Mak Cik Nasi Lemak Kolej Islam (KES 1)

Assalamualaikum semua, Admin dan readers kental 12 malam Fiksyen Sasha , terima kasih buat Admin yang sudi baca cerita aku dan siarkan untuk tatapan sidang hadirin jemaah sekalian. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku dan seorang kenalan rapat selepas aku terbaca kisah Bilik i-102 – kisah di sebuah kolej Islam yang dipaparkan dalam laman fiksyen Shasha ni. Jujur aku cakap, kisah ini merupakan kisah yang datang dari tempat yang sama dengan hakak yang tulis kisah tu, so sorry lah hakak, junior curi cerita senior :P.

Okay, story sikit, lagenda mak cik nasi lemak ni dah berzaman diperturunkan di kolej aku dari zaman aku diploma lagi. Kisah seorang mak cik nasi lemak misteri gaban yang cuba menjual nasi lemak dia kat kitorang time lewat malam (maksud aku nasi lemak betul, bukan “nasi lemak” dia, okay?) . Dekat kolej kitorang sebagaimana lumrah kolej-kolej lain, setiap malam memang akan ada student yang buat jualan barang makan dari tingkat ke tingkat, maklumlah nak keluar pagar dah tutup, miskin kenderaan, jadi diorang ni lah penyelamat student dari kebuluran melarat waktu tengah malam . So nak pelik apa kalau dah macam tu ? Maka beginilah flashbacknya…..

Kes 1

Dinginya Angin malam itu, menyapa tubuhku namun tidak dapat menyejukkan badan aku yang kepanasan mengadap laptop dalam bilik yang kipas rosak jahanam sambil buat assignment last minute pukul 3 pagi. Tengah aku buat kerja sambil menyumpah-nyumpah diri aku, tiba-tiba aku terdengar satu suara yang lebih kurang sama macam suara mak cik kantin sekolah aku yang rembat 50 sen aku dulu dari arah tingkap sebelah kiri aku.

” Nak….ooo nak…nak beli nasi lemak mak cik tak? ”

Sambil aku menghadap laptop aku tanpa pusing menghadap dia, aku cakap ” nasi lemak? Takpelah mak cik, saya dah kenyang dah, terima kasih ”

” Ye ke? Takpelah kalau macam tu , nanti kalau anak lapar panggillah mak cik Ye?”

Sebagai anak soleh diakhir zaman maka aku pun kata ” Ya Mak cik, bisa aja”

Dalam lebih kurang lima minit selepas perbualan diatas berlaku, aku pun diilhamkan tuhan rabbul jalil utuk terpikir, ” eh? Ni asrama lelaki, perempuan mana boleh masuk. Suara dia dari tingkap sebelah kiri, tingkap sebelah kiri menghadap qariyah mana ada tempat pijak!!! Ni tingkat 6, syiak!!! ”

Aku pun pelan-pelan cam cerita conjuring cuba tengok kat tingkap sebelah, pergghh, bau nasi lemak kuat giler. Aku pun apa lagi , kemas laptop, angkut baju nak keluar bilik tidur luar. Baru nak pegang tombol pintu bilik, aku dengar suara betul-betul macam dia cakap belakang aku…

“NAKKK…….DAH TAHU EEEH?….HIHIHIHIIHIHIHIIHI!

Takde macho dah time tu, Aku pun apa lagi, sambil lari keluar rumah sambil “Allah, Allah, ya Allah, selamatkanlah aku , kali ni je ya Allah, please!”, meramu ayaq mata orang kedah kata, kena kacau sampai member rumah sebelah kena tenangkan aku. Menurut sumber SKKDDJ (seniorkakikencingdakdakjunior) kolej kitorang , Mak cik tu dulu pernah ada gerai yang laris jualan dia kat tapak universiti kitorang, akhirnya, tapak dia dirampas secara haromm untuk buat kolej kitorang, itu yang dia dendam nak m**i tu, jadi roh dia tak aman (aku pun tak tahu nak rasa seram dengan cerita senior aku tu ke atau nak rasa kesian dekat tahap aras taksonomi bloom dia :(…)

Rasanya sampai sini dululah cerita mak cik nasi lemak ni, terima kasih sudi baca pengalaman yang entah seram, entah tidak ni. Cerita pasala kenalan aku tu kena kacau mak cik nasi lemak sampai nak terjun dari tingkat 11 tu aku cerita lain kali kalau ada rezeki, orang tak meluat dan Admin bagi. Terima kasih semua, sampai ketemu lagi. Assalamualaikum dan Adios!

 

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.4]

17 thoughts on “Mak Cik Nasi Lemak Kolej Islam (KES 1)”

  1. Kalau adik fikir pasal study instead of fikir pasal kelogikan sure dia tak kejar adik balik, hakak rasa lah. rasa je herherher

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.