#KurtKobeng: Ku Main Hati

Assalamualaikum pembaca FS semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni di publish dekat FS. Aku terdetik nak kongsi cerita aku dengan pembaca FS pun lepas aku baca cerita MissT siri http://fiksyenshasha.com/misst-rupa-rupanya-kau-yang/ Kisah yang aku nak kongsi ni lebih kurang sama plot cerita dia. Awal-awal lagi nak ingatkan cerita ni memang panjang gila. Maybe aku akan buat a few siri (choi bajet macam tv series pulak kau). For the first chapter maaf sangat ni tak ada unsur mistik lagi sebab baru nak explain plot cerita punca semua ni berlaku. Hampa baca sendiri dulu nah and maaf sekali lagi kalau tak best tu.

2014 (PMR)
Nama aku Kurt. Ya memang pun boh nama tipu ja. Satgi boh nama panjang macam dalam surat beranak kantoi pulak identiti aku nanti haha. Aku dah berkenalan lama dengan seorang lelaki bernama Hazruqi since kitorang form 3 lagi. Mula lagi aku masuk kelas Alpha2 tu Hazruqi dah minat aku (sebelum ni Alpha1 turun kelas kahkah). First sight love dialah katanya. Tapi aku tak pernah kenal langsung siapa dia selama aku sekolah situ. Atas faktor aku ni tak suka sangat berkawan dengan lelaki even aku ni anak perempuan tunggal antara adik-beradik lelaki aku yang lain. Yelah sejak dari sekolah rendah kelas aku nisbah perempuan dengan lelaki dia 3:1.

Tapi dalam aku tak suka sangat berkawan dengan lelaki ni, ada juga lekat seorang dua yang crush dengan aku sebelum tu. Salah seorangnya Shah, orang yang first aku couple masa aku form 1. Dia ni tbh sepanjang aku couple dengan dia, dia ni agak boring juga orangnya walaupun muka hensem. Muka hensem tapi boring pun boleh turn off jugak k. Tapi sebab masa tu first time gatal bercinta monyet ni kira dah sayang sangatlah dekat si Shah ni. Perangai dia yang boring-boring tu pun bajet romeo jugak doh. Banyak kali aku dengar dia pi minta couple dekat awek-awek kelas lain. And masa tu for the first time ever jugak lah aku rasa heart broken sebab bercinta hahaha. Okay tutup kejap cerita pasal Shah.

So nak dijadikan cerita aku, Hazruqi dan Shah ditakdirkan sekelas masa form 3. Zaman form 3 ni kiranya zaman kegemilangan aku jugaklah sejak masuk kelas baru. Masa tu hubungan aku dengan Shah ni on off macam tu sebab aku rasa dah bosan dengan dia. Entah macam mana Hazruqi boleh minta nombor phone aku dekat si Shah ni. So bila Shah tanya aku boleh bagi ke tak, aku macam bagi jelah classmate je kan (eleh kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pulak aku ni). So that’s when the story begin untuk hubungan aku dengan Hazruqi ni.

Aku ni ada even tak suka berkawan dengan lelaki, tapi aku ada satu perangai sweet talker bila ada orang flirt dengan aku. Bila ingat balik, bodohnya kenapalah aku macam tu dulu. Huhu. So dalam masa yang sama aku still dengan Shah, aku layan Hazruqi. Beza sangat Hazruqi dengan Shah. Hazruqi ni dia jenis kelakar, caring, sweet even dalam kelas dia paling nakal, bising dan bermasalah. So macam tak percayalah bad boy kelas bila dengan aku baik gila nak mati. Dia kata aku ni sopan, lembut dan baik je. Hahaha well you escalated it quickly bro. Aku jadi pendiam dalam kelas tu sebab aku tak ada member gila-gila sekepala. Semua member aku dekat Alpha1 so dalam kelas tu aku pun behave macam pari-pari dia bawah angin gitu.

Perkenalan kitorang pun berlanjutan sampai pertengahan tahun form 3 tu, tapi aku tak tahu pun yang he’s getting serious with our relationship. Cuma satu je, aku tak suka perangai dia yang suka melayan perempuan. Dalam kelas dia mesra gila dengan classmate perempuan aku yang lain. And bila balik, dia akan text minta maaf kalau aku salah faham. Mula-mula tu macam tak kisah sangat, tapi lama-lama kenal maka berputiklah rasa sayang tu dekat dia and of course lah aku cemburu kot! So terus aku assume dia tak serious pun dengan aku.

And love story aku jadi makin kronik bila aku kenal pulak dengan seorang lelaki ni tapi kelas lain nama dia Reza. Kitorang kenal dekat tuisyen masa tu zaman PMR kan. Mulanya, aku menyampuk je apa dia sembang entah dengan member dia. Alih-alih malam tu dapat text dari dia. And the same thing happens, bila orang flirt aku sweet talk balik (sumpah tak serik lagi tu!) sampailah kitorang decide nak couple. Shah dengan Hazruqi tak tahu pun pasal relationship kitorang. So sekarang ni hubungan aku ni bukan lagi tiga segi dah tapi 4 segi doh!

Tapi tulah orang kata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersembam ke tanah jua kan. Macam mana entah boleh kantoi dengan Hazruqi pasal Reza. And dia macam frust gila sampai menangis-menangis. Eh bad boy menangis? Omg apa kau dah buat ni Kurt. And something yang aku perasan sejak tembelang aku pecah ni, Hazruqi ni dia jadi psiko dan obsess dengan aku. Kau imagine dekat beg sekolah dia boleh tulis nama aku besar-besar guna liquid. Dekat pencil box dia penuh nama aku. Belum lagi dekat meja sekolah. Kiranya sampai satu sekolah semua cikgu dah tahu pasal si Hazruqi ni minat gila dekat aku. Ada sekali tu aku on fb (zaman fb tengah top lagi) aku tengok dekat profile dia banyak gila dia add orang yang nama sama macam aku. Siap create group fb untuk aku dengan dia, untuk dia luah macam-macam dalam tu. Tapi satu pun aku tak respond (Kurt kau kejam!). Banyak lagi kalau nak cerita macam mana psiko dan obsesnya Hazruqi dekat aku.

And every time aku stay back dengan Reza study sama-sama dia akan stay sekali usha kitorang dari jauh macam serial killer pun ada. Pasal Shah aku tak break up lagi dengan dia. Dia pun aku abandon kan macam tu je (ya Allah jahatnya aku ni). So isu ni pun berlanjutan sampai dah nak dekat PMR masa tu cuti raya, kitorang yang kanak-kanak ribena ni pun berayalah dari rumah ke rumah dengan geng Alpha1. Masa beraya rumah seorang cikgu ni member aku ada bawa sorang abang dia, aku pun saja lah usik-usik abang dia. And tup tup.. Haa betul lah tu firasat korang, text -> kenal -> flirt -> sweet talk -> couple.

Sekarang cinta aku dah jadi pentagon dah. 4 lelaki dalam satu masa! Mesti korang fikir bapak player s*al perempuan ni. Jujur aku pun tak tahu kenapa aku macam tu masa tu huhu. And aku memang perasan (even member-member pun) kalau someone ni syok dekat aku mesti dorang akan sampai tahap serious dengan aku. Eh tapi please okay aku takda guna sihir ke minyak pengasih ke apa. Belum sampai part mistik lagi. So sebabkan aku yang mula cari masalah, akulah yang kena selesaikan sendiri. aku pun singkirkan sorang-sorang mula dari abang member aku (he choose to leave first), pergi pula ke Shah aku sendiri text dia minta break and dia pun macam okay. And since tu memang kitorang tak contact langsung dah. So tinggal Reza dengan Hazruqi. Hazruqi aku tahu dia memang takkan lepaskan aku.

Aku boleh nampak dia memang heart broken gila-gila dengan aku tapi masih berharap. Macam Reza pula, dia anggap aku ni pemberi semangat untuk dia perform dalam study. And dia memang sayang gila dekat aku. Untuk aku pulak, sejujurnya dalam hati aku dah mula-mula betulkan cintakan Hazruqi sebab kesungguhan dia.

Eh lantaklah dia psiko ke apa, tapi aku stay dengan dia sebab aku kesiankan dia jugak. Dia punya tahap kesungguhan dia, pernah sekali tu dia teman aku jalan kaki balik rumah lepas sekolah, lepas tu dia patah balik jalan ke luar kawasan perumahan aku ambil rapid balik rumah dia. Sumpah dahlah jauh.

Lepas tu masa hari jadi aku, dia bagi aku banyak gila coklat crunch bar besar tu sebab dia nampak hari-hari aku beli dekat koop masa rehat. Psiko tak psiko haha. So bila Reza tahu aku pilih Hazruqi dia memang marah gila. Yelah siapa tak marah kan main-mainkan hati lelaki sampai macam tu. And sejak bermula hari tu titik dendam mula wujud dalam hati Reza..

Bersambung..

KurtKobeng
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

    1. Org tua main fb… budak2 mentah main wechat…. takde org nak menegur…. boleh jadi porn star segera…. gitu la kot?

  1. INILAH CINTA BUDAK WECHAT WAHAI TUAN PUAN.
    MEREKA TAK MAIN FB TUAN TUAN TAPI MAIN WECHAT!

    CERITA NI AKU RASA SENGAJA ADMIN PUBLISHKAN SEBAB NAK NAIKKAN RATING KECAMAN.LAHKAHKAH

    CERITA BAJET ASAM KEPING APAKAH INI? NYAMPAH GILA.SERAM PUN TAK ADA.HAHAHAHAHAHAHAHHA.

    SILA MENINGGAL

  2. mcm mana cite sampah mcm ni boleh lepas aahh? cite aku x lepas2 weeii..aku rasa cite aku lagi seram…ni yg bikin panas nii…

  3. seriously mcm mana aku baca cite sampah ni. tp aku baca dari bwh ke atas. lol. sian ke admin dah post kan. mmg admin ni just post tak filter dulu ek?

  4. Panjang sgt episod 1 nk bg terang relationships tu. Pendekkan boleh. Ok time sekolah aku kapel dgn 4 orang lelaki. Aku try putus kan sorang2. Bla3…

    Penat den nk tgu smbungan.

  5. Erm… No comment… Pengajaran jngn mainkan perasaan org. Sendiri cari pasal. Sendiri tanggung. Maaf ya. Salam Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.