Madu Beracun

Lelaki berbaju putih?

Siapa? Yang pasti kelibat ini susuk tubuh yang aku nampak adalah manusia.

Kalau bukan pun keyakinan ku ia tetap makhluk ciptaan Tuhan.

Kelibat ini adakala menjadi igauan,

Adakala jauh dari sudut pandangan,

Ada waktu jelas di tepi pintu.

Kisah ini bermula apabila pada awal pengajianku aku tinggal bersama di rumah ibu saudaraku yang aku panggil maksu di Kampung Teras Jernang, Bangi Selangor.

——————————————

————————‐—————–

Dua bulan pertama aku menetap di Teras Jernang sementara menanti rayuan kemasukkan kolej kediaman.

Nak dijadikan cerita di Kampung Teras Jernang ini jiran maksuku adalah seorang pensyarah. Nampak macam tok imam, gaya ustaz ustaz. Aku panggil dia Abang Aziz. Rumah di Lorong yang kami tinggal agak dekat antara satu sama lain.

Jadinya bersebelahan rumah Abang Aziz ini adalah rumah Kak Yati yang tinggal bersama 2 anak bujangnya Amir, 15 tahun dan Amsyar, 11 tahun. Kak Yati peniaga jubah. Kehidupannya pada aku cukup sempurna.

Suami kak Yati, Abang Latip seorang kontraktor binaan dan memiliki perniagaan restoran sekitar Bangi. Cuma aku hairan kenapa Abang Latip ni tak pernah balik ke rumah selepas berkahwin dengan seorang wanita Indonesia kak Marsita. ( Berdasarkan cerita Maksu ku)

Di Lorong ini aku pernah melihat kelibat Lelaki berbaju putih mundar mandir di depan rumah Abang Aziz dan hilang di depan rumah kak Yati.

Satu hari sedang aku bersembang bersama sepupu aku dan abang Aziz di laman depan rumah abang Aziz. Amir anak kak Yati berlari sambil menjerit minta tolong.

“Chik Aziz!! Chik Aziz!! tolong Amsyar pengsan lepas tu dia bangun dengan mata Merah menyala” terang Amir dalam keadaan tercungap cungap.

Abang Aziz bingkas bangun dari pangkin sambil mengajak aku dan sepupu ku Ude untuk ikut sama.

“Shah, Ude jom sekali tengok apa yang boleh kita tolong”

Berderau d***h aku semasa sampai di perkarangan rumah Kak Yati pakej meremang segala bulu roma.

Waktu tu aku terus membaca Ayatul Kursi dan terus masuk ke rumah kak Yati. Suasana dalam rumah suram. Terasa bahang panas menyelubungi segenap ruang.

Amsyar tiba tiba menjerit dengan suara yang garau dalam pelat Siam

“Woii sape suruh hang maiiii jangan dok kacau pandai pandai. Pi balik nuhhh.. ni kawasan aku.. aku tanda laman dahh pi balik nuhh”

Jari Tangannya mencengkam bagai harimau. Mata Amsyar Merah menyala.

Abang Aziz terus membaca doa sambil menangkap kaki Amsyar. Amir hanya berdiri ketakutan manakala aku dan uda tergamam dan saling berpandangan. Kak Yati pula mula menangis.

Tiba tiba Abang Aziz berkata, ” shah tolong abang pegang kaki amsyar sebelah lagi, ude pegang bahu. Pegang kuat kuat ye”

Aduh kenapa aku terlibat sama ni. Perasaanku waktu itu bercampur baur antara takut dan berani. Namun aku gagahkan diri berbekalkan doa yg ada terkumat kamit aku, entah betul hujung pangkalnya. Namun aku bersama kali ini hanya utk bantu abang Aziz.

Akhirnya Amsyar pengsan, dan hanya tersedar apabila Abang Aziz renjiskan air ke mukanya.

———

“Ada sesiapa yang marah dengan Amsyar ke kak? Ada bergaduh ke? Pelik ni dengan budak 11 tahun pun sampai hantar yang bukan bukan.”

Tanya Abang Aziz.

“Tak de ziz. Akak tak tahu.. takde pulak dia gaduh dgn sesiapa. Cuma seminggu dia dia jadi pendiam macam takut ziz.. Dari yg bercakap banyak langsung tak sepatah yang keluar dari mulut dia”

Terang Kak Yati sambil tersedu sedan.

Setelah keadaan tenang kami bertiga minta izin pulang. Abang Aziz cuma berpesan baca Ayat Kursi dan lagi baik baca ayat ayat Quran dalam rumah.

Di luar perkarangan rumah. Amir tiba tiba menghampiri kami bertiga.

” Chik Aziz.. Amir tahu sape yg buat kami mcm ni.. ni bini muda ayah.. Dia buat ayah sampai macam orang gila. Suka sampai dia tak balik langsung rumah ni.”

Amir menahan kemarahan

“Dia goda ayah dia yang selalu kacau ayah.. sampai ayah kawin dengan dia. Ayah selalu gaduh dgn mak.. bini ayah tu Indon bang.. Kak Marsita duduk kat simpang depan tu.”

Menangis Amir akhirnya.

“Astaghfirullahalazim.. sabar Mir jangan cakap macam tu kita tak tahu perkara ni.., takpe kita Doa sama sama.” Balas Abang Aziz

Tiba tiba Kak Yati melompat dari keluar dari tingkap rumah.. sambil menjerit jerit. “Ko balik ko balik ko jangan datang rumah aku lagi”

Kami bertiga terus tergamam. Abang Aziz terus menghampiri kak Yati.

“Amir, Pakchik minta izin pegang kaki mak kamu ya” abg Aziz terus menangkap ibu jari kaki kak Yati.

Setelah beberapa ketika akhirnya kak Yati berhenti meronta dan semakin lemah. Dia akhirnya menangis semahu mahunya.

Allahuakbar apa yang sedang berlaku ni. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku memberitahu abang Aziz tentang lelaki berbaju putih yang aku nampak.

Abang Aziz cuma berkata mungkin kelibat yang aku nampak hanyalah alamat. Tiada apa yang hendak dirisaukan. Kelibat ini adakala datang memberi peringatan. Aku hanya mengangguk. Makhluk tuhan juga.

Akhirnya Kak yati bersuara

“siapa yg buat kami mcm ni ziz tolong lah kami. Akak nak tahu juga siapa yang jahat busuk hati ni.. kalau bini Indon Abang Latip mmg nahas dia.. akak tak penah kacau hidup dia. Dia kawin dgn abg Latip pun akak dah redha. Siapa dia ziz?? Dia ke??”

Abang Aziz tenang menjawab “Kak yati biar siapa pun dia, tak perlu kita cari tak perlu kita berdendam. Apa yang perlu kita ikhtiarkan agar gangguan ini berhenti. Allah nak uji kita ni..”

Saat ini aku berasa lega dengan kata kata Abang Aziz. Amir dan Ude hanya terdiam tanpa kata. Amsyar sudah terlena.

Hari berlalu. Aku bertembung dengan Kak Marsita. Cantik orangnya. Nampak sopan baik Budi pekerti. Kalau betul apa yang Kak Yati dan Amir cerita macam tak kena pulak dengan sikap dan perwatakkan Kak Marsita.

“Betul aku rasa mmg kak Marsita ni memakai agaknya, patutlah dapat Abang Latip yang kaya tu”

Gerak geri Kak Marsita agak pelik. Amir juga ada memberitahu ayahnya selalu membeli kuih kak Marsita. Selalu memuji kuih dan makanan yang dijual sangat sedap dan menepati citarasanya.

Gangguan ke atas keluarga Kak yati berterusan. Amsyar terus berdiam diri. Berubah 360 darjah dari seorang anak yang periang dan peramah terus menjadi pendiam dan seperti hilang ingatan. Amir penuh amarah penuh dendam kepada kak Marsita.

Nak dijadikan cerita satu hari Abang Latip kemalangan Jalan raya. Abang Latip lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Kak Marsita menjaga abang Latip penuh kasih sayang.

Maksuku juga pernah memberitahu Kak Marsita ni baik orangnya menjaga abang Latip walaupun dah Lumpuh.

Berita kemalangan abang latip menyebabkan kak Yati rasa terkilan.

Padanya Kak Marsita langsung tidak memberitahu. Tahupun hanya setelah Maksu ku pulang dari ziarah Abang Latip dan memberitahu kak yati.

Satu petang tu, aku dan abang Aziz sedang bersembang sambil abang Aziz mencuci keretanya. Kereta Abang Latip yg dipandu oleh kak marsita menyusuri Lorong terus ke laman rumah kak yati.

“Assalamualaikum! Kak yati.. “

Kak Sita memberi salam

“Waalaikumussalam! Ha sita.. kenapa ko bawak abang dtg sini.. dah Lumpuh ko tak nak jaga ke?” Sergah Kak Yati.

Kak Sita tunduk menangis sambil menjawab “Tak kak.. abang yang nak singgah utk jumpa akak.. saya bawakan dia sebab abang dah tak boleh Jalan lagi, sy akan jaga abang.. cuma abang nak jumpa akak”

Kak Sita, menurunkan kerusi roda sambil perlahan lahan memapah abang Latip. Abang Aziz yang berada berdekatan turut memegang dan membantu Abang latip duduk di kerusi roda.

“Aziz ko tunggu sekali aku nak cakap dgn kau jugak..” kata abang latip perlahan

Amir yang baru pulang dari sekolah.. terus menjerit sambil menangis

“eh kak Sita kenapa dtg sini. Ayah kenapa bawa kak Sita dtg sini. Ayah tak kesian mak ke?? Macam macam Kak Sita buat. Dia kacau ayah kacau mak kacau adik”

Abang Latip terus menjawab “Amir jangan biadap.. Amir masuk dalam.. yati, abang datang nak cakap dengan Yati” sambil mengurut dada.

Tiba tiba terdengar jeritan Amir dari dalam rumah. Abang Aziz berlari masuk.

Kak Yati membantu KaK Sita menolak kerusi roda Abang Latip.

Angin tidak semena mena bertiup kencang. “Prang” pecah pintu sliding ruang tamu rumah Kak Yati.

Aku masih berdiri di luar. Berdebar waktu tu. Hujan tiba riba lebat mencurah.

Amir seperti membuka silat di tengah rumah. Dia meracau menjerit.

“Awat hang maiiiii…. aku dah kata jangan kacau… aku nak hang tak bagi… hang dah janji eiiiiiiiii eiiii eeiii!!!”

Aku masuk dan berdiri belakang Abang Aziz. Jantung dup dap dap dap. Tak tau nak cakap la.

Abang Aziz terkumat kamit membaca doa.

Abang Latip seperti menahan sakit di dada. Kak Sita menggenggam erat tangan Abang Latip.

“Oooii Latip hang yg mula dulu hahahaha la ni mana janji hang”

Amir terus memasang kuda kuda. Mata Merah menyala.

Abang Aziz meminta semua membaca ayat Kursi sambil dia duduk bersila. Tiba tiba Amir menerkam Abang Aziz namun dengan pantas dia menangkap tangan dan mengunci Amir ke belakang.

Saat ini Amir menjerit lagi “sakit wooiii lepas”

Abang Aziz memegang ibu jari Amir. Amir terlentang ke belakang.

Angin masih bertiup kencang. Tiba tiba bunyi bising di dapur pinggan jatuh percah berderai. Seketika kemudian bunyi suara menangis dalam bilik utama. Pintu bilik terbuka dan tertutup berdentum.

Amir pengsan. Abang Aziz meminta secawan air. Direnjiskan ke muka Amir dan Amir minum sedikit air.

Kak Yati terduduk menangis.

Kak Sita juga menangis

“Sita… sampai hati kau buat macam ni.?? ” Jerit kak Yati.

Kak Sita tertunduk sambil menangis.

“Takyah menangis Sita. Aku tolong kau.. aku ajar kau meniaga akhir laki aku ko ambil.. lepas tu ko hantar jin ni semua”

Jerit Kak Yati Lagi.” Dia bangun menuju kepada Kak Sita.

Abang Aziz menahan Kak Yati sambil berkata “sabar kak jangan buat tuduhan melulu”

Tiba tiba Abang Latip bersuara

“Allahuakbar Yati.. abang banyak dosa pada yati.. abang lalai… abang leka dengan dunia. Abang leka dengan kecantikan Sita. Yati tak salah apa pun dengan abang.. Sita pun tak salah.. abang dah dapat pembalasan abang yati..” sambil menangis dan mengurut dada.

“Abg bomohkan Sita untuk suka dan terpaut pada abang. Sedangkan Sita tiada perasaan. Namun kasih sayang Sita melebihi abang. Dia terima abang.”

“Abg terlalu sakit hati sebab yati tak marah tak cemburu pun pada abang. Yang yati tahu jual jubah jubah dan jubah.”

Abang Latip tertunduk menangis.

“Abang sakit hari tengok yati bahagia tanpa abang.. anak anak gembira dengan yati. Tapi abang hanya ada Sita. Abang yg kirimkan jin supaya kacau hidup Yati”

Suasana makin tegang.

“Astaghfirullahalazim abang.. abang ckp apani? Abang sanggup buat yati dan anak anak smpai mcm ni.. hantu setan apa yang merasuk abang ni?” Jerit kak Yati sambil terus menangis

“Abg mintak ampun Yati.. Amir Amsyar ayah mintak ampun. Ayah yg salah.. ayah yg bodoh.” Rintih abang Latip lagi.

Rupanya abang Latip disahkan juga mengalami kanser usus tahap 4 dan buah pinggang juga mengalami kegagalan fungsi.

Setiap malam Abang Latip diganggu oleh ‘makhluk’ yang di hantar kepada keluarga sendiri. Usaha Abang Aziz dengan izin Allah menjadi penghadang dan menutup pintu gangguan di rumah Kak Yati.

Abang latip sendiri mengaku pada abang Aziz hidupnya tidak tenang. Dia menggunakan khidmat bomoh dari Siam supaya kegembiraan kak Yati dan anak anak sendiri berkecai. Antara syarat yang dituruti adalah 3 mata kail, 3 ayam kampung dan 3 ekor ular. Setiap bulan hidangan tetap sehingga bersatu.

Puncanya hanya sakit hati dan cemburu melihat kebahagiaan isteri dengan anak anak. Puncanya juga dek kerana nafsu dan keseronokkan dunia semata mata.

Abang Aziz tergamam dengan pengakuan abang Latip malam itu.

Dari cerita abang Aziz juga selepas beberapa bulan berlalu. Akhirnya abang Latip meninggal dunia. Namun yang indahnya Kak Yati dan Kak Sita keduanya menguruskan jenazah abang Latip dengan sempurna. Tak sangka sanggup sang suami bertindak begitu sekali.

Namun pengakhiran Abang Latip penuh penyesalan dan Semoga taubat beliau diterima. Kita manusia tidak sempurna, sempurna milik Allah, yang boleh kita capai adalah kejujuran dan kesungguhan melakukan sesuatu demi meningkatkan iman dan taqwa kepadaNYA.

Wallahualam

Abang Aziz sekarang sudah berpencen rasanya. Last aku dengar cerita dari Ude Abg Aziz beli tanah dan buat rumah di Sungai Merab.

Kita minta dijauhkan

Semoga dilindungi dari hasutan jin iblis dan syaitan…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 100 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.