maxresdefault-5

Lukisan

Assalamualaikum kawan kawan FS.

Aku nak cerita pengalaman seram aku. Tidaklah seram mana, tapi boleh buat pengajaran untuk aku sampai sekarang . Hehe.

Aku ni jenis yang suka sangat melukis. Tak adelah cantik mana tapi bolehlah dibanggakan. Ecewah. Boleh kata addicted jugak sebab aku boleh melukis bila bila masa. Tengah dengar kuliah memang habis buku teks kene conteng. Kat kedai makan pun aku boleh melukis pakai air ais atas meja. Tangan ni otomatik akan melukis kalau bosan. Kawan kawan aku semua dah tahu tabiat aku. Semua dah lali dengan aku konon konon fokus salin nota, padahal menconteng. Yang diorang tak tahu ade kes seram dengan hobi aku.

Aku jenis yang suka lukis anime, kartun tapi bukan potret. Kawan kawan aku pernah suruh aku lukis gambar diorang, aku cakap aku tak pandai. Yang sebenarnya, aku agak serik. Aku pernah lukis muka aku sendiri, saja main main. Masa tu, pukul 11 malam aku tengah siapkan assignment sorang dekat ruang tamu. Sambil-sambil tu aku dengar lagu dekat laptop, bila dah 10 minit macam tu, screen laptop akan sleep kan? So aku nampaklah pantulan muka aku sendiri dekat screen tu. So tengah tengah dengar lagu, tangan aku otomatik lukis muka aku dengan berpandukan pada screen tu. So pantulan tu agak gelap dan tak sejelas gambar, tapi aku still boleh lukis. So aku lukis kemudian tengok screen, lukis, tengok balik screen dan sambung lukis. Last dah nak siap tu, lukisan yang aku lukis tu mulut ‘aku’ senyum sedikit, aku tengok screen semula, muka aku masam. Takpelah, takkan aku tersengeh sengeh pulak masa melukis kan. Tapi kali kedua aku tengok untuk last touch up, muka aku yang dekat screen senyum sedikit pulak, sedangkan aku tak senyum pun masa tu sebab tengah fokus. Aku cepat-cepat turunkan muka aku ke kertas dan touch up sikit lagik. Waktu tu jantung aku dah mula dup dap dup dap. Lagu yang aku dengar pakai earphone kat telinga tiba tiba hilang siaran, Cuma keluar bunyi srettt srettt macam tv rosak tu. Aku tenangkan diri, buat buat cool, mungkin salah pandang tadik dan tengok screen sekali lagik, zap! muka aku menyeringai. Celah mana pulak aku nak menyeringai kan? Pap!!! Aku tutup screen laptop ke bawah, cabut earphone dan terus lari masuk bilik tidur sebelah roommate aku. Aku baca doa semua dan cepat cepat paksa tidur. Alhamdulillah aku tidur lena yg amat. Hahhaaha. Esoknya aku tengok lukisan tu masih kat tempat biasa dan lukisan tu elok je. Tapi aku terus koyak koyakkan dan buang. Since dari tu aku tak berani nak melukis potret sebab aku tak berani nak buat aksi tengok lukis, tengok lukis tu. Aku takut kalau kalau gambar tu menyeringai sekali lagi.

Pernah jugak kadang kadang sambal dengar lecturer mengajar kat depan, aku akan otomatik melukis buku atau nota nota aku. Kadang kadang tangan ni melukis sendiri ikut hala tuju dia. Aku Cuma mengelamun. Ada sekali tu, aku melukis muka perempuan yang garang, buruk dan bengis, siap rambut menggerbang semua. Aku biarkan je lukisan tu terus menerus. Bila dah siap, aku tak ada rasa seram ke ape cuma kagum sendiri dengan lukisan aku. Tapi tiba tiba aku rasa ada hembusan nafas mendengus dekat telinga sebelah kanan aku. Sedangkan masa tu kami duduk baris paling belakang, dan aku paling kanan. Aku toleh belakang perlahan lahan. Taka da ape, ksoong je. Pintu belakang pun tutup. Tak ada laluan angin kalau aku nak anggap itu angin. Aku baca doa perlahan lahan dan padam balik gambar tu. Sampai sekarang kalau tangan aku otomatik nak melukis benda merepek, aku cepat cepat berhenti dan fokus buat benda lain.

So, tak ade seram mana pun cerita aku, dan aku masih lagi dengan hobi aku. Cuma berbatas dan aku tak simpan gambar gambar yang aku lukis. Semua aku buang. Lukisan berbentuk manusia dan bintang pun tak baikkan disimpan? Semua ada sebabnya. Wallahualam.

Assalamualaikum. 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *