Lembaga Di Kem Juara

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia pembaca FS. Thank you admin approve story ni. Tengah aku syok baca cerita korang, aku pun teringat dengan first time experience aku jumpa hantu.

Sebelum aku start, nama ku Ambarsari. Kisah aku ni berlaku time aku berumur 18 tahun dan sekarang aku dah berumur dah 21 tahun. Huhu. Tapi masih segar di fikiran aku. Dan kisah aku bertempat di Kem PLKN Serian, Sarawak. Kem PLKN Juara Serian. Kumpulan 1 Siri 1 2014.

Kem ni terletak betul betul tengah hutan. Yang dikelilingi oleh kandang bab*. Jadi kau imagine, time tengah kawad pagi pagi, kau hidu bau yang menusuk jiwa dan kalbu. Dorm kteorang pun terletak dihujung sekali. First time masuk, masing masing cari katil. Semua elak katil yang depan tingkap. Aku hairan la, apa masalah katil depan tingkap? Sejuk je ditiup angin. Katil aku terletak di dekat tingkap, menghadap tempat jemur baju. Malam malam, kat belakang tu memang gelap. Tapi selama ni aku tak kisah hal tu.

Kalau ada activity malam, aku ni perlu mandi sebab aku tak dapat tidur kalau badan aku melekit. So malam malam, aku mandi bertemankan kawan aku dari bilik depan, Nanu. Dia ni gile sikit. Cakap pun main lepas je tapi baik sangat dengan aku. Dia ni la selalu nasihat aku jangan mandi malam malam.

Jadi satu malam ni, ada budak ni cakap dia nampak benda terbang kat atas atap dorm kteorang. Aku ni bukan jenis yang percaya benda macam tu dulu. Bagi aku, tu semua karut, imagine lebih atau saja nak carik publisiti murahan. Sebab zaman dah moden jugak. Time dorang bercerita, aku ni pergilah mandi. Aku mandi seorang sebab nanu letih.

Lepas aku mandi, aku perasan ada orang berkemban, berdiri kat tempat jemuran. Dia nyanyi nyanyi sambil jemur baju. Aku lalu je. Time dalam dorm, aku tengok semua ada kat bilik. Aku tengok jam, dah pukul 11 malam. Aku pun tanya dengan ketua kteorang, Dayah, sape jemur baju kat luar malam malam ni. Semua tengok aku dengan reaksi terkejut. Dan sorang pun tak nak jawab. Aku pun buat tak tau.

Sorang budak, budak semenanjung, nama dia Farisha. Tinggi, cantik macam Scha Alyahya. Dia ni penakut nauzubillah. Dia pun cakap pasal perempuan kat jemuran tu. Dia takut la. Hantu ni hantu tu. Aku tak sangka benda yang kecik macam tu boleh buat satu dorm huru hara. Aku yang menyampah dengan benda tu, aku pun marah la dia.

“Kau boleh tak jangan takut sangat. Nanti dia betul betul pergi dekat kau baru kau tau!”

Dia tanya aku, “kau tak takut ke, sha?”

Aku dengan yakin menjawab “aku tak bodoh penakut macam kau percaya benda macam tu”

Lepas tu Dayah marah aku sebab mulut aku celupar sangat. Dia cakap “jangan sombong gilak, sha. Kelak kau yang kenak” (jangan sombong sangat. Nanti kau yang kena). Aku buat dunno je benda tu

Beberapa malam lepas tu, hujan lebat dan guntur pun sambung menyambung. Aku terbangun time pukul 2 pagi sebab Farisha panggil aku.

“Weh sha. Sha, aku tidur tepi kau boleh tak”

Tanpa persetujuan dari aku, Farisha meluru dan melompat keatas katil aku. Dengan perasaan marah sebab tidur aku diganggu, aku siku badan dia.

Aku marah dia “Kenapa kau ni farisha. Kacau la”

Dia pun peluk aku sambil mintak maaf. “Sorry sha aku rasa macam tak sedap hati”

Aku baring memang menghadap tingkap. Sebab marah, aku pusing menghadap kearah katil Farisha yang selang satu katil dari katil aku. Sebelum aku dapat melelapkan mata, aku perasan satu lembaga hitam ni. Hitam sangat kau hanya nampak bentuk badan dia. Besar sangat. Macam besar Baymax. Berambut panjang. Tapi sedikit pun tak nampak muka dia. Dia duduk menghadap seorang kawan aku ni yang sedang sedap tidur. Jadi benda tu selang 3 katil dari aku.

Time ni, aku tak terfikir pun yang benda ni hantu. Aku ni kuat rabun. Aku pun duduk slow slow sambil cuba nak perhati benda ni. Aku kecikkan mata dan depankan badan aku semata mata nak tengok muka dia. Aku ingatkan kawan kteorang yang bertubuh agak comel tu duduk kat situ. Tapi kenapa dia duduk kat situ? Malam malam macam ni? Masa kilat sambar menyambar?

Tiba tiba, ada satu kilat ni, terang sangat sampai nampak rupa sebenar benda tu. Memang takde muka! Aku dalam keadaan terkejut pun terlopong sambil tengok benda tu. Aku baring balik perlahan lahan. Nak call Abah, handphone kne ambil. Si Farisha ni, hairan dengan kelakuan aku, pergi tanya. “Kau kenapa sha?” Nak baca ayat kursi, otak aku kosong. Mulut aku pun terkunci. Aku baring hadap Farisha. Aku genggam kuat kuat tangan dia. Dia pun makin nervous tengok aku macam tu.

Aku cakap “cuba kau tengok ape benda kat tepi tu”

Aku tak tahu mana Farisha dapat keberanian untuk dan duduk tengok benda tu. Time dia sedar benda tu, dia pun terkaku dan aku tarik dia baring balik. Dan dia pun start nangis. Aku pun pujuk dia tapi masa tu aku pun meremang. Nak tengok belakang pun aku takut. Aku rasa benda tu semakin dekat kat belakang aku. Aku pakat dengan Farisha, kteorang pegi katil kawan sorang lagi. Dorang ni gabung katil. Masa tu, Dayah, Ain and Shu dan share 2 buah katil.

Dalam kiraan 3, kiteorang menjerit sambil berlari dan melompat keatas katil dorang. Memang kena maki la tapi masa tu, aku dah terlampau takut dan kteorang pun tidur macam tu sampai pagi esok.

Selepas incident tu, benda dalam dorm kteorang semakin menjadi jadi. Sebab aku dan Farisha yang tegur kehadiran benda tu. Ada orang nampak budak berdiri kat iron board. Ada tengok lelaki berdiri kat hujung bilik. Ada dengar bunyi kasut boot malam malam. Oleh sebab hal tu kteorang pun setuju biar satu lampu buka time tidur malam sampai habis plkn.

Lepas aku tengok dengan mata aku sendiri, baru aku percaya dan lebih berhati hati dengan apa yang aku cakap lepas tu. Sampai hari ni, lembaga tu masih menghantui fikiran aku.

Moral value, jaga mulut guys, jangan jadi macam aku. Huhu. Assalamualaikum

Ambarsari

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Lembaga Di Kem Juara”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.