Ma

Salam. Terima kasih admin publish cerita sulung aku: Hantu PLKN. Memang cerita tu tak berapa seram. Pengalaman masing-masing berbeza kan? Aku just share apa yang aku rasa.

Okay, for this second trial aku akan cerita pasal arwah ma (Al-Fatihah). Tahun ni genap tahun ke-10 arwah pergi. Tak ada hari yang berlalu tanpa aku rindukan dia. Sorry ter-emo plak haha. Ini bukan cerita sedih.

For intro, aku anak tunggal, arwah ayah meninggal waktu aku lapan tahun. Since then aku dengan Ma hidup berdua. Saudara mara pun ada yang aku tak berapa kenal sebab ada family matters yang arwah Ma sendiri tak cerita. Eventhough sehingga sekarang pun aku tak berhubung dengan doiorang ni, hari hari yang kami lalui are normal days.

Sehinggalah waktu tu umur aku 19 tahun, aku amati wajah dan bentuk badan Ma makin cengkung dan kurus. Tapi aku cuba sedapkan hati. Satu malam aku mimpi gigi patah. Aku cakap dengan Ma and dia terus counter, “Ma dah tak lama la tu.”

Aku terdiam, masuk bilik menangis.
Keadaan ni berlalu adalah dalam tiga  bulan macam tu. Ajak pergi hospital tapi Ma tak nak. One night, rasanya Ma sendiri dah tak tahan sakit, dia sendiri offer untuk dibawa ke hospital. So aku bawalah Ma ke hospital k****g. Ambil nombor adalah tunggu dalam dua jam macam tu.

Masuk je bilik doktor, check up gitu gitu je. Aku berharap sangat yang mak aku ditahan masuk wad. Bukan apa, at least further check up boleh dibuat kan. Aku nak marah pun ada time tu. Tapi Ma kata takpe. Kami pun baliklah. On the way balik aku borak borak dengan Ma.

“Ma sakit apa sebenarnya ni? Macam dah tau je, tapi tak nak bagitahu ke apa?”

Ma jawab, “entahlah.”

Lagilah sendu aku dengar jawapan Ma.

Esok hari kawan Ma datang rumah. Nak bawa berubat tradisional katanya. Dan aku pun ikut. Memang taklah aku tak ikut kan. Dahlah aku ada Ma je. Time ni Ma dah tak larat jalan. Dulu badan Ma berisi, tapi dah cengkung. Kulit muka yang dulu berlemak tinggal jadi kulit halus je. Aku typing ni pun sebak. Continue, turun kereta, aku papah Ma masuk dalam rumah makcik yang berubat tu. Dari jauh makcik tu nampak kami sampai terus dia senyum. Dia salam Ma and dia peluk Ma sambil kata, “sabar ye.”

Aku sense something was not right. Tapi apa?

Conversation antara makcik tu and Ma,

“Ada mimpi pelik pelik ke?”

Ma replied, “mimpi apa?”

“Ada orang bagi barang ke contohnya?”

Ma jawab lagi, “pernah mimpi ada orang tua nak bagi baby.”

Makcik terus tinggikan suara and tanya lagi, “terima tak?!”

Ma angguk. Ma jawab dia dalam mimpi tu seolah-olah sedar. So dia terpaksa terima ‘baby’ tu. Aku pun macam nak marah jugak. Yalah, kalau sedar, kenapa terima kan?

Dipendekkan cerita, Ma baru je terima saka. Ibarat warisanlah kot. To be honest, aku tak tahu apa-apa pasal saka ni. Minta maaf kalau ada yang salah. Tapi ada lagi benda yang mengejutkan aku. Aku ingat tu je rahsianya.

Rupanya dalam mimpi tu bukan Ma dan orang tua je. Aku pun ada sekali! Rupa-rupanya saka tu sebenarnya nak diturunkan kepada aku. Tapi Ma berada di tengah-tengah di antara aku dan orang tua tu. You guys boleh bayangkan tak kedudukan tu macam mana? Kiranya Ma terima saka tu bagi pihak aku. Ya Allah, masa tu air mata laju je turun ke pipi. Tak sangka, selama ni Ma tanggung sorang-sorang. Terbayang Ma dulu yang healthy,  tapi sekarang duduk atas wheelchair sebab tak mampu nak support kaki sendiri untuk berdiri. Aku sumpah seranah saka tu. Aku tanya makcik tu, takde jalan lain ke? Sebab aku nak Ma aku yang lama.

Makcik tu kata ni dah ibarat ‘perjanjian’. Saka tu keturunan, mungkin dari susur-galur keluarga Ma, mereka tak nak dan nak suruh aku yang jadi pengganti, tapi lain pulak yang jadi.

Keadaan Ma semakin teruk. For the second time Ma request untuk ke hospital. Kali ni bawa ke hospital lain. H**M. Alhamdulillah, Ma ditahan ward. Sebulan selepas tu Ma positive lung cancer final stage. Walaupun aku dan Ma tahu asbab yang lain yang sebabkan Ma macam tu. Ma boleh discharge sebab final stage kan, mereka pun tak boleh buat apa unless pergi chemo untuk elakkan kanser tu spreading. Dalam hati terdetik, kalaulah Ma tak terima saka tu, adakah keadaan aku macam apa yang Ma lalui? Ya Allah, aku nampak pengorbanan seorang ibu itu. Tak terbalas segala-galanya.

Arwah Ma pergi sangat mudah. Walaupun aku pernah dengar orang kata kalau ada saka nak m**i susahlah, kena bukak ataplah. Tapi untuk Ma, everthing went well.

Alhamdulillah. Pemergian Ma diiringi sayup-sayup hujan. Aku tak tahu ke mana perginya saka tu. Saudara mara pun aku tak contact dan mereka pun tak ambil tahu pasal aku. Selepas Ma pergi memang aku pegang title anak yatim piatu.

Aku pun dah kawin masuk tahun ketiga. Ada juga cerita yang relate dengan saka pada arwah Ma tu. InshaAllah, panjang umur, dan admin luluskan cerita ni, aku akan cerita lagi. Terima kasih semua sudi membaca. Al Fatihah untuk semua yang dah pergi dulu.

Assalammualaikum

Melissa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “Ma”

  1. Selalu jugak mimpi bayi. But sy dgn sukarela just terfikir nak jaga bayi je dlm mimpi tu. Seram juga bila search google, saka.

    Reply
  2. Ada orang kata, saka ni akan menonjolkan diri pada usia-usia dan masa tertentu sahaja…harap Pn Melissa dilindungi Allah selalu…

    Reply
  3. harap puan baik2 saja.. jika ada kelapangan pegi la jumpa org yg lebih arif.. sebab saka x akan pergi/menghilang mcm tu jer.. sebab keluarga saya pernah buang at the end kitaorang dapat tau saka tu datang balik..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.