LIF BOMBA

Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha.

Aku ingin menceritakan sebuah kesah mengenai sebuah lif yang terletak di sebuah kondominium di Selangor. Kondominium mana tidak perlulah aku katakan tetapi ia terletak di kawasan Bangi, Selangor.

Pada cuti akhir tahun 2021, keluarga aku merancang untuk menginap di sebuah kondominium yang terletak di Bangi Selangor. Kondominium tu telah lama dibeli oleh ayah aku semasa dia menuntut, dan apabila sudah berkahwin dia meninggalkan kondominium tu dan berpindah ke rumah teres bagi tempat tinggal kami. Tetapi percutian kali ni ayah aku check in balik hotel tu. Kami merancang bercuti pada hari Ahad dan bertolak pada esok harinya.

Dipendekkan cerita, kami tiba di kondominium itu pada petang hari kira kira 6:30 petang. Ayah aku ambil kunci di kaunter reception sementara kami yang lain tunngu di kereta. Habis sahaja mengambil kunci, kami bergerak ke parking lot yang disediakan untuk meletakkan kenderaan. Setelah kami mengangkut barang barang keperluan, kami menuju ke ruangan lif bagi mencari tingkat bilik kami.

Dipendekkan cerita, kamu sampai ke bilik kami di tingkat 25 daripada 35 tingkat. Kami membaca bismillah dan ayahku membuka pintu menggunakan kunci yang telah diambil. Buka sahaja lampu kami meneruskan dengan kerja kami punggah beg susun itu susun ini dan seterusnya mandi dan solat pada malam hari. Selesai solat Isyak kami bercadang untuk makan malam di restoran, kebetulan di bawah kondominium ada kedai dan restoran, tampa banyak cerita kami turun ke tingkat 1 dan terus ke restoran bagi dinner kami.

Selesai makan malam, ayahku mengajak mahu berjalan ii melihat keindahan malam bersama sama. Tapi pada masa itu aku memang terlalu mengantuk jadi aku memberitahu ayah aku yang aku tidak mahu ikut kerana hendak tidur. Jadi ayah aku memberikan kunci spare untuk aku buka pintu dan mengingatkan aku jangan kunci pintu kerana mereka mahu masuk ke dalam bilik. Aku akur dan tidak lama selepas itu kami berpisah.

Aku pergi ke ruangan lif dan menekan butang untuk naik ke atas. Setelah beberapa saat menunggu ada sebuah lif yang terbuka untuk menjemput aku baik ke tingkat yang aku mahu, tetapi yang peliknya yang terbuka itu lif bomba. Aku dapat tahu kerana di atas ruangan lif tertampal di lif itu ‘ Lif Bomba ‘. Aku rasa aku boleh sahaja naik lif ini sebab yelah mana ada kebakaran yang memerlukan aku menunggu lif lain tiba lagipun pada waktu itu memang aku terlalu mengantuk akibat banyak makan di restoran tadi. Tanpa berfikir panjang, aku masuk ke lif tersebut dan menekan butang 25.

Setelah 1 minit berlalu aku memerhati aku masih lagi berada di tingkat satu sedangkan butang 25 pada lif itu menyala dan pintu lif sudah tertutup. Aku menekan semula tingkat 25 buat kali kedua dan lif tidak naik ke atas. Apalagi panas lahh, aku tekan butang itu beberapa kali dan akhirnya lif itu bergerak.

Dengan keadaan mengantuk aku terlelap beberapa saat di dalam lif sambil menunggu lif sampai ke destinasi yang aku tetapkan. Pabila aku terjaga dari lelap, aku melihat sekeliling kerana aku fikir aku sudah sampai ke tingkat 25 tapi lif masih tertutup. Aku pelik dan aku melihat ke screen yang menunjukkan tingkat yang lif tu berada sekarang.

Apa yang membuatkan aku terkejut, nombor yang terpapar pada screen lif tu menunjukkan angka ‘ 33 ‘ !

Macam mana pulak boleh sampai ke tingkat 33 sedangkan tombol yang masih bernyala di tepi lif ialah nombor 25 ?!.

Aku cuba menekan semua nombor 25 pada butang lif tetapi lif itu berhenti dan yang membuatkan aku panik ialah lampu di lif tersebut m**i secara tiba tiba !!! Memang panik.

Aku hampir menangis tapi aku teringat yang aku ada membawa handphone pada masa itu di poket seluar. ku mengambil handphone dan menyalakan flashlight handphone bagi membantu aku melihat keadaan sekeliling. Aku melihat suasa lif yang seakan akan berhenti berfungsi. Apalagi panik lahh !! Aku menyuluh ke butang lif dan dengan keadaan tangan bergetar getar cuba menekan semua nombor untuk memastikan berfungsi atau tak. Malangnya semuanya tidak berfungsi .

Aku panik dan menangis sedikit memikirkan nasibku sekarang sambil tanganku memegang fon flashlight.

Tiba tiba aku mendengar seakan bunyi bisikan sesuatu di telinga aku !!!

Suara itu aku dapat rasakan seperti ada sesuatu benda yang berbisik pada aku dari belakang ! Tetapi bisikanmya agak kurang jelas dan samar samar. Aku terkencing dan menjerit sekuat hati dalam 10 minit macamtu !

Akhirnya aku memohon kepada Tuhan agar diberikan perlindungan sambil membaca auzubillah dan bismillah sebanyak 7 kali sambil menangis. Dengan izin Tuhan suara bisikan tu hilang serta merta. Aku lega seketika tetapi tangan aku masih tidak berhenti bergoyang.

Alhamdulillah dengan izin Tuhan lampu bernyala di lif yang membuatkan aku merasa lif kembali berfungsi. Aku cuba menekan nombor 25 dan akhirnya lif berjaya membawa aku sampai ke 25.

Aku keluar sambil berlari meninggalkan lif bomba tersebut dan menuju ke dalam bilik dengan kelam kabut kerana takut dikejar makhluk tersebut.

Aku mandi dan tidur awal anda menunggu family aku balik ke rumah.

Keesokan pagi aku menceritakan kesah yang aku kena di lif semalam dan sepakat untuk tidak tinggal beberapa hari lagi dan bergegas pulang.

Itu sahaja kesah aku pada kalini. Nasihat aku kita kalau nak buat sesuatu kena lah berfikir panjang agar kita tidak terkena akibat yang buruk. Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 45 Average: 2.1]

1 thought on “LIF BOMBA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.