Assalamualaikum. Saya ada sebuah kisah yang tak seram tapi bagi saya agak menyedihkan. Harap para pembaca terhibur membaca kisah ni.
Kejadian ini berlaku sewaktu saya berumur 10 tahun pada tahun 2006. Saya merupakan pencinta kucing. Saya memang mahu membela kucing tapi ibu ayah saya tak membenarkan sebab ayah alahan pada bulu kucing dan ibu pula asma. Jadi saya akan bermain dengan kucing kawan2 saya atau pun yang dijumpai d itepi jalan.
Lupa nak beritahu. Jiran di sebelah saya suka membela kucing. Jiran saya ni namanya Cik Na dan berkawan baik dengan ibu saya sejak mereka muda. Kadang2 saya selalu ke rumah Cik Na untuk bermain dengan kucing2 nya. Banyak yg Cik Na bela dan kebanyakkannya dibuang orang.
Nak dijadikan cerita, pada tahun 2012 anak lelaki Cik Na ada membawa pulang seekor kucing baru baka Parsi. Bulunya bewarna putih bersih dan matanya biru. Sungguh ianya comel dan saya teringin mahu ‘berkawan’ dengannya (zaman budak2 dulu la katakan).
Nama kucing tu Lenny (entahlah lupa nama sebenar dia, reka je). Bila Lenny terlepas dari rumah Cik Na, mesti Cik Na akan memanggil dan mencari Lenny sampai jumpa. Ada kalanya dia akan mengajak saya sekali mencari Lenny. Kadang2 bila Lenny terlepas, Lenny akan datang rumah saya dan menyorok bawah kereta ayah. So, saya ambil dan main dengan dia dalam rumah. Dalam rumah saya ada sebuah kerusi plastik dan Lenny suka duduk atas kerusi tu bila datang tak dijemput. Pintu sliding memang ibu bukakan sikit untuk membebaskan haba. Dan dari situ Lenny masuk dan tidur atas kerusi plastik tu. Marah juga ayah saya ada kucing dalam rumah. Tapi bila lama2 Lenny berkunjung, ayah terbiasa. Janji jauhkan dari dia sahaja.
Dalam bulan April 2013, saya menghadiri kursus kerjaya selama 2 minggu di Pahang. Jadi, saya terpisah sementara dengan Lenny. Bila saya pulang ke rumah hajat di hati mahu ke rumah Cik Na bermain dengannya dulu. Tapi dah letih, saya tangguhkan dahulu.
Esoknya semasa mencari Lenny, ibu beritahu yg Lenny dah hilang 5 hari yg lalu. “Oo patut tak jumpa. Lenny hilang”, saya berkata. Seminggu kemudian semasa menyiram pokok di luar dekat waktu senja, saya nampak Lenny di tepi tumah Cik Na. “Aik, Cik Na x nak ambil ke Lenny ? Nanti hilang lgi kan susah”, getus saya dalam hati. Agak keliru juga. Selalunya Cik Na tak bagi Lenny keluar lepas malam.
Sebabkan rindu sangat kat Lenny, saya dukung dia dan bawa masuk dalam rumah. Ibu ayah tak ada, balik kampung. So saya sorang jelah dalam rumah pada waktu tu. “Lenny gi mana ? Majuk ke ? Ala-ala cian dia xda org main dgn dia ya ?” Saya omong dengan Lenny. Saya usap, berus sikit bulu dia. Tapi Lenny tak membalas. Bahkan Lenny tak pun memandang saya. Pandangannya kebawah. Sayu je. Saya bermain tali pun dia tak mengejar.
“Rindu umah ye ? Jom kita hantar balik kat Cik Na” kata saya. Rumah Cik Na dan rumah saya selang sebuah rumah sahaja. Dah Maghrib pun, saya turunkan Lenny pelan2 depan pagar rumah.
3 hari kemudian, langsung saya dah tak berjumpa dengan Lenny. Esoknya, ibu memberitahu yang Lenny sudah dijumpai tetapi dah m**i hampir 2 minggu yg lalu ( xtahu brapa hari sebenarnya). Saya tersentak tak percaya. Kata ibu, Lenny memakan Whiskas yg dah diracun ditepi jalan semasa dia keluar merayap. Sungguh saya sedih kehilangan Lenny umpama kucing sendiri. M**i diracun pula. Apalah manusia yg snggup meracun binatang kesayangan Nabi ? Lenny mangsa keadaan.
Apa-apa pun saya masih sempat berjumpa dengan ‘Lenny’ 10 hari yg lepas semasa ketiadaan ibu ayah.. Terkejut+ marah+ sedih. Apa yg saya jumpa bukanlah lagi Lenny sebenar. Tetapi roh Lenny. Terkedu. Patutlah saya berjumpa Lenny pada waktu senja. Sudahlah saya mendukungnya, memeluknya. Masih terasa lagi bulu2 halusnya di tangan saya. Setiap malam dari saat saya tahu kematian Lenny, saya akan terdengar bunyi ngiawannya sayup2. Entahlah, mungkin hanya saya yang mendengarnya kerana saya memang melayannya dengan baik ketika hidup. Sampai sekarang saya rindukan Lenny dan masih sayangkannya.
Saya minta maaf sekiranya kisah ini tidak seram tetapi lebih kepada sedih. Tapi ini pengalaman saya bertemu ‘roh’ haiwan ketika masih budak lagi. Sekian.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
sedihnya baca..:(
??teringat kat puan panjang sy.dah m**i setahun lepas.puan panjang kucing yg cerdik tapi kuat melawan.anak-anak yg lahir drnya semua cantik2.anak2 pun banyak dah m**i kena racun jiran yg x bertanggungjawab.
Sedih.. Tiba-tiba teringat pada kucing Parsi kita yg dulu.. Lumpuh 1 bdan.. Tak boleh bangun,tak boleh makan,tak boleh minum.. Jumpa pula jarum7batang di ekor nya.. Tak apalah,Allah lenih sygknnya..
sedihnya.
pantang betoi Sy manusia yang suka aniaya haiwan ni.Kesian Lenny yg tak tau apa2.Tak nak wish jmp roh2 kucing.Kucing Sy pon baru ni sekor m**i bawah kereta org.Tak salahkan org lain.Tp sy salahkan diri sendiri sebab lepas dia kat luar.Tau2 dah m**i je.3 hari kot hilang dr umah.Dah la kecik lg…Meroyan kejap…tp tu la…yg kita sayang la Allah akan amik dr kita.Semoga Che Teh dpt jmp Lenny kt syurga
teringat kt kelabu saya yg m**i sblum ni, pada mulanya prasan ade perubahan tingkah laku n selalu mrajuk, selalunya manja dgn smua org tp dia seolah2 tngh tertekan, smua bermula selpas sy termarah kt dia sbab waktu tu masa masuk kete nk g bandar bleh plak dia lompat atas kete sambil mengiau nk belai, kali kdua dia lompat sy trtingi suara kt dia lpas tu dia trus snyap, ade dlm 2/3 hri dia merajuk pastu dia hilang, lpas 5 hri hilang baru dpt tau dia dh m**i dilanggar kete sbab trjumpa bangkai dia trlindung sebalik daun pokok tepi jln, seminggu jugak la meroyan sbab rasa bersalah amat sngt x lyn dia sebaiknya sblum dia pergi..
Sedeynyer…..smoga siapa yg racun lenny dpt hukuman yg setimpal di Akhirat kelak…
hurmm sedihnye