Loceng Kaki

Assalamua’laikum admin. Thanks publish cerita ni. Asyik baca cerita kisah orang jer. Niat memang lama dah nak share pengalaman sendiri tapi disebabkan kekangan masa dengan kerjaya, anak dan family. Semuanya asyik terbantut jer (haha..tu lah orang nak kawen, sibuk jugak dia nk kawen)

Cerita aku ni lain sikit sebab takde kaitan dengan kawasan sekolah,asrama mahupun plkn..hehe..
Ok 1st sekali nama aku diana, ni cerita dah bertahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan. Masa ni umur aku maybe dalam 16 or 17 tahun.Aku ada sorang kakak. Kakak aku ni duduk menyewa di sebuah apartment berdua dgn kwn dia. Apartment tu ada 3 bilik, balkoni dan ruang tamu yang luas. Rumah diorang ni di tingkat 2. Kawan kakak aku ni kerja di pasar boron, so pukul 10 malam dia dah keluar pergi kerja dan akan balik dalam 9 10 pagi esok nya. Kakak aku yang ni pun masa tu kerja pasar jugak, sebab tolong kakak aku yang sorang lagi meniaga. Dia pulak akan pergi kerja dalam 2malam dan habis pukul 10 pagi.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu kakak aku pergi rumah mak aku dan cerita pasal gangguan yang terkena kat dia. Pasal apa? Pasal loceng kaki..haha..Dia pun cerita2 dan lepas tu cakap, “ni kalau kita duk sebut pasal loceng2 ni mesti nanti dia berbunyi lagi” Aku pun cakap mengarutlah, macam la mende tu boleh tahu kan.. Dah lah rumah dia dengan rumah mak aku bukannya sebelah2. Dipendekkan cerita, malam tu aku teman kakak aku tido di rumah dia. Sampai2 je rumah, aku terus tuju ke balkoni. Which balkoni tu menghadap ke arah padang semak dan hutan2 sikit. Gelap sebab area tu banyak rumah dan kedai yang kosong. Jakunlah katakan. Acah2 konon nak hirup udara malam yang segar. Masa ni kawan kakak aku takde kat rumah. Akak aku pulak sampai2 je rumah, terus basuh baju (dalam bilik tengah. Bilik ni connecting dgn bilik kakak aku.kira toilet share la)

Tgh aku acah2 lepak tu, akak aku pun panggil “buat apa duduk situ? Masuklah tutup sliding tu. nanti nyamuk masuk” (ok masa ni aku lurus tak taw lagi maksud tersirat kakak aku). Aku pun terus lah masuk dan tutup sliding door, terus baring atas sofa. Malas nak melawan sebab akak aku sorang ni cerewet sikit. Sofa tu kat ruang tamu bersebelahan dengan bilik utama (bilik kwn dia),
tengah aku syok baring dengan kaki terjuntai sikit, sambil ber sms guna hp butterfly tetiba aku rasa tapak kaki aku ni macam ada tersentuh rambut orang. Sebijik macam ko letak kaki ko atas kepala org. Haa ko rasa?? Aku tak rasa takut lagi masa tu, cuma tersentak je. Terus tarik kaki dan tengok kat bahagian aku juntai kaki tu, kot ade kain ke apa kan. Tapi takde apa pun. Kau rasa apa yang aku terpijak?? Hahaa.. Serentak dengan tu kakak aku pula tetiba je keluar dari bilik mesin basuh tu..mau tak terperanjat aku buat kali kedua. For your info, rumah tu masa tu sunyi tak bukak tv apa pun.Yang bunyi pun mesin basuh je. Rupanya masa aku terkejut kali pertama tu kakak aku dah perasan dah, tapi dia buat don’t know jer. Ok selesai part situ.

Ni part masuk bilik pulak sebab nak tido dah. Akak aku tidor awal sebab nak bangun pergi keje pulak kan. Dia tido sebelah dinding, dan aku tido betul2 kepala kat pintu bilik. Dan sebelah aku adalah toilet. Aku kan masa tu remaja lagi so acah2 pemes la orang duk sms non stop. kah kah kah. Tengah syok layan sms aku dengar bunyi loceng kaki sebijik macam orang tengah berjalan. Mula2 aku buat tak taw je, sebab aku pikir mungkin jiran kot. Lantak lah. Lama kelamaan bunyi tu makin dekat makin kuat dan non stop. Aku pun tilik kat bawah pintu bilik, kot2 kawan kakak aku tiba2 balik dah kan. Tapi takde, kosong.

Bunyi tu berhenti kejap, so aku pun baring balik dan sambung lagi bersms. Tengah syok2 tu, bunyi lagi makin kuat macam orang tengah menari2 hentak2 kaki tapi pakai loceng kaki. Aku pula tiba2 teringat yang rumah tingkat atas ni kosong takde orang sewa. Haha. Terus baca 3 qul dan ayat Qursi. Masa aku baca tu makin kuat kau bunyi dia siap dengan bunyi macam orang main seret beg plastik sampah je ulang alik kat depan pintu bilik. Aduhhh. Aku dah jadi tak keruan nak terus baca ke nak berhenti? Sebab bila aku baca, makin galak pulak dia. Lama2 aku buat bodoh je padahal kaki rasa sejuk sampai tahap nak terkucil. Aku pulak tengok kakak aku nyenyak tahap cipan dah. Aku ni dah tak tahan nak terkencing. Nak tak nak, aku pun bangun la pergi toilet. (kan connecting room..sebelah toilet aku ni bilik yg ade mesin basuh tu la)

Masa aku masuk bilik nak buang hajat, baru je bukak seluar tetiba pintu sebelah tu bergegar macam orang nak buka, tapi tak dapat..ko rasa?? Hoii aku tengah nak terkucil masuk balik taw! Terus pakai seluar sambil keluar cepat2 dari toilet. Aduhh bala. Haha. Azab menahannya and aku tak boleh nak tido sampailah kakak aku dah bangun. Esok tu aku pun cerita lah kat kakak aku, dia gelak je. Dia pun cakap “Haa kan dah cakap jangan sebut loceng2 nii..Tak nak percaya”Tak lama lepas kejadian tu, akak aku ni kena tidor sorang2 kat rumah tu, masa tu kawan dia takde jugak. Akak aku ni boleh tahan jugak kental jiwa dia dulu. Dulu lah, sekarang takdah weh. Tengah dia tidor tu, dia mimpi ngeri. Aku rasa mimpi dia tu ada connection dengan kejadian yang menimpa aku hari tu. Dia bermimpi dalam mimpi dia, bilik tu ada kejadian gaduh antara lelaki dan perempuan, tak pasti husband and wife or couple. Lelaki tu pukul2 perempan tu dan tikam2 perempuan tu dengan pisau rambo. D***h terpercik habis ke seluruh dinding. Merata2 ada d***h. Kakak aku cakap mimpi tu macam real sangat, sampai akak aku nak tolong tapi tak boleh. Ibarat dia tengah tengok tv tapi tak boleh nak sentuh orang dalam tv tu. Kalau tak silap aku, akak aku kata, perempuan dalam mimpi tu pakai loceng kaki. Mimpi tu ngeri sangat2. Pembunuhan kan.

Aku pulak buat konklusi sendiri yang agaknya prempuan tu m**i dan dia diisi dalam plastik bag sampah, dan diheret. Sebab tu aku duk dengar loceng kaki dan plstik bag orang duk main seret2. Setakat tu jela cerita kat rumah kakak aku tu. Aku ni banyak lagi kejadian mistik2 ni terjadi, cuma malas nak taip dah. Penatlah. Tapi aku suka baca korang punya story. haha. InsyaAllah nanti aku akan sambung cerita pengalaman aku yang lain okeh? tq bebeh

–DyaDiana
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Admin2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

5 thoughts on “Loceng Kaki”

  1. Sbb tu aku dulu mse menyewa aku pesan kat kwn2 aku.jgn pakai loceng kaki nnt berbunyi sndr.last2 yg padahnya aku.sbb dieirg ni jns ari2 kluar date yg aku ni mcm kayu dok dlm umh sensorg.tiap kali aku sorg mst dgr bunyi loceng kaki..alahai

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.