#liya: Pengalaman Seram 2

Assalamulaikum semua para pembaca fiksyen shasha sekalian,tengah melayan fiksyen shasha ke?hati-hati nanti ada “seseorang”join sekali ikut membaca jugak :p
Pertama sekali terima kasih dekat admin sebab sudi publishkan cerita aku “pengalaman seram” tempoh hari. Aku ada terbaca komen tidak elok membiarkan pinggan mangkuk di dalam singki terima kasih atas nasihat. Kejadian itu sebenarnya berlaku pada tahun 2003,bukan pada tahun 2007 aku lupa dah tahun bila punya kejadian hahahaha

Tapi kali ini aku nak ceritakan pengalaman dirumah lain pulak.(rumah kakak kepada suami kak feroza) kejadian ni berlaku pada tahun 2005,

Selepas kejadian dirumah sewa dulu kak feroza mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah tersebut mungkin tidak tahan kerana sering diganggu.Waktu Siang pula dengar bunyi mencakar di dinding, manakala waktu malam pula macam-macam bunyi lagi kak feroza dengar,bahkan anak kak feroza yang sulung asyik demam diganggu.

Okey sebelum aku ceritakan pengalaman aku dirumah tu,aku nak bagitahu kawasan rumah ini ada satu pokok ciku berhadapan dengan bilik kak feroza dan makcik aku(mak kak feroza) kalau tak silap aku, pokok ciku salah satu tempat tinggal” benda”itu betul ke?

Sebab suami kak feroza pernah cerita sewaktu dia lalu dekat pokok ciku tu masa waktu maghrib dia dengar ada suara seperti psstt psstt sebanyak 3 kali berturut-turut,suami kak feroza terus berpaling tengok ke arah pokok ciku tersebut dengan tiba-tiba dengusan suara seperti marah. Apalagi suami kak feroza tadi terus meremang bulu roma dan terus membaca surah-surah. Masa ini aku tak tahu lagi cerita pasal pokok ciku tu,kalau aku tahu nak lalu depan pokok ciku pun aku tak nak hahahah

Pengalaman 1: Bunyi apa itu?
Malam itu aku,kak feroza dan kakak aku(kak kyra bukan nama sebenar)duduk berbual-bual didapur sementara menunggu kak feroza membahagikan kerja untuk aku dan kak kyra.

Kak feroza : liya,kyra malam ini tolong kakak potongkan bahan-bahan untuk karipap boleh tak? Sebab tadi kakak lupa nak p****g.

Aku&kak kyra: boleh je tolong,banyak tak bahan-bahan tu?
Kak feroza: tak banyak pun,liya tolong kupaskan kulit kentang dan cincang kentang. Kyra lak tolong hiris-hiris sayur kacang panjang ni nanti. Kita duduk dekat ruang tamu depan sana tu,sambil tengok cerita hantu dvd entiti tu nak tak?
Kak kyra: haish kau ni,dah lewat lah nak tengok cerita hantu tu.
Aku: tak nak lah kak,sekarang dah pukul 10.30 takut laa
Kak feroza: alaa jum lah kakak kan ada

Lalu kami pun pergi ke ruang tamu utama untuk meneruskan kerja-kerja yang dibahagikan oleh kak feroza tadi. Malam tu hanya kami berempat sahaja berada dirumah,suami kak feroza masa ni duduk dalam bilik manakala, makcik dan anak-anak kak feroza pulak bermalam dirumah abang sulung kak feroza. Masa diruang tamu, kak feroza terus pasangkan dvd cerita entiti tadi.

Aku dan kak kyra masa ini sedang memotong bahan-bahan tadi. Sebenarnya kak feroza masa ni berbisnes kuih muih untuk dijual bagi mengisi masa lapang untuk mencari rezeki lebih. Masa ni suami kak feroza sempat menjeling kearah kami bertiga,”syg asal bawak diorang tengok cerita seram malam-malam macam ni?tak takut ke?”suami kak feroza pun berlalu pergi keruang tamu lagi satu.

Sedang kami berdua memotong bahan-bahan tadi,aku rasa tidak sedap hati seolah-olah ada seseorang memerhatikan kami bertiga dari jendela belakang dimana tempat kak feroza sedang duduk. Aku cuba memandang kebelakang,aku lihat wajah kak feroza sedikit cuak lalu kak feroza pun” kakak nak duduk dengan suami akak dekat ruang tamu sana,korang tengok lah cerita tu dulu”

Kak kyra : la cakap nak buat adunan tepung untuk karipap tadi?
Kak feroza: tak apa esok pagi akak bangun awal buat adunan karipap.

Aku dan kak kyra hanya mengiyakan saja sambil menonton cerita dan buat kerja tanpa bersuara. Tiba-tiba pintu utama yang telah dikunci berbunyi sebanyak 3kali(ala bunyi lock kunci yang buka dan lock banyak kali tu).

Aku dan kak kyra terus bangun dan memanggil kak feroza sambil berlari keruang tamu lagi satu.
Kak feroza&suami: kenapa ni?kenapa dengan kamu berdua?
Kak kyra: pin pin tu tu ituu,berbunyi tadi macam ada orang main lock pintu,takut la
Aku masa ini,diam sebab terlalu terkejut dan takut. Suami kak feroza cuba menenangkan kami berdua dia cakap”takpayah takut lah,angin jer tu”
Kak kyra&aku: angin mana lak,sedangkan kat luar tu takda angin pun.

Dah-dah jum kita pergi sana,ambik bahan kuih tadi,belum habis lagi kan kerja tadi?jum akak teman. Masa ini aku rasa, aku p****g kentang tu dah sepantas usain bolt cepat sangat mungkin sebab takut ahhahahah
Dah selesai semua kerja dan mengemas,kami pun duduk diruang tamu satu lagi. Tiba-tiba gate diluar rumah digoncang agak kuat. Suami kak feroza pun terus bangun untuk melihat kejadian yang berlaku diluar.

Semasa suami kak feroza mengintai dari jendela anjing jiran sebelah tiba-tiba menyalak seperti melihat sesuatu. Wajah suami kak feroza pun sedikit berubah setelah melihat kejadian tadi. “takda apa lah,anjing bergaduh jer tadi depan gate,malam ni kita semua tidur kat ruang tamu” belum beberapa minit suami kak feroza melihat diluar, pintu dapur pulak diketuk kuat seperti diketuk menggunakan batu,bagai nak pecah jer tidak pintu tu,tiba-tiba bunyi cakaran pulak di pintu dapur selepas bunyi ketukkan tadi.

Secara tidak langsung kedengaran suara halus yang menyeramkan seperti “nak masuk boleh tak hihihihi” dengan hilaian ketawa”kami tak kacau kau,kau jangan kacau kami lah setan!” dengan serta merta bunyi ketukan cakaran dan hilaian tadi pun hilang. Aku,kak kyra dan kak feroza masa ni dah cuak sangat. Kami bertiga tidur bersama-sama,aku ditengah-tengah antara kak kyra dan kak feroza,manakala suami kak feroza pulak tidur di hujung sana(kesian suami kak feroza tak kena pelok)hahaaha

Pengalaman 2: siapa “perempuan” itu?

Kejadian ini berlaku dirumah yang sama jugak,masa ni makcik dan anak-anak kak feroza dah balik 2 minggu selepas kejadian tu, anak sulung kak feroza masa ni dah 5tahun dah kalau tak silap, masa aku tengah duduk dekat dalam bilik,anak sulung kak feroza bagitahu” antie-antie engok tu, antie ada awan lah, kat tepi antie tu aaa akutttt”(aunti-aunti tengok tu, aunti ada kawan lah kat tepi aunti takutttt) terus anak sulung kak feroza menangis semahu-mahunya asyik sebut “akut..

Aku ada atu”(takut takut ada hantu) aku apa lagi “hey tak boleh cakap camtu dah jum kita g luar”nanak nanak ada atu kat intuu tu,atuu puann uruk uke nak ekut ite”(taknak taknak ada hantu kat pintu tu,hantu perempuan buruk muka nak ikut kita”

Aku terus membaca surah, surah aku baca pun aku tunggang langgang sebab takut dengan keadaan anak sulung kak feroza menangis (masa ni aku dah tak terus menangis terus taw haha). “antie dukongg aye,akutt atu tu erbang(aunti dukung saya, takut antu tu terbang) aku terus pulas tombol pintu, bukak pintu terus keluar dari bilik tu, nasib baik aku tak nampak wajah “perempuan”tu kalau nampak tak tahu lah macamana.

Lepas jer keluar dari bilik,terus aku bagitahu kat makcik aku yang cucu dia nampak hantu kat dalam bilik,makcik aku cakap dia selalu kena kacau waktu tidur,kadang-kadang kena kacau kat tapak kaki,kena tarik masa tidur.
Kadang-kadang nampak bayang-bayang perempuan dari pokok ciku masuk tembus kedalam rumah.

