Cerita ini cuma fiksyen, tiada kena mengena dengan yang hidup atau m**i.
BAB 8
PANGG..
Sekelip mata tubuh Ora melayang terhempas ke atas pasu. Warna putih yang menutup keseluruhan anak mata ambernya kini hilang. Ora dan Diana kembali ke alam nyata. Kisah lalu tidak sempat dipertontonkan semua. Diana terduduk kerana pening, pandangannya kabur buat seketika. Tetapi dia tidak sedar bahawa si Didem dan seorang lelaki bertubuh tinggi menyeringai bengis. Didem tersenyum. Mencangkung memandang Diana. Geram kerana rancangannya tidak berjaya sebelum ini.
“Dianaaaa..lari..” Jerit Ora cemas sambil berlari ke arah Diana. Namun sepantas kilat Mustafa menghalang dengan tubuh besarnya.
Diana mengundur ke belakang. Terkejut tatkala Didem ada di depan.
“Diana lari masuk rumah..” ujar Ora sambil tangan sempat menumbuk Mustafa. Langkah di buka bersedia kini, mahu melawan musuh di depan.
Mustafa meludah air liur bersalut d***h. Boleh tahan juga gadis di hadapannya. Mustafa mengukir senyuman sinis. Mudah saja mengalahkan budak hingusan. Sekali jentik habis.
Di dalam rumah. Sunyi sepi. Diana masuk dengan tangan dan kaki rasa menggeletar. Dia meluru ke dapur mencari pisau. Habis laci di selongkar. Pisau tajam di hujung di pegang erat. Dia perlu selamatkan Ora. Diana tahu Ora tak akan mampu melawan dua syaitan durjana itu.
“Kau rasa pisau tu boleh b***h aku?” Soal Didem sambil ketawa tiba-tiba saja mencangkung di atas meja.
Matanya tajam dan merah dengan senyuman bertaring. Lalu selajunya dia melompat menghampiri Diana, tangan berkuku panjang itu memegang pipi Diana.
“Manusia macam kau ni lemah, aku kasihan dengan kau. Kau ingat keluarga ni bagus sangat? Mereka ni keluarga pengkhianat.” Ucap Didem geram.
“Tak aku kenal diaorang? Aurora sahabat yang baik.” Balas Diana terketar-ketar. Didem ketawa.
“Kau tak cukup kenal. Boleh jadi kepingan hati kau tu di ratah mereka dengan lahap dan D***h kau di minum. Sedangkan kewujudan Satanak pun kau tak tahu..”
“Aku kenal mereka siapa.” Jawab Diana tegas.
Didem tersenyum dengan rasa menyampah. Teringin benar mahu melihat Diana menahan sakit dengan d***h membuak keluar. Baru rasa puas hati.
Pang…
Pipi Diana rasa pedih. Ada luka bergaris dek tamparan maut Didem yang berkuku tajam. Diana memegang pipinya, sempat menghunus pisau ke arah Didem. Namun seperti biasa bukan mudah mahu menyerang makhluk seperti Didem. Wanita itu pantas, matanya tajam. Mampu membaca gerakan orang. Didem kemudian meluru laju. Niatnya mahu merobek hati Diana dengan kuku. Tiba-tiba muncul seseorang dari belakang Diana. Cepat saja dia menerajang Didem. Wanita itu terpelanting keluar melalui pintu dapur. Kedengaran bunyi hentakan benda berat di atas cabinet.
Adrian mendengus kasar. Hari ini juga dia akan tamatkan riwayat Didem dengan tangannya sendiri. Bau d***h meresap masuk ke dalam lubang hidung. Dia tahu Diana tercedera, makin hatinya terbakar hangus. Diana diam di situ, ada bau mawar menusuk kalbu. Dada Diana hampir saja tercabut dek takut sebentar tadi mula rasa selamat. Adrian yang berdiri di depannya kemudian keluar dari dapur mengejar Didem. Tinggal dia seorang diri di situ. Dia cepat-cepat melangkah laju mencari Aurora sambil membawa pisau.
“Hai Diana..” Doruk menyapa dengan senyuman manis, menampakkan sebaris giginya yang putih. Muncul di sebalik pintu.
Diana menarik nafas dalam-dalam, mencari keberanian. Tak kira makhluk apa yang di hadapannya, tak kira siong setajam mata pedang dan walau punya anak mata yang menggerunkan, Diana perlu berani menghadapi.
