Laluan Keras

Assalamualaikum..
TQ admin menyiarkan kisah yang berlaku dalam hidupku. Sampai sekarang aku masih merasa fobia dengan apa yang berlaku. Ceritanya begini:

Kisah ini berlaku 5 tahun lepas semasa aku berada di tahun akhir di sebuah universiti di bahagian utara. Ditahun akhir aku sibuk dengan bisnes percetakan yang menyebabkan aku berulang alik menaiki kereta dari U ke KL disebabkan segala tempahan yang aku ambil dari KL dan kebiasaannya aku ditemani oleh housmate. Selalunya jika ada tempahan, aku akan bermalam sehari di rumah kawan/sedara bersama housemate di KL sebelum aku pulang ke universiti. Tetapi pada hari tersebut, disebabkan aku ada ujian tahun akhir pada petang keesokan harinya, aku terpaksa pulang pada hari yang sama.

Untuk tidak menyusahkan housmateku, pagi itu aku bertolak bersendirian menaiki kereta seawal sebelum subuh ke KL. Seusai sampai di KL dalam jam 9 pagi, aku terus menyiapkan tempahan percetakan dan meberitahu tauke kedai supaya dipercepatkan urusan supaya aku boleh mengambil barang pada petang pada hari yang sama. Oleh kerana aku akan pulang ke U pada hari yang sama, aku tidak membuat sebarang temu janji dengan kawan yang tinggal di KL, aku hanya menghabiskan masa di Masjid untuk tidur dan study subjek yang akan aku hadapi keesokan hari. Apabila petang, dalam jam 6, tauke kedai menelefon aku bahawa barang tempahan sudah siap dan sedia diambil. Aku terus ke kedai dan memunggah barang ke dalam kereta, hampir jam 7 malam baru selesai.

Aku terus bertolak pulang ke U dengan niat untuk jama’ takhir dimana-mana hentian Plus. Kebiasaan apabila aku memandu seorang, aku akan menggunakan earphone mendengar lagu yang ada didalam playlist HPku. Jarang sekali akan mendengar radio didalam kereta. Selepas masuk sahaja di tol Duta, dengan berbekalkan alunan lagu dari Adele , aku rasa ada yang tidak kena, aku tidak endahkan, mungkin badan aku terasa penat memandu berseorangan, dengan kurang tidur malam sebelumnya. Aku buat macam tiada apa-apa berlaku. Sampai di area RNR Rawang, aku terfikir untuk solat, tapi terasa berat hati untuk berhenti awal, aku terus meninggalkan RNR rawang tanpa berhenti dan meneruskan perjalanan. Pada sesiapa yang pernah melalui jalan lebuhraya dari Rawang hingga ke Tg Malim, tahu akan kegelapan laluan tersebut.

Tetiba sekali lagi aku rasa tidak sedap badan, macam ada sesuatu didalam kereta, lalu aku membuka earphone yang kusumbat ditelinga. Aku cuba bisik dalam hati, tiada apa-apa yang berlaku. Dalam masa yang sama, mataku memandang kearah cermin pandang belakang, ternyata aku terlihat sebuah lembaga ditengah tempat duduk belakang berlatarkan cahaya lampu kereta yang berada dibelakang. Apalagi, terus meremang bulu romaku, terus aku alihkan cermin pandang kebelakang ke bahagian atas. Aku cuba untuk tidak melihat bahagian belakang. Lalu aku capai butang ON radio untuk memeriahkan suasana kereta yang sepi dan seram.

Akan tetapi, seperti dalam cerita seram, radio tersebut tidak berfungsi, hanya bunyi tiada siaran yang didengari. Aku semakin panik, lalu aku terus membaca ayat qursi secara kuat. Benda tersebut semakin kuat menggangguku, kurasan tengkuk dan bahagian kaki die usik oleh makhluk itu. makin kuat aku baca makin kuat diusik. Dalam masa yang sama, kereta ku terasa berat, kereta yang berada dibelakang bermain lampu tinggi banyak kali, seakan memberitahu ada sesuatu diatas keretaku. Setiap Lori yang memotong keretaku berulangkali membunyikan hon. Benda itu seperti tidak melepaskan aku. Ada niat untuk berhenti dibahu jalan, namun keadaan jalan yang gelap sepanjang jalan adalah bukan pilihan terbaik.

Aku tetap meneruskan perjalanan dan ingin berhenti di hentian paling dekat iaitu RnR Tg Malim (hampir sejam perjalanan) dan aku teringat yang HP aku ada aplikasi al-Quran. Oleh kerana ingat-ingat lupa surah yaasin, aku cepat-cepat membuka aplikasi Quran diHP dan mencari surah yaasin untuk dibacakan. Beberapa saat kemudian aku jumpa surah tersebut, apabila hendak dimainkan surah tersebut, tetiba surah lain yang dimainkan, surah yang agak jauh dari senarai surah yaasin. beberapa kali aku cuba, ternyata tidak berhasil. Seaakan benda itu tidak mahu aku membacakan surah tersebut. Akhirnya dengan beberapa kali cubaan aku berjaya memainkan surah tersebut. Lalu aku alunkan surah yaasin dengan tingkap kereta dibahagian hadapan kubuka separuh. Semakin aku baca, kurasakan benda tersebut semakin kurasa rapat. Sebelum sampai ke RnR terdekat disepanjang perjalana sudah 3 kali surah yaasin kubaca dalam keadaan panik dan takut aku.

Lalu ak ternampak papan tanda RnR Tg Malim. Lalu aku terus masuk ke RnR tersebut dan ku lihat ramai orang, terus makhluk yang menggangguku itu hilang. Sampai di parking, aku terus keluar menuju kesurau dan solat jama’ takhir dan selapas itu solat sunat. Selepas solat, aku muntah-muntah, dan badan berasa lemah tidak berdaya memandu. Aku terus kembali ke kereta dan mengambil HP dan terus menelefon housmate untuk menjemputku di RnR Tg Malim. Aku mencari HP didalam kereta dan terus menelefon mereka dengan keadaan terbaring dibelakang tempat duduk kereta dengan suara yang lemah. Tanpa menghirau keadaan sekeliling, aku terus tertidur dibahagian belakang dengan pintu kereta bahagian belakang tidak bertutup dan berkunci. Aku tertidur dan sambil bermimpi benda yang agak pelik pada waktu itu tetapi aku tidak ingat sepenuhnya.

Tetiba ak tengar suara bersahut sahutan memanggil namaku berberapa kali, namun aku tidak berdaya untuk bangun. Cuma dikejauhan, kulihat housemate ak cuba mengejutkanku. Riak wajah mereka seakan pelik melihat muka ku. Lalu ak sedar , terus mereka menyapa samada aku OK atau tidak dan terus memamapahku pergi ke pili berderkatan untuk membasuh muka. Aku terus berasa segar dan terus mengajak mereka pulang dengan housemate ku membawa keretaku. Aku dapat rasakan housemate ku berasa sedikit takut dengan keadaan ku ketika memandu. Menurut mereka, sesudah sampai, mereka terlihat pintu keretaku terbuka dan kakiku terjulur keluar. Semasa salah seorang dari mereka mengejutkan aku, aku terus bangun dengan mataku terbeliak merah padahal aku tidak sedar sehingga beberapa kali disahut nama. Didalam perjalanan aku ceritakan apa yang berlaku kepada housemateku diringi hujan lebat serta guruh.

Selepas kejadian tersebut, sampai sekarang, aku masih merasa fobia bila membawa kereta berseorangan di lebuhraya pada waktu malam. Itu sahaja cerita seram yang berlaku semasa melalui lebuhraya Rawang -Tg Malim. Sebelum ini, ada cerita-cerita yang kudengari bahawa jalan tersebut agak keras, namun nasib aku tidak baik pada masa itu ditambah dengan badan yang agak letih, makhluk itu sempat mengangguku.

Wasalam

*p/s : maaf jika ada silap tatabahasa, pertama kali menulis panjang setelah lama tidak menulis.

Rios

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Laluan Keras”

  1. weee, degilnya benda tu dok menumpang ye.
    banyak kali baca pun taknak chaw jugak. aiyaa. gagah juga laa awak nak teruskan perjalanan.
    tp tu la, kalau boleh awak elak la drive sorang sorang. kalau jadi ap ap ad jugak peneman.
    btw, cerita best 🙂

    Reply
  2. Alhamdulilah nasib baik dapat housemate yang bertanggungjawab yang boleh harap. Kalau awak sorang2 sampai ke sudah.haish, kuasa tuhan tolong awak.

    Reply
  3. Adik. aku pon pernah nmpak benda mcam tu kat tepi jlan. Tap
    i bkan kat sini…di jlan kimanis dri keningau ke Kota Kinabalu.
    Adik: mak, pak cik tu buat?
    Mak:(ragu-ragu) mm..naik basikal kot
    Adik:ooo
    Adik aku tnya camtu sdangkan xde apa apa pon

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.