Lelaki Sebalik Kabus Bab 7

Cerita ini cuma fiksyen, tiada kena mengena dengan yang hidup atau m**i.
BAB 7

BERBELAS TAHUN LALU

Kelihatan ada seorang kanak-kanak perempuan yang menangis ketakutan di dalam hutan. Dia cuba menyorok di dalam lubang pokok yang sebesar pelukan orang dewasa. Menggigil hingga terkencing. Baju yang dipakainya kotor dengan kesan lumpur. Habis calar-balar tangan dan kaki terkena ranting pokok.

Muncul seorang lelaki, mungkin juga bukan lagi manusia tetapi manusia separuh syaitan. Lelaki gila itulah yang membawa kanak-kanak itu ke dalam hutan. Anak matanya merah d***h dan mata putih penuh dengan urat-urat biru. Lelaki itu datang menghampiri. Menghidu ke seluruh tubuh kanak-kanak tersebut. Bau bangkai daripada badan lelaki tersebut amat memualkan. Pakaiannya juga di penuhi tompokan d***h yang telah lama kering. Kukunya hitam dan panjang. Keadaan dirinya tidak terurus.

“Papa..” Kanak-kanak itu menangis teresak-esak

Makin mendengar tangisan kanak-kanak tersebut, makin terhibur hatinya. Jauh sekali mahu bersimpati. Hati sudah keras kerana terlalu banyak m******h agaknya.
“Arghhhh..”

Sekelip mata tubuhnya itu melayang sejauh 10 meter daripada kedudukan kanak-kanak tersebut. Hidungnya terbau kehadiran seseorang. Ada seorang lelaki bermata amber berdiri berhampiran kanak-kanak itu. Kuat juga tenaga lelaki itu. Mampu menerajangnya hingga terpelanting. Kini dia tahu lawannya bukan manusia biasa.

“Ahakhakhakhak..”

Lelaki separuh syaitan ketawa. Ketawa yang menjengkelkan. Tawa yang mempunyai dua tone suara itu bergema di dalam hutan.

Lesap, dia hilang dari pandangan. Kanak-kanak tersebut pula menyorok di belakang lelaki bermata amber. Memeluk erat lelaki muda itu. Hati kecilnya yakin, lelaki itu penyelamat bukannya syaitan.

Sekelip mata dia hilang, sekelip mata juga lelaki syaitan muncul di belakang lelaki bermata amber. Namun gerak langkahnya mudah di baca. Lelaki bermata amber sudah bersedia. Kekuatannya melebihi kekuatan lelaki syaitan. Dengan satu sentuhan dari tangannya. Lelaki syaitan sudah lumpuh. Makin lama makin lemah.

“Aku dah cakap, aku yang paling tua maka aku paling kuat” Ucap lelaki bermata jingga satu persatu dengan nada keras.Geram.

Tapi lelaki syaitan menghilangkan diri sebaik sahaja lelaki bermata amber melepaskannya. Kanak-kanak itu juga mula berhenti menangis. Dia tahu akhirnya dia selamat lalu berlari memeluk erat lelaki bermata amber.

“Eh..nanti, biar abang pakai sarung tangan dulu.” Lelaki bermata amber ketawa kecil. Dia juga gembira. Puteri kecil sudah selamat.

Dalam benak Diana pula, bayangan bagai paparan Skrin itu berjeda seketika. Kemudian ia berputar laju ke depan. Beberapa gambaran lain seperti kabur. Bagai memainkan video yang sebahagiannya rosak.

PAPARAN LESAP, KEMUDIAN MENJELMA PAPARAN LAIN PULA.

Lelaki berwajah melayu bercampur Eropah. Matanya amber jernih bagai kolam. Tajam memandang Dalila. Dalila mengundur ke belakang ketakutan. Peluh membasahi wajah. Lalu tangan bersarung sarung tangan itu memegang wajah Dalila bersama senyuman sinis.

“Kau cantik, tapi sayang kau cuma manusia yang tak berguna dan aku benci engkau. Nak ratah hati kau yang merah berdarah itu pun aku rasa loya.” Lelaki itu menolak kasar wajah Dalila.

Pisau di benam ke dalam perut Dalila. Gadis itu mengalir air mata menahan sakit. Dalila gadis berwajah lembut itu rebah lalu sujud ke lantai di hadapan kaki lelaki itu.

“Kakak..” Diana memanggil, namun tangannya tidak dapat menyentuh Dalila. Kerana ia Cuma seperti tayangan video dan Diana cuma penonton.

Diana memandang lelaki itu, lelaki bermata amber. Lelaki sama yang menyelamatkan kanak-kanak kecil sebentar tadi. Tapi sekarang mengapa dia bertindak kejam terhadap gadis lemah seperti Dalila. Atas alasan apa? Diana memandang penuh benci. Makhluk apa yang berada di hadapannya kini? Syaitan bertopeng manusia, itu Diana pasti.

PAPARAN BERUBAH LAJU SEMULA. Kini membawa Diana di kawasan tempat letak kereta di belakang bangunan. Suasananya malam hari, sunyi kerana kurang orang yang lalu lalang di situ. Kedengaran tapak kaki melangkah laju. Bunyi tapak kaki itu datang dari gadis berwajah seperti Diana.

Sekejap-sekejap dia menoleh ke belakang, mungkin rasa takut sedang menghantui diri. Itu pengajaran baginya, tidak sepatutnya anak gadis berjalan seorang diri pada waktu malam tanpa teman. Dari belakang, muncul sepasang kunang-kunang bercahaya jingga. Kedudukannya statik, tetapi makin lama makin dekat mendekati Diana.

Apabila dekat, jelas kelihatan lelaki sama yang pernah cuba m******h Dalila. Kali ini wajahnya lebih bengis. Dengan urat-urat mata timbul memenuhi mata putih, anak matanya pula membara jingga bagai api. Tanpa sebutir kata, lelaki itu memegang leher Diana. Tubuh Diana terangkat, sambil gadis itu cuba bergelut cuba melepaskan diri. Namun sekuat mana Diana meronta, tetap jua tidak mampu melawan kekuatan lelaki syaitan. Makin lama makin dia tenggelam dalam sesakan nafas. Tiba-tiba bayangan itu seolah kian pudar, bagai tayangan video yang rosak.

SEKALI LAGI PUTARAN DI PERCEPATKAN, BEBERAPA BAHAGIANNYA KABUR.

Ada air mata mengalir pada wajahnya namun terlindung dek cahaya lampu jalan yang suram. Dia cuma diam merenung Diana. Kabus aneh yang tebal mula datang menyelimuti keadaan sekeliling mereka. Rasa dingin kian menusuk ke tulang hitam. Sinar matanya umpama sepasang kunang-kunang yang menyalakan lampunya di malam hari.
Jarak Diana dan dia cuma lima langkah. Dia bersandar di tiang lampu. Merenung Diana tanpa henti dan tanpa bicara. Jauh sudut hati Diana, dapat gadis itu rasai ada aura kesedihan yang menyelubungi lelaki ini. Ada duka yang di tanggung nya. Dia menoleh ke arah lain apabila Diana cuba memberanikan diri menatap matanya yang masih ada sisa air mata.

Segala ketakutan yang melanda diri sebentar tadi hilang sekelip mata bila dia ada bersama. Wajahnya samar-samar, Diana masih tidak dapat agak siapa dia. Lelaki syaitan yang sedang mencekiknya tadi sudah tiada. Diana yakin, dia selamat dengan lelaki ini. Cuma dia terlalu misteri. Bukan seperti manusia biasa. Tapi siapa? Pelindung dia

MASA KINI

Aurora menarik nafas dalam-dalam mencari kekuatan. Tangannya masih menggenggam tangan Diana yang terperangkap dalam memori lama. Peluh membasahi wajah Aurora. Dia tidak begitu kuat untuk membuka memori Diana yang di kunci. Dia perlukan tenaga yang lebih dan dia perlukan masa. Jika keluarganya tahu perihal perbuatannya sekarang pasti mereka marah. Rahsia Diana tidak sepatutnya di gali. Kelak bakal menimbulkan kesan buruk.

PANGG..

Sekelip mata tubuh Ora melayang terhempas ke atas pasu. Warna putih yang menutup keseluruhan anak mata ambernya kini hilang.

Sambung Bab 8
Bab 7  ini banyak imbas kembali. Harap tak ada yang pening.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Lelaki Sebalik Kabus Bab 7”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.