#KucingKelabu : Kesian Mak Aku

Assalamualaikum… Terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana publishkan kisah aku.
Pertama sekali aku nak mohon maaf pada pembaca semua sebab aku terlupa nak buat kesimpulan dan pengajaran pada kisah Makcik Senah. Sebab aku sibuk sikit dan tak sempat nak fokus detail sangat. Maafkan aku ye… Korang ok kan?? Mesti ada yang tertanya tanya apa jadi dengan Makcik Senah. Makcik Senah lepas rawatan tu sempat bertahan dalam 3 minggu je. Lepas tu dia pulang ke pangkuan Ilahi. Moga dia sempat memohon keampunan dari Allah SWT. Ok lets move on.

So, kali ni aku nak kongsikan pulak kisah yang terjadi masa aku menuntut di salah sebuah Matrikulasi di Malaysia yang terletak di utara semenanjung. Tapi apa kene mengena dengan tajuk aku kali ni “Kesian Mak Aku”? nanti korang akan tau apa kaitannya. Ok, jom kita mulakan… Tapi aku nak bagitau awal awal la sebab kisah aku kali ni panjang. Kalau nak teruskan baca pastikan ambik masa yang sesuai ok. Ingat jangan curi tu…..langggg…hehehe

Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian aku peringkat sijil di salah sebuah Matrikulasi di Utara Malaysia. Mula mula tu aku seronok la tapi bila fikir balik aku ada tanggungjawab nak kene jaga family aku. Mak dengan Ayah pujuk aku untuk teruskan pengajian. Aku juga turut mendapatkan nasihat dan pandangan dari Paklang. Paklang cakap pergi je sambung pengajian sebab ni soal masa depan. Setelah puas berfikir aku buat keputusan untuk sambung. Maka bermulalah kisah aku di sana.

Hari pendaftaran Mak, Ayah, Kak Long dan adik serta Paklang dan Maklang hantar aku ke sana dan menunggu sehingga pendaftaran selesai.

Mak: Angah dok sini belajar betul betul jangan hampakan Mak Ayah.
Ayah: Ingat pesan Mak tu. Sembahyang jangan tinggal.
Aku: Insyaa Allah Mak, Ayah… Angah ingat semua pesanan.
Aku: Kak Long tolong tengokkan mak ayah dan adik ye.
Kak Long: Nak tengok apa?? Macam tu jugaklah mak ayah adik. Yela2.., jangan risau la.

Pak Lang: Ngah, kalau ada apa apa bagitau paklang ye. Ingat, jaga hubungan dengan Allah. Jangan lupa solat tahajjud.
Mak Lang: Dah jauh dah anak buah Maklang ni. Jaga diri baik baik kat tempat orang.
Aku: Insyaa Allah Paklang, Maklang. Angah ingat semua pesanan. Kalau tak ingat nanti Angah call tanya ok?
Semua: Hahahahaha!!!

Ayah: Kami balik dulu ye. Elok elok sikit perangai tu. Jangan nak menggatal. Belajar dulu.
Mak: Nanti selalu selalu la call kami ye ngah.
Aku: Insyaa Allah Mak. Hati hati drive tu ayah. Semoga selamat sampai rumah. Angah doa dari jauh je ye.

Selesai sesi salam bersalaman dan peluk memeluk. Paklang menyelitkan duit saku dalam poket seluar aku.

Ayah: Kami gerak dulu. Assalamualaikum…
Aku: Waalaikumussalam.

Maka berpisahlah aku dengan keluarga aku. Tinggal aku sorang2 je kat sini. Aku kena belajar untuk berdikari.

Alam asrama kan. Mesti takkan lari dari kisah kisah yang sinonim dengan penghuni asrama dan salah satunya adalah kisah makcik karipap. Aku tak tau la sape yang mula mula reka cerita makcik karipap ni. Tapi aku layankan jela budak budak ni dok cerita. Oh ya… Aku ambik aliran Sains Fizik sebab aku tak minat biology. Otak aku tak boleh nak hadam sangat ngan term term dalam biology walaupun aku ni perawat. Haha…

Nak dijadikan cerita, kat Matrikulasi aku ni ada satu tangki air besar kat belakang. Dan selang tak berapa jauh dari tangki air tu ada satu pohon yang besar dan rendang. Bahagian belakang ada ladang sawit. Sape yang tau pernah belajar kat sini mesti dia tau ni Makrikulasi mana. Sekarang ni tak tau la ada lagi ke tak pokok besar dan ladang sawit tu. Aku masa ni dok kat Block A Tingkat 4. Masa ni Facebook belum femes lagi. Tapi trending dengan Friendster dan Myspace. Nak kata orang terawal duduk kat Matrik ni tu takde la awal sangat tapi bangunan masih baru. Dan jin pun masih bersepah masa ni. Cuma orang je tak nampak. Kalau waktu senja dah nak dekat maghrib tu aku mula la nampak kelibat Nek Nak bertebaran kat atas tangki air tu.. dok pusing2 pastu hinggap kat pokok besar. Aku buat tak tau je asalkan dia tak ganggu aku sudah.

Perwatakan aku masa kat matrik ni takde la sentiasa dengan jubah. Pakaian macam orang biasa. Bila nak outing aku pakai la slack jeans copy ori. Takda la nampak skema sangat kan. Pergi kelas pun pakai slack dickies siam. Biasa la nk beli ori tak mampu. Biar berpada dan ikut kemampuan diri. Ok, balik pada cerita sebenar. Masa kat matrik ni aku ada kenal seorang perempuan ni. Kenal gitu gitu je la. Tu pun sebab satu kuliah. Aku namakan dia Aini je lah ok. Orang Utara. Tak nak aku letak nama betul nanti tak pasal pasal kena kecam. Haha..

Aini ni orangnya cantik la pada mata aku. Sedap mata memandang. Berkulit putih. Anak kacukan Thailand. Memang patut la cantik. Macam mana aku tau? Aku tanya la. Kat Matrikulasi aku ni ada program Mentor Mentee. Bukan yang nyanyi2 tu. Ni untuk pelajaran dan juga sebarang permasalahan. Aini ni satu mentor dengan aku. Jadi masa ada perjumpaan Mentor Mentee ni la aku tanya dia serba sedikit. Bukan nak mengayat. Sekadar berkenalan. Aku ni mana la hensem sangat pun… tapi rupa tu adala..

Then, kami jadi kawan dan sering berhubung bertanyakan permasalahan apa yang rasa perlu. Suatu hari ni Aini message aku.

Beep Beep!!! Beep Beep!!
Bunyi phone Nokia 3310 yang Ayah hadiahkan pada aku menandakan ada message baru masuk.
Aku yang sedang baring atas katil terus capai telefon yang ada atas meja study aku dan aku tengok ada messange dari Aini.
Berikut adalah perbualan aku dengan aini melalui message berbayar line cel*** – apa yang aku ingat je.

Aini: Salam Rul… Petang ni nak jumpa hang kejap boleh?
Aku: Waalaikumussalam… Insyaa Allah kalau tak ada halangan lepas Asar. Ada apa tu? Penting ke?
Aini: Petang ni la Aini bagitau.
Aku: Ok

Lepas Solat asar tu aku rehat kejap dan tunggu message dari Aini. Aku pejamkan mata sekejap untuk rehatkan urat2 mata ni sebab dari tadi dok mengadap tutorial je. Masa aku pejam mata tu, tiba tiba Lelaki Misteri datang dan memberitahu aku sesuatu.

Lelaki Misteri: Berhati hati anak muda. Sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jangan terpedaya dengan tipu helah Syaitan.
Lelaki misteri pun kemudian berlalu pergi dan menghilang.

Aku tersentak sekejap setelah Nokia 3310 aku berbunyi tanda ada orang call. Ya… panggilan dari Aini.

Aini: Rul… hang kat mana? Kami tunggu kat sebelah Block B ni dengan Rina. Dekat koridor.
Aku: Assalamualaikum… Dah kat bawah eh? Ok… tunggu sekejap ye.
Aini: Lekaihh..
Aku: Ok. 10 minit. Assalamualaikum.

Aku turun ke bawah untuk jumpa diorang. Entah apa yang penting sangat sampai nak kena jumpa. Sampai je kat tepat diorang tunggu.

Aku: Assalamualaikum…
Aini/Rina: Waalaikumussalam…
Aini: Weyhh.. Hang pakai macam ni pasai pa? Kami nak ajak hang pusing2 satu matrik ni ja. Pakai la tracksuit ka. Ni hang pegi bantai pakai slack jeans pasai apa??
Aku: Krikkk krikkk..
Aku: Mana la saya tau nak pusing2 riadah petang… Lain kali bagitau awal2 senang.
Aini: Takpa lah… jom..

Aku jalan sebelah kanan Aini. Rina pula jalan sebelah kiri Aini. So, kitorang pun jalan la pusing satu Matrikulasi tu. Berpeluh jugak la nak habiskan pusingan tu. Sambil jalan tu Aini ajak aku bersembang.

Aini: Rul… Aini nak tanya sikit ni…
Aku: Tanya la… Banyak pun takpe.
Aini: Gini… Sepanjang Aini kenai Rul, Aini tak pernah dengaq Rul cerita pasai GF Rul. Dah ada GF ke dak lagi?
Aku: Oooh… pasal ni ke yang penting sangat nak jumpa ni? Tak ada pun. Tak terfikir pun lagi pasal ni.
Aini: Kami ni bukan apa.. Takut satgi GF hang serang kami. Kalau takdak takpa la. Kiranya Aini ni tak ganggu hak orang lain.
Aku: Hahaha… Kenapa? Nak jadi GF saya ke?
Aini: Boleh jugak.
Aku: Saya gurau je la… Saya belum ready lagi dengan semua ni. Saya suka berkawan dengan Aini. Tapi kalau nak jadi BF tak kot. Kawan baik boleh.

Muka Aini berubah.

Aini: Suka hang la Rul. Aku nak kat hang, hang tak nak kat aku. Sat lagi orang lain sambaq aku baru hang ada akai..
Aku: Apa tu??
Aini: Dak aihh. Takdak pa pun.

Kami pun berpisah dekat tempat bertemu tadi sebab dah senja dan dah habis pusing setengah kawasan Matrik. Plan nak pusing satu Matrik tapi masa tak cukup. Jadinya kami semua balik ke block masing2. Sampai je kat bilik
Beep Beep!!! Beep Beep!!!
Beep Beep!!! Beep Beep!!!
Beep Beep!!! Beep Beep!!!
3 message baru masuk. Ya… ianya dari Aini.

Aini: Rul… Aini suka kat Rul…
Aini: Aini nak Rul jadi BF Aini…
Aini: Aini nak Rul jadi milik Aini…

Sudahh…perigi cari timba dah ni. Aku blur. Tak tau nak balas apa. Salah aku jugak terlebih baik dengan orang. Aku tak nak panjangkan cerita lagi aku pun Reply.

Aku: Aini, Saya bukan tak boleh terima Aini. Saya cuma belum bersedia untuk komitmen ni. Maafkan saya, saya tak dapat nak tunaikan permintaan Aini. Saya lebih selesa kita berkawan macam biasa.

Aku hantar message dan Aini tidak balas balik message aku. Jadi aku pun trus la persiapkan diri nk ke Masjid kan. Dalam Matrikulasi aku ni ada masjid. Tak jauh pn, kalau jalan kaki tu tak sempat penat la. Jadinya malam tu aku teruskan hidup macam biasa. Balik dari masjid makan kat Kafe B then naik ke bilik nak siapkan tutorial. Aini masih belum balas. Dia terasa dengan aku ke? Nak tanya ke tak? Last last aku biarkan je.

Aku lalui hari hari aku macam biasa tapi dah dekat seminggu aku tak nampak kelibat Aini. Dalam kuliah ataupun perjumpaan Mentor Mentee. Langsung tak nampak. Ada satu hari tu aku terserempak dengan Rina dekat library.

Aku: Assalamualaikum… Rina, nak tanya sikit boleh?
Rina: Waalaikumussalam… nak tanya apa? Tanya la.
Aku: Macam ni… dah seminggu saya tak nampak Aini. Mana dia pergi eh?
Rina: Ooohh… Pasal Aini… Kau tak tau ke? Dia balik kampung. Mak dia meninggal. Tapi aku tak tau la dia nak masuk sini balik ke tak. Sebab masa dia balik tu semua barang dia dia bawak balik sekali.
Aku: Innalillahiwainnailaihirojiun… kenapa saya tak tau eh?
Rina: Memang tak ramai pun yang tau… Rasa rasa aku la dia dah terus berhenti kot. Ko tak cuba call dia ke message ke… Tanya dia sendiri.
Aku: Nanti la saya cuba call dia. Terima kasih ye Rina sebab bagitau. Saya gerak dulu. Assalamualaikum

Rina angkat tangan je kat aku. Aku terus pergi ke kedai kat sebelah library beli sumber makanan yang ada. Maklumlah nak keluar tak boleh. Hujung minggu je. Dah siap semua urusan aku terus balik kat bilik. Sampai je kat bilik aku terkejut tengok meja aku bersepah dengan kertas dan frame kecik gambar keluarga aku jatuh kat bawah. Nasib baik plastik, tak pecah. Roommate aku semua tak da. Belum balik bilik lagi.

Aku: Astaghfirullahalazim… angin kuat sangat ni.

Aku kemaskan balik semua. Cek dalam laci sebab aku ada simpan duit bawah al-Quran kecik aku. Semua ada tak terusik. Aku letak balik gambar keluarga aku atas meja study aku. Sedang aku pusing nak bukak loker.

