Game makmi bermula selepas majlis bacaan yassin di rumah fuad. Fuad mula mengambil pisau di dapur lalu menerkam ayahnya yang ketika itu sedang bebual bersama seri muka. Fuad berkata kpd ayhnya..sekiranya aku tak dapat musnahkan anak aku..Maka aku akan musnahkan sorang demi sorang yang menolongnya!!. Lantas pisau pemotong berjaya menusuk ke jantung ayahnya tanpa dapat ditepis oleh sesiapa pun ketika itu. Keadaan bertukar kelam kabut bila fuad beralih pulak ke ibunya namun sempat di tepis oleh seri muka. Gayanya seperti seorang pendekar melayu. Fuad melarikan diri apabila gagal mencederakan ibunya..
Ambulans sampai kira2 setengah jam kemudian namun semuanya sudah terlambat. Si ayah meninggal dunia sebelom sempat di selamatkan oleh doktor. Fuad lari entah kemana. Si ibu menangis kekecewaan milihat semua ini berlaku. Emosi menguasi diri si ibu maka aku ditamparnya berkali kali dan menyatakan bahawa akulah penyebab kepada semua kejadian ini..Ye akulah penyebabnya. Kalau lah aku tak kenal si fuad.Maka semua ini tak kan terjadi.
Malam selepas majlis tahlil. Aku tidur seperti biasa tetapi kali ini rumah fuad dihadiri oleh saudara saudara kandungku yang dari kecil aku tak pernah melihat dan kenal. Keluarga paklong aku dan sepupu aku si fadil. Sekali lagi aku bermimpi disebuah rumah usang yang nun jauh di dalam hutan. Terlihat susuk tubuh wanita tua yang bongkok sedang bercakap dengan seorang lelaki. Yaa.. lelaki itu aku kenal. Dia ialah si kuaci. Namun, mana si santan? Sedang aku cuba perlahan lahan mendekati mereka, kaki aku terpijak ranting.. prekkkkk.. terus si nenek tua berlari ke arah aku dan mencekik..terus aku tersedar.
Seperti biasa, aku melakarkan setiap gambar dan peristiwa yang berlaku dalam sebuah buku dan ku tunjukkan ke seri muka. Kata seri muka.. aku perlu berada di sana lagi untuk mengetahui lebih banyak maklumat. Apa yang mengejutkan,lakaran pertama yang aku lukis adalah wajah ketiga tiga akak ku yang telah d*****h oleh makmi. Dan lakaran kedua, wanita tua itu adalah makmi namun macam mana makmi boleh tua sebegitu.
Aku sendiri tak faham..sebenarnya apa yang berlaku??
Aku dibaringkan diruang tamu rumah. Pintu dan tingkap rumah di buka.
Seri muka : mai, kosongkan minda tenangkan hati.
Perlahan lahan aku mamai lalu aku tertidur. Bila aku sedar, aku barada disebuah perigi yang sudah lama ditinggalkan. Tiba tiba aku terdengar suara wanita yang sedang menagis dan meminta ampun daripada seseorang. Ku toleh ke kiri dan aku mendapati seorang gadis muda diheret dan direntap rambutnya dengan seoranh wanita tua iaitu makmi.
Gadis muda : Along mintak maaf mak, bukan niat nak musnahkan mak..tapi cara mak salah.
Makmi: kau diam!!! Dasar anak tak guna. Hari ni kau akan m**i!!
Gadis muda : Jangan makk..jangannnn..
Lantas pergelutan itu diakhiri dengan satu penyembelihan yang dasyat dan gadis muda itu ( Along) dibuang ke dalam perigi. Secara mengejut makmi tenung aku seolah2 dia sedar kehadiran aku disitu. Terdengar suara seri muka memanggil aku.
Seri muka: mai!! Dengar suara saya tak? Ikut suara saya.. keluar dari mana kau masok tadi..Dia sedar kehadiran kau. Aku pun berlari ke arah suara tersebut dan bammm aku tersembam jatuh ke tanah dan aku tersedar.. peluh mencurah2 sehingga basah tilam.yang aku tidur td. Lantas ku minta pen dan kertas.Ku lukiskan segala peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Seri muka kata padaku bahawa perigi itu berada di dalam hutan nun jauh di pinggir kampung wan seman iaitu adik kepada ayahku.
