#Lynn – Pelik Tapi Benar

Assalamualaikum & salam sejahtera. First sekali, terima kasih buat FS kerana menyiarkan kisah pertama saya yang bertajuk #Lynn – Rumah Sewa, Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam. Kali ini, saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya yang baru berlaku sebelum bulan puasa hari tu. Terima kasih in advance FS kalau sudi publishkan kisah yang ni pulak.

Saya melanjutkan pelajaran di satu university di utara tanah air. Time dekat sini, tak sama macam time degree yang semua aktiviti dilakukan bersama rakan2. Kat sini, saya hanyalah seorang lone ranger yang pergi mana pon seorang diri. Cukuplah intro sampai situ.

Kat sini, saya diberi bilik yang menempatkan lagi 3 orang pelajar. Kiranya total 4 orang dalam bilik ni termasuk saya. Nak dijadikan cerita, dua orang dah hantar final thesis dan seorang lagi jarang masuk kampus, tinggal la saya sorang2 dalam bilik ni. Tapi tu tak menjadi masalah pun sebab tak ada bezanya ada atau tak, semuanya hanya buat kerja masing2.

Bila sorang2, selalunya saya tak pernah pon nak fikir negatif2. Tapi ada satu hari ni, tengah saya siapkan kerja yang supervisor bagi, saya macam terganggu dengan suara orang gelak2. Macam ada sesuatu event dekat luar bilik saya. Untuk pengetahuan semua, level bilik saya ni, bayangkan bentuk segi empat, kiri kanan bilik lecturer, depan pintu masuk, & bilik saya belakang sekali. Tengah2 tu macam hall, kalau ada event, jamuan or talk yang kurang dari 100 orang, selalu buat kat hall ni la instead guna dewan.

Berbalik kepada cerita tadi, lepas dengar orang gelak2, riuh sangat, saya pun bukak la pintu, kalau tak ada halangan (kadang2, kalau event talk, penceramah selalu betul2 depan pintu) saya nak cabut pergi library sebab bising sangat, mengganggu focus saya untuk siapkan kerja. Tapi tiba2 keadaan jadi seram sejuk bila saya bukak pintu, cuma krik krik sebab sorang pon tak ada. Angin sejuk dari air cond hall ja masuk menambah lagi seram sejuk saya. Berpendapat saya tersalah dengar, saya balik ke meja sambung buat kerja, sekali lagi saya dengar bunyi yang sama. Last2, saya kemas barang balik awal hari tu.

Lepas dari hari tu, kadang terdengar jugak benda yang sama bila sorang2, tapi tak sekuat masa mula2 dengar. Tapi, saya cuba abaikan sebab tak kan hari2 saya nak balik awal.

So, selesai bab tu. Ingat gangguan setakat itu sahaja. Tapi rupanya ada lagi. Ada sehari tu, saya nak pergi ATM (bangunan sebelah). So, saya jalan la, lalu dekat satu koridor ni (jalan short cut, level 1 ada jalan hubungkan 2 bangunan ni). Time tu budak diploma & degree cuti rasanya, so kampus sunyi sikit. Saya kenal boleh dikatakan semua mak cik & pak cik cleaner kat sini. Kalau tak tau nama pon, saya memang cam la muka. Semua baik2 & ramah. So, berbalik kepada cerita tadi, masa tengah lalu koridor tu, saya terserempak dengah sorang mak cik cleaner ni. Dari jauh saya dah terdetik, “tak pernah nampak pon mak cik ni, baru kot”.

Masa dah dekat, saya pon tegur la, “cik”, sambil senyum. Tapi mak cik tu just jalan terus ja, pandang depan straight ja. Elok2 lalu sebelah2, kiranya bahu selisih bahu, tiba2 lampu koridor terpadam (macam dalam movie pulak, tapi tu la yang terjadi). Saya terkejut kejap, beberapa saat ja terpadam, menyala balik. Saya pon tak tahu, mungkin tindakan spontan, saya pusing nak tengok mak cik tadi, tapi tak ada siapa pun kat belakang. Nak kata mak cik tu masuk lorong mana2, lorong yang ada pun jauh sangat lagi, tak kan dalam beberapa saat dah sampai. Kalau berlari, tak kan tak dengar langsung tapak kasut. Saya macam blur sekejap, & bila sedar terus jalan laju2 ke ATM. Time nak balik ke bilik, saya guna jalan jauh sebab tak berani nak lalu jalan yang sama balik.

Cerita ke-3 pulak, masa ni saya perlu berjumpa dengan seorang lecturer. Bilik lecturer ni terletak di bangunan berasingan dengan bilik saya. So saya pon berjalan la ke bangunan tersebut. Masa dah dekat sangat dengan bangunan tu, dalam 50 meter macam tu, saya nampak ada sorang perempuan tengah tunggu lif. Dalam 30 meter lagi nak sampai, saya nampak lif terbuka & perempuan tersebut masuk, saya pon berlari nak kejar lift tu (sebab kalau lift tu dah naik, lambat pulak nak tunggu turun). Elok2 saya sampai depan pintu lif, lif baru tertutup, saya cepat2 tekan butang naik sebab selalunya kalau baru tertutup, sempat lagi tekan, dia bukak balik. Tapi pintu tu buka separuh ja, macam lif rosak. Saya terus terfikirkan perempuan tadi, saya terus tengok dekat celah2 pintu lif yang terbuka sikit tu, takut perempuan tu terperangkap dalam tu, tapi gelap ja. Bila tengok betul2, tak ada apa2 sebenarnya. Terus shaking saya masa tu.

Saya terus menapak ke tangga. Masa naik tangga pulak, sebab jarang orang guna, gelap & setiap kali saya menapak, mesti dengar double sound macam ada orang ikut sekali. Saya terus naik dua tiga anak tangga sekali pijak. Sampai kat atas lecturer pelik saya tercungap2. Mana taknya, naik tingkat 4 laju2, tambah saya ni memang semput. Selesai jumpa lecturer, saya dilemma tak tahu nak turun lif or tangga. Saya pelik jugak, baru tadi lif rosak tersekat kat bawak, ni tengok ok ja. Buatnya saya naik, tersekat kat dalam tu, ‘perempuan’ tu ada sekali, tak ke naya. Last saya decide turun tangga. Tapi memang laju la saya turun. Alhamdulillah masa turun tak ada yang pelik berlaku.

Itulah serba sedikit cerita saya sepanjang saya sambung study dekat sini. Banyak lagi kisah kat sini sebenarnya, tapi yang lain berlaku time saya ambil diploma kat sini. Kalau ada masa inshaAllah saya kongsikan. Terima kasih & Assalamualaikum wbt.

Lynn

Leave a Reply

10 Comments on "#Lynn – Pelik Tapi Benar"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Balqis

Assalamualaikum.Best citer awak.seram.biasala kalau sorang2.benda ghaib ni saja nak mengusik dan bg hint yang dia ada.

Lynn

Waalaikummussalam wbt… Terima kasih… Aah kn, betul tu, hehehe…

cikde

UUM, USM UiTM

memang angker sunggh

Lynn

Betul dah salah satu dlm list tu…

Kak Yulie

Seb baek ko x sempat msk lift tu, klu idok mmg Teman Tapi Seram ar jadinyeee…

Apid

TTS la kak yulie kan

Lynn

Tu la.. Masa kejadian macam blur2.. Tapi bila sekarang pk balik, jd lg seram dari time tu..

AtokMisteri

StoryLine – 6/10
Penulisan – 7/10
Seram – 5/10
Misteri – 6/10
Komedi – 0/10

Singkong & keju

thorbaek ni

John johnny jonathan

tadi ada terbaca kisah seram
post dalam laman KRT -Kisah rumah Tangga
kisah seram rumah flat Taman Medan, mmg seeeerrrrraaaaammmmm

wpDiscuz