Kelepappp!!! Jatuh balik frame gambar keluarga aku. Aku masa ni dah rasa lain macam. Macam ada sesuatu. Tapi masih lagi mampu bersangka baik. Aku letak balik gambar tu kat atas meja. Aku pusing je kebelakang, frame gambar tu jatuh balik. Kali ni memang confirm bukan biasa biasa ni. Aku apa lagi, dah “dia” ajak main kan. Aku duduk bersila pejam mata dan mula baca ayat pembukaan. Belum sempat aku baca ayatul Kursi.. Nahhh… tu dia… elok je bertenggek atas loker aku. Dia punya tangan bkan main panjang lagi. Tangan tu la yang dok jatuhkan gambar family aku. Aku tak tunggu lama. Terus je sambung bacaan ayat penghalau Jin. Tak sempat nak berinteraksi dia dah keluar. Lari ikut tingkap.

Lepas je makhluk tu lari tiba tiba phone aku berdering. Panggilan dari kampung.

Mak: Assalamualaikum Angah…
Aku: Waalaikumussalam Mak… Mak sihat?
Mak: Mak sihat je. Angah macam mana? Sihat? Ok tak kat sana? Duit cukup tak?
Aku: Alhamdulillah Mak. Sihat macam biasa. Duit cukup lagi buat masa ni. Mak jangan risau ye.
Mak: Mak talifon ni ada benda nak bagitau ni. Baru je kejap tadi ada orang datang. Perempuan… dia datang sorang cari Angah… Orangnya cantik. Dia bagitau Mak nama dia Aini dan dia ada bagi sesuatu la kat Mak. Satu kotak… dalam tu ada gambar kita yang kita ambik masa hantar Angah haritu. Dia cakap Angah yang bagi kat dia. Lepas tu ada kain kuning kat bawah.
Aku: Aini??? Aini datang jumpa Mak? Macam mana dia tau rumah kita? Gambar tu Angah tak pernah tunjuk kat sape sape pun Mak. Ada ni ha dengan…..

Aku angkat frame gambar yang jatuh tadi dan gambar family aku tu dah tak ada. Aku cuba tengok tengok kat bawah katil kot kot ada tercampak ke. Tak ada memang tak ada.

Mak: Haa… Angah kenal ke? Mak tak berani nak usik kain kuning tu. Tu yang Mak talifon ni tanya Angah.
Aku: Mak…. Jangan bukak… Angah tak sedap hati… Ayah ada tak?
Mak: Ayah kamu tak ada…
Aku: Mak tunggu eh… Jangan buat apa apa kat kotak tu. Angah call Paklang.

Belum sempat aku letak fon aku terdengar suara perempuan.

Aini: Kami balik dulu nahh makcik.
Mak: Astaghfirullahalazim.
Aku: Mak… Mak ok ke?

Mak tak jawab. Aku terdengar bunyi macam barang jatuh dan suara tu….. Ya… Aini… suara tu suara Aini… aku kenal suara tu. Panggilan terputus. Aku bingung. Apa yang Aini cuba buat. Macam mana gambar tu boleh ada dengan dia? Aku terus mendail no talifon rumah Paklang. Aku ceritakan semua kat Paklang dari A-Z.

Pak Lang: Kamu jangan risau ngah, Paklang ada kat sini. Selagi Paklang ada Paklang tolong tengokkan Mak kamu.
Aku: Terima kasih Paklang. Angah tak boleh nak balik ni. Lagi 3 hari nak exam. Angah risau takut apa apa jadi dekat Mak.
Pak Lang: Kamu tumpukan pada pelajaran. Yang ni biar Paklang uruskan.

Malam tu aku rasa cukup panjang. Aku tak dapat nak lelapkan mata fikirkan pasal Mak. Kenapa Mak. Aku tertanya tanya. Sedang aku mengelamun…

Beep Beep!!! Beep Beep!!!
Message baru masuk. Aku capai talifon aku dan tengok. Message dari Aini. Terkejut aku… selepas sekian lama baru dia nak balas message aku. Aku bukak message dari Aini tu.

Aini: Hai Rul… Lama aku tak message hang… Aku dah tak masuk belajaq dah. Hang toksah cari aku nah… Hang kan taknak kat aku…tapi aku nak kat hang lagi…hehehehehe.

Terkejut aku baca message Aini…aku tak balas message dia. “Psycho ke budak ni. Dia belum kenal lagi ni. Takpe…” Monolog aku dalam hati. Aku letak talifon aku dan nak pergi ke tandas nak ambik wudhuk. Tiba tiba talifon aku berbunyi lagi. Kali ni panggilan. Aku pusing balik tengok panggilan dari Paklang. Cepat cepat aku jawab.

Aku: Assalamualaikum Paklang.
Pak Lang: Waalaikumussalam… Angah, Paklang nak cakap sikit ni. Paklang dah tengokkan Mak kamu. Ada orang cuba nak hantar sesuatu kat kamu ni. Tapi Mak kamu terkena tempias sikit. Mak kamu ada terlangkah kotak yang ada kain kuning tu tadi lepas terkejut kene sergah. Paklang boleh selesaikan semua tapi Paklang kene ada pertolongan kamu ni. Memandangkan kamu tak boleh balik, kamu buat kat sana. Kat sini Paklang ada.
Aku: Insyaa Allah Paklang. Tak boleh jadi ni. Apa salah Angah sampai macam tu skali nak buat. Tapi bila dah melibatkan Mak ni dah kira melampau ni.
Pak Lang: Sabar ngah… jangan ikutkan hati marah tu. Kita guna cara kita. Dia mintak kita bagi.
Aku: Baiklah Paklang. Bila nak mulakan ni?
Pak Lang: Kamu dah ada wudhuk? Kalau belum gi ambik wudhuk dulu. Dah siap kamu buat macam selalu kita buat… Malam ni nak kene lepaskan Mak kamu dulu ni.
Aku: Ok Paklang… Angah ambil wudhuk skarang.

Aku melangkah pergi ke tandas. Tandas kat matrik aku n ikat bahagian depan mula mula pintu masuk ni ada bilik mandi dan tandas. Lepas tu ada pintu kat belakang nak ke bahagian tempat basuh kain baju semua dan belakang dia ada tempat sidai kain. Jadinya aku terus ke belakang nak ambil wudhuk kat situ. Masa aku melangkah je ke bahagian belakang tu aku nampak seberang sana kat bawah macam ada kelibat perempuan perhatikan aku – aku menaip ni pun meremang… hahaha… Sorry cerita aku kali ni agak serius tak ada kelakar sangat.

Aku pelik… macam mana boleh ada perempuan masuk kat bahagian asrama lelaki. Aku perhatikan perempuan tu… Astaghfirullahalazim… Aini!!!! Ya… Memang Aini… tapi aku tau tu bukan Aini yang sebenar. Kalau betul dah memang kene halau dengan felo dah. Aku cepat cepat ambil wudhuk dan lepas selesai ambil wudhuk aku tengok balik kat tempat tadi. Dah tak ada lagi kelibat Aini kat situ.
Aku masuk bilik balik dan aku capai talifon dan message roommate aku sebab dorang belum balik lagi. Dalam bilik aku ni ada dua orang je yang duduk. Sebab dua orang lagi dah pindah masuk Maktab. Aku message roommate aku.

Aku: Assalamualaikum Anip… Kau kat mana?

Tak lama lepastu Anip balas.

Anip: Aku kat blok B ni… Bilik member aku… Tengok movie… Asal?
Aku: Tak de apa. Ingatkan kau balik kampung. Malam ni kau jangan balik bilik dulu. Ada sesuatu aku nak kene settlekan ni.
Anip: Kau jangan buat hal…
Aku: takde la… kau ni macam tak kenal aku.
Anip: Ok. Dah settle bagitau aku.
Aku: Ok. Jangan cerita kat orang. Nanti kecoh plak satu blok ni.
Anip: K K.

Anip ni sebenarnya dah tau aku ada ilmu ni. Sebab aku ada cerita kat dia tentang aku. Punca aku boleh cerita kat dia ni sebab dia pernah kena sampuk. Aku yang tolong. Korang nak aku ceritakan jugak ke pasal Anip ni? Tak yah la ek… kisah dia pendek sangat. Kalau nak jugak nanti aku ceritakan skali dengan Alam Universiti ok? Deal eh. Ok sambung… Anip ni aku percaya kat dia sebab dia ni budak baik. Boleh simpan rahsia aku. Tak ada sape pun tau pasal aku boleh berubat orang kecuali dia je. Aku dah mintak dia rahsiakan semua tu. Mungkin dia berterima kasih dengan aku sebab tolong dia kot. Tu yang dia tak bagitau orang lain.

So, lepas aku message Anip tu aku pun mulakan sesi interaksi aku. Mula mula tu macam biasa la. Aku solat sunat dulu. Minta perlindungan dari Yang Maha Esa. Selesai solat sunat aku duduk atas sejadah dan mula berzikir dan terus aku sambung al-Fatihah dan seterusnya aku bacakan surah Al-Ikhlas berterusan sebanyak 7 kali dan kemudian aku berselawat 11 kali. Kemudiannya aku pejamkan mata dan tumpukan perhatian dan semua tenaga aku untuk berinteraksi di alam lain. Sejujurnya ada doa yang aku bacakan tapi aku tak boleh nak kongsikan sebab jika ada yang amalkan doa ni kemungkinan akan terbuka hijab. So aku rahsiakan je ok. Jangan tanya lagi kenapa.

