#Maira – Taruhan Cinta Zinnirah

Hadirmu bersama kuntum senyuman. Walau dirimu hamba tawanan.

Zinnirah, itulah namanya. Seorang wanita yang namanya jarang disebut malah tidak ramai yang mengetahui tentang dirinya. Tentang kisah ketabahan serta keagungan cintanya kepada Allah SWT. Dia bukanlah seorang wanita dari golongan yang berada mahupun terkenal. Dia juga tidak memiliki kecantikan yang menjadi dambaan setiap lelaki. Malah Zinnirah tidak mempunyai apa-apa. Akan tetapi, dia mempunyai aqidah tauhid yang menebal. Ketidakberadaannya telah dimuliakan Allah melalui pengorbanan yang ditempuhinya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi menjadi matlamat. Sekalipun dihimpunkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan sekali-kali menukarkan aqidah yang telah bertunjang dihati.

Dia adalah wanita dari keturunan bangsa Rom dan telah menjadi hamba tawanan untuk dijual di Kota Makkah. Dan akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab dengan harga yang murah untuk dijadikan hamba di rumahnya.

Rasulullah SAW memulakan dakwahnya secara tersembunyi di kalangan ahli keluarga dan golongan bawahan. Orang terdahulu yang memeluk agama Islam, biasanya tidak akan pernah terlepas dari menerima kecaman, hinaan malah seksaan dan penderitaan yang amat pedih berbanding orang-orang yang terkemudian.

Kau umpama bintang dimalam hari. Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama.

Dan diantara mereka yang terawal memeluk agama Islam termasuklah Zinnirah. Pada peringkat awalnya, Zinnirah sedaya upaya menyembunyikan pengislamannya daripada pengetahuan Umar Al-Khattab. Siapa yang tidak kenal dengan Umar Al-Khattab. Sebelum kesilamannya, dia merupakan individu yang tidak segan silu memerangi Rasulullah SAW. Dia juga seorang lelaki yang cukup terkenal dengan sikap garang, bengis dan tidak berperikemanusiaan.

Segala amal ibadahnya hanya dilakukan ketika tiada sesiapa dirumah ataupun setelah semua isi rumah sudah lena dibuai mimpi. Pada masa itulah Zinnirah akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan air mata merintih mengadu sehingga adakalanya dia menangis hingga tidak sedarkan diri. Begitulah pengabdian cinta Zinnirah pada Allah SWT.

Namun lama kelamaan perihal tentang keislamannya dapat dihidu oleh Umar. Setelah diselidiki, ternyata benarlah bahawa Zinnirah telah meninggalkan agama nenek moyang mereka dan menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Dengan rasa marah yang meluap-luap, Umar terus berjumpa Zinnirah dan menyeksannya dengan seksaan yang amat pedih. Zinnirah telah disepak, diterajang manakala kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat dan dibiarkan ditengah sinar mentari. Tidak cukup dengan itu, tubuh Zinnirah ditimpakan pula dengan batu yang berat. Tidak ada siapa yang dapat menggambarkan bagaimana Zinnirah menjalani segala seksaan yang ditimpakan kepadanya. Dengan keadaan padang pasir yang siangnya begitu terik hingga terasa membakar kulit badan manakala malamnya amat sejuk hingga mencengkam tulang hitam.

Segala keperitan serta kesakitan yang dialaminya sedikit pun tidak memberi kesan ke atas dirinya. Malah, lidahnya tidak berhenti melafazkan kalimah, “Allah, Allahuakhbar. Allah yang Maha Besar.” 

Dalam pada itu juga hatinya berbisik sayu. “Ini adalah untukMu wahai Tuhanku. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di akhirat kelak. Berjihad adalah amat sukar dan tidak pernah sunyi dari penderitaan dan kesengsaraan. Namun aku sedar, untuk beroleh syurgaMu, aku harus melalui jalan berliku yang penuh duri, sedangkan beroleh neraka itu dikelilingi oleh seribu nikmat.” Itulah ucapan Zinnirah untuk mengubati segala kesakitannya.

Matamu jadi taruhan. Gantian lara nilaian iman.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah apabilah matanya ditusuk  dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Tatkala itu, hatinya berbisik, “Tuhanku, walau aku d*****h m**i, aku lebih rela daripada terpaksa menjual agamaMu ini. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan serta keagunganMu. Cuma satu pintaku, berilah hidayah kepada orang yang menyeksaku ini.” Inilah peribadi seorang serikandi. Dalam dirinya disakiti masih juga dia mahu berbuat kebaikkan.

Pengorbanan Zinnirah mendapat hinaan dan cercaan daripada kaum Musyrikin Makkah. Pelbagai tomahan dilemparkan kepadanya bagi mempersendakan Zinnirah. Mereka telah menyebarkan fitnah yang kononnya Tuhan mereka iaitu Latta dan Uzza telah membutakan mata Zinnirah sebagai hukuman kerana berpaling dari agama nenek moyang mereka.

Namun, Zinnirah dengan beraninya menyangkal fitnah itu dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku keatasnya bukanlah disebabkan oleh Latta dan Uzza akan tetapi ianya adalah perbuatan kejam Umar Al-Khattab. Ianya juga adalah takdir Allah SWT dan Allah jugalah yang berkuasa mengembalikan semula penglihatannya.

Apabila mendengarkan kata-kata Zinnirah itu, orang-orang kafir telah mencabarnya untuk membuktikan akan kata-katanya itu. Terjadi sedikit keributan diantara mereka. Namun begitu, Zinnirah masih tetap dengan pendiriannya. Umar Al-Khattab pula seakan sudah jemu untuk menyeksa hambanya itu. Dia merasakan tiada gunanya mereka menyeksa Zinnirah. Ini kerana semakin diseksa, semakin teguh keimanan yang ditunjukkan Zinnirah. Tiada sedikit pun tanda bahawa wanita itu ingin mengalah dan berpaling dari pegangannya.

Takdir Allah itu indah pada insan yang redha. Akhirnya Allah SWT telah menunjukkan kebesaranNya. Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannya. Malah matanya lebih jernih dari yang sebelumnya dan dia dapat melihat dengan lebih jelas. Kilauan matanya terpancar terang hingga menyilaukan pandangan orang-orang Quraisy. Tidak lama kemudian, Saidina Abu Bakar telah membelinya dari Umar Al-Khattab dan sekaligus memerdekakannya. Bebaslah Zinnirah dari kekejaman serta penindasan kaum Musyrikin durjana.

Kau jadi impian firdausi. Jadi pingitan hiasan duniawi. Selaut kasih kau hamparkan. Cinta murni yang kau dambakan. Tiada sempadan dan tiada bertepi. Kau serikandi sunyi. Kasih suci yang kau hulurkan untuk Illahi. Menagih korban kasih abadi.

Dia seorang wanita suci yang mempunyai ketaqwaan yang begitu tinggi dan tauhid yang mendalam dijiwa. Walaupun perit seksaan yang diterima namun hatinya tetap teguh memilih Illahi.

Zinnirah seorang wanita yang lemah pada zahirnya tetapi kuat rohaninya. Semakin dia rindu untuk bertemu Allah SWT, semakin banyak dia bersujud kepadaNya. Semakin deras airmata membasahi tempat sembahnyangnya semakin yakin dan berani untuk dia berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat kepimpinan dan kasih sayang Allah SWT.

Bagi Zinnirah, cukuplah kasih sayang dan perlindungan dari Allah SWT. Dan itulah kemerdekaan yang hakiki.


Assalammualaikum. Jutaan maaf dari Maira pada semua readers. Cerita kali ini bukanlah cerita seram. Ianya adalah sebuah sejarah Islam. Maira sekadar berkongsi. Ada masa-masanya kita perlu back to basic. Sejarah takkan tercipta untuk ditinggalkan tetapi ianya adalah untuk diteladani. Selamat berhujung minggu dan selamat membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

46 thoughts on “#Maira – Taruhan Cinta Zinnirah”

  1. **Kesilamannya = Keislamannya

    “Kau jadi impian firdausi. Jadi pingitan hiasan duniawi. Selaut kasih kau hamparkan. Cinta murni yang kau dambakan. Tiada sempadan dan tiada bertepi. Kau serikandi sunyi. Kasih suci yang kau hulurkan untuk Illahi. Menagih korban kasih abadi.”

    9.9/10

    Reply
  2. Zinnirah ni kan yg sanggup korek mata dia bila ada yg jatuh cinta pada dia sbb terpegun dgn kecantikan mata dia? Is it? Ke kita salah? 😛

    Reply
    • Mr/Miss Aa… cerita ini adalah keputusan admin untuk publish. Saya hanya menghantar karya. Jika admin publish maka ianya akan jadi bahan bacaan untuk semua pembaca. Jika ianya tidak dipublish maka ‘kami’ (para penulis) faham bahawa cerita tersebut tidak melepasi piawaian admin. Cara awak komen seperti ‘kami’ (para penulis) yang publish sendiri cerita yang kami tulis.

      Oh ya! dimana yang kami tak respect admin Mr/Miss Aa??? Mohon pencerahan.

      Reply
      • وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ
        Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.(Al-Baqarah – 194)

        Reply
    • Errr sebenarnya ada je cerita seram atau thriller dari saya yg admin tak publishkan… tapi cerita cik mairah admin publishkan

      Dekat situ saya faham keputusan memilih apa yg boleh dan x boleh dipublishkan adalah keputusan admin

      Maka dengn itu saya juga berharap kita semua respek keputusan admin

      Dia berhak utk publish atau buang sesuatu cerita. Nampaknya admin juga berminat drngn cerita cik mairah.👍🏻👍🏻👍🏻😊 tahniah

      Reply
      • Betul tu NY. Ada je cerita seram Maira yang sebelum ni kena reject (trash) dengan admin. Mungkin tak menarik minat admin. Kita cuma sekadar mencuba nasib. Kalau admin berminat dan rasa rasional untuk dipublish. Maka inilah dia. Kalau tak sebaliknya.

        Bukan nak menegakkan cerita sendiri. Sekadar menyatakan yang Maira tak pernah tak respek admin.

        Reply
    • Apa salahnya. Sekali sekala je kan. Mungkin sebulan sekali, dua bulan sekali kita dapat baca cerita mcm ni. Anggap je la cerita ni mcm IKLAN dalam jutaan cerita2 seram. Up to you nak baca atau tak.

      Reply
      • ye betul Aween. Cerita sebegini takkan dikongsi selalu. Sebab tu maira dah sebut dihujung cerita. “ada masa-masanya kita perlu back to basic”.

        Reply
        • Aku tau admin yg approved..kau tulis cerita mcm ni dekat sini terang2 xkena tempat. Tawakaltu?pahala express? Tak kena tempat.Kalau sbb cite ni ada kait agama sikit admin approve admin sendiri bias xde pendirian kendali pages. Baik p korek balik trash tu cr cerita CS tu publish kat sini.

          Reply
          • See Aween…sebulan sekali 2bulan sekali..lama2 abisla fs..penulis paham fs ni konsep cerita2 mcm mana.yang aku xpaham nak jugak cuba nasib try cerita yg lari konsep..sebab apa tu? Cik maira tlg jawap.

          • Mata terbakar ke baca cerita ni bro?
            Takkan panas kot?
            Tak mahu baca sila skip.
            Ke panas sebab cerita kau tak terpublish?
            Panas ye?
            Burn in hell

          • AA.

            Tahu rupanya admin yg approve..ingatkan tak tahu. And awak pun kata admin bias kan? So, apa kata AA email direct dekat admin cakap yg cerita sebegini tak sepatutnya dipublish.

            Lari konsep? Tak kena tempat? Rasanya admin belum highlight lagi requirement untuk hantar cerita dekat sini. So, tak salah untuk sesiapa pun hantar cerita apa2 pun dekat sini as long as bukan KRT punya cerita.

            Pahala express? Hebat awak AA kalau dapat assume orang dengan sebegitu rupa. Urusan dosa pahala terpulang pada nawaitu masing2. Saya cuma niat menulis & berkongsi.

            Cuba nasib? Yes. Kami penulis akan mencuba nasib. Tahu kenapa? Selagi satu-satu web ataupun blog mahu menerima penulisan kami, selagi masih ada pembaca yang mahu membaca, selagi ianya tidak melanggar terma dan norma sensitiviti manusia. Maka selagi itulah kami akan berkarya.

            1 lagi…Suruh sapa ea yg pergi korek trash? Saya ke? Admin yg trashkan..bermakna cerita tu tempat yg selayaknya dekat situ. Dalam erti kata lain, cerita tu tak layak dipublish. So, tak perlu la nak dikorek & disubmit semula dekat sini semata-mata mengharap admin publish. Ibarat orang tak hendak, kita terhegeh-hegeh.

          • Aku bals utk sibdul yibles dulu..sbb aku tgh free xde buat ape..seronok pulak berbalas pantun ni.haha..ape tu? mata panas,terbakar,tanak baca skip,cerita aku xpublish?. Amende kau..adoii..next next..ko punya hujah boleh masuk trash.

          • Dah tentula aku tau admin yg publish adoi..bila pulak aku cakap kau yg publish cerita sendiri?( cara kau baca komen aku yg 1st tu salah) aku xpayah email kt admin sbb admin pernah cakap dia baca komen2 kt sini..katanya admin mendengar keluhan likes. ( ini admin yg cakap bkn aku pandai2)
            Lari konsep la Cik Maira..ni bukan pertama kali awak tulis cerita kat sini..elok je awak ikut konsep..kalau kau boleh anta cerita ” back -to-basic” kenapa cerita krt org xboleh anta kat sini? Dua2 lari konsep.(.silap2 admin approve)..haha..asalkan niat menulis dan berkongsi tu ada ( ni awak yg tulis)Auchh..!
            Bab pahala express tu aku bertanya je..(bagus tak aku xassume org)kau tak nampak ke org guna socmed mcmmana skrg..ramai pandai gunakan utk dapat pahala (bukan sarcasm)

          • AA.

            “asalkan niat menulis dan berkongsi tu ada ( ni awak yg tulis)Auchh..!” – Jangan memfitnah Mr.AA. Apa yg saya katakan tu berkenaan dgn isu PAHALA EXPRESS yg awak timbulkan. Bukan isu cerita yg dihantar disini.

            Saya malas nak berhujah panjang. Dia macam ni la. FS merupakan medium utk kami para penulis. Yes, awak mungkin pernah baca penulisan saya yg sebelum2 ni. TQ so much if you do so. Pernah dengar seni itu halus & subjektif? Samalah juga dengan penulisan. Ianya bersifat subjektif. Ada ketika saya atau para penulis yg lain akan lari dari konsep asal. Kerana apa? Sebab kami nak bereksperimentasi dengan penulisan kami. Sengaja lari dari sesuatu yg dipanggil stereotype.

            So, untuk cerita kali ini memang ianya lari dari konsep seram yg FS ketengahkan selama ini. Tapi selagi admin terima apa pun penulisan kami maka selagi itulah saya mahupun orang lain akan terus bereksperimentasi disini.

            Untuk awak Mr.AA. kalau rasa cerita ni tak sesuai dipublish disini.. sila bersuara pada pihak admin. Saya sebagai penulis sangat menghargai admin. Tanpa admin siapalah kami. Tanpa pembaca juga siapalah kami. So, kalau awak rasa dengan menjadi pembaca awak berhak memilih bahan bacaan awak. Silakan memilih. Yang mana awak rasa tak nak baca & tak bersuaian dengan expectation awk. Just skip and go for the next story.

            Kita masing2 ada hak disini. Sebagai Admin, sebagai penulis & sebagai pembaca.

            Salam ukhuwah, salam sayang -Maira-

    • Tak payah d layan orng mcm ni..

      Fikir yang baik2 x bole ke? Kenapa kena fikir benda yg tak baik..
      #TypicalMalaysian

      Kau ada hak untuk bersuara..
      Kau juga ada hak memilih utk tidak membaca cerita ini..
      Kau boleh mengkritik dan membetulkan mana yang salah dengan cara yang betul..

      Penulis ada hak untuk berkarya..
      Penulis ada hak untuk submit karya dia d mana2 medium yang ada..

      Admin pgg hak mutlak untuk approve cerita..
      Tak ada paksaan yang d buat oleh penulis kepada admin untuk memilih cerita ini..

      Jangan hitam sangat hati tu.
      Aku faham dekat FS ni orang tak kenal kau siapa.. So jangan tunjuk berani sangat la.. Aku x de niat nak berbahas dengan kau.. Tp show some respect..

      Admin x bodoh sangat untuk approved.. Kalau betul cerita ni berunsur syiah..

      Reply
      • Rilek…dia penulis..dia patut bersedia dapat kritikan mcm ni..hak aku aku gunakan..hak dia dia gunakan..
        So skrg ni kalau org xkenal aku ..apa kelebihannya? Klise sgtla ayat hati hitam tu..xde hati hitam2 la sini..korang je xberjiwa besar..kritik sikit tacing..kritik sikit baca komen org pun xbetul.
        Kalau orang komen bagus ceritanya..waauu org tu adalah suci lagi umat muhamamd..
        So skrg ni masuk bab syiah plak kenapa..wooo…siapa yg cakap pasal syiah ni? Elok2 la sikit yg mencelah pun..aku masih gunakan kritikan yg xketerlaluan.tak ada komen aku yg tak tunjukkan respek pada penulis..kau pulak masuk tetiba pasal akidah..sayang betul cakap pasal org terkena diri sendiri.

        Reply
        • Kau ni yang tulis kat komen dulu kan ..peraturan utk dilanggar kan..masa admin fs suruh komen hal berkaitan cerita je..kaula kan orangnya? Sembangggg …kah kah..lain kali jgn menyampuk..awak pun xbetul.

          Reply
        • AA… saya tak bersedia? Wah!! kala betul saya tak bersedia dikritik. Tak adanya saya reply komen & jawab komen awak satu persatu. Jiwa besar itu datang dari pelbagai perspektif. Jadi mungkin pada awak saya tak berjiwa besar. Okay, i’ll accept that as a compliment. Saya baca komen awak tak betul? Rasanya penggunaan tatabahasa awak yang tak berapa betul membuatkan saya salah tafsir.

          Tapi takpelah. Saya terima. TQ so much.

          oh ya! Unknown komen adalah hak dia. Seperti awak, dia juga menggunakan hak dia. Tak kemana pun kalau kita saling bertelagah disini. Dan awak, gigih ya reply komen semua orang? Okaylah chill.. Bye.

          Reply
          • Aku dah cakap aku free skrg..biarlah aku komen..
            Lagipun bosan kan baca komen yg serupa je..huhu.lagipun aku ada isu.why not aku gigih utk komen..(admin pun boleh baca sekali apa isunya)
            Admin boleh saja salah dlm approve sesuatu cerita..ingat lagi admin pernah cakap xkan approve kan cerita yg bersambung/ tak abis? Ada editor katanya..ingat lagi cerita kawan aku saiko 3? Yg admin ” terpublish i wish..mungkon admin tak baca pun cerita kau yang ni..sapa tau? Sebab tu admin pernah buat silap sebelum ni jadi xmustahil kan verita ni publish tanpa admin tau isi dia( ini kemungkinan saja)
            Jadi aku komen utk kau sebagai penulis yang “gila” beriksperimentasi ( sila baca gila itu dlm nada yg tidak menghina..hmmm) agar tak bereksperimentasi “sebarangan”sampai lari konsep..ke kau cuba ada fs utk itu?
            Sapa2 nak.komen aku xde masalah…silalah..jangan lari tajuk masuk syiah2 sudahlah..wtf syiah pulak..haha
            Tatabahasa aku xokay ke?.. hmm..tapi CN baca aku rasa dia paham komen aku tu..hmm
            Sebagai pembaca bukan yg suka.membaca..aku akan baca apa saja..yang aku perlu pilih adalah utk meletakkan komen atau tidak.
            30 yg komen sesuatu cerita tu bagus TIDAK mewakili 30k lebih likes yg lain..( bukan ditujukan utk cerita kau)
            Aku transparent aku tak kondem cerita kau..ya aku baca cerita kau sebelum2 ni..okay saja..well bila aku memilih utk komen yg tak memihak penulis bukan sbb hati aku hitam..hmmm..itu kerana aku ada isu.
            Yep kalau kau nk amik sbg compliment dah cukup bagus.

  3. Aku bals utk sibdul yibles dulu..sbb aku tgh free xde buat ape..seronok pulak berbalas pantun ni.haha..ape tu? mata panas,terbakar,tanak baca skip,cerita aku xpublish?. Amende kau..adoii..next next..ko punya hujah boleh masuk trash.

    Reply
  4. Kpd Aa.. yup awk mmg ade point kt situ sbb yela blog fiksyen kn… seram nye lg… agak lari topik gak la citer die… caca merba pon blog nie admin pnye hal… kite yg readers if bace dpt ilmu… menarik kite support… kritik pon yg mcm elok sikit la… x mksudkn komen awk tu salah 100% yek… ade betul nye jugak komen awk tu… amik yg positif…
    Kpd cik maira… ermm kipidap menulis… not bad… if citer mcm nie approve pon x salah rse nye sbb at least kite taw la sejarah islam lg2 tntg sahabat2 rasulullah dan serikandi2 yg trkorban demi menegak kn agame islam nie kn… bnde yg x abis bljr kt sekolah kite taw at least… kipidap k…
    P/s: yg baik o berilmu kite amik… positif k… xmo gaduh2… chill ye… bende bleh bincang…
    (Readers tegar)

    Reply
  5. Assalammualaikum. Terima kasih kepada readers yg sudi baca & sudi komen. To AA, yes you’ve got the point. Dan tak salah bersuara. And I’ll take all the comments as a compliment eventhough maybe it’s an insult. Saya still bersangka baik tak kira apa pun bahasanya. And for those yang sekata dengan AA, TQ juga sebab sudi baca walaupun cerita lari konsep.

    Bagi pihak saya, maaf dari hati kalau dah buat page FS caca merba. Rasanya di hujung cerita saya, dari awal saya dah pun mohon maaf kepada semua. Dan sekali lagi saya memohon maaf kerana bereksperimentasi disini sehingga boleh dilabel sebagai GILA EKSPERIMEN & cari PAHALA EXPRESS. (saya tulis dengan jiwa besar ni tau). Jangan ada pula lepas ni kata saya jenis hati tisu. No, prinsip saya masih satu. Tanpa pembaca siapalah saya, tanpa admin juga siapalah saya. Saya ambil kira semua komen dengan lapang hati. Ianya adalah satu proses pembelajaran untuk saya.

    Cuma.. cuma.. sebagai orang melayu (saya anggap kita semua melayu). Kita ada adab dalam bercakap. Tingginya martabat melayu adalah dari sikap santun dan sopannya. Setiap yg terzahir dari perkataan kita sedikit sebanyak melambangkan diri kita. Saya tidak melenting, tidak juga menyembur balas secara kasar pada setiap komen yg menyalahkan saya. Terpulang pada masing2 samada hendak menerima jawapan saya ataupun hendak terus-terusan mencari point diatas jawapan saya.

    Sekelai lagi terima kasih & maaf dari saya.

    Reply
  6. Cerita mmg lari konsep. Tapi tak salah utk tmbah ilmu sejarah n info. Stop lh insult n tuduh org mcm2. Tak psal2 dpt dosa kering.aduhh dah la . Bebai rasa baca komen melampau ni..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.