Pengalaman 3: bayangan lembaga hitam

Kejadian yang ketiga ini,dialami oleh kakak aku,aku takda tidur situ balik rumah sebab masih bersekolah kan haha,kejadian ini diceritakan kak kyra kepada aku,masa ni kak kyra tak tahu lagi tentang keseraman pokok ciku tu..(ni sebelum kisah kat ruang tamu masa layan dvd entiti) malam tu kak kyra tidur dekat sebelah bilik kak feroza, bilik ni berdepan dengan dapur, diluar tingkap bilik pulak ada pokok ciku betul-betul depan tingkap, bukak je tingkap pokok ciku depan tu jer okey.

Berbalik kepada cerita kak kyra tadi,malam tu kak kyra mandi agak lewat.Selesai mandi macam biasa dia nak masuk tidur,tapi entah kenapa malam tu kak kyra terasa lain macam seolah-olah ada orang lain dalam bilik tu. Jadi kak kyra ketepikan perasaan takut lalu berbaring sambil membaca novel, semasa membaca novel tu,dia terdengar sayup-sayup suara perempuan seperti berbisik,”ermm mungkin jiran sebelah rumah kot”kata kak kyra dalam hati, tetapi semakin lama semakin pelik pulak bunyi suara yang didengari kak kyra.

Jadi nak hilangkan rasa takut kak kyra meletakkan novel di meja dan baring semula,dan cuba untuk tidur dengan lampu dibiarkan terbuka. Masa kak kyra baru nak terlelap kak kyra cakap dia ternampak bayangan hitam berdiri di pintu bilik, masa tu kak kyra dah takut sangat dan membaca surah yang dia tahu, semakin kak kyra takut bayangan hitam tu semakin mendekat seolah-olah berjalan menuju ke arah kak kyra. Kak kyra masa tu hanya mampu membuka mata sedikit saja sebab takut, kak kyra cuba untuk memanggil makcik atau kak feroza tetapi kak kyra tidak dapat bersuara, kak kyra cuma mampu menangis dalam diam, mungkin dalam 10 minit bayangan hitam tu berada didalam bilik tersebut dengan perasaan cuak dan takut.

Syukur kepada Allah masa bayangan hitam tu semakin mendekat kak feroza mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk ke dalam bilik,dengan serta merta bayangan tadi hilang seperti kabus. Kak kyra menceritakan semua kepada kak feroza tentang bayangan hitam tu sambil menangis ketakutan, jadi malam tu kak feroza temankan kak kyra tidur kat dalam bilik tu sampai pagi,makcik pulak tidur dengan anak sulung kak feroza.

Pagi itu kak feroza bagitahu suami kak feroza tentang lembaga hitam tu, kata suami kak feroza pokok ciku tu sebenarnya berpenghuni sebab setiap masuknya waktu maghrib,bila kita melintasi pokok ciku tu,akan terdengar seperti siulan seorang lelaki.Dengar je cerita tu,kak kyra selalu tidur dengan makcik sewaktu bermalam dekat rumah tu sebab kak kyra jadi peneman kak feroza berjual kuih muih.

Pengalaman 4: siapa di dalam kereta ?

Masa ni mak kak feroza je kat rumah tu kak feroza dan suami ada menghadiri majlis di hotel,masa tu mak cik hanya ditemani oleh anak sulung kak feroza yang berusia 5 tahun,mak cik seorang yang berani, berjiwa kental beb, walaupun diceritakan pelbagai kisah seram kat makcik dia tetap macam biasa tidak takut, makcik pernah cakap jangan takutkan makhluk seperti itu sebab mereka tu pun makhluk Allah.

Okeylah berbalik kepada kisah tadi,malam tu malam jumaat anak kak feroza yang sulung tengah tidur dekat ruang tamu yang satu lagi,masa tu makcik kat dapur tengah sibuk memasak. Tiba-tiba alarm kereta suami kak feroza yang berada diluar berbunyi, seolah-olah pintu kereta dibuka oleh seseorang. Makcik pun terus pergi ke ruang tamu mengintai dari tingkap,masa ni alarm kereta berbunyi sangat bising.

Semasa makcik mencari kunci kereta tiba-tiba alarm kereta tadi pun berhenti berbunyi,jadi makcik pun pergi ke dapur untuk menyambung semula kerja yang dia tinggalkan sebentar tadi,baru je nak melangkah pergi kereta tu berbunyi lagi..

Ishh….  tak kan berbunyi kalau tak ditekan kunci nya,makcik pun melihat semula kereta tadi,dan makcik terkejut melihat pintu kereta terbuka luas,sepas tu bunyi hon kereta berselang-seli dan lampu kereta dinyalakan dan enjin kereta pun berbunyi sekali.Makcik membaca surah-surah dan membaca tanpa henti. Kereta yang pintu nya terbuka luas terus tertutup dengan kasarnya seperti ada seseorang menarik pintu dari dalam kereta dengan keadaan marah. Anak kak feroza terjaga,lalu menuju kearah makcik nak tahu apa yang anak kak feroza nampak dan bagitahu makcik??

