Lebam

Nama aku Dani. Aku tak tahu pun kewujudan fs ni sampai satu hari mak sedara aku tahu aku ni suka baca cerita hantu so dia bagi la site fs ni. Cerita ni masa aku duduk asrama. Biase la asrama banyak cerita.

So, mula cerita masa tu aku baru form 3. Tak berapa nak matured lagi. Pergi sekolah pagi balik petang. Nak exam kan. Balik daripada kelas tu, aku dengan geng2 aku masuk la asrama nak mandi makan semua tapi aku sorang je dorm lain. Aku duduk dorm tingkat atas sekali dan kawan aku duduk dorm bawah. Tingkat atas tu memang ada dua dorm yang banyak cerita dan aku duduk salah satu dari dorm tu.

Aku ni jenis tak percaya sangat benda hantu apa semua ni. Masuk asrama pun sebab kecoh bunyi histeria so aku try la mana tahu tahun tu ada histeria ke apa hahaha. Ok back to the story. Lepas kitorang mandi makan dekat dewan makan tu, kitorang duduk dekat bangku depan dorm kawan aku. cerita hantu pasal hantu, ketawa kuat kuat sampai maghrib.

Dah maghrib tu kitorang masuk dorm masing2 sebab nak prepare untuk solat dekat surau asrama. habis solat tu kitorang decide nak solat isyak dalam dorm aje dan terus pergi prep. Prep kitorang dalam dewan makan so dari form 1-5 ada dalam tu. Tak prep pun sebenarnya duduk bergalak dalam tu. Balik lepas habis prep dan makan malam dalam pukul 11.30 kitorang duduk dalam dobi. Yes dobi tu tak bertingkap dan menghadap sekolah sebelah yang popular dengan “gula2” duduk situ sebab nak charge phone. Lama punya lama duduk situ sampai battery penuh, kitorang decide nak tido sebab esok ada kelas lagi.

Nak dijadikan cerita, lepas kawan aku turun bawah, aku sorang je la berjalan. Kitorang duduk dekat tempat sidai baju dan sebelah bilik tu, baru la dobi basuh baju. Gelap la ni. Jalan punya jalan aku ni sebab tak percaya benda camtu aku sengaja pegi tengok tempat basuh baju tu. Dalam gelap, PAPPPP!!!!! Aku nampak dah. Boleh tahan besar makhluk tu. Then aku sambung jalan biarkan je.

Dah masuk dorm aku tu, kakak senior semua tidur awal malam tu. Gelap la dorm tu, so aku sambung la main phone depan tingkap yang tak bercermin menghadap sekolah sebelah sebab aku ada dengar adik junior duk gayut dengan bf dia. Scroll punya scroll phone tu, dia mai bisik kat telinga aku. sehhh…. Dalam gelap tu oi! Aku biar aje. Belakang tempat aku duduk tu katil kosong. Aku pun intai la apa benda yang bisik. Takde pape pun. Aku intai pulak kat sekolah sebelah. Takde apa. Sambung scrolllllll….. bunyi lagi! sehhh…. Seh tu kawan aku tapi aku ak tahu kenapa benda tu duk panggil kawan aku. At the same time aku ada bau wangi. Aku apa lagi p lari naik ataih katil aku. tutup muka dengan bantal.

Bangun esok pagi, aku mamai, aku tengok la badan aku. Elok aje ada lebam dekat peha dua dua belah. bulat, ada bentuk gigi. Nak kata akak sebelah gigit, akak tu balik rumah. Takkan la dia nak gigit aku. So aku diam aje, balik sekolah tu, aku bagitahu akak dorm, dorang kata memang tido awal semalam sebab rasa pelik. Tu je la cerita aku. tak seram mana pun tapi tulah aku boleh cakap, jangan sombong sgt benda tu lagi suka..

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *