LPT 2

LPT 2

#bycikguHana

Nukilan ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Jika orang lain yang lalu di kawasan itu tidak mengalami pengalaman seperti ini, ingin dijelaskan bahawa, we are not sharing the same shoes, buddy! Chill! Senyum..

Sejak lebuhraya ini dibuka, khabarnya sudah banyak makan korban. Sebagai seorang yang kadang-kadang disudikan untuk nampak makhluk-makhluk halus, aku selalu diasak soalan, apa yang aku nampak jika melalui lebuhraya itu. Aku hanya menggeleng. Cuma kadang-kadang jam tujuh pagi ketika lalu di situ, aku nampak cheetah di tepi jalan, atau seorang perempuan dengan anaknya duduk menunggu bas tepi jalan, itu perkara biasa bagiku.(sebelum enche suami terangkan bahawa binatang yang dipanggil cheetah tu boleh dapat di Afrika je, dan mana ada perempuan berpakaian seperti yang saya ceritakan kepadanya itu, tunggu bas di tepi highway)

Selepas itu, aku memang tidak benarkan suami masuk ke LPT2 jika sekiranya kami sampai kawasan itu, hari sudah mulai gelap. Aku lebihr ela melalui perjalanan jauh berliku ikut kawasan Kemaman lagi daripada mata aku menyaksikan perkara-perkara pelik di situ.

Sehinggalah pada suatu hari, kami mendapat perkhabaran bahawa keadaan mama di kampung agak kritikal dan perlu pemantauan doktor.. Melihatkan aku yang asyik termenung, suami menawarkan untuk kami pulang ke kampung menziarah mama.

Jam 10 malam, kami bertolak dari KL. Aku hanya tersedar entah jam berapa, melihat suami yang tertidur di kerusi pemandu. Rupanya dia telah parking kereta di sebuah stesen minyak di tepi lebuh raya. Biarlah dia tidur.. Aku pula yang mengajar sesi petang, memang tidak larat untuk memandu. Apatah lagi, kerja-kerja packing barang dan kemas rumah, semuanya aku yang selesaikan sejak sebelum Subuh lagi. Jadi kudratku telah diperah sehabisnya, membuatkan aku ketiduran sepanjang perjalanan. Apa lagi, aku pun sambung tidur.

Aku tersedar semula apabila menyedari kereta seolah terbabas ke pinggir jalan, namun masih dapat dikawal oleh pemandu.

“Yang are u ok?” Aku bertanya.
“Abg ok.. Ayang tido dulu. Penat tu.. Dari pagi tadi non stop kemas rumah kemas barang, pastu masuk kerja pulak. Abg ok je”
“Kalau ok, kenapa terbabas tadi tu?”
“Entahlah, macam tak sedar pun ada..”
“Means u need rest.”
“N u too need rest.”
“Tak, ayang dah ok ni ha. Let me drive. Dah rindu nak pegang stereng.”

Tidak tunggu lama, suami berhenti di tepi jalan, memberi laluan untuk aku memandu. Nampak sangat dia benar-benar mengantuk. Jika tidak, memang aku tak berpeluang memandu di lebuhraya. Hilang macho la kalau mem besar yang drive..

Aku ambil tempat pemandu. Main lompat je dari seat belakang. Hora horeyyyy dapat drive!!! Buka cd. Lagu old school sket, kompilasi nasyid Raihan. Evergreen gitu.. Bosan dgn Raihan, aku tukar kompilasi asmaul husna pula. Kemain rancak aku bergendang di stereng.

“Yang, sebenarnya kita dah kat mana ni?”

Senyap.
Sunyi.

Allah.. Dah sepuluh tahun kau hidup bersama dia, takkan tak faham lagi kalau dia dah tidur, ribut taufan datang pun dia tak sedar.

Sekeliling aku gelap. Tiada lampu jalan pun. Langit juga gelap. Mungkin nanti hujan akan turun. Hanya lampu dari keretaku sahaja. Kereta bergerak mengikut kelajuan ditetapkan. Mulutku rancak mengalunkan irama sepertimana dalam CD. Jam menunjukkan jam 4.59 pagi.

Sekilas, ada kabus yang sangat tebal berarak melintang jalan. Eh, apa tu? Kabus? Kenapa kawasan ni tak ada sign board pemberitahuan kabus tebal? Mungkin sebab kawasan ni baru lagi, kut…
Baru? Kawasan baru? Jap…
Sekilas, nampak papan tanda nama kawasan.
Oh em jiiiii

“Yang, you masuk LPT2 ke? Kan orang dah cakap banyak kali kan, kalau gelap lagi, jangan masuk LPT2?”

Senyap.
Sunyi.
Macam aku sorang pulak dalam kereta ni.
Takpelah. Allah ada. Lagipun, aku pasang CD ada ayat quran jugak ni. Mana ada han..

Seorang perempuan atas tiang lampu. Tunduk je dia. Tapi sebabkan ‘dia’ kulihat seperti gambar, macam tayangan skrin LCD tu, telus pandang maknanya, jadi tidak ada perasaan seram menakluki hati ini. Bye-bye perempuan. What a loser you are! Kepala perempuan itu turut berpusing mengikut keretaku.

Aman. Tenteram.

Tiba-tiba rasa sejuk mencengkam. Jeling jam, pukul 5.12 minit. Biasalah waktu macam sekarang ni, sejuk hingga ke tulang kata orang. Terus aku off air cond. Nasib baik kereta ni air cond belakang dengan depan suis asing-asing. Biarlah depa kat belakang tu mengerekot dalam selimut masing-masing. Aku kat depan ni dah tak tahan sejuk dah. Tiba- tiba aje gas aircond macam baru renew apasal..Aku mengerling cermin pandang belakang untuk pastikan keadaan baby ok atau tidak. Tak nampak dalam cermin. Aku cuba untuk pusingkan badan, untuk mencari baby yang tidur pulas di belakang. Dalam masa aku pusingkan badan, aku perasan ada sesuatu di tepi tingkap kiri kereta. Kain putih, panjang berkibar seiring dengan kereta. Aihh 110km/j. Gigih ko mengejar, eh? Kain itu seperti selendang. Panjang. Nipis berbayang. Aku teguk air liur sekali. Dua kali. Duk berfikir apa nak buat sebenarnya..
Aku berlagak selamba. Pandang depan, jangan pandang tepi. Mulut kumat-kamit baca al fatihah dan ayat kursi. Dan kutambah “laailahailla antassubhanakainnikuntuminadzolimiin”. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami ni, niat kami baik, nak tengok mama yang sakit, bukan nak cari pasal dengan depa ni. By the way, old school sangat la encik yang duk main selendang… Sekarang zaman tudung naelofar la.. Tak main la selendang putih kusam gini.. It’s still there.
Tawakkal aje lah Hana oii bukan ko tak pernah nampak benda2 macam ni.
Kubacakan ayat kursi lagi.
Lagi dan lagi.
Lebih kurang 15minit selendang putih itu cuba bersaing dengan kelajuan keretaku, sehingga ia dapat menewaskan kami, ia terbang melayang di hadapan cermin kereta, menghala ke sebelah kananku pula.
Nyah kau dari sini setan!

Tidak lama selesai aku tuturkan ayat itu, di hadapan sana, kelihatan berbalam-balam “orang”melintas jalan. Mereka menuju ke sebelah kiri lebuh raya. Di sebelah kiri, dalam semak samun itu, kelihatan cerah berlimpahan cahaya. Aku terbayangkan Trolls sedang menari gembira di bawah pokok-pokok kecik itu. Pedulikan ! Apabila kereta betul-betul hampir dengan kawasan “depa” duk melintas tadi, secara tiba- tiba ada seorang budak kecik, menyusup bawah pembahagi jalan di lebuhraya itu, dari sebelah kanan, berlari ke sebelah kiri seolah ingin menyertai kumpulan perarakan sebentar tadi. Agak-agak aku tekan brek berhentikan kereta ke? Dan biarkan kereta berpusing-pusing atas jalan? Nope, dude.. Aku langgar je budak hitam legam tu. Dan tak terasa ada perlanggaran pun. Maknanya, apa? Bayangan? Ilusi optik? Yeahh.. Anggap lah apa sahaja.

5.42 am. Dah nak subuh ni. Mungkin sekejap lagi ok lah perjalananku. Aku memandu seperti biasa. Sambil makan jajan sementara anak sedang tidur.. Tiba-tiba kedengaran hon dari belakang. Pandang cermin pandang belakang, tiada kereta. Atau apa-apa kenderaan di belakang. Hanya kereta aku membelah kegelapan. Aku teruskan perjalanan. Dalam lima minit. Kedengaran hon kenderaan besar sekali lagi. Kali ini lebih dekat, kali ini lebih kuat! Ku pandang cermin sisi. MasyaAllah. Sebuah bas menderu laju di sebelah kananku. Dan bas itu makan jalanku! I mean, ia dah masuk ke jalan di mana aku berada! Apa hal drebar bas ni!!!! Muncung bas dah hampir benar dengan belakang keretaku! Allahuakbar! Allahuakbar! Aku membelokkan kereta ke kiri, namun tidak sehingga melanggar tembok kiri. Aku lihat bas itu menderu di sisiku dan hilang begitu sahaja seolah kabus semata. Masya Allah.
Tidak cukup degan ujian itu, dari arah kiri jalan pula, dari semak samun sana, keluar makhluk yang melata di atas jalan. Bentuknya macam obor-obor, tetapi glow in the dark, merangkak di atas jalan. Ada yang berwarna pink, biru, hijau, oren. Banyak!! Bertebaran di atas jalan. Terasa geli pula melihatkan cara mereka bergerak melata begitu. Kali ini, kubelokkan pula stereng ke arah kanan…

“PONNNNNN!!”

Kedengaran hon dari kereta di sebelah kanan, kerana keretaku sendiri telah masuk sedikit ke dalam lorong sebelah kanan.
Dadaku berkecamuk dengan debar.
Aku hanya mampu melafazkan “allahuakbar” banyak kali.
Kereta kupandu perlahan.
50 km/j

“Yang, you okay?”
“I’m shaking bang.. Things happened”
“Okay, kat depan tu ada RnR. Kita berhenti di situ, sayang.. Hana, awak rehat.. Or you want to share the story? Lepas subuh kita gerak semula, abang drive.”
Kata-kata muktamad dari suamiku.

Perasing.

Kami berhenti di RnR. Aku masih lagi menggigil. Perlahan suamiku peluk dan hembus ubun-ubunku.
Satu-persatu cerita sepanjang aku drive tadi meluncur keluar dari mulutku.

“Dari cerita awak, macam mereka nak kita accident aje, kan? Sebab tu lah ramai yang ‘kena’ kat highway ni, kan?”

Aku angguk perlahan.

“Nasib baik abang ada driver yang kuat semangat. Tak cepat melatah.. Kalau abang kat tempat Hana, abang tak tahu la apa nasib kita..”

Aku meraup muka. Syukur sebenarnya masih lagi dipelawa untuk bernafas di muka bumi ini. Selepas sejumlah ujian sebentar tadi..

Dan akhirnya aku selamat sampai di kampung halaman terchenta, ziarah mama sepuasnya, sehinggalah mama discharged dari ward.

Alhamdulillah..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.8]

49 thoughts on “LPT 2”

  1. e,,,..alhamdulillah cikgu, pada yg x percaya abaikan , mujuq cikgu x doakan kat readers2 semua hihi…setiap org ada kisah msg2, aku pun ada kisah jugak, tp benda nak jdkan , mau x mau kena hadap juga, sebolehnya x mau benda berlaku, chill jer cikgu..cau

    Reply
      • Oooo kena bahan la ni?

        Hahahahahaaa
        Saya pun baru tahu pasal doakan readers ni..

        Saya letak notification macamtu tu, sebab, ada pembaca yang kenal siapa saya, pm dekat fb, kenapa masa diorang dekat wad yang saya cerita dalam Wad Bersalin Tepi Pantai tu, xde pun gangguan?
        Dan cerita LPT ni pun saya pernah cerita dekat fb saya, pastu ada la yang pm, dia selalu guna LPT tak pernah pun jadi gitu. X nampak apa pun..?

        Ok, pasrah.

        Bagi saya, setiap orang ada bahagian dia masing2.
        Bersyukurlah tak pernah nampak.
        Macam saya, selalu nampak, ‘depa’ tahu kita nampak ‘depa’.. Lagi la depa nak cabar kita. Huhuhuwaaaa

        Reply
        • Heheheh.. jangan salah pham ek..
          Ade baru2 ni tgh syiok2 baca citer.. skli ending dye baikkk pnye doaa…doa kan yg xbaik la.. kalau org x caye citer dye.. dye doa kan org tu kena cm dye kena.. jd.. bla..bla..blaaa…

          Sy percaya dgn kewujudan “mereka” ni.. sbb ade pngalaman gak mase kat skolah rendah..

          Yg citer dalam wad tu.. abai kan la kalau org pm xde penah kena gangguan ke ape.. semua tu berlaku atas izin Allah kan..dekat mane2 hospital pun msty ade bnde ni..lgi2 wad bersalin..dah kompem la kan depa lgi suke.. dan awak org yg terpilih atas izin Allah untuk nmpk wujud nye “mereka” ni..

          Btw sy mnx maaf kalau ade komen yg yg wat terasa aty.. ??

          Reply
  2. Awat x habaq yg putih berkibar tu bendera td, heehehehehe…

    Tp yg mcm obor2 glow in the dark tu mcm comel plaakkk…
    Yg part bas tetbe menjelma nk cucuk blkg keta tu serius mmg akk xleh hadam nk bg comel, seriaauuu kot…

    Reply
    • Ye kak.. Berdebar giler-giler kak… Dah lah bas tu buruk.. Pastu bila dia melepasi kita, dia hilang ditelan kabus gitu. Saya macam pelik, aku ni dalam movie ke apa..

      Reply
    • Hahaha…..ade2 jer kak yulie ni..
      Kak yulie.. ade mata2 ek.. pehal kalo tiap kali nk komen kt akk.. buttorn kypad kitew heng…
      Okbaii..

      Reply
      • Oooo…
        Kirenye skang ni nk claim kat akklah ekk klu hs tu tetbe rosak???
        Jgn dik…
        Hs akk yg dh hang tahap mintak kena campak ni pon akk blom ade bajet nk mengganti…

        Mata2 yg akk ade skang MATA RABUN ngan MATA IKAN jer dik…
        Seksa nanggungnye…
        Kot MATAWANG xper gaaakkk…

        Reply
        • Hahahahahahah….
          Aduhaii.. terhibur kite ngn komen akk ni..
          Mane tak nye.. 2x dah nk komen kat akk.. tetibe jd heng lak..tu ade perasaan cm seramm sikittt…

          XD

          Reply
        • Klu camtu, ko kena komen bebanyak kali…
          Kena lepaskan nombor peberet akk iaitu 9…
          Kompem lepas tu hs ko dh x hang dah…
          Die terus rosak jer dik lepas hang kali yang ke8…
          Sooo ko beli hs baru, komen kali ke9 dh ok lajuuuu jer…
          Cube kaaayy…

          Reply
  3. Notification: bagi sesiapa yang belum pernah lalu LPT2, Perasing tu nama tempat, ya..

    Sebab dah ada yang pm fb, tanya saya, saya typo nak tulis “Terasing”, ke?

    Tak.

    Perasing tu tempat di mana RnR yg kami berhenti aritu

    Reply
  4. Manusia boleh nampak Manusia, Jin boleh nampak Jin. Jin boleh nampak Manusia, Manusia tak boleh nampak Jin. Ada yang tak kena tu 🙁

    Reply
  5. Sempoi, aku suka story yg xde part1, part2 nih… Citer sini, abes sini r ek… Tengah² mlm kalo guna LPT 2, byk² baca al Fatehah n ayatul Qursi… Kalo bole sblm masuk LPT 2, biar badan dalam keadaan berwudhu’… Wallahua’lam…

    Reply
  6. Steady Puan Hana nie… Syuben Lily org Ganu tapi dia sendiri tak guna highway tu.. lebih suka ikut jalan lama… Alhmdulilah Puan Hana selamat .. bukan calang2 orang nie.. kalau cheq laa.. ketaq lutut sungguh.. time dia dok main race2 tu mau pitam bergilir2.. huhu..

    Reply
  7. Cg nak tanya…

    Klu yg bas tu hantu…yg kreta tu hantu ke btol…?

    Sbb sy pon pnah alami yg sama ngan cg alami….tp sbb sy mmg six sense, sy tau la bende tu bkn org..tp still seram sbb sepanjang jln ade je hantu2 duk tunggu tepi jln….ade yg dgn family..

    bg yg x percaya, bleh move on la…sbb x semua alami…

    Reply
    • Salam PenungguFS,

      Kereta yg hon saya last tu kereta betul.
      Yg bas tu je bas tak betul.

      Ya, saya pun sixth sense jugak, Penunggu..
      Sebab tu bila nampak kelibat2 saya boleh lagi bertahan..

      Tapi kalau dah makan jalan orang, dan ada kereta betul, mmg berdebar la… Lemah semangat saya. Sampai Perasing tu, menggigil lagi saya, sambung perjalanan pun saya masih termangu.

      Reply
  8. cuti awal muharam minggu lps kami guna LPT2,bertolak dari KL pkl 11pm.suspend pun ada sbb byk dgr cite pasal Perasing ni.alhamdullillah selamat.cikgu hana sy kagum awk berani tempuh semua ni.fikiran masih blh menewaskan ketakutan.

    Reply
  9. adik ipar pun ade gak citer pernah kena kat LPT2 ni..masa tu wife dia tengah pregnant anak ke2.. masa nak balik kelantan dpd johor..dia ngan wife dia ni suka sgt balik malam2..wlupun dah berapa kali mak mertua bebel..
    dia cerita nampak mcm beruk besar mata merah duk tenggek atas divider jalan lps tu duk pandang kereta dia..
    lps tu dia nampak lembu besar melintang jalan…kiranya kereta dia lalu bawah perut lembu tu lah…
    dah sampai kampung, besok tu dia cerita ngan wife dia..wife dia pun nampak benda yang sama..
    sejak kes tu dia x pernah dah balik kg malam2..nak pulak dah ada anak kecik kan…

    Reply
    • Pasni blk soh die bwk parang asah tajam2…
      Kot nmpk lembu melintang pasni langgor redah jer…
      Kot tembus berkabus better blah cepat2 smbl bace ayat kursi…
      Kot tergolek lembu tu, cepat2 turun bace bismillah kasi sembelih sambil takbir raya tau…
      Rezeki depan mata kotttt…

      Reply
  10. Nice story, tapi saya nak tegur sebab ramai sangat orang melayu salah guna ungkapan Masya-Allah ni. Ungkapan ni untuk perkara baik2 atau perkara yang menggembirakan bukan perkara2 negatif atau musibah. Contohnya kalau kita nampak bende cantik atau dapat berita gembira, kita ucap Masya-Allah. Untuk native speaker Arabic language, bile kita dpt berita buruk kita sebut Masya-Allah, memang akan jadi contradiction sangat dan selalu diorang buat joke pasal ni. Antara joke yang famous ‘La, si polan tu meninggal dah ke? Masya-Allah’ sebenarnya seronok ke bersedih? Haha. Jadi mari kita sama2 perbetulkan kesilapan turun temurun ni.

    Reply
    • Hehe.

      Ada sekali tu, sampai Perasing pukul 10.30 pagi.
      Dengan bangganya cakap, mana ada hantu pukul 10 pagi.
      Di rnr tu banyak tanam bunga kenanga.
      Dan saya sejak kecik mmg minat bunga tu. Dulu depan tangga rumah moyang ada tanam bunga kenanga.
      Petik satu.
      Bau busuk teramat.

      Dan baru perasan, ada tiga kuntum bunga kenanga yg dah dipetik orang, diletakkan kembali di atas pokok tu. Tangkai bunga tu dah coklat. Tapi bunga tu masih segar, sedikit pun tak layu.
      Sebagai orang yang suka bercucuk tanam, itu adalah benda yang pelik. Macamana bunga boleh segar kalau dah terputus dari tangkai dia.
      Cepat2 letak semula bunga tu di tepi tangkai.

      Sampai KL, demam panas membahang.
      MC dua hari.

      Reply
  11. iye ke? xde dgr lg kisah seteruk ni di LPT.

    usik2 gtu je ade la.

    yg accident tu sb bawak kete x ingat m**i, laju mmg memintak masuk liang lahad

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.