerita rul/angah/kucingkelabu nih. Sbb cerita dia base on experience sendiri. Dan jalan cerita best. Leh wat novel ke drama ke haha. *berangan. Takde lah novel2 drama2 asik cerita cinta cinta cinta. Haha

      KEPADA PENULIS, MOHON SAMBUNG DENGAN KADAR YANG SEGERA!!!!!!!!! ORANG RAMAI TAK SABAR NI!!!!!!!!

      Reply
  19. #kucingkelabu -Rul, please sambung please.. hari-hari dok reload + scroll page FS nak carik sambungan #kucingkelabu.. rindu karyamu 😉

    Reply
  20. Assalamualaikum Tuan, penulisan yang baik,kisah-kisah dan pengalaman yang mana mengingatkan saya kepada penulisan Tuan Ahmad Mahmud atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud (TamarJalis).
    Mohon Tuan tidak berhenti menulis sambungan pengalaman Tuan kerana ianya sedikit sebanyak memberikan pengajaran dan rujukan sesama kita.
    Semoga Tuan dan para pembaca FS sihat sentiasa ,dipermudahkan segala urusan dan bersama-sama kita menambahkan amalan dibulan Ramadhan ini.Insyaalah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.