“Diana.. gadis istimewa. Rebutan Adria dan Adrian. Hebat awak ni.” Doruk memandang Diana dari atas ke bawah. Boleh tahan cantik gadis itu.
“Jangan mengarut.”
“Ketahuilah Diana, kami tidak sekejam seperti apa yang kamu sangka. Cuma kami turuti titah Raja kami. Mari..Ikut saya, saya janji saya tak akan perlakuan awak dengan kasar. Saya sendiri tak suka tindakan kasar begitu.” Doruk memujuk.
Diana mengundur menjauhkan diri tatkala Doruk cuba mendekati.
“Kenapa Raja awak mahukan saya?” Soal Diana.
Doruk menjongket bahu, tanda tidak tahu.
“Yang saya tahu, awak milik Putera Adria.” Doruk cuba jujur.
“Saya bukan milik sesiapa, saya tak kenal dengan mana-mana Putera.” Tegas Diana.
“Sebab memori awak dah di ambil. Mari ikut saya, kita jumpa Putera Adria, jika mahu tahu rahsia hidup awak Diana. Keluarga ni keluarga…”
Belum sempat Doruk menghabiskan kata-kata, wajahnya ditumbuk Rafael. Doruk mendengus sambil mengelap bibirnya yang berdarah. Dia kembali membalas serangan. Langkah karate di buka. Seorang dengan gerakan karate dan seorang lagi gerakan peninju. Masing-masing berbalas serangan dan tangkas menangkis.
“Diana mari.” Sophea muncul lalu menarik tangan gadis itu keluar dari dapur.
Tetapi sekali lagi, ada pula halangan baru yang muncul. Lelaki cina bertubuh tinggi menyeringai. Sophea pula membuka langkah, bersedia berhadapan dengan lawan. Kemudian muncul pula Rayyan datang membantu ibunya.
Diana memandang di belakang, ada Rafael dan Doruk bertarung. Dia memandang di depan ada Sophea dan Rayyan yang turut sama berhempas pulas melindunginya. Jelas dia rasa kecewa. Dia tidak mampu berbuat apa-apa seperti gadis lemah. Tidak mahu mereka terkorban kerana dia.
Tiba-tiba
Seseorang telah menyambar tangannya. Lalu membawanya lari dari tempat itu. Tangan bersarung itu erat menggenggam tangan Diana, membawa gadis itu pergi. Tiba Di halaman hadapan Aurora sudah menunggu mereka di dalam kereta, enjin sudah di hidupkan. Bersedia meninggalkan tempat itu. Kelihatan ayah mereka sedang bertarung dengan Mustafa. Berdebar dada Diana, mengharap keluarga ini terus di lindungi.
Kereta yang di pandu oleh Adrian meluncur laju meninggalkan Green Highlands. Kali ini entah ke mana destinasi mereka. Diana menyandarkan diri, selamat buat ketika ini. Sesekali Diana cuba memandang cermin pandang belakang, jikalau boleh melihat wajah abang Adrian. Namun hanya nampak sepasang mata amber jernih. Kadangkala hati Diana seolah dia sangat kenal dengan lelaki itu. Seperti sudah lama kenal.
Teringat pula kata-kata Doruk. Benarkah? Dalam fikiran Diana, tertanya-tanya siapa pula Putera Adria.
Sudah dua jam mereka berdua berada di dalam kereta. Namun langsung tiada sepatah bicara daripada Adrian mahupun Diana. Adrian pula bersikap dingin. Cuba mengelak daripada berinteraksi dengan gadis itu.
Kereta diberhentikan di hadapan sebuah Restoran.
“Kita makan disini.” Ujar Adrian kepada Aurora dan Diana. Lalu keluar dari kereta.
Diana cuma mengangguk mendengar kata-kata Adrian. Itulah kali pertama dia mendengar suara lelaki itu. Tetapi sebaik memandang wajah Adrian mata gadis itu terjegil. Dadanya kembali berdebar, jiwa rasa gelisah. Wajah Adrian mirip lelaki syaitan yang cuba m******h kakaknya. Diana keluar dari kereta, mengekori Aurora. Langkahnya lemah dan perasaannya pula bercampur baur. Marah, keliru, takut, dan benci bagai meletup di dalam kepala.
Kini, Aurora sahaja melahap makanan seperti seminggu tidak makan manakala Diana dan Adrian tidak langsung menjamah sebarang makanan. Cuma Diana terlihat pemuda itu ada meminum cecair merah yang di ambil dari belakang bonet kereta. Kini hati keduanya kelihatan dingin. Adrian juga begitu. Wajahnya hanya menunduk, sesekali lelaki itu melemparkan pandangan jauh ke jalan raya. Langsung tidak mesra seperti adik-beradiknya yang lain.
Entah ke mana lelaki itu mahu membawanya. Cuti p*****l selama dua minggu ini hanya habis dengan melarikan diri daripada orang yang cuba membunuhnya. Selepas beberapa jam mereka akhirnya tiba. Adrian merenung Diana yang nyenyak tidur melalui cermin pandang belakang, hanya itu kesempatan yang dia ada. Lalu turut menyandar dirinya ke kerusi pemandu. Apa yang ada di hati Adrian, apa yang mengganggu fikirannya ketika ini, tiada siapa yang boleh memahami.
“Kita dah sampai?” Adrian menepuk bahu Aurora yang turut sama tidur. Namun adiknya mahupun Diana, terlalu nyenyak.
Diana membuka mata. Sedar-sedar kereta sudah pun berhenti. Bunyi ombak memukul pantai. Keadaan kian kelam, separuh dari badan sang mentari sudah terbenam di hujung laut yang luas terbentang. Cahaya jingga terbias pada permukaan air laut. Diana tidak tahu di mana dia berada. Dia betul-betul nyenyak tidur sebentar tadi.
Adrian juga sedang tidur di kerusi pemandu, begitu juga Aurora. Mungkin pemuda itu tidak sampai hati mahu mengejut mereka berdua bangun. Mungkin dia juga turut sama letih kerana berjam-jam memandu. Diana memberanikan diri menatap wajah pemuda itu. Wajahnya tampak sejuk, sama sejuk dengan anak mata ambernya. Tenang rasa hati. Tidak tergambar langsung lelaki itu berhati syaitan. Benarkah apa yang di tunjuk oleh Ora? Benarkah Adrian itu pembunuh Dalila?
Sudah dua hari dia berada di rumah keluarga Ora yang terletak di Pulau Pinang. Tiada sebarang berita daripada keluarga Ora. Lelaki itu pula masih bersikap dingin. Adrian kelihatan tidak senang dengan kehadiran Diana. Seperti biasa apabila Diana bangun, sarapan sudah pun tersedia. Mujur ada Aurora turut sama ikut, tidaklah dia rasa kekok atau segan.
Rumah dua tingkat ini lain sedikit berbanding rumah keluarga Ora di Green Highlands. Rumah ini lebih banyak menggunakan dinding cermin yang menghadap ke laut dan seni binanya lebih moden. Diana mengambil angin di beranda sambil menikmati pemandangan lautan. Bunyi dering smartphone mematikan lamunannya.
“Assalamualaikum..Hello kak ngah, sihat tak?”
Suara nenek di dalam talian mulai membuat rindu Diana makin membuak-buak.
“Hello nenek, sihat saja. Nenek sihat?” Suaranya bergetar
“Macam biasa angah, Alhamdulillah. Nenek rindu cucu nenek ni, bila nak balik?”
Air mata Diana mula bergenang di kelopak mata.
“Angah janji, nanti angah balik ye, agah rindu sangat dengan nenek?”
Diana cuba mengawal nada suaranya.
“Nenek risau takut kak ngah sakit, dah lama kak ngah tak mesej nenek.”
“Kak ngah okey ja nenek. Kak ngah tak dapat balik, sebab kena join kem kat sini.”
“Alhamdulillah, kak ngah jaga diri ya. Kami semua rindu kak ngah.”
“Okey nenek nanti dah habis semua ni, kak ngah balik ya.”
Air mata Diana sudah tidak dapat di tahan lagi. Sebaik sahaja talian di matikan Diana terus menangis. Kerisauan, kerinduan, dan kesedihan bercampur baur.
Dari jauh Adrian memerhati. Ada rasa bersalah terbit dari hati.
Sejak tadi Adrian berjalan di sekitar pekan, mencari kedai yang menjual kek kegemaran gadis itu. Mungkin ini cara terbaik untuk dia menggembirakan hati Diana.
Jam 9 malam Adrian tiba di rumah. keadaan gelap gelita tiada lampu yang terpasang. Sebaik sahaja Adrian melangkah masuk ke dalam rumah ada bau d***h yang masih segar menerobos ke dalam rongga pernafasannya. Adrian mula resah, kek di tangan diletak di tepi pintu begitu sahaja.
Sambung BAB 9 terakhir. Harap terhibur…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI