Lembaga Mengikutiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Terlebih dahulu ucapan ribuaan terima kasih kepada admin sekira cerita yang tak seberapa ini dapat disiarkan. Seperti biasa, aku kenalkan diri aku, Hasman ( Nama samaran dalam cerita ini) berumur 26 tahun. Dulu aku memang terfikir nak kongsikan cerita-cerita seram aku, cuma rasa susah nak cerita dalam bentuk penulisan ni. Harap korang boleh paham dengan apa yang aku cuba kongsikan.

Mesti ramai dikalangan pembaca setia fiksyen shasha yang telah mengalami kejadian-kejadian seram, salah satu iaitu aku. Aku telah mengalami kejadian seram sejak aku masih lagi dibangku sekolah rendah. Cuma waktu itu, biasalah budak-budak memang tak tahu sangat benda-benda ghaib ni, bayangan hitam ? bunyi-bunyi pelik? Semua itu seakan tiada apa-apa, yang ada cuma perasaan takut saja.

Sebenarnya bukan cerita seram di zaman sekolah rendah yang aku nak ceritakan, sebab daya ingatan aku masa tu mungkin kurang. Jadi yang aku nak kongsikan ni kejadian seram sewaktu aku sudah memasuki umur lingkungan 20 an. Kejadian ini berlaku sewaktu aku berumur 22 tahun, 4 tahun dah berlalu, dan waktu ini aku masih lagi bekerja di KFC. Untuk pengetahuan pembaca, aku selalu balik pada waktu lewat.

Selalunya pada hujung minggu, akan ada banyak kerja yang dilakukan, dan pada waktu hujung minggu juga akan ada banyak penghantaran pesanan dari pelanggan. Dah namanya bekerja penat pun dah tak kenal, demi untuk meneruskan hidup. Kadang-kadang aku sendiri terfikir, sampai bila nak bekerja dekat KFC ni, sedangkan ada banyak peluang pekerjaan diluar sana. Tapi itu semua sekadar luahan dari mulut yang manis. Bagi aku bukan senang mendapatkan pekerjaan di tempat aku ini. Bila terlalu memilih pekerjaan, satu pun tak menentu dan akhirnya kembali lagi menganggur. Kembali kepada cerita….

Pada hujung minggu tu, aku telah menghantar satu pesanan ke satu tempat perumahan flat. Aku mula bergerak dalam pukul 8 malam. Perjalanan ke perumahan flat tu dalam 15 minit dah sampai. Tapi entah kenapa boleh berlaku perkara yang tak sepatutnya terjadi. Dalam perjalanan tu, tayar motor pula buat hal. Aku cuba buat panggilan dengan staff yang tengah bekerja masa tu. Pada masa tu, hati aku dah memang tak sedap dah. Dah lah kawasan yang sunyi, kereta pun kurang yang lalu. Aku cuba buat panggilan yang kedua, sebab kalau terlalu lama rasa nak tinggalkan saja motor ni dan minta bantu orang lain. Waktu tu aku rasa dah tak senang, kepala pun toleh sana sini. Perasaan aku pada tu, hanya Allah saja yang tahu.. Memang sangat menyeramkan tempat tu, biasalah sendirian katakan.

Dalam 10 minit yang berlalu, tiba-tiba tanpa sengaja aku seakan terlihat satu bayangan hitam berlalu seperti angin. Aku cuba sedapkan hati dengan mendengarkan lagu-lagu lama dari handphone. Dalam hati, ” Lama juga yang nak tolong aku ni. ” Tak lama selepas tu, staff dari KFC datang dengan kereta hilux. Aku rasa lega sedikit masa tu, terlepas juga dengan perasaan takut ni. Motor yang aku bawa tu terpaksa di angkat dan penghantaran makanan tadi, aku pun tak tahu sama ada di batalkan atau dah dihantar semula oleh pekerja yang lain.

Panjang lebar juga aku bercerita dengan staff tu, yang kononnya tempat tu memang tak berapa okay dan ramai juga yang bercerita dengan dia mengenai tempat tu. Aku sekadar mendengar cerita mengenai tempat tu, dan aku tak buka cerita yang aku terlihat satu bayangan hitam, lagi pula aku tak yakin sangat benda tu yang aku nampak. Aku sedapkan hati untuk cuba bercerita yang kononnya motor ni dah tak bagus tayarnya.

Setiba ditempat kerja, seperti biasa tiada apa-apa yang berlaku dan masa tu aku dah tak fikir sangat mengenai kejadian yang baru saja berlaku. Jam 10 malam aku pun bersiap untuk balik. Seperti biasa aku akan balik dengan motor persendirian. Dalam perjalanan balik ke rumah aku harapkan tiada apa-apa yang berlaku masa tu. Alhamdulillah masa menempuh perjalanan balik tu rasa tiada apa-apa yang berlaku masa tu. Aku fikirkan waktu tu dah tiada gangguan dah, sebenarnya aku silap.

Masa aku sampai dekat rumah, selepas dah selesai kemas rumah, mandi dan makan makanan ringan, aku santai di ruang tamu untuk layan facebook. Seperti biasa dah lepas makan sebelum tidur, aku layan rokok di kaki lima luar rumah. Rumah tempat aku tinggal ni adalah rumah flat yang ada ruang kaki lima luar tu, untuk tempat jemuran tau pun tempat bersantai. Aku waktu tu merokok dekat kaki lima luar rumah tu, bagi mengelakkan asap rokok berkepul di dalam rumah. Sedap-sedap aku layan tea panas dengan rokok panas. Alangkah terkejutnya aku, satu lembaga berdiri di tepi pokok dengan bentuk yang sangat besar. Pada mulanya waktu aku terlihat tu, aku fikir ia hanyalah bayang-bayang pokok, tapi bila aku perhatikan betul-betul. Yaaaaa…. Bayang-bayang yang aku fikir bayang-bayang pokok tadi bergerak, satu gerakan seperti kita mengangkat tangan kita sebelah. Barulah aku perasan masa tu, mata yang seakan kemerahan, berbentuk besar, memang sangat menyeramkan bagi aku.

Aku yang masa tu terpaku sekejap lantas membuang rokok dan terus masuk ke bilik dan hidupkan lampu bilik. Kali ini aku tidur dengan lampu yang terbuka. Tipulah kalau tiada perasaan takut masa tu. Aku memang sangat takut sehinggakan aku hidupkan surah-surah dalah handphone aku untuk membuatkan aku boleh tertidur dengan mengurangkan perasaan takut yang aku alami.

Keesokan harinya, alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Satu pengalaman seram yang menjadi coretan di ruang ingatan ku. Mungkin lembaga yang aku lihat waktu malam tu adalah lembaga yang aku lihat sebelumnya sewaktu aku menunggu staff tu. Apa-apa pun syukur tiada apa yang berlaku.. Sekian terima kasih… Salam jumpa lag di lain cerita…

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Lembaga Mengikutiku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.