#Lynn – Asrama

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. First sekali, terima kasih kepada FS sebab dah siarkan dua kisah saya sebelum ni. Seperti yang sedia maklum, cerita saya adalah semua kisah benar, pengalaman saya sendiri. Kisah kali ni berlaku dalam tahun 2007-2008, masa saya masih bersekolah menengah. Saya bersekolah di satu sekolah berasrama di utara. Biasa la, sekolah asrama, tak sah kalau tak ada cerita2 mistik ni.

Cerita 1:

Peraturan sekolah ni, semua wajib solat 5 waktu di surau. So, cerita ni berlaku pada waktu subuh. Selalunya time subuh, kami budak perempuan, akan pakai kain sekolah, baju t-shirt lengan panjang, tudung sekolah, stoking dan sandle untuk ke surau. Sebab lepas solat masih awal, balik terus ke dewan selera, DS and balik ke dorm semula untuk tukar baju. Sekolah kami ada dua jenis baju, baju biru & baju peach. Baju peach wajib pakai hari isnin untuk perhimpunan rasmi, tapi hari lain bebas nak pakai baju biru or peach. Satu subuh ni, waktu tengah nak ambil sandle kat rak, terjumpa dengan seorang kawan saya ni. Saya namakan dia Mimi. Yang peliknya, dia dah siap lengkap pakai baju sekolah kaler biru & galas beg macam terus nak pergi kelas, padahal time tu masih gelap. Dia tengah renung ja rak kasut tu, tak macam nak ambil kasut pun). Saya tegur la dia, “mi, awai hari ni?”. Dia just jawab, “hurm”, tapi mata still dekat rak kasut tu. Time tu saya fikir, mamai lagi budak Mimi ni, so saya terus pakai sandle and gerak pergi surau. Sampai kat surau, masa nak ambil telekung dekat rak belakang, saya terujumpa Mimi, baru lepas solat, tengah nak ambil Maaturat or Quran (tak ingat), nak baca. Time tu dia pakai baju t-shirt kaler oren & kain coklat (untuk baju peach). Saya terus tanya dia, dah lama ka kat surau, dia cakap dah lama dah sebab dia sempat solat jemaah tadi. Saya just diam & terus pergi solat. Lama jugak nak fikirkan logic akal di situ, last sekali saya abaikan ja.

Cerita 2:

Selalunya time balik prep malam, kami akan lalu dekat depo kenderaan and bilik dobi. Ada satu hari tu, masa nak lalu kat situ, saya ternampak deretan macam bayang2 putih beratur masuk dalam van (padahal pintu van tutup). Bila satu bayang2 tu masuk, dia hilang, follow dengan bayang2 belakang dia. Saya tengok budak lain jalan macam biasa ja kat situ. Saya terus heret kawan saya lalu jalan jauh (jalan surau). Nasib kawan saya ni jenis tak banyak soal, dia ikut ja, dah sampai dorm baru dia bebel sebab lupa ambil baju dekat dobi.

Cerita 3:

Setiap malam time prep, akan ada dua tiga orang warden ikut turn jaga student. Ada satu malam tu, turn Miss Nia, warden merangkap cikgu biology kami. Memandangkan test biology dah dekat, saya & kawan saya book Miss Nia ni suruh ajar bab2 yang kami lemah. So, malam tu, kami prep dekat medan keusahawanan, MK. Tengah Miss Nia terangkan tajuk apa entah,tak ingat, tiba2 ada satu benda berbulu, hitam pekat, lalu bawah meja. Saya tak semena2 terkejut, tertendang meja kat depan and tertolak kerusi kat belakang. Nasib meja tu jenis berat, tak la terbalik, kerusi belakang saya ja tertolak terbalik, jauh pulak tu. Sebenarnya tu tindakan spontan, sebab saya takut kucing, ingat kucing yang lalu kat kaki saya. Bila sedar tu bukan kucing, sebab kawasan tu bukan tempat banyak kucing, selalunya kat dewan makan ja ada kucing, plus benda berbulu tu besar, terus pucat muka saya. Saya try tengok balik bawah meja (berani sebab ada Miss & kawan), tapi dah tak ada apa. Miss Nia yang turut terkejut sebab saya tendang meja tiba2 tadi terus cakap, “kita sambung esok ja la, kamu berdua balik ke kelas”.

Cerita 4:

Cerita ni yang paling seram (bagi saya), yang tak alami mungkin tak terasa keseraman dia. Hari tu, hari ahad, kiranya hari cuti, prep pagi pun tak ada (hari sabtu ada prep pagi). Selalunya, hari ahad, pagi ada roll call, lepas tu gotong royong bersihkan dorm and bila dah setel, aktiviti bebas. Saya macam biasa, dah habis gotong royong, saya basuh baju, lepas tu pergi dewan makan untuk breakfast. Lepas breakfast, saya call parents and balik dorm nak rehat2. Saya tak tahu, mungkin hari tu saya terlalu rindukan rumah or apa. Masa tengah baring2 tu mungkin saya terlelap (saya pun tak pasti bab ni), tiba2 saya terjaga sebab rasa tak boleh bernafas and badan berat sangat. Saya buka ja mata, saya nampak ‘mak’ saya tindih saya. Time tu mata bertemu mata. Saya menangis sebab macam rindu sangat dengan mak. Saya tengok muka ‘mak’, ‘mak’ senyum, tapi nampak pelik, nampak seram. Baru saya tersedar masa tu saya dekat sekolah, mana mungkin mak saya ada, dalam dorm pulak tu. Saya cuba nak lepaskan diri, tapi tak boleh bergerak. Saya paksa pusing kepala saya, sebab takut tengok muka ‘mak’ yang gelak pelik. Pusing belah kiri, ternampak ayah saya pula, baring kat katil sebelah sambil gelak2. Yang ni lagi tak logic, takkan ayah boleh masuk asrama perempuan suka hati. Masa pusing tu baru saya perasan semua katil kosong, ada sorang ja tengah siap2 macam nak keluar. Biasa la hari minggu, ramai keluar outing. Dorm saya jenis memanjang, dalam 20++ satu dorm, katil saya no4 dari belakang tak salah. Saya cuba nak panggil kawan saya tu, tapi mulut tak boleh keluar suara, sampailah kawan saya yang tu pun keluar. Saya cuba nak baca ayat2 quran, tapi time tu semua berterabur. Last2 saya cuma baca bismillah ja dalam hati sambil mata tertutup sebab takut tengok muka ‘mak’ and ‘ayah’. Saya tak ingat kali ke berapa saya baca, barulah badan saya ringan balik. bila dah dapat gerakkan tangan baru saya buka mata, dan tak nampak apa2 dah. Terus saya siap2, pergi kelas sebab tak berani duduk dekat dorm sorang2.

Cerita 5:

Time ni tengah malam. Tapi ramai tak tidur lagi sebab esok boleh balik, cuti tengah semester, so ramai la kemas2 beg untuk balik esok. Sambil2 kemas tu, kami buat la pesta meggi. Tepat pukul 12 malam, lampu dorm padam. Memang dorm dah di set timer, automatic padam pukul 12. kiranya kalau nak study after 12, kena pergi bilik study. Lampu ja dah padam, tapi student2 masih aktif sebab excited esok nak balik. Termasuk la saya. Lepas habis makan meggi, saya nak pergi toilet nak basuh mangkuk. Nak ke toilet, kena lalu stor yang kami simpan beg2 baju. Lalu macam biasa ja. Lampu stor pon connect sekali dengan lampu dorm, kiranya cahaya cuma dari toilet ja. Masa lalu stor tu, tiba2 bulu roma saya berdiri, tak pernah2 pun macam ni, sebab stor tu memang tak ada apa2 pun, beg saja. Saya pun tak tahu kenapa, terus tengok dalam stor tu. Time tu saya ternampak perempuan baju putih lusuh, rambut panjang, tapi muka tak nampak. Saya terus kaku kat situ. Shaking, tapi tak boleh bergerak. Sampai la kawan saya lalu nak masuk stor, nak ambil beg dia. Baru saya boleh bergerak. Masa kawan saya nak masuk, saya pegang tangan dia tak bagi masuk, dia cakap jangan la kacau dia nak kemas barang, dia dah mengantuk nak tidur, terus dia masuk stor tu. Time tu saya tengok balik dalam stor, dah tak ada ‘perempuan’ tadi. Terus terbantut hasrat nak basuh mangkuk. Saya tunggu ada orang nak ke tandas baru saya follow.

Cerita 6:

Kalau dah nama pun banyak cerita mistik, tak sah kalau tak ada kes hysteria. Kat sekolah tu, kes hysteria bukan hanya berlaku kepada budak perempuan, malahan budak lelaki pun turut terkena.

Dalam banyak2 kes, ada satu kes, budak dorm saya ni, tak tahu macam mana first2 dia boleh terkena hysteria ni. Tahu2, dah menjerit2. Macam biasa, bila hysteria ni, first solution kami baca yassin dalam bulatan (budak hysteria duduk tengah), sementara tunggu warden pergi panggil ustaz. Time baca yassin tu, boleh rasa tangan macam ada arus elektrik, tak tahu kenapa rasa macam tu. Tambah pulak dengan budak yang kena hysteria tu,kejap jerit kejap gelak, meremang rasa. Dalam masa yang sama (budak laki, dorm blok sebelah cerita esoknya), diorang terkejut dengar jeritan dari blok perempuan, diorang keluar nak tengok, time tu diorang nampak macam ada benda putih terbang keliling blok asrama perempuan, tapi macam tak boleh masuk. Lepas ustaz sampai, lakukan apa yang boleh, keadaan kembali reda. Tapi kesian juga la dekat budak yang kena tu. Sekali dia kena, badan dia jadi lemah and benda tu macam senang ja nak masuk lepas tu. Sepanjang dekat situ, beberapa kali juga dia diserang hysteria. Sampai ada satu kali tu, warden terpaksa kurung dia dalam sick bay sebab dia terlampau aggressive (kuat lain macam), habis semua kerusi meja dia terbalikkan. Ada sekali tu, satu sekolah blackouts sebab apa tak ingat, (tapi dah dapat notis awal dari tnb), so malam tu prep dibatalkan dan semua student dikumpulkan di tapak perhimpunan. Dalam tengah malam jugak, tak ingat pukul berapa, elektrik kembali ada. Bila dah ada lampu semua, baru tersedar, budak yang selalu hysteria tu tak ada, hilang. Kelam kabut semua cari. Last2 ada orang jumpa dia kat tengah2 belukar sorang2, tengah duduk mencangkung. Salah sorang kawan rapat dia, pegang dia nak bawak balik dorm. Dia just follow macam tengah blur. Esok tu bila tanya, dia cakap malam tu dia ternampak belalang, besar sangat, senyum dekat dia, lepas tu dia dah tak ingat apa. Sedar2, ramai orang keliling dia.

Kes budak laki pulak, berlaku lepas diorang balik camping pengakap. Budak yang kena ni, memang orang kuat surau. Selalu jadi imam time solat jemaah. Ada satu hari tu dekat surau, tak tahu apa berlaku (sebab saya kat belah perempuan), tiba2 dengar sorang budak laki menjerit. Macam meracau pun ada, macam nak cari gaduh pun ada, macam tengah sakit sangat pun ada. Lepas tu dengar riuh2 dari belah lelaki. Kami belah perempuan ni pun dah naik kecut, tak pernah lagi dengar orang jerit macam tu. Meremang jugak la. Dipendekkan cerita, lepas ustaz dah ubatkan dia, katanya ustaz berinteraksi dengan ‘benda’ tu, tak tahu la betul or tak, wallahualam. ‘Benda’ tu cakap, nama dia Tok Batin. Masa budak laki tu pergi camping pengakap, masa tengah tebas2 semak dalam hutan tu, budak lelaki tu terpancung anak dia. Tu dia marah, ikut budak laki tu balik. saya tak tahu macam mana ustaz communicate & pujuk ‘Tok Batin’ tu, tapi last sekali benda tu dapat diselesaikan.

Cerita 7:

Ada satu pokok kat sekolah ni. Besar, tapi kalau tengok keadaan dia, macam hidup segan m**i tak mahu macam tu. Kononnya, dah banyak kali pihak sekolah nak tebang pokok tu, sebab macam mengganggu sebab pokok ni ada kat tengah2 laluan dari dewan makan nak ke rumah warden. Tapi setiap kali nak tebang, mesti akan ada gangguan macam hysteria berlaku. Last sekali pokok tu dibiarkan ja macam tu. Kononnya, dulu masa sekolah ni baru tubuh, ada sorang student perempuan pregnant anak luar nikah, dengan student laki sekolah ni juga. Tapi si selaki tak mahu bertanggungjawab, and bila perempuan tu bersalin, dia tanam anak dia bawah pokok tu dan dia gantung diri. Sejauh mana kesahihan cerita tu, wallahualam, sebab kisah ni turun-temurun dari senior2.

Cukup dulu kot cerita saya untuk kali ni. Banyak lagi sebenarnya nak dikongsi berkenaan kisah di asrama ni. Kalau ada peluang dan kesempatan, saya tulis lagi. Terima kasih. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Lynn

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

44 thoughts on “#Lynn – Asrama”

  1. Cerita ok.
    Tapi awak kan belajar buat karangan kat sekolah,
    Perenggan pun tak ada. jadi buruk gaya penulisan.
    Btw, cerita ok ada elemen seram, tetapi cerita seram di asrama sudah terlalu cliche di FS.
    Banyak versi dan seakan-akan sama.

    Markah: 4/10

    Keep up the good work

    Reply
    • mcm ade commentor tulih, markah ko bg lah paling xblh pakai. cite ni ok je. seram gak n mudah faham. tp mrkh ko bg, penilaian ko eh ehh acah2 bgs pulak! juri syok sendiri mcm nilah

      Reply
          • HAHAH itu ler ad jek saling membekap. xpun org yg sme. dh mmg btl pon annoying. xyah nk juri2 sgtlah…..

          • tak perlu jadi member untuk saling memerlukan.
            Tanpa kehadiran juri2 kat sini, fs agak suram.
            atleast terhibur gak korang baca.
            take it easy.. komen orangkalau tak boleh terima macam mana nak maju.
            Annoying?
            kalau kau yang tulis cerita ni aku terima maybe a bit annoying untuk terima komen orang.
            tapi kau pun pembaca/tukang komen. ko ingat kami tak annoying ke dengan kau?
            ha zubake?

          • diorang ni pelik la.. ckp datang nak baca cerita..korang baca je la cerita kat atas tu..lepas tu skip part komen..itu pun susah..baca komen orang lepastu highblood.. ni nasib da baek la kot aku da brubah sbb just bagi markah..aku mensetan kang dok maki2 kan x baik.. puii eh ter’pui pula..

            korang kalau x suka..wat lek wat pis yo la..

          • entahnye.
            marah orang komen kat cerita ni apa hal.
            korang komen kat komen aku, aku ilekk je..
            komen la..
            jom berhujah dalam hantu dalam aku (hehehe)

            puii..ter pui plak.hehe

          • tu setori yg ko tulis ke? rasanya aku x pernah komen kat situ..hahaha

            kita balas komen drng ni dgn senang hati yo la general markah..
            biar sedap skit mata aku tgk komen pnjng2..haha

          • aku nak baca pun aku tgk komen dulu..kalo rate tinggi baru aku semangat nak baca..ko amek yg positif je la..yg ko nak hentam juri2 ni da kenape..kalo rs blh muntah baca komen, ko xpyh la baca..da baca komen nk meroyan plk ko kan..haaa..kan aku da start bebel..puiihhh betul..

  2. X payah acah lah nk jdi juri bagai..
    Kau sama je cm fattah amin gi mampus lahh… ni sekadar perkongsian.. buat apa nk bagi perfect2 hnya untuk org baca suka2.. lawak nye lahaiiiii gi mmpus lah juriiii fake!

    Reply
    • Omg.. Mak tuan sungguh cerita ni.. 100 out of 100 markah dia.. Terharu den baca.. Rasa mcm termasuk ke dunia lain..

      P/S: drng yg meroyan ni nak tgk komen yg mcm ini yo kot dlm tiap2 cerita yg kena publish.. Come on la..

      Buat cik wannie.. Patah amin tu kita bungkus balik pastu kirim kat ko la.. Bole ko skola kan dia biar x kayu sangat kalau blakon.. Hanat nau komen ko..

      Reply
    • 100/100..kahkah..ni lawak..kene komen murni2 la bru dorg puas ati kot..kite sbgai pembaca x salah nk nilai cerita penulis..yg sentap2 ni geng diva AA ke??!!

      Aku syak dak wanie ni bdk wechat la..hahaha..hakak mana layan patah amin dik oiii..kahkah

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.