Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hi guys, kali ini aku nak share kisah seram terkena gangguan hantu lif puaka yang aku alami di kilang yang aku bekerja sekarang. Baru jer terjadi dalam dua minggu lepas tapi baru free nak share kat sini. By the way, siapa-siapa yang belum baca cerita “Hantu ATM” , “Pontianak di ruang tamu” dan juga “Hantu KERUSI GOYANG”, sudi-sudilah baca kisah seram yang aku share tu ya!
Pukul 7:30 malam adalah waktu aku mula bekerja. Department aku terletak di aras lima, kantin dan loker pula di aras satu. Jadi masa untuk thumb print adalah jam 7:15 – 7:30 malam. Hari tu aku agak terlambat sikit, pukul 7:20 p.m baru sampai, sebab jalan jem. Jadi aku memang terkejar-kejarlah ceritanya. Dahlah masa terakhir untuk thumb print pukul 7:30 malam. Kalau lambat sikit p****g gaji (padahal bukan salah aku). Naik bas kilang kot. Dah tu, jalan pulak jem. Tapi apalah nasib, ikut sajalah kan? So aku nak cepat-cepat pergi kantin letak barang dalam locker dan terus naik ke aras lima. Masa tu aku sorang jer. Orang lain dah tak ada sebab semuanya dah masuk production room.
Aku pun naik lif, tekan aras lima dan pintu lif pun tertutup. Then entah macam mana, lif tak berhenti di aras lima, tetapi berhenti di aras enam, iaitu aras yang ditutup. Bayangkan, terbuka jer pintu lif tu, aku tengok depan aku ni gelap dengan keadaan sunyi. Aku cemas dah time tu. Macam-macam yang aku fikir. Mana tahu nampak hantu ke, lif pula terpadam lampu ke, lif rosak ke. Sumpah, aku nak menangis dah. Berair jugalah mata wanita aku ni.
Aku tekan butang lima banyak kali, tapi tak bernyala. Langsung tak ada tanda-tanda pintu lif nak tutup. Aku cemas gila, aku cuba lagi tapi sama je tetap lif tak bergerak. Aku tekan butang interkom tapi tak ada siapa yang jawab. Aku terus terduduk, aku macam nak menjerit jer time tu. Tipulah kalau aku tak menangis, kan. Aku menangis gila-gila kot (haha)! Panik campur cemas. Daripada berair jer tadi terus berkolam.
Then aku terfikir, takkanlah lif ni rosak tiba-tiba? Even kalau rosak pun, mesti kalau aku tekan butang interkom, ada maintenance staff yang akan jawab. Ini tak lain tak bukan, mesti ada ‘benda’ nak main-main n. Nak mengusik aku. So, aku pun cuba bertenang, aku baca surah-surah lazim dan aku cakap dalam hati, “aku tak kacau sesiapa pun, jadi tolong jangan kacau aku. Aku cuma nak cari rezeki halal dekat sini.” Memang aku dah tak tahu cara lain nak buat, aku cuba jer lah cara ni, kot-kot berhasil, kan. Aku pun try lah lagi sekali tekan butang lima dan Alhamdulillah, bernyala pun lampu butang tu menandakan lif ni kembali berfungsi.
Pintu lif pun tersekat-sekat dan tertutup perlahan. Masa pintu lif tu nak tertutup habis, aku nampak bayangan hitam besar macam kepulan asap melayang depan pintu lif. Walaupun keadaan luar lif tu gelap, aku memang nampak dengan jelas! Bukan mainan perasaan. Aku macam terus kaku tak bergerak. Jantung aku laju je berdegup, macam nak pecah. Aku punya takut tu memang dah tahap macam nak kena sesak nafas. Perghhh! Nampak hantu lagi ke apa ni weh?! Apalah malang nasib aku ni hah? Masa dekat ATM haritu kena dengan kak pon (sila baca kisah Hantu ATM), yang ni kena dengan kabus hitam bayangan silam ke apa pulak ni? Stress wei! Stress jadi aku ni. Asyik kena kacau je.
Sampai je aras lima tu, terus aku tarik nafas lega sebab dah terlepas dari azab terperangkap dalam lif. Adalah dalam 20 minit aku stuck tu. 20 minit yang rasa macam dua jam. Ngeri beb! Dengan ternampak hantu lagi. Tapi kali ni aku dah kuat semangat sikit, tak adalah demam ke apa. Alhamdulillah.
Aku pun sajalah tanya guard dekat situ, kenapa aras enam tu tutup. Sebab dah hampir dua tahun aku kerja sini, memang aras enam tak pernah dibuka walaupun banyak product yang company aku buat ni sampai kena share production A dengan production B. Sempitlah dengan machine banyak-banyak, satu aras ada dua jenis barang berlainan nak buat, terpaksa berhimpit dan berkongsi tempat walaupun aras enam tu kosong. So, nak tahu apa kata guard? Dia kata aras enam tu dulu ada pekerja b***h diri akibat putus cinta. Semua orang kena kacau lepas kejadian b***h diri tu dan aras itu terpaksa dikosongkan sebab banyak kes histeria dan ramai pekerja yang terserempak dengan hantu syaitan. So kira puaka lah level enam tu. Dengan lif pun sekali berpuaka sebab tu tajuk cerita aku ni LIF PUAKA. Unik kan tajuk? Senang nak ingat (hehe).
Aku pun ada tanya dengan maintenance, kenapa tak jawab interkom aku, tapi yang mengejutkan aku, mereka tak dapat apa-apa panggilan kecemasan atau detect lif rosak. Sah! Memang aku kena game dengan hantu. Mengucap panjang aku masa dapat tahu tu, aku bersyukur sebab tak teruk sangat kena ganggu. Kalau tak, apalah nasib aku.
So guys, itu je cerita aku. InshaaAllah next time aku share lagi kisah seram lain yang aku alami. Hati-hati nak ke mana-mana. Sentiasa baca surah-surah lazim pendinding diri. Jaga-jaga, makhluk halus memerhati tu. Hee…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best. teruskan menulis.
Aku nak share cerita pasal lif jugak. Korang nak baca ke taknak lantak la aku tetap nak share. Haha. Maaf tuan cerita saya menumpang kasih.
Kejadian ni jadi pada mak dengan adik aku kt rumah makcik aku. Makcik aku ni duduk kat satu apartment area Jalan Klang Lama, level 9. Kat apartment tu ada satu mini market, level G. Long story short, lepas dah bergosip apa semua malam tu mak dgn adik aku nk balik la, so pergi la tunggu lif. Lama jugak baru dpt lif. Lif pulak kosong. Mak aku dgn adik aku je dalam tu. Mak aku tekan lah button G. Dari level 9, lif tu turun dan berhenti ke setiap level (8,7,6 etc). Bila lif terbukak takde orang pun yg naik. Mak dgn adik aku pelik la. Sampai tingkat 1 dan maksudnya kejap lagi akan sampailah ke level G kan (dalam kepala mak dgn adik aku) tapi bila lif terbukak, mak aku tak nampak kedai yg sepatutnya ada kt situ. Bila mak aku toleh dinding, level 10! Mak dgn adik aku masuk balik then baru lif tu laju turun sampai level G tanpa berhenti lagi kt mana-mana level. Itulah ceritanya. Sekian. Salam 1 Malaysia.
Dahsyat jg tu
biashe biashe je bebi
Ni shortcut kau p****g turn ke apa ni armyy. hahaha tapi dahsyat citer kau ni, nasib baik Mak kau berdua ngn adik. Kalau sorang?
mak aku sorang pun dia takde hal. dia berani. sekarang ni pun dia duduk sorang kat Melaka. watlek je
Menakutkan jugak ni… Buat la full story
tu dah habis full dah tu hahaha
serem. takut pulak nak naik lif. (konon)
aku pun ade cite jugak. Kisahnya macam ni. Satu hari tu, aku naik lif. Yang aku naik ni lif bomba, besar sikitlah. aku naik sorang-sorang. Rumah aku tingkat 4 je. Hari tu aku rasa lama lain macam. Aku buat derk jelah sambil main game kt hp. Lagipun lif tu mmg slow pun. Tak lama lepas tu lif tu terbukak sendiri, ada orang masuk. Long story cut short. Rupanya-rupanya, aku tak tekan tingkat 4 pon. Patut tak begerak-gerak. huuuu~
hahahaha..gila..penat aku gelak..
nama acik ni berubah ikut situasi ke? huhu. Jangan gelak sgt, batal puasa
Nama acik bertukar ikut tahap kelaparan..
aku rasa kau yang menyeramkan. hmmm
Hye..nak jadi anak ikan acik x?aumm
acik.. please behave kalo taknak berbuka dengan sup kaki nanti hmm
Acik lupa..maap kan acik..acik khilaf..acik insofff nak..😌
hye.. bila masa pulak ikan pandai mengaum? meoww
acik ni kacuk harimau+ikan=harikan..
ko ape tahu..meh la jdk anak ikan acik..aumm
HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA CITE APE KO NI??
cite seramedi lah. hahahahaha. plis, jangan kecam saya.
saia ta kuad awa~
aku ingatkan ko berat terlebih muatan. sebab tu lif tu naik slow. hhahahahahahahah
barbie toncet. hahahahahahahaha
hahahahahahha ko nak carut aku sebenarnya kan?? sabar weh..
kau dengan lif.. sama2 menyeramkan. hahahaha
diam. nanti org tahu. huhu. ai maira, baru muncul ke? haha
mintak ijin tumpang komen, hahahaha. Tumpang yerrr
adalah juga pengalaman dengan lif Pejabat. Masa tu belum Maghrib lg pun. Inside tu bermula sebaik saja aku mosuk lif dari tingkat 2 dan nak turun ke aras tempat kereta bawah tanah. Maka menyalalah lampu butang lif yg ku picit tu. Seblm lif turun ke aras yg di kehendaki td tu iaitu ke aras bawah tanah, tetiba 6 punat aras 10 hingga 15 beryala secara serentak dan terus Naik dgn cepat. Dan pintu lif terbuka dan tertutup secara perlahan setiap satu demi satu aras tersebut. Setiap tingkat tu tiada siapa pun. Dan bbrp aras di tingkat tu mmg telah kosong sebab telah berpindah ke tempat lain. Dah le aku sorang² dlm lif.
Selalu kalau nak naik lif sorang-II memang rasa meremang. Mungkin imaginasi or bayangan aku jelah kot 😅😅 tapi kalau paling seram lif dekat s’pore sebab boleh nampak luar
Yes second
Alaa lmbt komen
aku pun pernah jugak tekan level b1 tapi bile aku tekan lift tu terbuka kat level 4 then takde org , aku tekan lagi level b1 sama jugak lift terbuka kat level 4 then masa tu aku dengan akk aku dah cuak😂, apa lagi dah start nangis , tertiba dalam 2 minit baru sampai kat b1 , apa lgi aku dgn akk aku lari pergi naik kereta cepat ii. . Rupanya aku dgn akk aku terperangkap kat lift dah 30 minit, ingatkan baru 5 minit . macam mana aku tau ? sbb setiap kali aku naik lift mmg aku akn tgk jam aku dlu😂dah jadi tabiat aku .Aku dengar ramai jugak yang kene then menurut cerita org level 4 tu KERAS sikit
Kat mana tu… Level 4 bangunan apa? Area mana?
Seram 😣
Semua nak cter pasal. Trylah lif kat warta bangi after 12 masuk sorang2.. hehe..tingkat 5 dah lama x buka, tingkat 6 langsung x pnh buka sejak wujudnya pasaraya tu. Klu siang mmg tekanlah no 6 tu mmg tak nyala2 tp mlm2 time xdek org pnh lif tu nek sampai tingkat 6. Hahahaha
Full story pls
Story lh..
Wujud lg ke warta bangi tu?acik igt da lupus da..tp siang2 naik lif tu pun da seram..ni kan plk naik tgh2 mlm..kehkeh
tukar jadi kipmall acik.. tapi dah biasa sebut warta melekat dah
Hahaha..masa zmn acik muda2 dlu acik selalu main boling kt warta..boling ade lg x?
ade ke x sy xpasti laaa, last tgk mcm dah xde staff sgt.. pecah2 habis track baling boling tu hahaha
series laaa bro? aku dok bangi pun xtahu warta ade sampai tingkat 6, hahaha.. tapi mmg ko pnh naik tingkat 6 tu?
Dahsyat juga kau kena. Not sure la, tapi banyak citer pasal lif berpuaka ni. Aku pernah kena, tapi malas ah nak share. Hahaha
Cerita ni best la kak
seram…selalu gak kena cmni
haha bab lif nie mmg scary.saya pernah kena dgn geng officemate.masa tu lunch so cadang nak pergi lunch dekat jusco area office tu ja.ada la dlm 4 orang time tu.biasa la seronok sgt gelak mcm pontianak.last2 kena uji.nak tekan level 1 utk pergi makan last2 dia bawak kami ke level apa ntah.gelap gelita sunyi sepi.mmg bangunan yg tak ada org.mcm lot parking yg tak pernah bukak ja tempat dia bawak pergi tu.bukak ja pintu lif sy terus tersandar ke belakang sebab takut sgt2.antara 4 org dalam lif tu sorang ja gagahkan diri pergi tekan button ttup dekat lif haha.paling kelakar pintu lif tu tak tutup2 sampai salah sorang kawan sy pergi tekan button ttup pintu tu.haha pnya la hanat syaitan tu mengusik.
Seram 2. Teruskan berkarya.
Setakat ni ruang komen bersih..Hehe tak de unsur2 negatif. Ini yang kita mahu. Masing2 memberi komen yang membina dan bukan komen menjatuhkan individu.
Alang2 tu aku pun nak share satu cerita pasal lif yang naik… Cerita betul ini disampaikan oleh kawan aku sebab pernh terjadi. Kawan aku cerita di dalam lif masa itu ramai juga tapi xpenuh. Kiranya semua nak naik atas. Tetiba lif terhenti.Diorg pun call pegawai keselamatn buka lif. Lama juga nak buka pintu lif dan akhirnya berjaya. Tapi masalahnya lif berhenti antara dua tingkat. Nampak separuh2. Dengan bantuan semua orang pada tempat kejadian seorang demi seorang brjaya dikeluarkan. Dipendekkan cerita , Alhamdulillah semua selamat dikeluarkan. Nasib baik masa keluarkan mangsa, lif tu tak berfungsi naik atas. Kalau tak jadi cerita lain pula. Itu sahaja. Terima kasih membaca.
Kite tunggu sampai tgh ari..kalo kotak komen masih bersih acik bersyukurrrr sgt..keh keh
kannn .buat hilang mood je klu ad yg komen negatif tu .bagus jugak dia tak masuk kan acik ,harap macam tu lahh
Ye..acik xleh tgk org gado ni..nnt acik nk join plk..keh keh keh..nabella da lunch?
lunch mende nye acik .puasa lah acik .hahhaa .acik puasa penuh tauuuu .nnt tak dpt duit raya
acik da monopos..konfem la full puasa nye..huhuhu
ko jgn ajak acik mkn..acik cpt tepengaruh dgn anasir2 jahat ni..
kahkahkah
Seram leh tahan..
Acik pun nk cite psl lif jgk..aritu naik lif ramai2..tgh syok2 tarik napas tibe2 ade bau telo tembelang..penat acik tahan napas..sekian cerita seram acik..
Acik, bau telor tembelang= gas tersembunyi ae? klu bau tu memang seram dan menyakitkn hati. hehhe
Uishh..seram ngat2..mengigil acik tahan napas..hahaha
sama dengan nasib yg menimpa aku kat apartment aku.. fuhh seram ek baca…
Hg cite ah sikit.. aku nak baca hmm
ni khairul H keww??cite cikit..acik nk dengar jgk cite seram kamu tueww..
acik.. acik tolong tanya kat si H ni.. H tu untuk ape? curious aku nak tau cik.. H untuk Hazrul ke.? Aulohhhhhh.. hahahahahhaha
jangan ditanya, kang ko kena marah. haahaha. Hazrul? Patutlah ko curious nak tahu sgt H untuk apa. haha
asal sebok sgt nak tahu name aku ni?…
jangan ko cakap H tu untuk Hakim? huhuhu,
alahhhh.. saja je nak berkenalan dengan ko.. bulan baik ini, elok lah kita mengeratkan hubungan silaturrahim huhu..
alahhhh MeD.. kot2 lah H untuk hafizi ke.. sodap jugak nama tu. hahahahaha
Meh la acik bgtau apo namo si H ni..Khairul Hensem kan??kan??
wakakakakaka. Khairul Hensem. Aummm~ pur purr grr grr gong gonggg
huishhhh.. Hensem ke?? kurrr kurrrr ~
Seram ke biasa je
bab lif ni mmg kecut perut kalau aku yg ade kat situ. xboleh bayangkan kalau aku kat tempat kau
kes aku kat lif lagi macam hanat. aku nak ke tingkat sepuluh dia bantai bawak aku pergi tingkat 15. tingkat 15 tu dah lah segala puaka punya tingkat.
kau keluar je kepala siket, jenguk ke kiri dah bole nampak bilik kak pon kalau ko bertuah ko boleh nampak dia bersidai kat ampaian. dia punya seram aku sikit lagi aku nak tercirit.
Hahahaha ape lawak kau ni alahai ayat buat cerita penuh larh. komenn kau menarik perhatian aku XD
kahkah bodo lah ko dean….
bodohkan ko balik huhu.
ahh malas. aku tak reti mengarang aku reti komen je huhuh.
kau naik lif mana ni ni dean sampai ada ampaian bagai. hahaha
ampaian tu peribahasa bertenggek dalam kamus rekaan aku. huhu.
laa kau pun ade kamus juga? ingatkan nasa je yg ade kamus persendirian hahaha
oh yeke. baru nk bangga diri aku org yg pertama create kamus rekaan persendirian. aku kene berguru dgn nasa la yedak? untok praktik kamus aku jd sempurna. huhu.
kau bergurulah dengan dia. untung2 kamus kau boleh berjilid-jilid macam dia. setakat ni, nasa punya kamus dah masuk jilid ke7.
aku merasakan aura yg tinggi bila nk berdepan dgn nasa ni. ape ini perkara biasa? goodluck kan aku maira. maseh.
Auloh kau ni dean. hahaha good luck btw
HAHAHAHAHA kira pon tuh bersidai sambil bertenggek larh eh dean????
Auloh nama kau.. aku tak tahu nak bunga ke tahi ke lembu.. hahahaha
ape tahi sangat nick kau ni tahi?
Apesal avatar kau comel sangat dean?…. Kita betuka kau hamek aku punyerrr…
Auloh kau hantu gigi. nama kau buat gigi aku ngilu hahaha
senang kau berkata kata wahai hantu tade gigi? teringin nk bertukar dgn aku? kau fikir aku ni seperti spende yg kau pun belum tentu tuka tiap hari ahhh jgn kau mimpi. huhuhu.
ko tahikan aku dean? kuajaqqqqqqq. tahi aku pon aku bunge tau. ko ape ade? hummm murung aku lahhh
aku dah lama tak bau tahi lembu sejak pindah obersea ni. hurm
4 bulan lagi ko hidu lah tahi lembu puas2 beb. hahahahahah
hahahahaha. tak sabaqqqqqqqqqqq
nak bungkus bawak balik rumah pun boleh beb.. souvenier. hahahahahaahahhaha
Ape ni dean hal spender bawak bincang tmpt lain ah…. Kantoi sepender aku pakai sebulan xtukaa… Ummmm….
huiii, seramm bak hang cite ko ni. lama tu! 20 minit, lagi 10 minit setengah jam dah. huhu. nak tanya, bulan puasa ada hantu tak?
aku bagi 5/5, sebab aku susah nak baca, sekali aku baca, aku suka cite ko. best.
tukar nama blh??acik tebayang sepaisicikenmekdilaks..erm..
mmg tu niat saya mokcik. apalagi mokcik pegilah drive thruu
Kite share nak?sama2 kenyang nnt..keh keh keh
cikpeah lak kene mase tue balik keje lambt dalam jam 2pagi mmg flat dah sunyi.mase dah masok dalam lif pintu tak tutup2 bila pintu dah nak tutup tibe2 muncul pmpn cine masok.y jadi seram Nye terase die berdiri betol2 belakang cikpeah sbb ley rase mcm ade hembusan dekat telinge.terus cikpeah turun tingkat 3 mencicit lari naik tangga rumah tingkat 5.
Hahaha..nape acik rs kelaka plk ni..cikpeah x tgk belakang ke?tah2 die saje2 hembussss..😂
acik oii komen acik ni kelakar. *saje hembus….*
muke pmpn tue pn dah seram tak terdaye dah nak tengok belakang acik oooooo..buat Nye bukan orang tak pasal2 cikpeah tido dalam lif tue…ahahhahaah
9/10 untuk setori anda..
Tu je??ulasan & komen membina xde ke?penat acik tggu ko komen nakk..
*merenung ke luar jendela sambil miming lagu lagi syantik
Lagu syantik tu acik kena minta nasa yg cover.. dia sorang je minat lagu tu..
satu je yg tok fikirkan..
dia punya masa thumb print paling lewat 7.30pm..
dia datang 7.20pm..
sangkut kat lif 20 mnit..
lama tu.. p****g brapa bnyk.. boss dia patut pinta ke ground-floor..
tok. sape acik puaka tu? rajin tok layan? hahaha
dari apa yg tok tau.. dia dulu pernah jadi ibu kepada adik nasa kot.. aulohh
wakakakakaka. hebat lah tok. dah2 acikpuaka, nyah kau dari sini. shuh~
hahaha..camne ko tau singkong??penat acik belakon..
tah mana la anak aku tu skg..da crk ibu baru agak nye..
boss dia patut pinta ke ground-floor..
pinta apa? tok nak pinta apa? cakaplah.
chinese slang cak.. kau budak lagi.. apa kau tau..
dia thumb print lepas stuck 7.40pm. p****g 20 minit.
kalau sehari gaji dia RM50/8jam =RM6.25 sejam
dekat RM2 rasenye tu dia kena p****g.
hahahha
gaji sehari aku RM125. Tolong kira maira? Ko kan akauntan. huhu
2 ringgit bole beli sandwhich telor.. rugi juga tu..
MeD gaji kau RM0.26 x 20minit =
hahaha total sendiri la
ye tok..2 ringgit boleh beli air tembikai. tambah singgit lagi dapat tembikai laici.
alahhh, aku tak reti nak kira minit. huh~
kau suruh tok kirakan la MeD.
tok free punye kalkulator besar tu. haha
Ngee,.. Scary tau kalau ‘mende’ tu main2 berkait dgn lif ni.
lif bnda yg aku turut sama fobia
Setahu ak la kann.. Majikan tak boleh suka2 hati p****g gaji sbb pekerja dtg lewat.. Majikan kna bagi notis/surat amaran.. Korg boleh buat report jemaah ni 😝😝
Anywayss, not bad.. Boleh tahan seram 💪
x semua majikan bgi warning letter dlu.. ada yg akan direct ptong since drng da bg pencerahan akn isu itu dalam surat pelantikan..
Xdak nya mcm tu.. Kalau bab nk p****g gaji ni laju ja majikan buat. Aku keja kilang elektronik kt Penang pun camtu derr.. Sampai time nk solat waktu pun p****g gaji… Redha ja lah…
next time jangan guna lif… guna tangga je… exercise sikit… jangan malas…
kalau tingkat 15? nak kena naik tangga jugak ke? huhu
naik je lah.. kalau nak terbang pun ikut suka kau lah..
rumah ko ada tangga tak??
ada rumahtangga…
lahhh, dah ada rumahtangga. ok. #tilljannah ye.
habis tu? kalo rumah tingkat 20 camne? nak panjat ke?
tak payah.. you tunggu je sape sape angkut you pi naik atas..
salah 1 sebab ngape aku xsuke naik lip sensorang huhuhu
takpe, nanti kita naik sama2. sambil pegang tangan.
merata kau hari ni ye.. haha free ke tu?
harini je aku tak busy. sempatlah melilau kat sini. hahahaha. semalam aku busy ! rasa tak bejalan atas tanah.
ye ye je semalam ko tak busy.. huh!
hahaha semalam aku bizi sampai buka dekat opis.
apani FF, jangan buruk sangka. Betul aku busy. hmm, tak pecaya tak apelah. hmm
ohh maap sis typo…
*ye ye je ko busy semalam.. huh!
jarang aku nak percaya dekat ko meD hmm
jom lah
awak jom dengan sape ni?
dengan adudu kotak hijau.. ohh mak ko hijau!
ape korg merepek kt sini haaa???datang si sani abes korg kene maki..
keh keh keh..
jangan diseru acik. acik mulut acik ni kadang boleh tahan juga ea? hahahaha
Demin~~~ takde up cite baru ke?
cc : Admin
admin tido tu.. lunch hour ni.
ptg sikit demin up..
mesti tok ni demin. hai tok sejak bila take over ni? hahaha
buat keje tu cepat sikit, jangan asyik mengular je, harini satu cite takde. huh. penuh dgn komen mengarut je. huhu
kepala mengarutnya kau la kan? hahahaha
Kau rupenye medi..
Kenapa awok? Awak kenal kite ke? Huhu
Seram pulak nak naik lif sorang2.. btw nice story, kipidap
Hahahahah.. comel jer korg.. merepek meraban.. korg mmg kenal sesama sendiri ke
baca nama ko je dah boleh buat aku lapar walaupun ko hanya sekadar panadol. hmm. anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala??
Hahahahaha ade kott
hahahahahahahha sakit sebab lapar kot haha
Siot.. baca pon mesti kena ikot macam iklan tu.. Automatic siakk..hahahahaha
hahahahaha comel alien ko. sama macam bentuk panadol gak. hahaha
haha kitorang memang dari dulu camni panadol. alah kalau tak kenal pun boleh je komen.
saya tidak kenal mereka.. saya hanya komen berkenaan dengan cerita..
ye betul. saya tak kenal pun Singkong & keju yang bermuka badut tu. hahaha
*tok..jangan over tak nak mengaku
Maira..Kau komen ayu2 jer kat sini.. xsangka kau boleh gaduh ngan budak bajet tu.. hahahahaha..
Sapa bajet. Kau lah setan
Wahhh… Tqqq.. camna kau tau..
jangan jadi kacang please.. hahahaha
Sesungguhnya tok d hack.. hmmm
*Percayalah
i trust u bebi
tengs bebi.. yom iket
tok sembunyi sikit..bulan pose ni. haha
weh. dah tak boleh edit komen ke sekarang? habislah aku. habislahhhh
Pffft lah lu. Tok lah apa lah
ko nak jadi tok tak hasani? jum lah jumlah
Dia x sunat lagi cak.. x bole jadi tok..
tak sunat lagi? patutlah dia macam ” ibarat tikus baiki labu”
Tok da sunat ke?acik tanya je..🙄
ibarat tikus baiki labu.. labu tak dia kenal.. tikus dia x layak..
tok seminggu 3 kali p****g..
ada panadol lebih tak? sakit kepala puasa ni.
B**i siapa yg seru nama gua kat sini
Hoi aku yg seru kau mangkok….
silap tu hantu. mangkuk hayun adalah lebih tepat utk si bebal ni.berani kau terjah dia yee.
Garang bebeno dean ni..baik2 tecirit ye nakk..risau plk acik nengok nyee..hehehe
Eh ade ko..igt da insofff..
LIVE UPDATE : Nasa round bazaar romadon gais.. dia x singgah gerai no 1..
suruh dia singgah gerai no 3, dengar kata sedap ayam golek dia.
Dia puasa ke? tok suka gerai paling hujung..
kedai hujung ada apa tok? cuba buat live sana.
kedai hujung gelap sikit.. nak test makanan orang x nmpk.. haha
Hahahahahahahahaha pandai tok pilih gerai. Lagi hujung lagi afdal. Hahahahaha
Suruh singgah gerai no 7.2..acik tggu kt sana..acik ade jual sutun goreng..
lepas beli sutun dari acik, pi sedekah sutun tu kat hasani. kasi dia lembut sikit. huhu
Kenapa 7.2. Lagi 0.3 mana acikpuaka?
dia bukannya x singgah. gerai tu taknak terima dia. hahahaha
tok kalau buka gerai pun.. nasa tok bleklis
Tahap keseraman bg hakak 7/10..
Bolehlah
Ok best
Sesungguhnya aku lebih rela naik tangga hihi 😅
Weh banyaknya komen. Pakat2 kongsi kisah masing2 dalam komen ke?
Kepada penulis, aku baca dengan penuh penghayatan cerita ni. Seramnya kalau duduk seorang dalam gelap gitu. Fobia tak naik lif lepas tu?
seram gak..hhuhuhu
hai AA.. saya FF.. hahahahaha
perasaan apakah ini.. hmmm
auloh.. apeni? bila i buat benda ni? i kena hack yg.. huhu
Auloh yg.. i paham u d hack..
thanks memahami. muah! ehh
best! seram. penah kene gak dulu masa duduk kt flat area sg ara penang.
Wow seram2 9/10 mengigil kaki
Sya baca dgn penuh penghayatan. Rasa mcm diri sndri pulak ddok dalam lif gelap mcmtu😅
aq dari dulu lagi mmg gerun la juga naik lif ni…sebab taku mcm dlm cerita ni la..haih..problem2
Allah.Taubat tak naik lif curi2 lagi dah la tingkat 8 kawasan larangan.Jauhilah dari terkena camni bila naik lif sekolah nnti.
Sesungguhnya kebnykan lif msti akan rase seram kan..
Ape lah dah stress2 Pegi b***h diri kat tempat public, kat dunia dah menyusahkan dah m**i pun menyusahkan
Komenn paling panjang dlm episod hantu lift..