Mak Cik dari Highland Tower

Ok. Ini aku nak kongsi cerita yang pernah aku alami. Cerita ni waktu aku zaman study. Aku ni zaman dulu kala jenis yang suka cari entiti. Aku dengan kawan2 aku suka masuk rumah tinggal, bangunan tinggal semata nak cari entiti. Kitorang bawak dslr utk tangkap gambar dan record video bagai. Trill lah kekononnya..

Tahun 2011. Aku tgah final year degree, waktu tu aku baru kawen. Aku dengan wife aku pjj antara 2 negara. Waktu ni, bila video call je wife aku memang bising suruh aku stop keluar tengah-tengah malam cari hantu. Tapi aku ni degil. Tetap nak jugak pergi cari hantu. Wife jauh, aku pulak duduk sorang kat rumah.. Bosan woii.. Jadi 2minggu sebelum aku nak rush untuk final presentation untuk final year aku, aku plan baik punya nak pergi “mencari”. Aku pergi 6 orang. 2 biji kereta. Satu kereta 3 orang.

Plan kitorang malam tu nak pergi Highland Tower. Actually time tu dah kali ke 3 kitorang pergi tapi sebelum ni takde pape sangat. Sikit-sikit je. Kitorang gerak dari umah dalam kul 11mlm. Sampai sana pukul 11.45mlm.. Relax2 isap rokok dulu.. Pukul 12, kitorang mula jalan masuk ke arah salah satu blok yang tinggal. Suasana malam tu sunyi dari biasa. Gelap. Kitorang pakai torch light je suluh sambil pegang camera. Tetengah jalan, tetiba member aku yang jalan paling belakang lari ke depan jalan paling depan sebab dia rasa ada orang cuit dia. Tapi dia tak cakap waktu tu.. Balik baru dia cerita.

Kitorang naik floor by floor, masuk dari unit ke unit.. Kitorang suluh pakai torch light je.. Suasana sunyi.. Takde pape.. Then, sampai floor 7, semua dah penat sebab naik tangga weii.. Member aku yang pertama kali ikut ni mulut celupar sikit.. “Takde pape pun weh!”.. Aduhh.. Masuk tempat macam ni mulut mana boleh celupar. Tapi aku pun iakan je la sebab malam tu memang sunyi dari sebelum ni.. Sebelum-sebelum ni ada gak bunyi tapak kaki ke apa.. Bila dah rasa macam takde pape kat atas, kitorang decide gerak turun.

Sampai bawah, bebetul dekat dekat dengan area blok yang runtuh tu,.. Tetiba dengar suara kucing mengiaw… Semua berhenti. Bila dengar-dengar balik, dengar suara budak panggil “Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa”… Sayup-sayup tapi dalam nada mengerang sambil menjerit.. Semua focus.. Lepas tu aku rasa tak sedap hati.. Meremang memang tak payah cakap la. Tapi ada satu feeling tak best. Member-member aku pun rasa tak sedap hati jugak, so kitorang decide gerak balik.

Seminggu lepas tu.. Aku mula focus pada final presentation. Aku dan kawan2 aku budak architecture. Budak archi ni tak tido malam siapkan design untuk final presentation tu adalah perkara biasa. Untuk 1 minggu lepas pergi highland tower tu memang aku focus siapkan design aku je. Sebab design tu lah penentu aku grad atau tak tahun tu. Seminggu tu ada la aku tido dalam 1-2jam je sehari.. Itupun tido siang.. So korang boleh bayangkan la keadaan aku macam mana time tu. Dengan mengantuk, sakit-sakit badan.. Semua cukup. Hari aku selesai final presentation depan panel lecturer, balik tu badan aku lunyai gila.. Final presentation settle dalam pukul 3-4ptg. So aku balik rumah tu aku plan nak qadha la tido aku.. Sebelum tido, aku macam biasa akan video call dengan wife aku. Tetengah aku nak end call dengan wife aku, tengah duk babai babai, aku dengar pintu bilik aku macam ada orang tendang! DUMM!! Kuat gila!!.. Nak kata angin.. Pintu aku tertutup kott.. Bagai nak luruh pintu tu.. Dan jantung aku pun rasa nak tercabut jugak.. Segala bulu yang ada kat badan aku ni akau rasa mencanak je.. Badan aku tak cukup rest, tengah lemah, confirmed lah semangat aku pun lemah sekali. Aku pun suruh wife aku yang tengah video call dengan aku tunggu kejap, aku bukak yassin dan segala surah2 yang ada dalam pc aku. Wife aku pun macam pelik.. Then aku bgtau dia yang ada bunyi orang tendang pintu.. Itupun aku tak boleh nak cakap walaupun tengah video call sebab suara rasa tersekat.. Aku text je wife aku sambil tangan aku ketar-ketar…… Bila dah ok, baru aku dan wife aku end call. Malam tu, aku cuba nak lelap sebab badan aku letih sangat penangan seminggu tak tido. Tapi aku rasa tak lena tido.. Rasa macam orang tengah perhatikan aku je.. Tapi dapat jugak la tido tido ayam.

Keesokkan harinya.. Aku tak keluar dari bilik aku sampai waktu lunch baru aku keluar.. Nasib dalam bilik ada toilet.. So nak mandi dan solat dalam bilik je. Aku memang duduk sorang sebab rumah aku tu rumah wife aku beli sebelum dia further study. Jadinya bila wife aku takde, aku memang duduk sorang takde housemate. Waktu lunch dalam pukul 2ptg tu aku decide nak keluar. Lapar weh nak gi mamak la cari makan. Suasana rumah aku memang terasa seram dari biasa. Perangai aku, sebelum keluar, aku memang akan tutup segala pintu tingkap sliding door semua. Waktu aku nak pergi tutup sliding door kat balcony, sekali aku nampak disebalik langsir sliding door tu, ada sebelah muka yang putih pucat dengan mata merah. Separuh aku nampak, separuh dibalik langsir.. Macam mengendap gitu. Bola mata meliar 360 darjah pandang sekeliling dalam rumah. Terus aku tak jadi aku nk tutup sliding door. Terus je aku keluar rumah. Malam tu aku tido rumah member aku tingkat 7. 2 hari jugak la aku bertapa kat rumah member aku untuk pulihkan badan aku dan semangat aku.

Pagi esoknya hari yang aku tido rumah member aku tu, member aku sorang ni (budak rumah tingkat 7 tu jugak) datang bagitau aku. Malam pertama yang aku tido kat rumah diorang tu, ada perempuan datang berdiri dekat tingkap bilik member aku ni. Bilik member aku ni paling depan bersebelahan dengan pintu masuk, ada satu tingkap single kat bilik dia mengadap ke depan. Kat situ lah dia nampak ada perempuan berdiri. Dia kata, ada benda ikut aku. Nasib dia pun pandai sikit-sikit, malam tu dia pagar rumah tu dengan garam kasar kat pintu masuk.

Lepas 2 hari, badan aku pun dah kuat sikit, aku beranikan diri balik rumah aku. 2 member aku ikut hantar. Time tu kat ruang tamu, aku dapat rasa yang benda tu kat bilik tengah. Tengah aku bersembang dengan 2 member aku ni, benda tu main ketuk-ketuk pintu bilik tengah tu “Tuk tuk tuk”.. Bunyi dia macam kalau kita pergi rumah org, ketuk pintu sebelum bagi salam tu. Macam tu lah. Meremang toksah cakap la.. Besar je rasa kepala ni. Segala bulu rasa terpacak. Terus 2 member aku ni balik. Tapi aku stay. Sebab tu rumah aku. Aku kena kuat lah. Tapi sekuat kuat aku pun. masih rasa tak tenteram sebab tahu benda tu ada.

Aku ada minta tolong member aku yang pandai la dalam bab bab macam ni. Tapi benda tu marah.. Sampai demam member aku yang cuba tolong tu.

Last sekali, member aku tu ajar cara nak hantar benda tu balik.. Ada 2 cara.. Satu hantar cara baik.. Satu lagi halau.. Itu cara kasar lah..

Tapi aku pilih cara baik..

Cara dia, aku kena pergi hantar balik..
Hari yang sama, waktu yang sama, orang yang sama, kedudukan dalam kereta pun sama macam aku pergi dulu tu…

So, untuk tunggu hari yang sama tu, aku kena tunggu lagi 6hari. Bertahan je lah aku dalam masa 6hari tu hadap bunyi org ketuk-ketuk pintu, rasa di perhatikan, rasa ada orang intai2 luar tingkap.. Memang tak tenteram lah aku duduk rumah aku dalam masa tu. Itupun nasib dia takde nak tunjukkan diri dah. Aku pun takde nak pandang luar bilik sangat.. 6 hari tu, memang hidup aku dalam bilik je. Lagipun, member aku yang tolong aku tu cakap, benda tu tak boleh masuk bilik yang aku duduk (masterbedroom). Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab pc aku 24/7 pasang ayat2 suci kot.

Lepas 6 hari, hari yang dinantikan untuk hantar benda tu balik telah tiba. Aku ingat lagi, hari tu hari Khamis.

Semua 6 orang member aku yang haritu tu datang rumah aku. Siap-siap nak gerak lah. Sebelum gerak, aku bukak pintu bilik tengah tu aku cakap “Dah, jom nak hantar balik”.. Lepas tu rasa tegak je bulu roma aku. Betul-betul rasa macam ada benda follow kat belah kanan aku. Then kitorang jalan lah turun pergi kat kereta.

Atas kereta semua diam. Kereta rasa berat dan perjalanan pergi tu rasa lambat je nak sampai.

Bila sampai dekat area Highland Tower tu, aku park kereta, kitorang turun dan aku bukak pintu belah benda tu duduk (tempat seat kosong dalam kereta aku la sebab satu kereta kan 3 org).. Sekali lagi aku cakap, “Jom, nak hantar balik”.. Then, rasa meremang kuat gila. Memang rasa tegak je bulu roma sampai ke kepala..

Kitorang jalan sampai ke pintu masuk tempat tu, nak masuk ke kawasan tu, memang ada macam kayu penghadang yang authorities tutup. Tahun aku pergi tu takde lagi pintu zink yang macam dalam movie tu. Sampai je situ, aku cakap “Sampai sini je kitorang hantar, kitorang janji takkan datang lagi dan takkan kacau lagi tempat ni”….

Kemudian, kitorang ber-6 gerak pergi kat kereta.. Waktu jalan balik ke kereta, aku dapat rasa macam benda tertinggal di belakang..

Sebelum masuk kereta, kitorang baca 4Qul dan apa-apa yang patut… Then terus gerak balik. Lepas aku hantar 2 member aku yang tumpang aku tu blk rumah diorang, aku terus balik rumah aku. Sampai rumah, aku pagar rumah aku 4 penjuru. Aku azan. Sebab aku risau jugak. Wife aku nak balik esoknya tu nak kena ambik dia kat airport pukul 11.. Dah la dia baru beberapa minggu pregnant. Risau jugak aku..

Mulai dari saat tu, aku tak pergi dah kawasan tu. Kerja gila cari cari entiti tu pun aku dah tak buat. Aku serik. Tambah bila wife aku pregnant.

Member aku yang dulu tolong aku sampai demam-demam tu sempat tanya benda tu kenapa dia follow aku.. Benda tu cakap, dia suka aku.. Dia nak jadikan aku ni anak angkat.. Dia jugak suka rumah aku sebab rumah aku cantik.. Selesa.. Bilik tengah tu pulak ada perabot lengkap dengan katil semua tapi unoccupied..

Benda tu nak tolong jaga aku dan rumah aku..

Dan mak mertua aku pun ada suruh orang kat kampung tengokkan jugak,… Org tu pun ckp benda yang sama.. Benda tu suka aku dia anggap macam anak.. Dah seminggu dia dirumah aku baru dia tendang pintu tu.. Dia tendang pintu tu sebab dia nak aku tahu dia ada.. Kata orang kampung yang tengokkan tu, benda tu cantik orangnya.. Melayu.. Chinese look.. Perwatakan macam orang yang ada class.. Rambut lurus panjang.. Umur dalam 40an gitu.. Kulit putih tapi pucat.. Matanya merah.. Org kat kampung yang mak mertua aku jumpa tu ada cakap, Sesekali, lepas aku hantar, benda tu ada jugak datang rumah aku untuk tengok aku.. Tapi dah tak boleh masuk…

Aku assume mungkin benda tu salah seorang mangsa runtuhan tempat tu dulu..

Oklah. Nanti aku ada masa, aku cerita lagi.. Itupun kalau ada yang nak tahu. Sebab sebulan lepas kejadian ni, aku and bini aku accident. Ada cerita jugak. Tapi bukan mak cik Highland Tower ni lah. Benda lain. Tapi itu nanti nanti lah.

Sekian.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. Itu jin…bukan roh mangsa kejadian Highland Towers. Di mana ada kejadian pembunuhan, kemalangan, bunuh diri dan sebagainya. Jin akan mengambilalih tempat kejadian untuk menghadirkan rasa gerun manusia. Akhirnya aqidah rosak daripada takut kepada Allah Taala menjadi takut kepada ancaman jin…carilah sebarang bentuk ilmu dan amalan berupa wirid, doa, hizib dan ruqyah yang mempunyai sanad salasilah yang jelas hingga junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W…dengan syarat sanadnya masih hidup. Bukan terputus yang akhirnya menjadi gila isim kerana tiada keberkatan.

  2. Normal la manusia ni ada curiousity and rasa takut tu selalu ada.Yang tak normal bila seseorang yang bijak tak tahu kebodohannya di mana.Mungkin dilidahnya, dihujung jari jemarinya atau mungkin kedua – duanya.Nama pun cerita fiksyen.

  3. Biasa la minat smua org x same, lain org lain minat mereka tp yg penting jgn cari gaduh biar la minat dia tu agak pelik

  4. Orang yang tiada pengalaman berkenaan entiti, akan memaki. Orang yang ada melalui, akan pejam mata, berdoa agar tidak diketemukan lagi dgn situasi demikian. Moga Encik dan isteri tabah. Kita khalifah di dunia, tapi ada lagi makluk yang tidak berjisim bersama-sama kita. Teruskan penulisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *