LANGSUIR KU SANGKAKAN KUCING

Kisah seram yang aku nak sampaikan ini merupakan kisah benar yang pernah terjadi masa aku berumur 15 tahun. Masa tu tahun 2006. Aku jenis yang mampu ingat benda-benda yang pernah jadi masa aku budak-budak dulu secara terperinci, sebab aku punya otak walaupun dalam tidur masih aktif berfikir. Sampaikan nombor kad pengenalan ahli keluarga dan kawan-kawan aku boleh hafal, hihi. Kadang-kadang lesu juga dibuatnya. Tapi itu bukan yang nak aku tekankan disini. Dalam banyak-banyak insiden atau tragedi yang menimpa, ada satu yang sehingga sekarang menjadi ‘highlight’ sebab setiap malam sampai umur aku mencecah 26 tahun, tragedi tu masih bermain-main di kepala aku.

Isnin, 19 Jun 2006 jam 11.58 malam. Lampu rumah ditutup, aku masuk bilik, landing siap nak tidur ditambah pula waktu tu hujan renyai-renyai. Sejuk-sejuk remang gitu. Memang feeling gila tapi sayangnya, aku ni bukan spesis time hujan senang tidur, aku jenis menghayati bunyi hujan, haha, pastu suka menyanyi dalam hujan. Aku ni duduk rumah kampung, bumbung zink. Makanya, masa hujan memang akan bising sikit sebab hujan tu menimpa-nimpa kan. Masa tu, aku bertiga je ada kat rumah. Mak, Aku ngan Adik Perempuan.

Dalam renyai-renyai tu aku dengar mak aku ngan adik perempuan tengah borak-borak, sambil mengekek, aku yang tak dapat nak tidur pun pergi la join sekaki. Yela, bertiga je kan, bosan. Sambil lepak-lepak tu macam-macam diborakkan sampai jam 1.05 pagi. Masa tu hujan pun dah seriyat (hujan dah nak berhenti). Tak lama lepas tu, aku terdengar bunyi seakan-akan anak kucing yang mengiau kesejukan tepi rumah. Bunyi dia macam menggigil (irrrkkk, irrrrkkkk, irrrrkkk) kalau la ada audio boleh je aku bunyikan balik, haha. Mak dan adik pun dengar. Kami pula jenis yang suka kucing. Rumah aku pula dah lama tak bela kucing, konon kalau dapat cari tu boleh la bela buat peneman. Jadi, timbul rasa kesian tu dan takkan nak biarkan anak kucing m**i kesejukan.

Berbekalkan handset nokia yang ada torchlight tu, aku dan adik perempuan pun keluar la suluh-suluh sekeliling rumah nak cari anak kucing tu. “Jumpa tak anak kucing tu”, mak aku tanya. “Tah, bunyi ada, tapi tak jumpa pulak”, aku balas.

Untuk pengetahuan, rumah aku ni rumah kampung biasa, bukan rumah atas. Disambungkan cerita, aku pun cari la sambil adik aku temankan suluh sama. Yang anehnya, masa cari tu, bunyi tu makin lama makin jauh. Aku tak syak apa-apa, dalam kepala cuma nak selamatkan kucing tu je. Tepi rumah aku tu kawasan hutan sikit tapi tak tebal, ada pokok durian 2 buah dan satu telaga besar. Jarak dengan rumah dalam 50 meter. Dan belakang rumah aku ada 2 rumah, rumah arwah nenek dan maklang aku yang jarak lebih kurang 100 meter. Yang aku pulak masa tu agak bebal, terus mencari sampai ke dalam hutan tu waktu malam-malam. Rasa takut tu ada jugak. Difikiran sangkakan kucing tu lari sebab takut dengan aku. Semasa melintasi telaga besar berdekatan pokok durian, aku terdengar satu kocakan air yang agak kuat. Jantung aku masa tu macam nak tercabut pun ada sebab terkejut punya pasal. Adik aku pulak cengkam tangan aku takut punya pasal. Aku cakap perlahan kat dia, buat-buat tak dengar. “Kalau tak jumpa juga, kita balik’, aku kata kepada adik. Memang aku tak menjenguk ke telaga tu, nak cari nahas malam-malam tak pasal-pasal lain jadinya nanti. Aku biarkan apa yang jadi kat telaga tu dan terus mengikuti jejak bunyi tu.

Tiba-tiba, dari kejauhan aku nampak lampu bahagian luar rumah arwah nenek (dihuni pakcik dan sepupu) dan maklang aku dinyalakan. Jarak kedudukan aku ke rumah arwah nenek aku tu dalam 50 meter. Aku nampak pak cik aku membuka pintu, dia menyuluh-nyuluh ke arah aku dan adik dari jauh. Aku yang masih dalam keadaan terkejut tadi berjalan meranduk lalang-lalang semak ke arah rumah nenek aku sambil diikuti adik aku.

“Bunyi apa tu (merujuk kepada bunyi seakan kucing tu)?” tanya pakcik aku.
“Pakcik dengor gak ke bunyi tu”, aku membalas.
“Macam bunyi kucing kesejukan je”, pakcik menyambung.

Pakcik aku ikut sama menyuluh-nyuluh mencari apa yang berbunyi yang aku sangkakan bunyi anak kucing kesejukan. Boleh dikatakan walaupun jarak dari rumah ke rumah agak jauh, aku kehairanan sebab semuanya boleh dengar bunyi tu. Habis semua isi keluarga rumah arwah nenek dan maklang aku keluar sebab terdengar bunyi tu dan masing-masing bertanya “bunyi apa tu?”..

Pada masa tu, suami maklang aku, arwah pak lang ma’ey (mael) dia ni orang yang boleh dikatakan warak dan boleh mengubati kalau ada gangguan makhluk halus. Masa tu, aku ternampak dia menyuluh ke dahan pokok jering yang berada 20 meter ditepi rumah dia. Anak-anak dia semua berkerumun kat bawah tu nak tengok apa yang disuluh. Aku dengan adik pun apa lagi, bila dah nampak ramai macam tu, kami pun nak tengok apa yang disuluh.

Belum sempat aku sampai ke perkumpulan tu, “Pergi balik, tak ada apa-apa, burung hantu lapor je tu”, kata pak lang. Adik aku yang ikut aku entah tiba-tiba kata badan dia naik meremang dan dia berlari balik tak tunggu aku. Aku bingung kejap dan tak semena-mena rasa bahu kiri dan kanan tiba-tiba berat. Mungkin sebab dah lewat malam keletihan agaknya.

Dalam keadaan yang aneh dan sedikit seram ditmbah pula kejutan semasa terdengar air berkocak dalam telaga, aku terus balik ke rumah dan bagitahu kat mak, pak lang suruh balik. “Cari juga kucing tu, tak jumpa pun, makin lama makin lama makin jauh bunyi dia mak”. Tiba-tiba mak aku suruh pastikan pintu depan dan belakang berkunci. Aku tak banyak cerita terus buat.

Selepas tu barulah mak aku buka cerita, yang bunyi tu diingatkan balik pernah berlaku dalam 30 tahun dulu adalah bunyi Langsuir. Masa tu rumah nenek dan maklang belum ada lagi, Kiranya belakang rumah tu hutan tebal. Keluarga aku boleh dikatakan yang terawal mendiami kampung tu. Mak ceritakan bunyi tu memang sama macam yang kami dengar malam tu. Waktu yang terjadi juga selepas hujan.

Di kisahkan ada pokok rambutan gading yang berada betul-betul belakang rumah yang merentangi bumbung. Situasi yang terjadi dimana bunyi yang sama didengari tetapi makin lama makin kuat dan seterusnya bertukar hilaian. Sewaktu tu, hanya 5 beranak dirumah (bapa, mak dan 3 orang kakak aku yang masih budak, ya aku tak wujud lagi, hihi kisah pun 30 tahun dulu kan (Adik beradik 12 orang, aku yang kelapan kalau nak tahu).

Semakin dibiar, semakin menjadi. Kedengaran dahan pokok rambutan gading direnggah (macam beruk goncang dahan). Memang tujuan dia nak ganggu isi rumah sebab masa tu hanya keluarga aku je ada kawasan tu. Nak dijadikan cerita, bapa aku keluar rumah malam-malam buta tu bawa ketulan batu dengan tujuan untuk mengusir langsuir tu. Abah aku ni jenis berani. Dia baling batu kea rah Langsuir yang berada atas poko rambutan tu, tapi semakin mengganas Langsuir tu merenggah dahan. Yang kelakarnye, boleh pulak Langsuir tu kencing atas bumbung rumah. Mak aku ceritakan sebab dengar macam bunyi air paip menimpa bumbung (korang mesti boleh bayangkan macamana air jatuh ke atas bumbung zink kan). Bila dibaling batu macam tak berkesan, bapak aku pun apa lagi – berbogel. Langsuir tu mengilai perlahan seakan ketawa kecil dan terus terbang lari mungkin malu, kata lagenda langsuir ni malu kalau nampak lelaki bogel (haha). Kibasan semasa langsuir tu terbang seakan bunyi kepak merpati.

Jauh pula aku flashback 30 tahun dulu. Tapi itu cuma gambaran untuk beritahu bunyi yang didengarkan seakan bunyi kucing menggigil kesejukan.

Habis bab 30 tahun dulu, aku tanya pada adik perempuan “Apasal ko lari tadi”, dia jawab “aku nampak benda hitam bertenggek diri kat bahu kau”. Mendengarkan apa yang adik aku cakap, terus seram sejuk. Barulah aku tahu kenapa adik aku berlari balik ke rumah dalam ketakutan dan rasa berat bahu pada masa tu.

Seminggu aku demam. Dan untuk pengetahuan, sepanjang seminggu tu juga terdapat beberapa gangguan sampaikan pak lang aku datang mengubat. Lepas sembuh, aku jadi fobia untuk keluar malam kalau dengar bunyi pelik-pelik. Kucing ke tak kucing, esok pagi la aku tengok. Hahaha.

TAYPOK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.3]

10 thoughts on “LANGSUIR KU SANGKAKAN KUCING”

  1. one of the really good one i read so far on here

    well done??

    simple tapi lancar dan dapat rasakan “suasana” dan keseraman nya

    keep writing

    Reply
  2. ronda-ronda cerita lama terjumpa crite ni….seram aih x boleh bayang kalo jadi penduduk awal mane2 kawasan tambah2 kawasan kampung…tp part bogel tu idak ke mak ko cemburu dik??

    Reply
  3. lain yang di cari lain cerita lak yang pulak jumpa .. tadi kononya nak cri sebab bunyi zink bwah kolong.. sbb bwah kolong rumah ni ada bunyi org goncang zink bunyi memula kuat makin dkt makin slow.. adoii nak ke tandas pun rasa seram .. tpi srius bleh byg baca crta nie ..

    Reply
  4. Gigih search bkaitan bunyi yg baru didengari jam 0010 tadi..crita ni paling tepat utk menggambarkan situasi yg tengah sy lalui skrg cuma bezanya saya xkluar p cari..seram..bunyinya kuat makin menjauh..

    Reply
  5. Kejadian yang sama kat sebuah taman kat Seremban. Student UiTM Seremban tinggal sana termasuk anak sedara aku, semua perempuan. Siap diorang rakam lagi suara tu. Sebijik mcm suara kucing ada, suara binatang hutan ada tapi sekali nampak rupanya langsuir.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.