” ayah dan mama dah ampai ke enek”(ayah dan mama dah sampai ke nenek) makcik aku hanya mendiamkan diri melihat diluar.

“enek pa tu,ape uduk lam kereta ayah tu,mama ke,p macam ukan mama kan uduk lam tu”(nenek apa tu,siapa duduk dalam kereta ayah tu,mama ke,tapi bukan mama kan duduk dalam kereta)sambil menunjuk-nunjuk kearah kereta dengan keadaan takut

“syhhhh diam sayang. Nenek nak tengok benda apa tu” (masa ni makcik aku perhati jer kereta menantu dia,keadaan kereta bergoyang-goyang seperti ramai orang manusia dekat dalam kereta)

“enekkkk uruk nya uka orang tu,akut nek akutt ata besaaa,urukkk akut enek”(nenek buruk nya muka orang tu,takut nek takut mata besar,burukk takut nek)makcik pun cakap “syyhh..diam sayang takda apa tu,sini ikot nenek ke dapur kita makan malam.

Lepas jer makcik cakap macam tu kedengaran seperti hilaian suara “hihihihiihihih”tapi makcik buat-buat tak tahu, nampak kan betapa berani nya makcik aku tu. Tidak lama kemudian kak feroza dan suaminya pun sampai, makcik pun menceritakan semua kejadian yang berlaku kepada kak feroza, “mak ni kan kenapa berani sangat, nanti macam mana kalau benda tu menonjolkan diri dia yang sebenar?”

Pesanan makcik aku “janganlah kita takut sangat dengan benda tu, dia makhluk dan kita juga makhluknya, cukup lah kita takut hanya kepada Allah saja. Dalam masa sama kak feroza juga hairan kenapa anak sulung dia selalu nampak makhluk tu,mungkin sebab budak-budak boleh nampak benda tu kot.

Okey lah sebelum tu,marilah kita sama-sama sedekahkan Al -Fatihah buat makcik, moga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman. Aamiin.

Maafkan aku kalau cerita aku kali ini kurang menyeramkan atau ada tatabahasa yang tunggang langgang tapi aku akan cuba perbaiki penulisan aku. Insha Allah kalau cerita aku dipublishkan,aku akan cerita pengalaman dirumah aku sendiri pulak. Kata orang area kawasan rumah aku ni laluan untuk “benda” tu Wallahu a’lam . Assalamulaikum..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

17 thoughts on “#liya: Pengalaman Seram 2”

  1. DVD entiti tu kalau nak pasang jangan on suara..
    Sebab ada mantera2 dorang baca tu..
    Yang menonton bukak kuat2, nanti ada la yang singgah tengok sekali..
    Dah kena dulu kat hostel masa belajar..
    Serik….

    Reply
    • kan…. kak zie pun ade tgk jgk.. msa tu tgk n kwn2 . trasa ade yg memerhati. kt bilik air ade cik ponti. kat tangga. bilik pintu dicakar. bdn kak zie hbs lebam. ade fans fs yg submit psl pglaman tgk vdeo tu. wujud tajuk dia. real giler

      Reply
      • ha’ah kak zie lama dah cte entiti tu xngat dah tajuk,masa ni maseh sekolah lagi,kakak saudara yg g bukak cta tu waktu malam,suara cta pulak on baru feel tgok kata dia,las2 kiteorang kena kacau serik!huhu

        Reply
  2. Betulla. Umi pernah cakap pokok ciku ni antara “rumah kediaman” bendalah2 ni. Dulu pernah menyewa rumah kampung, betul2 hujung kampung tepi hutan, ada pokok ciku. malam2 dengar bunyi budak nangis kuatt sangat betul2 tepi hutan dekat pokok ciku tu. kami adik beradik kecil lagi, masing2 duduk berpelukan sekali. umi suruh diam jangan cakap apa2, umi bacakan apa yang patut. umi memang pandai berubat sebab belajar di darul syifa’. tapi umi hanya tolong orang yang betul2 terdesak dan kawan2 terdekat je sebab umi niat belajar untuk lindungi diri dan keluarga. setiap kali umi tolong orang, bila balik rumah mesti benda tu ikut sekali kacau umi, sebab tu la umi berat hati nak tolong orang kadang2. takut ganggu anak2 semua pulak.

    Reply
  3. pengalaman kak zie kene masa sewa uma sebelah pokok rambutan. kwn kak zie yg .hjabnya tbuka bgtau ade prmpn duduk betenggek. masa tu cuma kak zie dan anak2 je kt uma. kwn2 dtg melawat.suruh balik uma mak kakzie. sblm tu kak zie dh kene . dlm pkl2lbh kak zie xblh tdo. si adik melalak . tepi tingkap bunyi srettt mcm mengheret somthing. pintu depan pulak pntu begegar.. dgr pulak benda memanggil. ya allah xblh lupa trus call ayah kak zie dgn adik kak zie suruh dtg amik. stgh jam diorg smpai trus kak zie balik uma mak smbik mulut tejunat kamit baca apa yg patut. ms drive mengigil badan. ayah kak zie n kak zie naik kete berasingan.

    Reply
  4. Dulu masa zaman U dulu pernah tgk Entiti Bukti Indon punye ramai-ramai dalam bilik siap pasang speaker ape sume. Time tengah seram tengok ramai2 tu tiba2 pintu bilik xde angin xde ape tertutup gedegang. Semua senyap tak kata ape, aku sebagai owner PC terus tutup sound, close movie, shutdown PC, then terus lompat atas katil tido. Yang lain semua bertempiaran lari bilik masing2 hahaha. Entiti Bukti tu seram time dia bace mantera panggil hantu time mula2 yang suara permpuan tu. Sampai sekarang teringat suara perempuan tu huhuhu.

    Reply
  5. teringat pernah tengok dvd entiti tu dulu dengan kawan2 pernah gak kena ganguan mngkin mentera tu panggil benda tu kot.. tak ingat tahun bila dvd entiti tu,masih ada lagi ke dvd entiti tu?

    Reply
  6. teringat pernah tengok dvd entiti tu dulu dengan kawan2 pernah gak kena ganguan mngkin mentera tu panggil benda tu kot.. tak ingat tahun bila dvd entiti tu,masih ada lagi ke dvd entiti tu??

    Reply
  7. sekrang ni sume jwpn sy trjwb, knp klu blik umh mk sy msti ad ssuatu y mnkutkn, pokok ciku btl2 dok tgh2 antre umh mk sy ngn umh jiran, sy mmg jrg sgt blik umh mk sy, form 3 smp form5 sy dok asrama, klu ad cuti sklh sy akn balik umh mk sy . Setiap kali blik umh mk mmg 1 umah sy kne kms sbb mk sy mniaga kuih n bke kdai mkn so xd mse nk kms umh, blik umh je dh ltih klu blh die nk tdo je trus, abah paling suke klu sy blik sbb sy blh kms umh, jenis abh die mmg paling xsuke rumah brsepah. klu boleh die balik je nk umh mcm syurga, tp ap leh wt abah mmg xfhm keadaan mk. Jenis sy bile dh wt ssuatu sy xkn beralih selagi xsiap dan jgn gagu sy wt kje smp la lrut malam, kowl 12 mlm pn xsiap kms ag, letih bkn xletih tp mmndgkn sy ad 1 hari lebih je kt umh utk mgmas jd sy buat ar smp hbis, wktu mlm 2 sy prsan jam dh kowl 12 lebih..brtmnkn ngn chye ruang tamu ngn bunyi tv, sy mlipat kain baju y lebih kurang 3 bakul atau lebih sbb mk mmg xde mase dh nk care. Tibe2 sy trdngar org mgmas or bsuh pgan mgkuk kt dapo, sy perati je dr jauh, mkin lame mkin berdeba jntung sy, makin xkeruan dbuatnye. tbe2 brdntum denga bnde jtuh dr ats atap n brgolek2…sy pikir mgkin kucing kot, xpun buah ciku tp bile dpkirkn balik npe kuat mcm bnde berat? aihh tbe2 boleh plak bukan main rncak bunyi periuk belanga kt dapo, nk tgu ap ag, trus sy bgun ttp sume suis n msuk bilik buat2 tdo. smp ar sy dh kwin skrg, ttp ade bunyi 2 sume..ad 1 mlm tu trkne kt suami die xtdo dok sebok main game die trkne sme mcm sy, sy pn sdapkn ati die mmg dh sllu bunyi gitu, kucing ar 2 mlompat dr pokok ciku 2 y bunyi brdntum kt ats atap. suami pn ckp “jgn nk mgrut ar syg, xkn ar kucing smp seberat 2 p2 boleh plak main golek2 kt ats atap 2 klu kucing msti dh lari lps jtuh”. sy nk ckp ap ag sbb sy pn pikir bnde y sme..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.