Lendu

Assalamualaikum. For short call me Ka, 23 dan dah bekerja. Aku berasal dari pekan hipster di Perak. Aku start terbuka hijab ni since form 4 until sekarang tapi sekarang kena ada bukak niat nak nampak baru aku boleh nampak. Aku nak cerita sikit la history-s sepanjang aku belajar di sebuah uni awam di Melaka. Okayy boleh teka kan kat mana? Alah yang masuk paper tu. Yeah. Lendu. Before aku masuk belajar, family dah bawak aku and abah berubat serentak. Kebetulan sebab abah aku sakit so pakcik yang ubatkan aku bagi aku jadi kuat guna ayat pendinding apebenda ntah so bila aku nampak makhluk makhluk ni aku jadi tak takut. Okay sambung.

Sem1 (2012)
Masa first day MDS, baru balik dari DTS, memang penat gila kaki melecet and aku terus mandi pastu tidur. Aku kolej kediaman Tun Hamzah so masa tu agak kecoh la ustaz yang jaga kolej kami ni dah pagar keliling kolej, in sha Allah takda apa apa akan berlaku lah I guess. Dalam bilik bertiga, and aku tak pernah merasa duduk jauh dengan family hatta duduk asrama langsung tak pernah. So ni pertama kali aku duduk sendirian berhad kat negeri orang *nangis*. Aku tidur katil atas, bawah katil aku ada Na, antara katil ada meja study and seberang sana ada katil Da. Masa on the way nak tidur aku dah mamai mamai dah, sambil peluk bantal busuk, tetiba telinga aku tertangkap bunyi perempuan merengek nangis hmmm hmmm tepi tingkap bilik tapiiiii bunyi jauh so aku yakin dia tepi tingkap ni je. Aku terus macam biasa baca ayat kursi 21x sampai aku sendiri terlena last dengar bunyi siren kejut bangun oleh kakak kakak PMDS.

Second story yang tak berapa nak seram, aku baru balik lepak kedai depan kampus, kedai warna warni tu aku lupa dah nama dia. Masa tu part 1 anjing lagi so bertapak la ke mana mana nak pergi sebab lepas part (semester) 2 baru boleh bawak kenderaan. Balik kolej memang nak taknak kena lalu jugak jambatan Goyang Tun Fatimah, time tu si Sin dah tercelupar cakap, “Siapa lah yang buat kenduri tak ajak ni woi”. Masa tu atas jambatan tu tetiba je ada bau makanan macam masak rewang gitu. Guess what? Otw sampai tangki air area kolej Lekir, aku perasan ada Abang Tinggi, berbadan hitam tak nampak muka ikut panjat dari pokok ke pokok. Aku pesan dekat geng aku time ni, jaga mulut. Jalan cepat sampai kolej. Sampai bawah kolej aku ludah, pesan dalam hati kat benda tu jangan ikut aku lagi. Nasiblah bilik aku tingkat satu hujung tangga. Terus basuh kaki, masuk bilik. Malam tu aku tidur pasang lampu. Hehe.

Next, kami sekelas dok practice untuk Family Day (request dari senior untuk buat persembahan, kononnya sesi pengenalan) dari lepas maghrib macam pukul 8 macam tu. Habis practice, time tu dah 11 lebih. Abah aku dah pesan, jangan merayap merata rata (sebab aku baru nak recover dari terbuka hijab) tapi sorry bah, degil ? tengah syok lepak makan burger, layan Nan nyanyi lagu, tetiba ada orang menjerit belakang aku. Sumpah mati mati aku ingat dia tengah berlakon, rupanya budak tu kena rasuk. Dia menjerit jerit terbaring atas jalan tar, dengan bahasa yang kurang difahami. In real life, selalu aku tengok cerita rasuk rasuk ni dalam movie je! Kali ni real sumpah berdebar gila! Kengkawan terdekat aku yang tau aku ni boleh nampak, semua berpakat tarik aku and suruh aku balik bilik. Aku berlari kot. Sebab aku terkejut. Masa nak masuk kolej, terserempak classmate aku, orang Utara, Kak Pah, pesan, “Ka sebelum hang tidoq hang p basuh kaki ambik wudu’ hang selit pisau lipat atau benda benda tajam dengan Yasin tepi bantal hang, aku takut hang jadi apa apa nanti”. Sampai sekarang, aku tidur wajib ada Surat Yasin tepi bantal aku belah kanan, baru aku lena tidur kalau tak macam macam gangguan aku boleh dapat.

Lepas tu next day, Family Day which gather budak part 1 sampai part 6, 7, 8 ? masa tengah rehat rehat lepas game merapatkan silaturrahim, aku rehat dekat area pokok pokok renek keliling padang event kami tu. Tangan aku gatal gilaaaa nak cabut daun daun kat pokok tu, sampai Ty tegur, “Ka jangan cabut daun daun tu, entah entah situ “rumah” orang ke”. Bila Ty pesan, aku buat donno lagi, aku cabut lagi daun daun, sampai aku terpikir, tak nak cabutlah. Rumah orang.

