480518

Lembaga hitam

salam . baca punya baca nak share juga cerita seram yang tak berapa nak seram ni. sebab dia tak kacau pun just menampakkan diri.

First nak explain pasal rumah. Rumah saya duduk dulu rumah apartment besar , tempat biarlah rahsia. Rumah ni dia memanjang tau dia ada tiga bilik . Kalau buka pintu utama akan nampak jalan panjang sampai kebilik hujung. Bahagian depan ruangtamu dan bilik ketiga , jalan sikit lagi ada tandas then bilik kedua , hunjung sekali ada master room. Antara tiga ni tengah tengah dia ada space untuk kita jalan . Mmg payah nak imagine . Sbb dia style western sbb byk pintu.

Benda ni berlaku pada masa maghrib. Masa tu luar still kira cerah so mandi still tal buka lampu ruangtamu or bilik lain just bilik saya. Bilik saya bilik tiga dekat dengan tandas.

So bila siap mandi saya keluar dari tandas rumah dah gelap . Tapi mmg dah biasa tak takut pun. Tandas ni kalau keluar berdepan dengan bilik tiga sebelah kanan space untuk jalan and pintu bilik dua. Masa tu memang tengah tengok bilik dua , dalam tu gelap sangat tapi dalam gelap tu nampak benda lagi gelap sedang berlari so hairan la siapa pula tu ( masih tak rasa takut time ni ) so saya pun lari masuk bilik dua nak tengok , nampak benda hitam tu lari tembus ke almari. Almari tu terletak ditepi dinding. Dinding tu pemisah untuk bilik dua and master room so dengan slumber ja saya keluar dari bilik dua dan ke space untuk jalan ke master room tu.

Master room tu besar sangat macam class room kat sekolah pun ada dalam dia ada tandas and stor peribadi. Buka pintu ja boleh nampak pintu tandas and pintu stor .
So waktu tu pintu master room terbuka , belum sempat pun nak masuk , benda hitam tu tadi kelihatan lari ke dalam stor. So saya pun berhenti kejar sebab dah naik seram , baru nak realised benda tu actually hantu.

Then saya terus masuk bilik sendiri tutup pintu dan cepat cepat bersiap and buka lampu kat ruangtamu . Supaya tak gelap.

Master room tu dulu bilik saya tapi mcm2 jadi dlm bilik tu ,so saya pindah bila bilik tiga kosong.

Thank you itu je.

Thanks admin (:

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *