Lagenda Harimau Jadian II

Bismillahirahmanirahim;
(Dengan Nama Tuhannya Muhammad; Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

Pasti pembaca semua pernah mendengar kisah mahabah yang pernah berlaku antara Raja Sulaiman dan Ratu Balqis; Kisah cinta Romeo dan Juliet ataupun kisah antara Laksamana Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang dan kisah hikayat yang lain2 juga. Mungkin ada yang menganggap setiap kisah yang kita baca hanyalah dongeng semata2. Seperti penglipur lara yang menjelajah ke seluruh negeri demi menghiburkan hati rakyat. Ya boleh jadi juga.

Tapi sambungan yang akan aku ceritakan ini. Mungkin sedikit sebanyak membuka mata pembaca. Aku sengaja memilih untuk mempunyai sambungan seterusnya. Supaya pembaca tertanya2 apa yang berlaku pada kisah Maria ni. Mungkin permulaan cerita ni tidak berapa disenangi atau seram oleh pembaca FS. Tapi sambungan kisah ini adalah klimaks pada pengakhiran hikayat ini. Moga anda memahami apa yang ingin aku sampaikan. Sebelum aku memulakan kisah ini; Harap pembaca terlebih dahulu membaca doa apa yang patut dalam hati. (Peringatan)

Benar apa yang dikatakan orang dulu. Cinta itu bisa merubah dunia. Merubah dari bahagia ke penderitaan ataupun sebaliknya. Sama juga keadaan yang berlaku pada Maria. Dari seorang ceria menjadi seorang yang pendiam. Biar aku ceritakan latar belakang Maria pada pembaca semua. Ayah Maria adalah seorang lelaki yang berbangsa chinese muallaf. Dan ibunya pula berbangsa melayu dan mempunyai d***h kacukan rawa .

Perkahwinan yang bahagia dimeterai beberapa tahun terus musnah apabila ayahnya melafazkan kata cerai pada ibunya. Itu punca aku tidak pasti kenapa boleh berlaku kerana sehingga sekarang Maria still lagi merahsiakan hubungan yang renggang antara ibu dan ayahnya dari pengetahuan aku. Lagipun aku tahu mungkin agak berat terima kenyataan bile harapan untuk membina keluarga bahagia musnah di tengah jalan. Aku amat simpati nasib temanku sorang ni. Aku harap dia tabah dalam hidupnya. Mungkin semua ni ujian menguji kecekalan hati.

Ketika itu umur Maria baru menginjak masuk 15 tahun. Dan seterusnya dia terpaksa hadapi hari2 mendatang tanpa ayah dan ibunya. Maria dia punyai adik beradik yang lain. Tapi sayang semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Aku masih ingat semuanya. Kenangan aku dan Maria. Maria dia sempat bilang pada aku ketika itu aku dan dia berada di kantin sekolah. Dia kata dia berasa sangat sepi. Terlalu sepi.

“Kite sunyilah Ra. Sunyi sangat.” sayu sangat aku dengar luahan Maria ni.

“Kenapa sunyi pulak? Aku kan ada selalu dengan kau.” Pelik tengak kelakuan Maria. Aku terus pegang bahu dia nak bagi semangat pada dia. Aku tahu kenapa dia boleh jadi macam tu.

“Maria kau tahu x?”

“Tak tahu” pantas Maria balas.

Aku ketuk kepala Maria. Bengang sebab selalu sangat p****g ayat aku. Aku tak abis cakap lagi dekat dia. Tapi bila aku nak sambung semula ayat aku. Rasa seperti kepala aku kene ketuk dengan sesuatu pedih sangat. Aku apa lagi terus marah Maria apsal tenyeh kepala aku. Apa mengejutkan aku bila Maria jawab..

“Mana ada kita tenyeh kepala kamu. Ra ingat kite macam tu ke. Ra kan kawan kite. Xkan kite nak pukul kepala Ra mcm tu.”

Aku kaget la sape pulak dok main kepala aku tadi. Nak kata budak2 kt kantin, agak pelik sebab di belakang aku tiada sapa . Kebanyakan semua budak dah balik rumah. Kalau sesi petang semua budak ade kelas, kecuali sesi pagi semua dah habis waktu kelas. Aku pandang wajah Maria lama. Sehingga Maria rasa tak selesa dengn pandangan aku baru aku alihkan pandangan pada bangunan sekolah. Aku tak boleh nak fikir ape2 bile tengak wajah polos Maria tu. Tapi yang pasti angin dekat sekolah pada petang tu agak lain dari yang lain. tak seperti kebiasaan. Terasa sangat dingin. Aku cuma mengucap panjang.

“Maria, kadang kesunyian ni mengajar kita untuk sentiasa mengingati tuhan. Untuk mendapatkan ketenangan kita mesti melawan rasa kesepian ataupun rasa ketakutan dalam diri. Jangan sekali cuba menyalahkn takdir bile kita tidak dapat apa yang kita inginkan. Matlamat hidup kita sebenarnye hanyalah memahami dan bersyukur ape yang Allah berikan. Ramai lagi diluar sana yang kesepian. Malah x ada ibu ayah menemani.” nasihatku pada Maria. Itulah aku nasihat orang pandai je bagi, tapi diri sendiri pon x terurus sebenarnya.

“Kita ada mak ayah. Tapi serupa macam x ada. Korang x peduli pasal kita pun. Semuanya macam tu. Biarkan kite sorang2. Kite tak ada sesiapa. Cuma dia yang selalu temankan kite. Cuma dia je”. Terus Maria tinggi suara dekat aku. Terkejut beruk aku tetiba sensitif x tentu pasal. Aku x nak dia menyesal di kemudian hari nanti. Masa tu aku dah fikir lain. Aku yakin pendamping tu mesti ada dengan sekarang ni. Aku x nak cakap ape. Yang pasti aku mesti kene sedarkan Maria dari mimpi dia ni.

“Maria kau tahu kenapa kau boleh jadi macam ni. kenapa kau tak yakin dengn takdir kau sendiri?”

“Tak tahu.” jawab Maria. Mungkin sakit hati dengan soalan aku. Dan aku lagi la sakit hati. Jawapannya asyik tak tahu je. Rasa nak ketuk sekali lagi kepala Maria ni. Karang tak pasai aku kne lagi teruk dari tadi pulak.

“Kadang kite kne tengok semula ujian yang tuhan beri pada kita. Adakah kita lulus atau gagal. Kite sendiri yang perlu menilainya dan bukannya org lain.”

Lepas aku bagi kata yg penuh mutiara pada Maria. Aku terus blah dari kantin. Aku rasa tak sedap hati tak sedap badan x sedap kepala dan macam lagi yang aku rasa bila dekat Maria ni. Aku langsung tak toleh belakang tengk Maria. Maaf Maria aku buat semua ni pun untuk kau fikir secara rasional. Mana baik mana buruknya.

5 bulan kemudian

“Ra, kawan kau tu Ra”. Tercungap2 member aku Alia (bukan nama sebenar) panggil aku. Berlari menuju ke meja belajar aku. Masa tu Aku baru habis study BM untuk persediaan Exam PMR nanti. So aku curious sangat tengk member aku. Apsal macam rushing sangat datang kat aku.

“Kenapa kau ni? mcam nmpak hantu je. hahaha. nampak hantu ke??” tanya aku pada Alia sambil ejek Alia. Aku dah siap sedia nak turun bawah sebab aku ada special nak bagi Maria rasa air tangan aku ni.. haha. Aku buka beg untuk ambil bekal makanan yang aku masak pagi tadi dari dalam beg.

“Memang nampak hantu pon. Kawan kau tu dah jadi hantu taw x. Siap meroyan tak tentu pasal dekat bangunan sekolah” marah Alia. Mungkin bengang sebab aku main2 dengan dia.

“Kau cakap baik2 sikit. Kawan mane ni kau kate ni?” tanya aku sambil cekam tudung sekolah Alia. Sesuka hati mulut dia nak kata member aku hantu. Aku dah mula tunjuk gengster.

“Maria lah. Member kesayangan kau tu. Dah mula nak mengganas dekat sekolah. Habis cikgu ngan pelajar lelaki dikerjakan”. Tak habis Alia balas, aku terus melulu pergi keluar dari kelas. Ape yang ada kat otak aku cuma Maria je. Aku takut kalau bende tu bertindak lebih agresif dan cederakan semua orang. ‘Maria apa kau cuba buat’. aku risau gila pada Maria. Dia ibarat adik aku. Yang aku tatang penuh kasih sayang.

Tengah aku cari2 Maria, aku dengar suara riuh dekat dewan sekolah. Cikgu2 dan semua sedang berusaha nak redakan amarah Maria. Aku nampak ade sebahagian pelajar perempuan dan pelajar lelaki cedera parah. Aku dah mula gelabah. Terus aku ke arah kumpulan yang mengelilingi Maria. Korang tahu ape yang aku dengar. Suara ngauman harimau yang kuat dari tubuh Maria. Badannya membongkok seperti harimau. Matanya warna hijau menyala. Mulutnya ternganga marah dan keluarkan bunyi GGRrrr. Bekal yang aku pegang untuk Maria terlepas dari tangan. Memang heart attack betul. Aku memang shock gile. Terkejut sangat tengok keadaan Maria masa tu. Aku rasa nak menangis dekat situ jgak. Rasa nak gugur jantung.

“Maria apa yang kau buat ni!” terus aku tengking dengan kuat sehingga membuatkan Kepala Maria tertoleh ke arah aku.

“Aku tak ganggu mereka. Tapi mereka cuba nak ganggu hidup aku. Aku tak akan biarkan mereka. Aku tak akan biarkan mereka sakitkan Maria”, beritahu suara garau tu diselangi dengan ngauman harimau.

Sah ini bukan Maria, tapi bende tu dah rasuk tubuh Maria. Aku tak akan biarkan kau cederakan tubuh Maria. aku cuba pergi ke arah Maria tapi ada yang menghalang. Sebab aku tahu mereka risau. Sekali pergi ke arah Maria pasti ada yang terpelanting. Aku tak mahu peduli semua tu. Aku mesti tolong sedarkan Maria dari ape yang die dah buat. Even nyawa jadi gadaian. Aku x boleh biarkan dia dengan dunia lain . Pasti korang tahu ape perasaan aku ketika tu.

Dengan kekuataan yang xseberapa ni aku tolak cikgu yang pegang lengan aku. Aku terus berlari ke arah Maria. Fikiran aku cuma Maria saja. Cikgu yang kat belakang tu dah pekik panggil aku untuk patah balik. Aku dah x peduli. Yang aku tahu cuma Maria. Yang pasti aku dengar seperti orang minta tolong. Masa tulah aku jerit nama Maria. Aku yakin Maria ada dalam tu. Aku tahu dia dengar suara aku. Saat mata aku dengan mata warna hijau tu bertembung. Sambil lari aku siap sedia baca sesuatu untuk pendinding diri.

Ngaummmmm!! Suara tu kuat mencecah dindang dewan. Dan langkah Maria laju berlari mendekati aku. Dia mendakap aku . Aku terjatuh . ” Mariaa sedar la nie aku ra, Maria”, mengalir air mata aku masa tu terlalu tersentuh pada waktu itu . ” jangan macam nie Maria aku ada dengan kau aku sayang kau”. Dengan perlahan Maria jauhkan diri dari aku nak lari entah kemana . Dan aku mungkin sangat terkejut dan aku tak ingat apa apa dah…

Bersambung

asyura

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

7 thoughts on “Lagenda Harimau Jadian II”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.