Balik kolej, aku terus mandi, bersih diri. Satu tabiat aku, sebelum balik bilik aku terus singgah toilet basuh kaki, baru aku masuk bilik. Tapi haritu penat sangat, aku pergi letak bag, mandi. Aku lupa nak basuh kaki. Aku jenis tak tidur petang so aku tunggu sampai lepas isyak baru aku layan ngantuk ni. Tetiba dapat text dari Za, “Ka nak tumpang tidur bilik” aku pun balas “OK”. Kebetulan bilik aku kosong satu katil sebab masa tu roommate aku dah drop study atas sebab sendiri *sayang Da*. Dari jauh aku teman Za datang bilik aku yang kebetulan kolej dia kolej Ali je sebelah kolej aku. On the way nak tidur tu, aku dah siap baca doa and adab tidur, aku nii ada satu lagi tabiat. Sleep paralysis- sesiapa yang ada tengok cerita Insidious, aku ni macam anak dia cuma aku takda kelebihan nak keluar dari badan. Paling terer pun aku boleh balas cakap dengan makhluk tu je.

So start adegan sleep paralysis ni, aku dah terjaga tapi aku tak boleh bangun. Masa tu aku macam rasa kena tindih. Padahal bila aku baca fact, its sleep paralysis je. Masa rasa kena tindih tu, ada orang kat hujung kaki aku. Pakai baju putih. Rambut panjang. Aku bukak mata nampak dia samar samar. By the way aku ni rabun jauh teruk, so aku tak nampak. Aku malas layan aku tidur je. Bila rasa tangan aku dah tak boleh bergerak and nafas sekat sekat, aku bukak mata. Guess what, Kakak Jerung dah tekan tangan aku kat dada, dia marah gila. Kakak Jerung- rambut panjang kusut masai, muka dia ada mulut je dengan gigi tajam tajam macam jerung.

Aku: Kenapa kacau aku?
Kakak Jerung: Kau kacau rumah aku, kau rosakkan rumah aku, sekarang terimalah nasib kau tak bernafas hehehe..
Aku: Aku tak kacau kauuu!
Kakak Jerung: Aku taknak! Kenapa kau kacau? Kenapaaaaaa?????!!!!
Aku: Aku tak sengaja! Kau balik tempat kau! Pergi!
Kakak Jerung: Aku takkan pergi!!!!!

Aku terus baca ayat Kursi dengan sekat sekat, aku bangunnnnnn and duduk. Alhamdulillah, Kakak Jerung hilang. Aku pun teguk air bacaan Al-Quran yang ibu bekalkan kat aku. Itu je penguat aku masa tu.

Aku ingat, pertengahan sem 1 ni kecoh sikit sebab sehari sebelum viral masuk Twitter, Sinar Harian, memang dah huru hara lendu masa tu. Time tulah kecoh orang minyak la, saka la itu la ini laa. Tapi Alhamdulillah tak kena apa apa. Ada masa tu, pergi mana mana pun kena ada senior teman. Aku tak percaya bab orang minyak tu sebab tak logik pun and ada senior kata tu cerita lama. Wallahualam.

Satu harini kolej kami ada event dekat masjid, lepas balik je dari masjid aku terus basuh kaki semua. Tetiba kecoh dekat Tun Perak (the only kolej lelaki untuk junior), depe tengah practice hakka (for event lawan antara kolej, lelaki akan lawan hakka, perempuan akan lawan cheers) tetiba ada pulak adegan rasuk rasuk ni. Masa tu bilik aku dengan 2 bilik jiran (sebelah kiri and jiran depan) memang jenis bukak pintu bilik je (the only juniors yang berani buat bising kat level 1).

And tak semena mena ada bunyi azan dari surau berhampiran kolej kami (yang dekat Dewan Bentara). Time tu aku check jam dah pukul 12 tengah malam. Aku dah pikir, mana ada azan pukul 12? Teruk jugak budak budak ni kena. Tapi masa tu senior pesan, pastikan dalam satu bilik tu 7-8 orang Tidur. Bayangkan bilik yang muat 3 orang nak sumbat 7-8 orang sekali gus! Depe budak budak level aku ni pesan “budak Tun Perak kena rasuk lagi, so korang baca la apa patut”.

Masa tu masing masing dah fikir nak selamat je, aku pun masuk bilik sebelah aku, bertujuh kami dalam bilik tu! Haha. Sebelum aku masuk bilik si Ra, aku pergi kejap toilet ditemani si Kembar, dengan roommate aku Na. Masa aku lalu koridor yang menghadap betul betul Bentara, aku mata ni gatal sikit nak tengok keliling. Dalam samar samar gelap tu tak semena mena aku nampak Kak Ponti duk berdiri tengah tengah dewan tu. Masa tu dah tutup dah Bentara. Aku terus pandang depan, chillax, basuh muka ambik wudu’ terus keluar lari tak tengok Bentara dah!!

Masuk dalam bilik aku pesan kat orang dalam bilik tu. Baca ayat Kursi, yang mana uzur baca zikir banyak banyak dalam hati. Aku keep minum air bacaan Al-Quran, padahal dalam dada debar debar teruk tak boleh nak tidur. Tetibaaaa… kami dengar orang berlari, jerit jerit. Aku pikir positive je, PALAPES kot dok training. Setelah lama berjaga, kami semua terlena dalam pelukan masing masing hahahaha.

Esoknya, barulah aku tengok trending Twitter, #prayforLendu. Aku dapat tahu yang ada budak kena rasuk, berlari kena kejar dengan student lain sebab nak selamatkan dia, end up dia panjat Tangki Putih dekat Tun Putih. Jauh gilaaaa do dia lari!

Last story, ada satu hari ni aku tumpang bilik Za and Ya, time tu panas sangat aku rasa. Bilik depe ni kat level 3, Tun Ali betul hadap Bentara. Ngam ngam je aku kan pernah nampak kakak angkat aku kat Bentara. Aku tertidur lepas gaduh dengan ex aku (klishe sangat, sorry Mi❤️).

Aku tertidur, terlupa tanggal spek aku so mimpi aku semua terang time tu hahah. Time pukul 3 kot time tu, aku dengan Za terlena kat lantai. Si Ya dah berdengkur atas katil. Aku perasan tingkap bilik Ya tak tutup. Yang syoknya, mata aku ni terjaga terus tertancap ke arah hujung kaki belah kanan, hala tingkap, ada Kakak Ponti, duk bertinggung atas jendela tingkap. Aku bukak sebelah mata masa tu, aku terus fikir aku tak kacau dia, dia tak kacau aku. Okay aku sambung lena balik walaupun tak berapa nak lena sampai subuh. Alhamdulillah tak kena pape jugak.

Setakat tu sajalah cerita sepanjang tempoh kejadian viral tu, serius rasuk rasuk masa tu on and on and on. Non stop. Sampai aku dah lali dah. Hujung semester 1, aku demam sampai masuk iv dalam badan. Tapi dont worry, bukan sebab hantu, tapi sebab badan terkejut makan nasi heheh.

Thanks korang sebab sudi baca. Yang penting satu je, aku tak pernah terniat pun nak kacau benda benda ni, makhluk Allah jugak, tapi kalau dia yang gatal nak kacau, aku tak boleh nak buat apa redha jelaa. Ingat jauh mana kau pergi, apa pun kau buat, Allah tu satu je Tuhan yang kau layak sembah. To non muslim, stay je dengan agama and ajaran korang. Steady! Assalamualaikum ?

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

6 Comments on "Lendu"

avatar
Azza Ahsani

X paham betul.. mcm mana korg boleh biarkn tingkap terbuka waktu mlm?? Siap terjaga, ada plk yg tgh bergayut kt tingkap… lps tu boleh plk smbung tido.. masa aku blaja dulu, terjaga dr tido dgr plk bnyi plastik kene ronyok kt meja study, terus x blh tido smpi pagi.. kaku je takut nk bergerak.. nasib xde yg tegur “sorang sudah bangun”.. hahaha.. ape pun ko mmg berani… bg aku la…

Day

Bilik kolej zon c dekat lendu tu memang panas sikit even malam hari. So standard buka tingkap tu. Baru angin masuk. Kadang rasa tido nak buka pintu pun ada ?

safuan

uitm melaka mmg angker ckit..tambah kat tasik siti fatimah..jambatan xde tiang tengah.. (blok g@kasturi 2009-2011)

Faiez

Setahun setengah duduk Tun Perak, bila naik part 4 sampai grad. Waktu tu tgh sedih sbb kereta accident total loss(bagi member pinjam), ‘banyak’ yg dtg nak teman.. and siapa duduk Tun Perak, mesti kenal nenek dkt level 2 wing kanan tu.. nenek yg suka menegur.

amir

Tahun 2012 tu aku dah grad. Jadi x tau Tun Hamzah & Tun Ali tu kolej mana.. hehe. Tapi kolej perempuan mmg keras lagi2 bilik yg tingkap menghadap tasik. Ada classmate perempuan cerita yg junior dia kena sampuk sbab tegur bdk satu kolej dia yg tgh nangis sambil pandang tasik tu. Rupa2 nye bdk yg ditegur tu bukan manusia..huhuhu

Abudowski

Aku bukan budak lendu. So aku tak boleh nak imagine blok blok yang dinyatakan mcm mana rupa. Sekian

wpDiscuz