Lelaki Misteri: Assalamualaikum…
Aku: Waalaikumussalam.
Lelaki Misteri: Kamu di dalam masalah. Jangan biarkan masalah itu mengganggu fikiran kamu. Kamu menjaga hak Allah nescaya Allah membantu kamu di dalam kesusahan. Aku datang adalah untuk membantu kamu. Tapi ingat… Urusan kamu dengan manusia kamu harus selesaikan sendiri.
Aku: Insyaa Allah… Saya cuba… kalau boleh bantulah Paklang saya. Saya akan cuba selesaikan di sini. Ini kerana antara saya dengan dia.
Lelaki Misteri: Insyaa Allah… jika perlukan aku panggil saja. Mohon diri dulu… Assalamualaikum
Aku: Waalaikumussalam…

Aku teruskan cubaan aku untuk berinteraksi dengan Jin yang menyerupai Aini tu… dan setelah lama aku cuba… tiba tiba aku rasakan satu angin yang kuat bertiup ke arah badan aku. Aku buka mata mencari punca angin tu. Dan mata aku tertumpu kat bucu bilik. Kelibat satu makhluk berbadan hitam berbulu tegak melihat aku. Sekejap sekejap dia berubah wajah jadi Aini. Memang betul sangkaan aku tentang yang aku nampak dekat bilik air tadi. Interaksi aku kali ini bukan dengan suara luaran tapi dengan suara dalam hati. Ke macam mana nak cakap… betul la kot suara dalam hati.

Aku: Assalamualaikum wahai Jin. Islam?
Jin: ……………………………. – tiada respon.
Aku: Untuk apa kau menganggu hidup aku dan keluarga aku?
Jin: Kau manusia pentingkan diri sendiri!!! Kau telah menyakiti tuan aku!!!
Aku: Siapa tuan kau?
Jin: Kau sudahpun tahu!!! Aku datang bukan atas arahan tuan aku. Aku datang kerana aku menjaga dia.
Aku: Baliklah kau ke tempat asal kau. Jangan ganggu aku dan keluarga aku lagi. Aku tidak mahu berkasar dengan kau dan kau jangan sesekali memaksa aku untuk bertindak lebih dari ni.
Jin: Kau belum kenal siapa aku!!!
Aku: Aku kenal siapa kau. Kau Jin Kafir yang dilaknat Allah. Baliklah kau sekarang dan ingat amaran aku. Jika tidak kamu dan tuan kamu akan terima nasibnya.

Aku pejamkan mata aku semula dan bila aku buka mata kelibat makhluk tadi sudah hilang. Aku sujud dan berdoa kepada Allah semoga tiada lagi gangguan selepas ni. Aku capai Nokia 3310 aku dan aku beranikan diri call Aini. Mula mula tidak berjawab… masuk voice mail… rugi kredit aku. Aku cuba call lagi skali dan panggilan aku berjawab.

Aini: Hello…
Aku: Assalamualaikum… Aini…

Aku dapat dengar suara Aini seakan terkejut dengan panggilan dari aku.

Aku: Aini… maaf ganggu Aini malam malam macam ni. Saya ada benda penting perlu bincang dengan Aini. Aini nak bincang sekarang atau nak jumpa?
Aini: Sekarang je lah..
Aku: Ok… macam ni… Saya nak cakap ni… saya tak tau apa salah saya pada Aini… Tapi saya minta maaf jika betul salah saya. Kalau hanya disebabkan saya menolak permintaan Aini tu jadi punca saya minta maaf. Saya suka kat Aini. Tapi suka saya tu sebagai seorang kawan. Saya tak nak sebab ni Aini benci saya dan buat macam macam kat saya dan keluarga saya terutama sekali mak saya. Saya tak nak gaduh dengan Aini. Kalau boleh nak terus berkawan macam biasa. Tapi kalau Aini berkeras jugak dengan cara Aini saya tak ada jalan lain. Saya akan buat apa yang patut. Aini faham kan.
Aini: Ok…
Aini: Rul… Aku nak bagitau hang sikit… Aku tau apa yang hang habaq kat aku ni. Tapi tu semua bukan dari aku. Aku takdak nak buat kat hang. Aku tak tau macam mana benda ni smua boleh jadi kat hang. Tapi aku salah jugak. Aku terima benda tu dari mak aku. Pasal aku kesian kat mak aku masa dia sakit tenat nak meninggai. Aku terpaksa terima. Aku tau hang pandai berubat. Sebenaqnya aku nak tanya hang pasai ni la masa jumpa hang haritu. Tapi sebab ada Rina aku tak berani nak cerita. Masa tu aku belum terima lagi. Aku minta maaf jugak la nahh. Sebab aku Mak hang terkena skali. Aku sekarang dalam proses nak buang ni. Tapi makan masa. Hang doakan aku nahh.

Aku blurr. Keliru semua ada. Betul ke apa yang Aini cakapkan ni. Kalau betul aku dah salah sangka kat dia.

Aku: Insyaa Allah… saya sentiasa doakan yang baik baik untuk kawan saya. Harap kita selesai kat sini ye Aini.
Aini: Aku pun harap camtulah.
Aku: Assalamualaikum…
Aini: Waalaikumussalam.

Aku tamatkan panggilan dengan Aini dan aku call Paklang.

Aku: Assalamualaikum Paklang.
Pak Lang: Waalaikumussalam.
Aku: Bahagian angah dah selesai. Bahagian Paklang plak mcam mana?
Pak Lang: Alhamdulillah… kat sini pun dah selesai. Mak kamu pun dah ok… Paklang dah lepaskan. Paklang halau je. Tak kuat mana pun. Cuma degil je.
Aku: Alhamdulillah… terima kasih Paklang.
Pak Lang: Sama sama… jangan terima kasih kat Paklang je. Berterima kasih dekat Allah SWT. Dia lah penolong segalanya.
Aku: Insyaa Allah… Alhamdulillah aminnn…
Aku: Oklah Paklang. Kalau tak ada apa apa lagi saya nak tidur dulu lah.
Pak Lang: Iyelah… ingat selalu pesan Paklang tu. Jawab exam baik baik nanti. Jangan fikir sangat pasal kampung ni. Paklang ada Paklang tengokkan keluarga kamu.
Aku: Insyaa Allah Paklang. Terima kasih banyak banyak… Assalamualaikum
Pak Lang: Waalaikumussalam.

Aku tamatkan panggilan aku dengan Paklang. Niat hati nak call Mak. Tapi fikirkan dah jauh malam aku tunda niat aku tu. Tiba tiba…

Beep Beep!!! Beep Beep!!!
Satu message baru masuk.
Anip: Rul… dah siap belum? Aku nk balik tidur ni.

Hahahaha… message dari Anip. Aku lupa nak bagitau dia yang aku dah selesai. Aku reply

Aku: Dah… tadi lagi siap. Haha…
Anip: Asal tak bagitau awal awal. Aku dah ngantuk ni. Jangan kunci pintu. Aku tak bawak anak kunci.
Aku: Yelah….

Aku terlelap… entah bila Anip balik bilik aku tak tau. Pukul 4.30 aku terbangun nak solat tahajjud. Tengok Anip dah terbongkang atas katil. Dia ni dah nak exam ni bukan nak study. Tapi dok layan movie. Tapi otak bijak. Tu yang aku pelik dengan dia ni.hahaha..

Aku tamatkan kisah aku kali ni kat sini je la ye… Pasal Aini tu aku dah tak tau apa jadi kat dia. Harap harap dia sihat la and dah selesai la buang saka tu sebab aku dah lost contact terus dengan dia. Last masa aku call dia tu la.

Ramai yang tanya aku pasal Lelaki Misteri tu. Ok ni aku ceritakan serba sedikit la. Lelaki Misteri tu adalah sahabat aku dan Paklang dari Alam lain. Allah izinkan dia untuk membantu aku dan Paklang untuk berubat. Aku tak tau nak describe dia macam mana lagi. Yang aku tau dia ni dari bangsa Jin yang beriman dengan Allah SWT. Sebenarnya dia ada nama tapi aku nak kekalkan dengan nama Lelaki Misteri je dalam citer aku ni ok.

Ok. Pengajaran untuk kali ni. Hati hati lah dalam setiap pertuturan kita dengan orang. Kadang kita tak tau apa yang keluar dari mulut kita tu ada yang mengguris hati dan perasaan orang tanpa kita sedar. Ringankan mulut kita untuk meminta maaf dengan orang walaupun kita rasakan bukan kita yang salah. Tak apa. Janji kita dah buat bahagian kita.

Ni je yang mampu aku kongsikan kali ni. Jumpa lagi lain kali. Mungkin lambat sikit untuk aku update next story sebab skarang ni aku agak sibuk sikit. Insyaa Allah ada masa aku kongsikan. Terima kasih atas sokongan korang semua untuk kisah kisah aku yang dulu Kak Long Vs Pak Lang, Permulaan, Aku, Pak Lang dan Lelaki Misteri, Misteri Makcik Senah dan kisah ni. Sehingga jumpa lagi. Assalamualaikum.

#KucingKelabu -Rul-

Next: Anip dan Alam Universiti – aku selitkan kisah Anip skali dalam ni.
Next: Selamat Jalan Pak Lang
Next: Anugerah Yang Hilang

#KucingKelabu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

44 thoughts on “#KucingKelabu : Kesian Mak Aku”

  1. Kolej matrikulasi kedah ? tau sgtttttt. Selama saya duduk kt sini alhamdulillah tkde bnda pelik2 berlaku. Tpi adalah sekali org kena rasuk , menjerit kt masjid hbis smpai block b dgr. block B semua penghuni perempuan. Mcm mana anip boleh masuk bilik di block B. Hahaha. Btw saya student batch 16/17. Bulan may ni hbis ?

    Reply
  2. PERGH… seram sejuk saya dibuatnya. RUL sy rasa sy boleh agak sekarang macam mana hilangnya anugerah awak tu. tak sabar nak tunggu episod anugerah yang hilang. boleh skip x ke episode tu . ha ha ha.. RUL sampai sekarang kesan masih ada kan ?

    Reply
  3. Bersimpati dengan nasib si Aini..dah la cinta tak berbalas pastu mak dia meninggal dan terpaksa lak terima saka daripada mak dia tu..huhu. Tak sabar menanti sambungan Grey Cat..??

    Reply
  4. Assalamualaikum Ngah/Rul..
    Boleh kongsikan tak ayat-ayat al-Quran yang boleh diguna untuk ‘pagarkan’ rumah dari penyamun/penjahat/perompak yang tak makan saman ni??
    ke sama je dengan ayat untuk pagarkan dari iblis laknatullah tu?

    apa-apa pun cerita best! sungguh rasa dekat je dekat hati! allahu, air mata mengalir je tiap kali tersentuh dengan ‘anugerah yang hilang’ tu. tahniah ngah! teruskan berkongsi.. alhamdulillah

    Reply
  5. Sambung lg cept2 tau..
    Lg satu. Rul ayat ap yg trbaik utk kita amalkan setiap hari bg perlindungan diri dr jin, sihir dan niat buruk manusia?.

    Reply
  6. sebut ja tangki air, blok b, koridor.. masjid dekat.. tau dah hehehe. dulu ngaji duduk blok b tingkat 3, bilik btul2 sebelah tangga.

    masa batch saya cerita pasal bola api terbang tu. haha

    apa2 pn susunan ayat cantik, seronok baca.

    Reply
  7. tq kucingkelabu sambung cerita paling cepat so far. xde la lama kami tggu.

    nt da abis sampai anugerah yg hilang sambung la lagi pengalaman2 lain ehhhh ?

    Reply
  8. Libang libu hati aku baca tajuk “Selamat Jalan Pak Lang” tu. Jangan kata paklang ko meninggal dunia wei. Aku santau ko nanti -_-

    Reply
    • hahaha..entah kenapa tergelak plk tgk komen ni..berani nk santau kucingkelabu ni…kang sblm santau da kene cakar nti…

      Reply
  9. Tak sabaq nak tunggu ceqita “Anugerah yang hilang”….
    Btw cerita #kucingkelabu ni tak menghampakan saya….cepat.cepat sambung ehhh….

    Reply
  10. aku musykil sikit nak bertanya…sebelum tu aku mintak mahap dulu ye…ko cakap, lelaki tu jin beragama islam kan? dan dia juga hadir utk membantu kau dan pak lang kan? bukan ke kita sebagai manusia tidak dibenarkan berkawan dengan jin mahupon meminta pertolongan dari mereka? aku confuse pasal ni….

    Reply
  11. jap..boleh bg link cerita2 yg Rul@Kucing kelabu tulis tak.

    stakat ni dpt detect (cewah) citer :
    Permulaan
    Paklang vs kak long
    Misteri Makcik Senah

    ada lagi ke yg telepas pandang…adeh..tolong2…sapa2 gtau satt…hehe

    Reply
  12. Sedap baca pengalaman kucing kelabu. Setiap kali baca boleh bayangkan ape yang dirasa kucing kelabu time tu.x sabar tunggu next story

    Reply
  13. Aku pun hampir kehilangan anugerah sebab terlalu lalai dgn duniawi . Lepas baca 5 kisah kau ni, buat aku sedar balik. Aku rasa aku patut kembali ke landasan yg betul. Aku kena kembali bantu org dgn anugerah yg aku ada. Mungkin “lelaki misteri” yg kau maksudkan tu adalah dari golongan rijalul ghaib. Aku gelarkan mereka sebagai “Tok”. 🙂

    Tak sabar nak tunggu cerita kau lagi.

    Reply
  14. Bila cerita pasai tandas tu, kelapa sawit, tangki ayaq, sumber makanan tepi library, matrik aku lettew. Haha. Aku pun pernah berterabur lari dengar natang mengilai pukul 2 pagi. Tu la, lepak sangat buat keja kat tangga time cenggitu.

    Reply
  15. Haha kat matrik tu memang banyak yang terbang2 tu,kat tangki air,kat ladang sawit. Tapi deme ni kalo kita xkaco deme,deme pun xkan kaco kita. Memang mengimbau kenangan betul cter kamu ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.