Kalau along aku d*****h dan dihumban ke dalam perigi aku yakin pasti dua lagi akak ku berada di tempat yang sama. Siapa si santan dan si kuaci ? Berhubung kejadian aku mampu melihat perkara silam berdasarkan minda separa sedar. Seri muka dan paklong aku memanggil beberapa orang masjid yang juga berpengalaman dalam ilmu ghaib ini untuk turut sama membantu aku. 10 ke 15 orang ahli masjid telah berada dirumah fuad. Acara memasokkan aku ke alam minda separa sedar akan dimulai dengan majlis bacaan yassin. Namun, ada beberapa ahli masjid yang telah lari meninggalkan rumah ini setelah melihat mawas menunjukkan dirinya serta makhluk sopan yang digelar “pontianak” bertenggek di atas bumbung rumah. Keadaan menjadi hura hara selepas dua ekor makhluk ini membuat kacau. Tiba tiba maklong aku menjerit dari dapur dan menunjuk ke arah tingkap. Sebiji bola api sedang mengelilingi pokok mangga yang dibawahnya terdapat makhluk yang bernama kuaci dan santan.
Seri muka berpesan kepada aku, aku kena bersedia kerana sekiranya aku tidak dapat balik ke dunia nyata..maka aku akan koma. Sehubungan itu, seri muka memperkenalkan aku kepada anaknya Abg fikrus untuk menemani aku sepanjang aku berada di alam separa sedar. Aku dibaringkan bersebelahan fikrus dan tangan kami diikat menggunakan sehelai kain agar kami tidak terlepas antara satu sama lain. Sekiranya kami menggunkan tali. Kemungkinan tangan kami akan tercedera.
Pontianak, mawas dan bola api masih lagi mengelilingi rumah fuad. Alunan surah yassin dan zikir juga kuat begema. Dimulai dengan bismillah, aku tenangkan diri dan minda kukosongkan. Terasa badanku mulai ringan dan seperti berada di awang awangan. Bila mata ku buka, aku dan fikrus mula berada disebuah bilik penyembahan. Di sebalik kegelapan yang samar samar, makmi sedang melakukan upacara penyembahan apa entah. Siap mantera mantera bagai. Kemudian si kuaci membawa masok seorang gadis muda iaitu angah.
Makmi: kau bawak masok budak tu kuaci!!
Angah: tidakkk, makk tolonggg..jangan b***h angahh mak.. jangann makk..
Makmi: diamm kauuu..
Baringkan dia kuaci..ikat kaki dan tangan dia..
Si angah meronta ronta minta dilepaskan. Selpas tu si santan pulak bawak masuk mangsanya yang terakhir iaitu alang aku. Juga dalam keadaan yang sama diikat tangan dan kaki dan dibaringkan bersebelahan angah. Akak2 aku menjerit meminta tolong namun reaksi makmi membuat aku terdiam sejenak.
Makmi: kau jahit mulut mereka berduaa..bisingg..susah aku nak buat mantera ni. Serta merta mulut merek dijahit hidup2. Kaki aku tergerak nK menolong namun dihalang oleh fikrus.
Fikrus: jangan mai. Kita tiada hak nak menghalang.kita hanya mampu melihat. Sebb kita tidak mmpu disentuh dan menyentuh.
Aku mendekati si santan dan mencapai bahunya, ye kami tidak mampu bersentuhan tapi apa memeranjatkan aku ketika bersentuhan dengan si santan, seolah olah aku sedang berada di depan screen tv.Apa yang santan lakukan aku tahu..siapa santan apa asal usulnya aku tahu. Kini makmi telah siap mantera nya.. kedua2 akakku disiat siat daging nya dalam keadaan yang masih hidup.. hanya airmata yang mampu beri sebagai tanda kasihan dan kecewa. D***h mereka dikumpulkan dalam satu balang dan disembahkan kepada siapa aku tak pasti..sisa sisa d***h mereka pula dijilat oleh kuaci dan santan dan mayat mereka di humban ke perigi. Aku percaya d***h mereka untuk awek muda.
Si kuaci dan santan adalah orang kampung yang tamak dah miskin. Mereka adalah suami isteri dan berjumpa makmi meminta agar si santan ini kelihatan cantik agar mampu membuat duit. Makmi bersetuju dengan syarat mereka harus manjadi orang suruhan makmi. Hasil persetujuan, suami isteri ini menjadi pengikut makmi. Namun, itu semua helah makmi. Dia menyarankan sekiranya mereka mahu kelihatan cantik dan hidup selamanya..Mereka perlu m**i dahulu selama 40 hari kemudian mereka akan hidup semula dan kekal abadi..akibat kebodohan mereka, mereka dibunh oleh makmi dengan penyembelihan seperti lembu lalu mayat mereka dibuang ke dalam perigi dimana mayat ketiga2 akak ku jugak berada disitu Hasilnya, mereka suami isteri ini diseru maka menjelmalah mereka sebagai makhluk hodoh yang ku gelar kuaci ( itam kehitaman) dan santan ( putih dan bernanah).Moci terlalu kecil masa tu.Anggaran dalam usia 12 tahun dan aku percaya dia tidak tahu apa pun berlaku. Kerana hidupnya dikonkong dan ditemani seorang mawas.
Tanpa aku sedar sebenarnya aku telah masok ke dalam perangkap aku sendiri. Kuaci tiba tiba bertukar menjadi lelaki yang handsome dan menghampiri aku. Dia memanggil manggil aku dan seperti dipukau aku cuba mengikuti dia.Namun disebabkan tangan kami teringat aku seprti tali apabila ditarik tarik oleh fikrus dan jasadku meronta ke arah kuaci.
Fikrus: maii sedar maiii..kita dalam bahayaaa..mai sedarrrr maiii..dia syaitann.jangan tergoda maiii..
Seri muka: makmi dah dapat kesan kamu berdua fikruss..lari dari situ sekarangg..
Makmi: hahahahaha..manusia bodohh..kau pikir aku akan tewas dengan permainan kauuu orang tuaaa!!
Seri muka: tarik dia fikrusss..kalau dia tak sedar kamu berdua akan berada di situuu selamnyaaa.. lari fikruss lariii..
Makmi: bunuhh diaaa kuaciii..
Fikrus merentap tangan aku dan di bisikan kalimah ‘ALLAHUAKHBARR X7 kali.’ Alhamdulillah akhirnya aku sedar. Kain yang menghubungkan kami telah mula koyak sedikit demi sedikit.
Seri muka: bawak dia kluar fikrussss.. dia masih lemahh.. ikut suara ni..
Kami berdua berlari tapi masih dikejar oleh si kuaci dan santan. Sampai ditepi perigi aku tersemban dan tersedar dr tidur tadi. Habis basah baju aku. Alunan zikir masih lagi bergema. Aku melukis bagi menggambarkan suasana masa tu.. segala perihal aku ceritakan tentang kematian ketiga orang kakakku.
Selepas solat subuh, aku terus bergerak ke dapur menyediakan sarapan. Aku dengar suara orang bagi salam dan memanggil aku dengan perkenalkan dirinya sebagai ayah aku. Kemudian aku lihat tiada seorang pun yang bangun dan membuka pintu. Saat aku nak buka pintu. Seri muka menghalang aku dengan kerisnya.
Seri muka : jangan..dia tetamu yang tidak diundang.
Kemudian fikrus datang dan tarik aku ke kerusi.
Fikrus : ayah kau dah lama m**i.makmi sendiri yang b***h selepas ayah kau tahu makmi pengamal ilmu hitam.
Aku : kau bohonggg.. ayah aku selamat!!! Dia cuma lari dari rumah!!.
Fikrus : tidakkkkk: aku sendiri yang saksikan bagaimana makmi b***h ayah kau. Masa kau leka digoda kuaci, makmi pancung kepala ayah kau dan menyuruh si mawas menanamkan mayatnya dengan seorang lagi bayi perempuan iaitu adik kau sndiri. Mayat keduanya ditanam di hutan yang berdekatan dengan busut. Itulah lokasi mereka. Emosi perlu dikawal mai..manusia adalah makhluk paling lemah dari segi emosi. Kalau kau nak semua ni berakhir.. kita perlu cari fuad dulu. Sebab takut fuad berada di tangan mereka.”. Seri muka membaca sesuatu dan makhluk itu pun hilang.
Sejak fuad lari dari rumah kami semua telah puas mencari tapi masih gagal. Kami semua bersetuju ke perigi lama yang menempatkan mayat2 saudaraku. Perigi tu dah lama..memang penuh lalang yang hidup disekitarnya. Kami mengambil baldi dan cuba mencedok airnya. Ternyata airnya tidak terlalu dalam. Fikrus mencedok air di dalam perigi dan berjaya membawa naik tulang bahagian kaki. Poklong menghubungi polis bagi mengeluarkan ksemua tulang2 berkeanan. Polis mangambil masa 30 min untuk mengeluarkan kesemua mayat2 tersebut. Sejurus selepas ke perigi, kami membawa pihak polis ke tengah2 hutan bagi menggali busut atau kubur tidak bernama. Yee..kami menjumpai 2 tengkorak kecil dan besar. Setelah selesai penggalian kesemua tengkorak kami hanya perlu menunggu keputusan DNA. Baru 50% kes selesai. Kami masih tak jumpa fuad walaupun anggota polis telah mencari seluruh kawasan. Diringkaskan cerita, rumah fuad berselerak seperti dilanda puting beliung. Sofa kerusi tv musnah akibat malapetaka apa entah. Masa tu kami takde dirumah. Kami ke surau berdekatan bagi berbincang plan seterusnya mengenai fuad dan tindakan makmi. Tiba2 satu angin menerpa ke arah kami dan ibu fuad pengsan. Sejurus dia bangun, dia mula meracau dan kami percaya dia dirasuk.
Ibu fuad : manusia bodohhhh!!! Aku akan musnahkann kauuuu semuaa.
Seri muka : ” baca apa entah” ..keluar kau dari situ kalau kau taknak musnahhh.
Ibu fuad : tidakkkk… kau telah rosakkan semua plan akuuu..
Akhirnya setelah di gasak dan bergelut bende tu pun kluar dan ibu fuad kembali sedia kala. Satu satunya cara nak buat makmi mengalah adalah dengan cederakan moci. Time2 moci keluar adalah time maghrib. Jadi kami tangkap moci ketika berada di bawah pokok rambutan seorang diri. Aku menghubungi makmi dan bagitahu kami telah menangkap moci dengan alasan kembalikan fuad. Padahal kami sendiri tak yakin yang makmi sembunyikan fuad. Makmi marah lalu membakar rumah fuad dari jarak jauh. Pihak bomba datang namun tidak dapat sampai ke rumah fuad akibat dihantui lembaga putih.. kesemua abam2 bomba cedera dikerjakan makmi.. kami terpaksa cederakan moci sebab moci pun ada sedikit ilmu yang diperoleh dari makmi bagi memusnahkan makmi. Aku kesal sebab cederakan moci..tapi aku terpaksa. Akhirnya, makmi mengalah dan menyerah fuad kepada kami. Fuad disembunyikan didalam hutan. Hanya itu yang dia bgtahu kami. Kalau kami nak nak fuad, kami harus tentang dia dulu. Rumah makmi telah digeledah oleh fikrus and the geng. Kesemua aset2 penyembahan makmi telah dibakar oleh fikrus dengan bacaan tertentu bagi mengelakkam segala perkara buruk tidak berlaku. Moci kami lepaskan. Namun, sebaik shaja kami melepaskn moci, .makmi mengeluarkan pedangnya yang berkilat dan panjang lalu menghunus ke arah seri muka namun ajal lebih kepada moci, tanpa disangka libasan pedang makmi telah memancung kepala moci. Kesal dan sedih.. makmi mengamok seakan harimau yang buas dan kelaparan. Tapi makmi melarikan diri. Fuad berjaya di bawa ke rumah oleh fikrus. Satu tendangan dendam hinggap di belakang ku. Sehingga aku patah tulang belakang. Siapa yang tendang, aku yakin makmi. Maafkan aku ibu.. aku terpaksa. Cukupla ibu. Terlalu ramai yanng terkorban disebbkan ibu. Mai xtak tahu mana ibu.. tolongla bu henti kan gangguan kepada mai..bagilah mai hidup bu.. .
DNA dah keluar. Kesemuanya adalah positif. 4 gadis muda disemadikan dalam satu liang..begitu juga dengan si bapa dan si anak.
Kes pembunuhan ke enam enam mangsa di tutup. Manakala fuad mengaku bersalah m******h ayahnya walaupun kami telah beri keterangan bahawa pembunuhan berlaku tanpa kesedaran fuad dan beliau di bawah kawalan ilmu ghaib. Namun bagi fuad..bialah dia tanggung semua ini. Dia tidak.mahu diikat jamin. Aku pasti jalan ini yang tebaik buat kau fuad… kasih aku tetap untuk kau.
Kongsi kisah anda:Â http://fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Brapa umur cik penulis ye?.. Why some text pnya spelling mcm org dulu2.. Last part ni da nmpk mcm fiksyen sngt.. But still ok.. Kipidap
6/10
dia buat fiksyen n jalan cite boleh la best jugak.. susun atur dan cara penulisan tu berserabut.. aku baca je laju2 bia cepat abis.. tu tanda cara kau menulis kurang bagus.. kalau mcm cite si celupar cikedot det d9 slow2 je aku baca.. takut cepat abis..
Jangan stress2 penulis bila ramai pembaca suruh tulis panjang2. Sampaikan cerita ni jadi sangat rushing. Segala macam bala jadi. Tiba2 ramai pula yang dah m**i.
Part 1 dan 2 dah menarik.serius. tapi penutup sedikit antiklimaks. Keep it up. Next story i will follow. Thanks for the post
Fiksyen ker btul ni…hmmm…
The story 1,2 n 3 were all nice. tapi kite rasa cik terlalu rushing nak habiskan cerite…
konfirm fiskyen kan, if betol, anda mempunyai imaginasi yang sangat best, bole jadi writer 🙂
cerita rekaan ke betul ni..part 1 dan 2 macam betul..tp part akhir mcm rekaan je…x penah punah dengar kat negara ni mayat beramai-rai dijumpai dalam perigi
Lah pe bodoh sgt ko nie dah die kate akak2 die kene humban dlm perigi memanglah jumpe banyak pastu takkan polis nak beritekan hal nie kat org ramai poyo sgt lah sial
lol ..dia tnya pasal ni cerita betul atau rekaan..cer jgn bodoh sangat ..cer buat head banging kejap..biar otak tu x lembab..mengikut story yg penulis ni buat part 1&2 mcm true story a.k.a cerita sebenar..tp part yg last ni dia jd mcm cerita rekaan.. (stakat ni paham x?) KALAU ni cerita sebenar for sure akan masuk news pasal mayat tu..
erm..nape aku rasa mcm nk humban sekali budakcomplaint ni dlm perigi tu ek..
kahkah..aku rs da cukup sopan da si ray tu tny soalan..hahaha
? kenapa budakcomplaint tu nak marah sangat ? orang tu tanye je . ke dye punya cerita sbb tu dye marah sangat tu ? ? ahah
Ke sebenarnya budakcomplaint tu adalah makmi ???
Jgn gaduh2, jadikan sebagai hiburan , lantak la, bukan aku yg tulis, bt lenguh jarimaku ja
Bila nama watak dah mcm nama Kuih.. Akk pun scroll laju2
“Manakala fuad mengaku bersalah m******h ayahnya walaupun kami telah beri keterangan bahawa pembunuhan berlaku tanpa kesedaran fuad dan beliau di bawah kawalan ilmu ghaib. Namun bagi fuad..bialah dia tanggung semua ini. Dia tidak.mahu diikat jamin. ”
Tapi kalau pertuduhan ialah m******h, tertuduh memang tak boleh ikat jamin dekat Mahkamah.
Saja nak bagitau 🙂
hahaha.. so mmg nyata la ni cerita rekaan.. aku downgrade rate aku ke 4/10
Apa terjadi pada makmi,,santan & kuaci??
adoi..jln cerita tu best..tapi..berserabut ak nak bace. dah lah name entah apa2 diberinya.
1/10 sebab cerita khayalan….
ko lain kali nak buat fiksyen tulis la disclaimer awal2 ni rekaan… spoil betul la aku baca cerita khayalan syok sendiri acah2 writer ni…
ape jadi dekat makmi?cerita best..
adakah rekaan?