Cerita ini cuma fiksyen, tiada kena mengena dengan yang hidup atau m**i.
Akhir…
“Ora.. Diana.. Diana.. Ora..” Adrian memanggil nama Ora dan Diana silih berganti.
Dia melangkah ke ruang tengah. Kelihatan Ora terbaring lemah dengan tubuhnya berlubang di tembak dengan peluru tulang satanak. Mujur saja peluru itu tidak mampu m******h. Tubuhnya cuma lumpuh, bagai terkunci. Jari-jemari Adrian kemudian menyeluk ke dalam luka Aurora lalu menanggal empat biji peluru dari badan adiknya.
“Orang Borka datang tadi abang, adik tak mampu. Abang pergi tengok Diana. Ora tak sedap hati.” Aurora mula mampu bersuara. Dia menyandar diri ke dinding.
Adrian mengelap peluh di wajah Ora. Rasa kasihan dengan adiknya. Sudah berapa kali Aurora cedera demi melindungi Diana. Dia pula selalu datang saat akhir.
Bau d***h makin kuat apabila Adrian tiba di bilik Diana. Di tepi katil kelihatan Diana terbaring di lantai tidak sedarkan diri. D***h mengalir dari kepala.
“Diana.. Diana..”
Mata Adrian bergenang dengan air mata. Tangannya terketar-ketar. Takut andai kali ini Diana benar-benar pergi. Dengan pantas Adrian mencempung tubuh Diana lalu hilang sekelip mata bagaikan angin. Sepantas mungkin dia berlari menuju ke hospital.
“Tolong Diana, tolong sedar.” Ujar Adrian dengan getar. Sebaik sampai di hospital.
“Doktor.. mana Doktor..” Laung Adrian.
Jeritan Adrian menarik perhatian orang ramai di Hospital, namun lelaki itu tidak menghiraukan mereka. Masih menjerit memanggil doktor sambil berlari ke sana dan ke mari tidak tentu arah. Inilah kali pertama dalam hidupnya Adrian menjadi seolah-olah hilang akal.
Seorang petugas dan jururawat bergegas datang dengan membawa stretcher.
“Encik tak boleh masuk. Encik tunggu di luar ya.”
Adrian mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Bau d***h dari seluruh hospital menerobos ke dalam hidungnya. Tapi kali ini d***h segar yang mampu membuatkan dirinya hilang kawalan tidak lagi memberi kesan. Di minda cuma terbayang wajah Diana.
Dia mengetap gigi, kulit wajah tampak merah menahan marah. Tidak akan dia lepaskan gerangan orang yang telah cuba m******h Diana. Dia tahu siapa dan di mana orangnya. Musuh tertinggal baunya di tubuh Diana.
Semalaman Adrian menunggu Diana sedar. Matanya tidak sesekali beralih dari wajah Diana.
Suasana cerah tetapi berkabus tebal. Sejuk sahaja. Seperti biasa lelaki itu muncul lagi. Berdiri tidak jauh dari dirinya. Wajah lelaki itu masih tidak kelihatan kerana terlindung dengan kabus.
Perlahan-lahan lelaki itu berjalan mendekati Diana. Diana hanya diam, ada satu perasaan yang sukar diucapkan. Rasa selesa dan tenang. Rasa rindu, seolah-olah dirinya sudah lama menanti kehadiran lelaki itu.
Lelaki itu mendekati, wajahnya tetap samar, Lalu bibirnya merapati ke telinga Diana. Lantas membisikkan sesuatu. Lalu hilang ditelan kabus. Yang tinggal cuma bau mawar dan sekuntum mawar putih di tangan Diana.
“Hingga ke mimpi, akan aku melindungimu.” Terngiang-ngiang suara lelaki itu.
Diana mula sedarkan diri. Dia mencari kelibat Aurora dan Adrian namun tiada. Hanya ada Sophea di sisi.
“Diana?..”
“Bonda.. saya di mana?”
“Kamu berada si Hospital Sebarang Jaya Pulau Pinang.”
Diana cuba mengingati kejadian yang menimpanya. Dia terbayang seorang lelaki botak dengan mata yang merah muncul di beranda biliknya. Kedua taring lelaki itu begitu tajam, malah dia beberapa kali menghempuk kepala Diana ke dinding.
“Mana Ora? Ora okey?”
“Ora ada di luar, dia dah kembali pulih. Nanti auntie panggil dia ya. Diana rehat dulu ya sayang.”
Diana cuma mengangguk.
Jam 12 masih riuh kedengaran suara orang gelak ketawa. Bangunan tiga tingkat masih riuh rendah. Di atas meja penuh dengan senjata api. Ada beberapa orang lelaki yang sedang bersenam menggunakan peralatan gym dan ada juga sedang menyantap cecair merah.
Seorang lelaki botak sedang ketawa, mulutnya penuh dengan d***h yang menitik. Tubuhnya penuh dengan ukiran tatu-tatu wajah syaitan dan naga.
Tangannya lalu merobek hati mangsanya, di situlah beradanya santapan paling digemari kaum satanak, rasanya seolah dadah, iaitu sekeping hati manusia.
Wanita di hadapan lelaki botak sudah terkulai layu di lantai, bercerai nyawa dari badan. Lelaki botak rasa puas. Namun kepuasannya hanya sementara. Belum sempat apa-apa, tubuhnya melayang ke dinding seolah-olah bola yang ditendang.
Lelaki botak terbatuk lalu tersembur d***h dari mulutnya. Tapi masih lagi mampu tersenyum sinis. Seolah-olah tiada apa-apa, tidak merasa sakit. Rakan-rakannya yang lain hilang bagaikan angin kerana takut.
Mereka kenal gerangan lelaki bermata jingga itu. Bukan calang-calang orang. Cuma lelaki botak itu sahaja belum sedar dengan siapa dia menempah nahas.
“Ini sahaja ke Satanak yang berumur 123 tahun mampu buat?”
Lelaki botak bernama Olaf itu ketawa, langsung tidak gentar. Berbanding lelaki hingus di hadapannya ini, dia lebih takutkan Raja Wyvern yang berumur hampir 1000 tahun. Lelaki di hadapannya ini cuma ibarat seperti kanak-kanak kecil sahaja.
Dia tahu lelaki itu datang kerana gadis manusia itu. Dia menelan air liur membayangkan hati merah milik gadis itu. Jika Atlas dan Borka tidak menghalang, sudah lama d***h gadis muda itu menjadi hidangan yang paling enak pada malam itu. Sia-sia saja.
Adrian tersenyum sinis sambil membuka sarung tangan yang menutup kedua belah tangannya.
“Cakap banyak pun buang masa kan?” Ujar Adrian tenang, walhal jiwanya terbakar hangus.
Pantas sahaja Adrian muncul di hadapan lelaki botak itu. Tangannya menyentuh kepala lelaki botak. Belum sempat melawan lelaki botak itu lumpuh. Urat biru di tubuhnya mula timbul. Rasa panas yang membakar menjalar.
Makin lama tubuhnya kian pucat seperti kesemua d***h dari tubuhnya mengering. Terbayang tubuh Diana yang terluka pada malam itu, Adrian kian geram, maka makin kuat tangannya mencengkam kepala Olaf hingga tanpa akhirnya berkecai seperti tembikai yang pecah.
Kereta mewah bercermin gelap tiba, laku di parkir di tepi jalan sahaja. Keluar pula tiga orang lelaki lalu berjalan ke arah pagar besar yang berukir corak wajah bunga bersalut emas.
Rumah agam di depan itu tersergam indah dengan landskap bunga-bunga dan pokok yang menyejukkan mata. Ada dua orang tukang kebun sedang melakukan kerja mereka. Sorang menyapu daun kering dan seorang lagi mengunting daun daun pokok yang tua.
“Kami nak jumpa Dato Adnan.” Lelaki eropah bermata biru bersuara, fasih berbahasa melayu. Tubuhya kecil dari dua orang lelaki cina dan melayu itu.
Pengawal itu mengangguk faham. Sudah di maklumkan akan ketibaan tiga tetamu ini. Pintu pagar di buka. Sekelip mata tiga tetamu itu sudah tiada. Yang tinggal hembusan angin.
Di ruang tamu. Hiasan rumah itu segalanya mewah. Dari sofa hingga ke hamparan permaidani segalanya mahal. Tengok sajalah status yang di sandang oleh pemilik rumah itu.
Tidak beberapa lama, seorang lelaki berusia 30 an turun, dia berkaca mata. Wajahnya tiada sebaris senyuman, namun masih tampak tenang. Manakala tiga pasang mata memandang dia menuruni tangga, sambil menelan air liur.
“Tuan Atlas.. hamba datang menghadap.” Doruk dan dua rakannya menunduk hormat.
Atlas mengangguk. Lalu duduk di atas sofa. Dia memandang tajam ke arah tiga orang suruhannya.
“Aku ucap takziah atas apa yang terjadi kepada Didem, Doruk. Aku harap dia kembali sembuh.” Atlas bersuara. Doruk diam mengangguk.
“Kau macam mana Mustafa? Sudah berkenalan dengan mereka?” Tuan Atlas tersenyum sinis.
Mustafa menunduk malu. Egonya bagai di campak terbenam terus dalam gaung.
“Aku sudah bilang, jangan main-main dengan mereka. Keluarga itu bukan sembarangan, jika tidak, mereka tak akan berani khianat dengan Raja Wyvern. Aku harap engkau semua ambil dari pengajaran dari kegagalan ini.”
Doruk dan rakannya mengangguk.
“Apa sudah jadi dengan Olaf?” Soal Andrew Atlas tersenyum sinis.
“Itu ganjaran untuk orang yang terlalu bongkak. Aku dan Borka ada perancangan lain. Kamu bertiga berehat dulu.” Mereka akur. Mujur Tuan Atlas tidak mudah melenting seperti Tuan Borka. Kalau tidak nahas mereka di kerjakan.
Di Itali di dalam apartment. Doruk menghidang rakan-rakannya secawan kopi panas. Masing-masing baru saja sampai ke Itali kelmarin. Asap kopi berkepul-kepul keluar dan aromanya harum semerbak.
Masing-masing cuma melayan fikiran sendiri. Gagal dalam kerja kali ini satu tamparan hebat buat mereka. Rasa maruah bagai tercalar. Didem pula masih belum pulih sepenuhnya. Bisa apakah yang masuk dalam badannya?
“Aku nak berhenti dari kerja ni. Berhenti dari jadi orang Atlas dan Borka.” Ujar Mustafa tiba-tiba.
“Eh! Kenapa? Kau ingat senang kita nak keluar dari cengkaman dua orang tu?” Soal Andrew.
Mustafa diam. Teringat pertarungannya dengan lelaki berjambang bernama Farhad tempoh hari. Lelaki itu bukan sebarang lelaki. Bukan kekuatan Farhad yang di takuti tetapi hatinya. Jika Farhad itu kejam, sudah lama dia di b***h. Tapi tidak, dia di lepaskan. Atas alasan Mustafa masih punya anak-anak untuk di jaga.
“Siapa sebenarnya mereka ni? Kenapa mereka ada kelebihan luar biasa?” soal Mustafa kepada Doruk.
“Kau masih baru, itu sebab kau tidak tahu. Tapi kau ingat atau tidak tentang cerita yang pernah di ceritakan oleh si bayan di Tanah Aria dulu? Masih ingat akan keluarga di raja yang d*****h kerana khianat akan Raja Wyvern?” Soal Doruk.
Andrew dan Mustafa mengangguk.
“Raja Wyvern ada tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Yang pertama adalah Putera I, di mana kata-kata orang, baginda sedang berhibernasi di kutub utara dan seorang keturunan generasi ke 10 memerintah bersama Raja Wyvern iaitu Putera Adria. Lagi, kedua anaknya Raja Wyvern iaitu Putera II dan Puteri III di kata m**i d*****h dengan tangan Raja Wyvern itu sendiri, kerana memberontak. Tapi bagi ku tidak, berita kematian di palsukan, leluhurnya masih ada dan salah seorangnya adalah Putera Adria yang di jaga sejak kecil. Kau kena tahu cuma berketurunan Wyvern saja matanya amber, bukan merah bagai delima seperti kita. Jadi apa pendapat kau berdua, dari mana kelebihan luar biasa keluarga itu datang?”
Doruk menyoal lalu menghirup kopi semula, Andrew terkebil-kebil bagai tidak percaya. Mustafa pula diam, lalu melempar pandangannya ke luar tingkap. Masih teringat akan Farhad.
“Siapa lelaki muda yang mirip Putera Adria itu? Awalnya aku fikir itu adalah Adria. Tetapi bau mereka berbeza.” Soal Mustafa.
Doruk tersenyum.
“Kau rasa?” Doruk menduga. Mahu Mustafa berfikir.
“Bagi aku, Atlas dan Borka hantar kita cuma mahu menduga kekuatan keluarga itu, kita juga yang jadi mangsa. Mereka mengarah kita bertindak seperti tidak rancang dengan teliti, ini bukan cara Atlas dan Borka berkerja” Ujar Andrew. Doruk menjongket bahu sambil mencebik.
“Mungkinkah takhta Raja Wyvern bakal jatuh satu harinya?” Soal Doruk kepada diri sendiri.
Mustafa dan Andrew cuma diam, tidak pernah pula mereka berfikiran seperti itu. Bukan mudah mahu jatuhkan tiga kuasa. Mahu lalui Raja Wyvern perlu hadapi Putera Adria dan anakanda Raja Wyvern, Putera I. Bukan mudah, tapi tidak mustahil.
Hari demi hari, keadaan kembali normal. Diana kembali menjalani hidupnya sebagai pelajar UTA. Tiada lagi gangguan Didem atau makluk lain. Cuma lelaki sebalik kabus tetap setia menjengahnya ke dalam mimpi.
Sejak berakhirnya segala mimpi ngeri itu, Adrian juga tidak lagi kelihatan. Bagi Diana itu yang terbaik. Dia tidak mampu menatap wajah lelaki dingin itu. Makin di tatap, makin keliru. Tentang Adrian, Diana perlu siasat. Jika Adrian pembunuh kakaknya Dalila, Diana tidak teragak-agak membalas semula. Cuma dia tidak mahu bermusuhan dengan Ora dan keluarganya, mereka begitu baik.
****
SELEPAS DUA BULAN, MASUK SEMESTER BARU.
Akhirnya cuti Diana sudah berakhir. Hari ini hari pertama kuliah bagi semester kedua bermula. Semester baru, semangat juga baru.
“Diana….?”
“Ora…”
Ora berlari ke arah Diana sambil memanggil nama sahabatnya.
“Diana.. rindunyaaa. Sebulan tak jumpa.” Ora memeluk erat sahabatnya itu.
“Welcome back Diana.”
Rafael menyapa dengan senyuman manis. Semester ini adalah semester terakhir dia.
Sebaik sahaja Diana memandang di depan, dia terpaku. Jujur ada suatu perasaan yang bercampur baur, berbunga-bunga dan berdebar serta benci. Lelaki itu cuma berjalan tanpa memandang ke arahnya. Masih dingin seperti selalu. Diana menjeling benci walau bau mawar itu selalu di rinduinya.
“Semester ni, abang Adrian dan Rafael sambung semula pengajian yang mereka tangguh masa semester lepas.” Ujar Aurora, dia sempat melirik ke arah abangnya. Kadang-kadang mahu sahaja dia menarik telinga abang Adrian yang suka bersikap dingin terhadap Diana.
“Abangku sayang, sampai bila nak jadi macam ni?” Bisik hatinya.
Adrian mengukir senyum sebaik Diana menghilang dari pandangannya. Kali ini dia nekad, dia tidak akan lepaskan gadis itu lagi, walaupun cuma di dalam mimpi.
*****
Istana Hitam, Tanah Aria.
Keseluruhannya putih dengan pokok tanpa daun. Sejuk paras beku suhu di sini. Seperti biasa sekitarnya tetap sunyi. Istana Hitam kali ini tampak terserlah dek kerana kelilingnya Salji. Dua lelaki sama yang pernah datang beberapa bulan lalu masuk ke dalam ruang menghadap.
Raja Wyvern memandang mereka tajam, begitu juga Putera Adria. Di tangan mereka ada gelas besi yang terkandung cecair merah yang baru di tuang oleh seorang dayang.
“Apa alasan mu Borka.. Atlas?” Soal Raja Wyvern tegas.
“ Berikan kami peluang tuanku. Nasib baik selalu menyebelahi mereka.” Jawab Borka.
Putera Adria ketawa kecil sambil mata merenung isi yang terkandung di dalam gelas besi yang terukir motif kepala naga.
“Tak mengapa, usaha risau , kali ini biar beta ke sana, sudah lama tak bersua muka dengan mereka, pasti abang dan adik perempuan beta rindu akan kedatangan beta.”
Adria senyum penuh makna. Tiba masanya bertemu dengan kembar pengkhianat.
-TAMAT-
Nota penulis:
RAJA WYVERN: Namanya di ambil dari makhluk sejenis naga yang di panggil Wyvern. Raja WYVERN berumur beribu tahun, di gambarkan sebagai raja yang kuat, dan zalim dengan kelebihan luar biasa.
SATANAK: Penulis cuma reka sendiri, kaki merapu katakan. Jika ada kena mengena dengan mana-mana nama atau tempat, penulis minta maaf. Satanak adalah nama kaum yang berdarah naga syaitan. Satanak diambil dari perkataaan Satan dan Anak. Adakah mereka manusia? Ya sebahagiannya masih manusia, sebahagian kaum yang tua beribu tahun bukan lagi manusia. (faham ke tak faham, penulis mengarut banyak ni)
GREEN HIGHLANDS: Di sebabkan penulis sangatlah suka Cameron Highlands maka penulis ambil latar tempat mirip Cameron dan namakannya Green Highlands. Jika memang ada tempat nama sama dengan Green Highlands, penulis mohon maaf. Saja penulis cipta tempat yang tidak wujud mudah nak merepek dan mengarut ikut suka hati.
TAMAT
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com /submit
Aik…tu je???x de smbungan lg ke???sambunglh lg…
tak ada sambungannya lagi ke Nurhan? nak tahu juga endingnya bila Putera Adria tu berjumpa keluarganya dan juga kisah cinta Diana denga Adrian tu..
please sambung la lagi..
Tp mcm abis pon ceritanya.wlupon fiksyen,klu bileh ending jgn sangkut.Siapa Diana sbnrnye? Apa kaitan dgn Dalila?byk persoalan tergantung.klu boleh sambung lgi
KAU NI BODOH KE APA?Kan dia dah tulis kat tajuk tu ‘AKHIR’
…
Cerita tergantung la …sambung la lagi…ape berlaku kat adria…diana dan adrian …?
tertanye2…np diaorg buru diana n kakaknye..
Akhirnya tamat.
Rasanya dari siri 3 dok tulis ni siri akhir, siri akhir, tapi tak habis2 jugak. Kali ni aku scroll bawah sekali sebab nak pastikan cerita ni betul2 tamat.
Kalau nak tulis cerita panjang2 cerita kena power dan suspense supaya boleh capture readers. I lost it at the 4th.
I love it! Thank you Nurhan! ♥
sambung lagiiiiiii
Cerita best sy bca. Sbb pnuh dgn suspen . Tp ending “ter” gantung .. Hrap author smbung smula .sbb nak tahu ;-
1) apa kaitan kluarga Diana n kluarga Adrian?
2) siapa pmbnuh kkak Diana?
3)Motif nak b***h Diana?
4) apa rahsia yg diana perlu tahu siapa dri dia yg sbenar?
5) knapa berlaku penkhianatan dlm kluarga Wyvern?
6) kalau Adrian adik Adria so siapa pula yg perempuan?
cerita best tapi tergantung , tah apa apa .
Cerita tergantung.. Apa sebab diana diburu? Siapa sebenarnya aurora dan keluarga? Ingatkan jumpa jawapan kat sini sbb episodvakhir.. X jugak.. 😔
Sambung la lagi… Ni macam tergantung je.. >_<
Adaptasi TWILIGHT? But jalan cerita boleh tahan. Cuma tiada penyudah….. tergantung. Mungkin ada sambungan Siri 1 … 2… 3…???
kenapa takde ending ? macam cerita ARTHDAL CHRONICLES drama korea tu. pleasee tamatkan cerita ni.. pleaseeeee
please sambung cerita nie.. masa 1 eps lagi saya dah tertunggu sambungan dye.. please sumbung tau..;)
adria tu kembar adrian? yang b***h dalila kakak diana sebenar nya adria kan? bukan adrian?
lepas tu pula ora & adrian tu adik beradik kandung adria?
sebenarnya cerita ni best, tapi part akhir ni bukan ending 🤦♀️🤦♀️Tolong sambung cerita ni, jangan biarkan pembaca berteka teki 🤦♀️🤦♀️
ala kenapa tergantung,Sambung la.banyak persoalan Yang tidak terjawab!!!!
best..takde sambungan ke?
Cerita berakhir dengan terlalu banyak persoalan. Satu pun x terjawab. Kena banyak polish lagi skill tu.
byk persoalan di sini…harap dapat di sambung lg
Kau tulis buku trus la, snang ckit aq nk bca
lgipn tuls free wat penat je
tp make sure la bla wat bku smua ni trjawb
aku ska baca
Kenapa tergantung😭 . Please smbung lagi .
Tak faham 🤔🤔🤔
Asal nak dapat jawapan ja hilang. Hm
Tergantung sepi dr awal.
apa yang tamat nya? macam banyak benda belum selesai. siapa sebenarnya diana dan keluarganya. apa hubungan dengan keluarga ora? raja jahat tu datang nanti jadi apa? siap b***h kakak diana? kenapa adrian dingin terhadap diana? lelaki yang berkabus tu siapa sebenarnya?
Kalau boleh sambung lage ye.😘memang best ceritanye
Pless smbung smula.. Klau nak sambung .. Sambung di wattpad 😁
alaaaa..ngape sampai sini jeee..
sambung pliissshhh..
Buat season 2pls
ada sambungan ke tak ni?? dah 3 tahun tunggu. berjanggut dah